Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin Yassin. Show all posts

Mungkinkah Muhyiddin akan Menggelar Tun Mahathir Pengkhianat Bangsa dengan pengakuan ini?


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, lapor Bernama.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr Mahathir dalam laman blognya Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.


"Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

"Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.

"Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap.

"Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita.

"Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah keretapi kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

"Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi," kata Dr Mahathir dalam blognya. SS juga mencabar mana-mana pihak yang merasakan tertipu dengan kenyataan Muhyiddin Yassin sebelum ini untk mengambil tindakan kerana TPM ini telah menipu 1Malaysia dan usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Lee Kuan Yew sedang diaturkan demi mencari sebuah kebenaran disebalik pembohongan.

Muhyiddin Akan dibogelkan Jika Masih Berdolak dalih


Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali mencabar Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang Datok Zahid Hamidi untuk mengadakan debat terbuka.

Azmin dalam siri penerangan rakyat menawarkan diri untuk berdebat dengan kedua-dua pimpinan Umno-BN ini di Permatang Pasir dengan debat bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu.

“Saya ada empat hari lagi, saya minta Muhyiddin dan Zahid jangan berselindung di sebalik Utusan Malaysia dan TV3, kalau kamu anak jantan, kalau kamu pejuang Melayu mari adakan debat terbuka di Permatang Pasir bertajuk Siapa Pengkhianat Melayu,” katanya.

Di hadapan hampir seribu hadirin di Kubang Semang, Azmin berkata jika dua pemimpin Umno itu enggan terima cabaran ini, rakyat diminta bangkit membawa prinsip perubahan dengan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan Pakatan Rakyat, Salleh Man Mat Aji.

Azmin dalam sesi penerangannya mengumumkan bahawa pengkhianat sebenar kepada orang Melayu adalah Umno-BN yang mengadaikan tanah milik orang Melayu di Johor.

Bagaimanapun Muhyiddin dikatakan bersikap defensif dengan menyalahkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad di atas tindakan berkenaan.

Menurut Azmin, Muhyiddin dalam ceramahnya kepada rakyat di Permatang Pasir mengatakan Tun Mahathir mengarahkan beliau berbuat demikian setelah diugut Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yu untuk melancarkan perang sekiranya tuntutan beliau ditolak.

Azmin berkata, pihaknya sedang bersiap sedia mengumpulkan segala dokumen bagi membongkarkan siapa sebenarnya pengkhianat Melayu.

“Bagaimana pemimpin Umno boleh buat keputusan gadai tanah Melayu kepada Singapura semata-mata kerana Lee Kuan Yu. Di mana maruah kita sebagai Melayu di mana kedaulatan kita sebagai rakyat Malaysia. Le Kuan Yu ugut tak bagi air aku isytihar perang, menggegar kepala lutut,” katanya.

“Saya beri amaran kepada Muhyiddin nak perang cakap nak perang kita akan londehkan siapa Muhyiddin sebenarnya dalam Umno,” katanya.

Dalam pada itu juga, Azmin mencabar polis untuk menyiasat pertemuan tertutup Menteri Pertahanan Datuk Zahid Hamidi bersama menteri Pertahanan Israel.

Beliau meminta Zahid memberikan jawapan apakah hak beliau untuk mengadakan pertemuan dengan penjajah bumi Palestin itu dan apakah agenda yang dibincangkan mereka.

“Orang ini kini menjadi Ketua Perhubungan Umno Pulau Pinang. Bagi saya ketua pengkhianat kepada umat Islam. Ketua pengkhianat kepada orang Melayu adalah yang bersekongkol dengan kerajaan Yahudi Israel,” katanya.

Azmin dalam ucapan beliau juga menyentuh serangan terancang Umno-BN terhadap kerajaan Pakatan Rakyat. Menurutnya, BN melampaui batas apabila rakyat biasa bukan sahaja mati dalam tahanan polis malahan kini mati dalam tahanan SPRM.

“Sudah melampau, sekarang mereka menggunakan SPRM untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan. Kalau dulu SPRM digunakan untuk perangi rasuah kini SPRM digunakan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Isu Tanah di Johor - ini Jawapan Muhyiddin Yassin


Kepada rakan-rakan AMK Johor malah 1Malaysia sekalipun, ini adalah sebahagian dari jawapan pertama Muhyiddin Yassin mengenai Isu Penjualan Tanah Kepada Singapura dulu-dulu.

" Harus diingatkan bahawa apa yang telah dilaporkan oleh AMK mahupun pihak pembangkang berkenaan isu tanah ini merupakan tuduhan liar dan tidak berasas pihak Pembangkang dengan niat Jahat untuk menjatuhkan kredebiliti serta sokongan rakyat terhadap kepimpinan saya " Menurut Muhyiddin yang dihubungi sebentar Tadi.

Timbalan perdana menteri Umno itu berkata lagi pembangkang membuat fitnah itu kerana tidak tahu sejarah sebenar wujudnya sebuah pusat penyelenggaraan air di kawasan Sungai Lingiu di Bandar Tenggara, Johor.

"Saya terpaksa menjawab kerana pembangkang telah membuat fitnah... apa yang berlaku sebenarnya ialah semasa saya menjadi menteri besar, satu hari saya menerima panggilan daripada Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad)," katanya.

Muhyiddin berkata perdana menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad telah memanggilnya secara mengejut ekoran kunjungan Lee Kuan Yew, perdana menteri Singapura ketika itu, ke Kuala Lumpur untuk berbincang mengenai dua perkara iaitu saluran gas dan bekalan air.

Katanya, dalam pertemuan antara Dr Mahathir, Tun Daim Zainuddin (menteri kewangan ketika itu), Lee dan beliau di Kuala Lumpur itu, perdana menteri Singapura telah mendesak mahukan bekalan air yang cukup dari Johor. Apa beza antara mendesak dengan memaksa?????



"Lee Kuan Yew sehingga berkata Singapura sanggup berperang jika Malaysia tidak mahu menyalurkan bekalan air yang cukup dan kesal dengan projek saluran air dari Sungai Lingu itu telah lama tergendala. Yang menjadi persoalan disebalik kedodohan jawapan TPM ini ialah, kenapa mesti tunduk dengan Singapura dan Mengapa takut untuk ber[erang dengan Singapura ketika itu sedangkan kelengkapan ketenteraan Malaysia cukup baik dan Hebat untuk menentang mereka? Atau mungkin kita sebenarnya tak ada senjata langsung, yang ada hanyalah Dummy Invoice tentang pembelian senjata je selama ini.

"Saya menyatakan bahawa kita tidak mempunyai wang dan Lee Kuan Yew berkata Singapura sanggup menganggung semua kos dan setelah siap kelak, bangunan dan harta yang dibina itu adalah milik Malaysia sehingga hari ini, jadi Singapura cuma mengeluarkan wang," kata beliau. Maka, kawasan ini juga akan menjadi sejarah Dunia apabila kes tuntutannya akan dibawa ke ICJ sedikit masa lagi, akan tetapi Keputusannya telah diketahui bahawa kemenangan berpihak kepada singapura kerana mereka telah membangunkan kawasan ini dengan duit poket mereka dan mak bapak mereka selama ini. Siapa yang lebih bijak????

Muhyiddin berkata lagi tanpa henti... isu kononnya beliau menjual tanah kepada Singapura sebenarnya adalah satu dakwaan yang bodoh dan dilemparkan oleh orang yang tidak tahu sejarah atau lebih senanag difahami dengan istilah Buta Sejarah.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar rakyat tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai dakwaan pembangkang semasa kempen pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir itu.