Ahli Parlimen BN keluar Parti sertai PKR di JOHOR



Ada kebimbangan yang ketara pada Kerajaan BN Johor terhadap siri lawatan DS Anwar Ibrahim ke Negeri Johor pada hujung bulan September ini. Seperti yang telah dirancang, satu program bersama DSAI aka diadakan di daerah utara Johor iaitu :-

6/9/2009 - AHAD (10.00mlm)
Pidato Khas Ramadhan
N0.6,Pekan Parit Sulong,Batu Pahat,Johor.
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Dato' Chua Jui Meng
Sdr Hasmi Hashim


Ia disahkan lagi apabila salah seorang ahli UMNO turut menyatakan kebimbangan beliau terhadap 2 Ahli Parlimen bukan dari UMNO itu. Ini adalah antara senarai Ahli Parlimen MCA di Johor, siapakah yang dimaksudkan penulis?.

P140 Jementah MCA-Lee Hong Tee

P142 Labis MCA - Chua Tee Yong (anak Chua Soi Lek)
P144 Tangkak MCA - Goh Tee Tee
P148 Ayer Itam MCA - Wee Ka Siong
P149 Parit Yaani MCA - Ng See Tiong
P150 Penggaram MCA - Koh Chee Chai

P152 Kluang MCA - Hou Kok Chung

Baca kenyataan dalam blog ahli UMNO Johor ini.

"Terdapat beberapa sumber menyatakan Anwar Ibrahim akan melawat sebuah daerah di utara Johor pada akhir bulan ini atau awal bulan hadapan.Lebih menggusarkan daerah terbabit terdapat 2 ahli parlimen yang kedua-duanya bukan daripada Umno. Salah seorang daripadanya anak kepada seorang pemimpin tertinggi yang baru di pecat dari parti komponen BN.

Ada kemungkinan Anwar akan mengumumkan sesuatu pada lawatannya itu. Adakah negeri Johor mula membuka ruang kepada PKR?

Sepertimana kebimbangan yang dinyatakan DS Najib, pergolakan dalaman parti komponen BN memungkinkan menjejaskan BN. Tentunya parti komponen BN boleh beralih arah menyertai parti pembangkang pada bila-bila masa.Namun Umno sebagai tunjang komponen BN yang berjuang selama ini untuk mengekalkan BN sebagai parti pemerintah.

Dalam masa Umno sudah membuat pelbagai transformasi untuk menarik hati rakyat, janganlah pula sikap parti komponen mengagalkan usaha tersebut!"
: umnojohor.blogspot.com

Benarkah akan berlaku siri lompat-melompat di negeri Johor?
Selepas Dato' Chua Jui Meng, semestinya jika perkara ini berlaku ia akan memberikan tamparan yang hebat dalam kerajaan BN Johor. Sama-sama kita tunggu dan lihat..

Pak Menteri kena Faham kaedah sebatan ke atas Kartika sebelum mengomen.


Isu sebat Kartika sedikit sebanyak membuka mata semua orang tentang indahnya hukum Islam..sehingga menghukum pun tidak sampai menyeksakan si pesalah..mari ita belajar dan dalami indahnya Islam..

wallahua'lam...





SEBAT CARA SIVIL





Maklumat Ringkas:

SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.




"YANG MANA ADIL, YANG MANA ZALIM?"


Berkaitan:

...Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (pindaan 1987) sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar.

Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan hadis Rasulullah SAW....

Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat.

Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak.

Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi....


Kartika cuma di rotan, bukanya di REJAM


24 OGOS yang lepas pasti akan diingat dalam sejarah perundangan syariah negara bila Kartika Sari Dewi Shukarno, 32, yang telah dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan kerana kesalahan meminum arak di tempat awam, yang sepatutnya direman di Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman sebatannya, telah dihantar semula ke rumahnya, setelah dijemput oleh tiga pegawai Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) pada pagi hari yang sama.

Sepatah kata bapa Kartika, sebarang perubahan hukuman hanya akan mempersendakan Islam.

Seorang dari pegawai JAIP ada memaklumkan yang hukuman tersebut tidak boleh dilaksanakan. Sementara dalam kenyataan medianya, Pengerusi Jawatankuasa Dakwah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Mohd Sahfri Abdul Aziz menjelaskan bahawa hukuman tersebut ditangguhkan atas arahan Jabatan Peguam Negara kerana menghormati bulan Ramadhan.

Dari sudut atau aspek perundangan, agak memelikkan apabila satu perintah mahkamah boleh ditangguhkan hanya dengan arahan Peguam Negara, bukankah penangguhan sesuatu perintah perlu dimohon di mahkamah juga? Dan bukankah Kartika, si tertuduh sendiri tidak ada memohon penangguhan tersebut, bahkan dengan secara rela hati dan insaf mahu perlaksanaan perintah hukuman sebatan itu disegerakan.

Ini selari dengan kenyataan Ketua Pendakwa Syarie JAIP, Datuk Abdul Rahim Jaafar, yang selain terkejut, tidak tahu-menahu dan tidak menerima sebarang arahan akan penangguhan perlaksanaan hukuman tersebut, juga secara tegas menyatakan bahawa pembatalan atau penangguhan hukuman mestilah diputuskan oleh mahkamah, bukan boleh ditarik begitu sahaja.

Memelikkan juga bila institusi Peguam Negara, sebuah organ formal dalam sistem pentadbiran undang-undang sivil, masuk campur dalam pentadbiran undang-undang syariah. Sedangkan pemisahan undang-undang sivil dan syariah telah dimaktubkan dalam perlembagaan persekutuan, dan tidak pula pernah meletakkan undang-undang syariah di bawah kekuasaan institusi pentadbiran undang-undang sivil.

Bahkan sumber dari laman web Pejabat Peguam Negara sendiri secara jelas menggariskan tanggungjawabnya berdasarkan Artikel 145 Perlembagaan Persekutuan, dalam Perkara 3 menyatakan “The Attorney General shall have power, exercisable at his discretion, to institute, conduct or discontinue any proceedings for an offence, other than proceedings before a Syariah court, a native court or a court-martial.”

Dari segi hujahnya, peruntukan Perlembagaan Persekutuan ini secara jelas tidak memberi kuasa dan menghalang Peguam Negara dari campur tangan dalam apa-apa prosiding Mahkamah Syariah. Berdasarkan peruntukan ini, hujah undang-undangnya membenarkan pegawai-pegawai JAIP untuk mengabaikan sahaja arahan Pejabat Peguam Negara dalam melaksanakan perintah hukuman terhadap Kartika.

Kartika sendiri dalam kenyataannya mempertikaikan pembatalan hukuman yang dilakukan pada saat-saat akhir, tetapi mengkagumkan bila beliau tetap dengan keputusannya menerima hukuman sebat tersebut, bahkan tidak mahu merayu.

Kesediaan Kartika ternyata membuka ruang pertentangan baru di antara sekular dan Islam, di antara perundangan sivil dan syariah. Kalau sebelum ini, pertentangan ini hanya kelihatan berlaku dalam politik, Islam PAS, Islam Umno, PAS Islam, Umno tidak Islam, Islam Hadhari, Hadharah Islamiah, hudud PAS, hudud bukan PAS, negara Islam PAS, negara Islam Umno, kini ia sudah menjadi perdebatan masyarakat biasa, masyarakat tanpa kepentingan, isteri saya pun sudah mula memberi komen.

Pertentangan kali ini kebetulannya adalah di antara Pejabat Peguam Negara dengan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam Negeri Pahang. Asalnya diberitakan Pejabat Peguam Negara mengarahkan penangguhan kerana menghormati Ramadan, tetapi secara logiknya tentulah menjalani hukuman dalam kemuliaan bulan Ramadan akan lebih menginsafkan.

Tetapi setelah pelbagai pihak keluar dengan kenyataan demi kenyataan yang semakin mengelirukan orang awam akhirnya kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussin yang menjelaskan mengapa hukuman ke atas Kartika ditangguhkan buat sementara waktu.

Ia bukanlah kerana sekarang bulan Ramadan atau lain-lain alasan yang kita dengar tetapi ia adalah kerana penjara kita belum mempunyai Penyebat Syariah yang berkelayakan.

Pada masa yang sama, Duli Yang Maha Mulia Tengku Mahkota Pahang akhirnya turut terpaksa bersuara dengan menitahkan supaya memulangkan kepada Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sebagai pihak yang paling berhak membuat keputusan muktamad.

Tetapi sebenarnya, itupun tidak akan menyelesaikan kemelut Kartika ini kerana hakim mahkamah syariah hanya berkuatkuasa menjatuhkan hukuman. Akhirnya pelaksanaan hukuman itu sendiri perlu dibuat oleh pihak berkuasa yang lain bukannya mahkamah kerana mahkamah telahpun menjalankan tanggungjawabnya iaitu menjatuhkan hukuman. Pelaksanaannya adalah di tangan pihak lain.

Dalam kes ini adalah amat jelas, yang akan bertanggungjawab melaksanakan hukuman tersebut di bawah peruntukkan undang-undang yang ada sekarang ialah pihak berkuasa penjara yang terletak di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri.

Maka dalam konteks ini, dari sudut peraturan, penguatkuasaan dan pelaksanaan perundangan, akhirnya kenyataan Hishammuddin lah yang nampaknya paling relevan buat masa ini melainkan ada pihak dapat membuktikan bahawa hukuman sebatan itu boleh dilakukan oleh pihak lain selain daripada pihak berkuasa penjara.

Namun yang menyedihkan, dalam mengharungi kemelut ini, ada pihak-pihak pro liberal yang cuba mengambil kesempatan dan menangguk di air keruh. Tujuannya bukan untuk membela Kartika, atau wanita secara umumnya, tetapi lebih kepada mahu menempatkan diri di satu tempat dalam krisis ini, guna untuk membina populariti.

Sumber dari pengamal guaman syarie di negeri Pahang memaklumkan kepada penulis, ada ura-ura Sisters in Islam (SIS) telah meminta Majlis Peguam supaya mendapatkan peguam untuk memfailkan permohonan rayuan di luar tempoh masa untuk kes Kartika.

Majlis Peguam pula telah menghubungi seorang ahlinya yang aktif dalam Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) Negeri Pahang untuk mengambil kes ini atau mengenalpasti peguam-peguam yang boleh dilantik mewakili SIS dalam kes ini.

Sesuatu yang pasti ialah, insiden Kartika memperjelaskan bahawa rupa-rupanya selama ini hukum Islam menjadi sesuatu yang begitu traumatik, sesuatu yang begitu pelik dan janggal di sebuah negara yang Islam adalah agama persekutuannya dan majoriti penduduknya beragama Islam.

Telah terserlah sebenarnya yang keyakinan dan kesediaan Kartika secara rela dan insaf untuk dihukum mengikut hukum Islam berjaya memeranjatkan ramai pendiri sekular dan penyokong liberal.

SS juga berpendapat, ‘permainan silap mata’ dan kegagalan menjelaskan secara berterus terang mengapa penangguhan perlaksanaan hukuman terhadap Kartika terpaksa dibuat telah mengelirukan orang awam yang jahil tentang undang-undang.

Jenazah Allahyarham Ismail Md Salleh Slamat Dkebumikan


Jenazah Allahyarham Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Sungai Kantan di sini kira-kira 10.30 malam, lapor Bernama.

Sebelum itu janazah beliau disembahyangkan di rumah keluarganya di Jalan Melati 2, Sungai Kantan, Fasa 2.

Allahyarham meninggal akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapurakira-kira 8 pagi ini.

Beliau berada di Beijing untuk lawatan kerja selama dua hari.

Jenazah Allahyarham tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Subang dari Lapangan Terbang Senai, Johor kira-kira 7.30 malam.

Beliau meninggalkan isteri Datin Hasnah Wahab dan enam orang anak berumur antara 12 dan 26 tahun.




Ismail: Perginya Seorang Ikon Istimewa

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Bernama) -- Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh yang meninggal dunia Khamis adalah seorang manusia istimewa.

Allahyarham membuktikan bahawa cacat penglihatan bukan penghalang untuk berjaya serta menyumbang kepada bangsa dan negara.

Pemergian beliau bermakna negara kehilangan seorang ilmuan, seorang tokoh akademik, pakar ekonomi, tokoh pemikir dan tokoh Maulidur Rasul.

Ismail, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung semasa dalam penerbangan dari China ke Singapura dan disahkan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura kira-kira 8 pagi ini. Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Hasnah Wahab serta enam anak.

Semasa hayatnya, Allahyarham gigih memperjuangkan nasib golongan orang kurang upaya (OKU) sehingga melakar sejarah sebagai anggota Dewan Negara pertama dilantik daripada golongan itu di negara ini pada Disember 2007.

Allahyarham hilang deria penglihatan sepenuhnya sejak berusia 13 tahun, namun ia bukan halangan untuk beliau mendapatkan Sarjana Muda Ekonomi dan Sains Politik dari Universiti New York pada 1973 sebelum menyambung pengajian ke peringkat Sarjana dan doktor falsafah (PhD) dalam bidang ekonomi di Universiti Illinois, Amerika Syarikat pada 1974 dan 1977.

Memulakan kerjaya pertama sebagai pensyarah ekonomi di Jabatan Penganalisis Ekonomi dan Dasar Awam di Fakulti Ekonomi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejurus menamatkan pengajian, Allahyarham kemudiannya dilantik sebagai Ketua Jabatan pada 1981.

Allahyarham yang dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 2 Sept 1947 turut memegang pelbagai jawatan sepanjang hayatnya dalam bidang akademik termasuklah sebagai Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech (IUCTT) dan Presiden Persatuan Kebangsaan Kolej Swasta Bumiputera.

Dalam bidang ekonomi pula, beliau memegang pelbagai jawatan termasuklah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II) - Jawatankuasa Kerja bagi Penyusunan Semula Masyarakat.

Allahyarham aktif membantu golongan senasib dengannya apabila aktif sebagai Presiden Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB) pada 2007 dan pernah dilantik sebagai Pengerusi, Majlis Antarabangsa Asia Tenggara bagi Pendidikan Untuk Orang Cacat Penglihatan pada 1999.

Kerana itu Allahyarham sentiasa memperjuangkan peningkatan akses terhadap infrastruktur OKU di negara ini yang pada pendapatnya masih jauh ketinggalan berbanding negara maju.

Juga pernah diberi penghormatan sebagai Ketua Kontinjen negara semasa Sukan Timur Jauh dan Pasifik Selatan untuk Orang Kurang Upaya (Fespic) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 2006.

Pada 2001, Allahyarham dianugerahkan doktor kesusasteraan Universiti Antarabangsa Irish oleh Kesatuan Eropah bagi mengiktiraf sumbangan beliau kepada negara ini dan juga komuniti antarabangsa.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi dalam satu kenyataan berkata Allahyarham merupakan seorang ikon yang berjaya walaupun dirinya kekurangan.


Al-fatihah

"Datuk Ismail Kamus Meninggal - SMS Berantai Tak Berasas "


Sejak petang tadi, sehingga malam ini puluhan sms diterima yang mengatakan Datuk Ismail Kamus telah menghembuskan nafas terakhir. Ada yang menerima bulat-bulat berita ini tanpa usul periksa dan memanjangkan kepada orang lain. Ada juga yang sangsi dan bertanya saya akan kebenaran berita ini.

SS dan beberapa rakan Blogger segera menghubungi Hj Najib, orang Bagan Datoh, antara yang paling rapat dengan Datuk Ismail Kamus, beliau secara tidak rasminya juga kadang-kadang menjadi pembantu Datuk Ismail Kamus.

Beliau ketawa besar menjawab pertanyaan kami, dia kata " apa ni yob, Datuk ada di Mekah, buat umrah, dia meninggalkan tanah air ke Mekah, bukan meninggal dunia, baru kejap tadi kawan di Mekah beritahu elok aje dia sihat, dia pun tahu heboh di Malaysia, ada juga kawan-kawan yang sedang umrah terima mesej yang sama".

Kita pun tak tahu angkara siapa ini, yang heboh di tv, Prof Dr. Ismail Salleh, Senator OKU yang diberitakan telah meninggal dunia, bukan Ismail Kamus. Semuga Dr. Ismail ditempatkan rohnya bersama dengan orang-orang yang saleh.

Satu ketika dulu, sewaktu Ust Fadhil Noor masih terlantar di hospital, berita Ust Fadhil meninggal dunia tersebar mendahulu hari kematian yang sebenar. Begitu juga Ust Hasan Shukri, ketika itu beliau Naib Presiden juga pernah tersebar dalam mesej yang beliau telah meninggal dunia, ketika itu saya berada di Kota Kinabalu, kawan-kawan kita pun terus sedekah fatihah dan buah majlis tahlil. Dr. Abdul Aziz Hanapi pun pernah tersebar berita kematiannya begitu meluas sampai ke Mesir. Sehingga sekarang Ustaz Hassan Shukri masih sihat begitu juga Dr. Abdul Aziz Hanapi.

Yang untung Celcom, Maxis, Digi dan bla... bla... bla...

Najib Bela Pendatang Di Pekan utk selamatkn Kariernya


Perdana Menteri Najib Razak dilaporkan "membela" pendatang asing Rohingya dari Myanmar untuk digunakan sebagai pengundi bagi memastikan kemenangan pada setiap pilihanraya di kawasan Parlimen Pekan Pahang.

Lebih 2,000 warga Myanmar disediakan dengan tanah untuk bercucuk tanam dan membina rumah banglo mewah, diberi elaun bulanan RM500 DAN taraf kerakyatan Malaysia supaya mereka mengundi Najib dan Barisan Nasional pada pilihanraya umum 2008 dan pemilihan seterusnya.

Keputusan untuk membawa masuk dan membela rakyat asing sebagai imbuhan untuk undi mereka dibuat selepas Najib hampir tewas mengejut pada pilihanraya umum 1999 tetapi hanya dilaksanakan beberapa ketika selepas itu.

Pada tahun 1999, Najib hanya menang hanya kira-kira 241 undi sahaja, setelah popularitinya menggelongsor teruk akibat dibelit pelbagai skandal dan dicantas oleh kalangan pemimpin kanan Umno sendiri. Susulan itu, perancangan dibuat untuk membawa masuk warga Myanmar yang kemudian diberi lampu hijau mendirikan penempatan di Kampung Baru Cenderawasih, Sungei Miang. Lebih menggemparkan, pelarian yang fasih berbahasa loghat utara dikesan menerima taraf kerakyatan Malaysia akhir 2007, membolehkan mereka mengundi untuk Najib pada pilihanraya umum ke-12 Mac 2008.

Pelarian berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Kedah oleh Barisan Nasional mulai 2003 bagi mengukuhkan kedudukan Najib di Pekan. Beliau telah memegang kerusi itu sejak 1976, selepas kematian ayahnya Tun Abdul Razak. Suara Keadilan membuat pendedahan program membela pengundi dari kalangan pelarian asing ini apabila berjaya menyeludup masuk ke dalam Kampung Cenderawasih. Kampung itu dikawal ketat oleh seorang ketua daripada kalangan pelarian tersebut yang hanya dikenali sebagai "Jeneral".

Semua pelawat luar ke kampung itu mesti melalui pintu kawalan masuk dan mendapat kebenaran daripada "Jeneral" sebelum dibenarkan masuk. Sumber memberitahu semua pendatang asing yang berkampung di situ amat patuh sekali kepada "Jeneral" dan tidak seorang pun daripada mereka dibenarkan berpindah daripada kawasan berkenaan.

Ini kerana mereka dikhuatiri akan ditangkap oleh pihak berkuasa dan tempat persembunyian mereka dibongkar kepada umum. Suara Keadilan menemui sebidang kawasan tanah rata yang dianggarkan seluas lebih 200 ekar dengan deretan dua rumah panjang menempatkan kira-kira 200 keluarga pelarian.

Keadaan sesak di situ kelihatan tidak ubah seperti sebuah kem pelarian. Namun apabila ditinjau dari lebih dekat, didapati ratusan buah rumah sedang dalam pembinaan ataupun sudah siap untuk diduduki. Penempatan mewah untuk warga asing ini menempelak hakikat bahawa ada lebih 600,000 setinggan di seluruh negara yang tidak memiliki rumah selesa.

Namun di di Kampung Cenderawasih, akibat mahu mengekalkan kuasa, pemerintah sanggup menganaktiri rakyat sendiri dan menghadiahkan bukan sahaja rumah malah kerakyatan kepada pelarian dari negara jiran. Semua ini berlaku di kawasan parlimen Perdana Menteri dan di negeri kelahiran beliau yang mempunyai lebih 7,000 setinggan yang hidup tanpa kemudahan asas sempurna.

Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.

Ada beberapa jenis rumah yang dibina di Kampung Cenderawasih. Di kawasan yang berhampiran dengan rumah panjang, didirikan rumah seperti rumah PPRT tetapi di kawasan yang lebih dalam dan terselindung dari pemandangan, ratusan rumah reka bentuk banglo dan separuh banglo dibina. Rumah mewah ini dianggarkan berharga antara RM200,000 dan RM500,000 sebuah tetapi diberikan diberi secara percuma kepada pendatang asing berkenaan.

Sesetengah daripada rumah dibina sudahpun diduduki. Ketika membuat tinjauan berkenaan, Suara Keadilan mendapati hanya wanita dan kanak-kanak berada di rumah manakala kaum lelaki dipercayai sedang bekerja di ladang nenas. Sekumpulan pendatang asing yang mengaku baru sahaja tiba di negara ini turut dikesan. Mereka ditempatkan di satu kawasan terpencil di perkampungan itu. Apabila siap keseluruhannya projek perumahan bagi pendatang asing ini, Kampung Cenderawasih untuk warga Rohingya ini akan menjadi kawasan perumahan eksklusif, lengkap dengan bekalan air, elektrik, sekolah, kemudahan riadah dan bersukan serta jalan raya bertar.

Setiap keluarga yang mendiami kawasan ini diberi satu ekar tanah untuk menanam nenas. Lembaga Perindustrian Nenas Negara Cawangan Johor terpaksa mengendalikan ladang nenas milik pendatang asing ini di samping membantu memasarkan produk tanaman mereka. Pendatang asing berkenaan juga diberi gerai tajaan FAMA secara percuma untuk menjual nenas di sepanjang jalan di luar kampung tersebut. Di samping rumah, tanah dan tapak perniagaan yang semuanya dibiayai dengan hasil cukai rakyat Malaysia, setiap keluarga Myanmar ini juga diberi elaun sebanyak RM500 sebulan.

Menurut salah seorang wanita Rohingya yang sudah pun fasih berloghat Kedah, mereka mula berhijrah dari Langkawi sejak 2003 untuk "mencari tanah". "Kami di Langkawi tidak ada tanah jadi kami merantaulah ke sini untuk buka kampung. "Mula-mula datang ke sini kami cuba tanam keladi tapi tak menjadi, lepas itu pula kami dicuba pula tanam padi, itu pun tak berhasil.

"Akhirnya kerajaan minta Lembaga Nenas buat kajian tanah dan didapati sesuai untuk kami menanam nenas," kata wanita berkenaan yang enggan memberikan namanya. Tambah wanita itu 70 ekar lagi tanah akan dibuka untuk diberikan kepada anak-anak pendatang asing yang sudah berkahwin dengan rakyat tempatan. Timbalan Pengerusi Perhubungan KEADILAN Negeri Pahang, G.Ponusamy mengkritik tindakan Najib dan Umno yang sanggup menggadaikan tanah dan hak rakyat Pahang kepada pendatang asing Myanmar.

"Beribu-ribu rakyat Pahang yang miskin dan memerlukan pembelaan tetapi Umno dan BN menafikan hak mereka tetapi sebaliknya memberi keistimewaan dan kemewahan kepada rakyat asing," kata Ponusamy. Beliau menceritakan pengalaman beliau yang cuba memasuki perkampungan tersebut semasa PRU 2008 lalu tetapi dihalang oleh anggota tentera yang mengawal ketat kawasan tersebut. "Kenapa pendatang asing ini diberi tanah dan dilindungi oleh pihak tentera? Apa kepentingan mereka sehingga mereka dikawal begitu rapi oleh pasukan keselamatan?" tanya beliau lagi.

Ponusamy mempertikaikan mengapa BN menafikan hak rakyat untuk memiliki tanah dan amat senang sekali memberinya secara percuma kepada warga asing. Seorang pegawai kerajaan yang tidak mahu kenali memberitahu Suara Keadilan, apabila Jabatan Perangkaan Malaysia menjalankan bancian pada tahun 2006 pendatang haram ini tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri. Apabila bancian semula dilakukan setahun kemudian, petugas jabatan berkenaan terkejut mendapati semua pendatang asing berkenaan sudahpun memiliki kad pengenalan biru, menandakan mereka rakyat Malaysia.

"Pegawai Jabatan Perangkaan mendapati mereka tidak boleh bertutur bahasa Melayu. Kalau ditanya dari mana mereka datang, mereka semua menjawab "saya Malaysia" seolah mereka telah dilatih untuk menjawab sebegitu rupa. "Yang menjadi tanda tanya sekiranya mereka mengaku rakyat Malaysia tidak seorang daripada mereka mempunyai kesan suntikan BCG yang menjadi wajib bagi setiap kanak-kanak negara ini. Ini membuktikan mereka bukan rakyat Malaysia tetapi pendatang asing yang dilindungi kerajaan untuk tujuan tertentu," kata pegawai itu lagi.

Menurut pegawai itu pendatang asing ini mula dibawa ke negeri Pahang semasa era Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri. "BN mencari kawasan yang luas untuk menempatkan pendatang asing ini dan mendapati Pekan sesuai untuk tujuan itu. "Mereka diberi segala keistimewaan untuk mengukuhkan kedudukan politik Najib di kawasan Parlimen beliau," katanya lagi. Mungkinkah ini yang dimaksudkan oleh Najib apabila beliau menyentuh mengenai Formula Pekan semasa merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Kuala Selangor 9 Ogos lalu?

"Apabila keputusan pilihan raya umum 1999 diketahui hanya mendapat majoriti 241 undi, saya rasakan 'dunia gelap’ seketika. Ibarat yang tinggal hanya seluar dalam sahaja," katanya berseloroh kepada perwakilan Umno. Persoalannya apakah Najib tidak melakukan satu pengkhianatan kepada bangsa dan negara apabila merestui pemberian kerakyatan kepada pendatang asing Rohingya bagi memastikan mereka mengundinya.

Malaysia adalah tuan rumah kepada ratusan ribu pelarian, sebilangan besarnya berasal dari Myanmar, Filipina dan Indonesia. Taktik membela dan menyogok rakyat asing dengan kerakyatan untuk mendapatkan undi mereka sudah lama diguna pakai oleh Barisan Nasional untuk mengekalkan kuasa di Sabah dan Sarawak.

Fenomena itu nampaknya semakin menular ke Semenanjung dan diterajui oleh Perdana Menteri Satu Malaysia Najib Razak.

Prof Datuk Dr Ismail Salleh kembali ke rahmatullah


Senator Prof Datuk Dr Ismail Salleh telah meninggal dunia dalam penerbangan di Singapura.

Beliau merupakan Senator dari kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) dan cacat penglihatan pertama yang dilantik.

Arwah yang merupakan bapa kepada enam orang anak, pernah menyandang tugas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Twintech Holdings dan Naib Canselor Universiti Kolej Antarabangsa Teknologi Twintech.

Beliau dilahirkan di Pasir Mas Kelantan pada 1947 dan pernah mendapat pelbagai anugerah atas kecemerlangannya di bidang pengajian antaranya anugerah Guiness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan pertama di dunia mendapat Doktor Falsafah.

Beliau pernah melanjutkan pelajaran di University Illinois pada 1973 dan memulakan tugasnya sebagai pensyarah Jabatan Ekonomi Analisa Universiti Kebangsaan Malaysia sekembalinya ke tanahair.

Jenazah beliau akan dikebumikan petang ini di Kajang.

Alfatihah.


1Malaysia - Tolong Jelaskan persoalan Hamba


Malaysia mugkin terlupa beberapa siri Drama tanpa Noktah yang membabitkan kes Pembunuhan wanita Monggolia (Mendiang Altanthuya). Walaupun perbicaraan kes ini telah berlarutan dari tahun ke tahun, namun segala keputusan yang telah dibuat oleh pihak Mahkamah bagaikan menepati ramalan seluruh umat manusia 1 Dunia. Khususnya keputusan yang menentukan siapa bersalah dan sebaliknya. 2 Orang manusia yang telah di Kambing Hitamkan bakal mengakhiri zaman kegemilangannya di Tali Gantung. Persoalannya... Bila Nak Gantung? Kat Mana Nak Gantung? Boleh tak SS dan rakyat 1Dunia nak tolong gantung ?

Dua anggota Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, tiga tahun lalu walaupun arahan pembunuhannya hanya diperolehi semasa mereka sedang nyenyak tidur dibuai mimpi indah. Kerana hingga ke hari terakhir perbicaraan, pihak mahkamah masih gagal mengesan "Pemberi Arahan" atau si Pengembala Kambing yang magik tersebut. Ni yang bahaya ni..... x leh la kita tidur mati sangat lpas ni. Mana lah tau kot-kot dpt arahan letupkan orang dalam tidur, tau2 jer dh brsepai badan orang kita kerjakan.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin ketika itu membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Persoalannya: Betulkah yang akan digantung itu adalah pembunuh Altantuya Shariibuu / Siti Aminah yang sebenar???? 1Malaysia tak brani jawab kan...

Kaedah penyiasatan dan prosiding perbicaraan kes bunuh Altantuya telah mengundang rasa ragu, kesal dan benci rakyat terhadap sistem kehakiman 1MALAYSIA, PDRM dan pemimpin politik kerajaan Malaysia. Kerajaan UMNO/BN telah membuat Malaysia dipandang hina dan dimalukan oleh masyarakat antarabangsa. Masih relevankah slogan tok Najib "1Malaysia Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan" dalam usaha menangkis pandangan negatif masyarakat dunia terhadap kita???

Satu lagi kes kelakar seram berprofile tinggi yang melibatkan "Akuan Bersumpah" oleh beberapa saksi penting dalam kes seumpama ini. Bertitik tolak dari kes inilah maka, Pejabat Pesuruhjaya Sumpah seluruh dunia mula sibuk dengan kebangkitan gejala "Akuan Sumpah" pelbagai peringkat manusia. Adakalanya gejala kurang sihat ni dianggap sebagai "Fitnah Tanpa Wajah" yang memungkinkan populariti penyumpah mengatasi segala-galanya. Walaupun hakikatnya ramai penyumpah-penyumpah 1Malaysia hari ini dilihat bagaikan "Pahlawan Tanpa Teluq", namun gejala ini dirasakan perlu bagi sesetengah pihak berkepentingan dalam menerus dan menegakkan batang kebenaran yang sememangnya sudah hampir mati pucuknya dimata masyarakat.

Bilakah gejala ini akan berakhir dan sampai bilakah jelmaan Altanthuya akan merayau-rayau mencari boyfriend-nya di sini. Oh! hampir terlupa, di Malaysia kerajaan kita sebenarnya telah berjaya melahirkan puluhan ribu "Tok Bomoh" untuk menangani masalah gangguan mistik seumpama ini, jadi tidak hairanlah kalau Roh Altanthuya masih gagal mencari Boyfriend-nya hinggakan penat terbang ke sana sini menumpang kempen Pilihanraya kecil 1Malaysia baru-baru ini. Bapak Altanthuya juga dilihat hampir lemas dalam memperjuangkan nasib Mendiang anaknya apabila "Hantu Tetek" telah berjaya mengepalai pentadbiran 1Malaysia setakat ini dan secara tidak langsung berupaya mengaburkan penglihatan mata hati masyarakat tentang isu pembunuhan kejam ini. Huh!!!!! berpeluh beb nak lawan "Hantu Tetek" macam ni, silap2 kita boleh buhuh diri terjun banggunan sbb tewas ditangannya..... Aduhhhh!!

Jom la kita ramai-ramai tolong "Talkinkan" roh mangsa pembunuhan kejam ini agar rohnya lebih tenang menjalani kehidupan walaupun tanpa Boyfriend disisi..... 1Malaysia tolonglah jawab persoalan hamba!!!!

You are FIRED....!



Bye Bye MCA....

KUALA LUMPUR 26 Ogos –Krisis kepimpinan MCA semakin meruncing apabila Majlis Presiden menerima cadangan Jawatankuasa Disiplin parti untuk memecat keahlian Timbalan Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkuat kuasa serta merta.

Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat berkata, keputusan sukar itu terpaksa dibuat kerana cakera padat digital skandal seks Soi Lek yang tersebar sebelum ini telah merosakkan imej parti.

“Berdasarkan Artikel 127 (A) Soi Lek boleh merayu dalam masa 14 hari. Bagaimanapun, di bawah Artikel 128, sebarang keputusan oleh jawatankuasa pusat atas kesalahan disiplin adalah muktamad,” katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini, 12.30 pagi (Khamis).

Tee Keat enggan menerima sebarang soalan wartawan. Soi Lek meletakkan semua jawatan dalam kerajaan dan parti pada 2 Januari tahun lalu. Bekas Menteri Kesihatan itu bagaimanapun berjaya memenangi jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Oktober lalu.

Terdahulu, Soi Lek ketika ditemui pemberita berkata, beliau tidak terkejut dengan cadangan Jawatankuasa Disiplin parti itu. Beliau akan mematuhi keputusan Majlis Presiden dan belum memutuskan soal rayuan.

“Mencemarkan imej parti adalah satu jenayah yang serius. Saya bernasib baik mereka tidak mengantung saya sampai mati. “Jika cadangan itu dipersetujui Majlis Presiden, saya yakin Presiden akan tidur lena malam ini,” katanya. - Utusan

* Tanda-tanda BN akan jatuh semakin jelas. Tapi kenapa Pemimpin Umno yg Pernah terlibat dgn salahlaku melibatkan maruah dan agama sprti Meraba Punggung pompuan, termengandungkan anak luar nikah dll, tak di pecat????

Campur Tangan AGP dan Kuasa Eksekutif dalam Isu Kartika melampau


Jika benar Peguam Negara ada menghantar surat supaya (hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno) ditangguhkan, (tindakan Peguam Negara) itu sudah melanggar urusan negeri sebab bidang kuasa dia di peringkat persekutuan," demikian kata Zainul Rijal Abu Bakar, yang kini setiausaha pertubuhan Peguam Pembela Islam (PPI).

"(Keadaan) ini sudah melanggar prosedur. Sepatutnya kena failkan semakan dahulu, baru mohon ditangguhkan. Inilah yang jadi apabila menteri turut masuk campur," ujarnya lagi.

Sebelum itu, Zainul menyatakan Panel Mahkamah Rayuan Syariah Pahang masih belum dilantik, setakat ini, menyebabkan rayuan bagi kes-kes seperti melibatkan Kartika tidak dapat didengar.

Zainul Rijal menambah, terdapat dua pesalah di negeri berkenaan yang dijatuhi hukuman sebat mengikut undang-undang syariah sebelum ini, tetapi rayuan bagi hukuman tersebut tidak dapat didengar sejak lima tahun lalu.

"Bukan Kartika seorang saja, lima tahun lepas dan tahun lepas juga ada kes jatuh hukuman sebat. Rayuan juga tapi tidak boleh didengar," kata bekas pemimpin Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) hari ini.

Jelasnya, mahkamah rayuan menjadi peluang terakhir bagi pesalah untuk mengurangkan hukuman, tetapi proses rayuan tidak dapat dilakukan hingga menimbulkan kesan ke atas mereka yang telah didapati bersalah.

Tambahnya, pendakwaan dan bentuk hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "sudah jelas" tetapi ia kini dikaburi oleh pihak-pihak berkepentingan yang cuba campur tangan, termasuk kuasa eksekutif.

"Dewan Undangan Negeri boleh buat peraturan kesalahan dan hukuman bagi perbuatan melanggar perintah Islam, tetapi Perlembagaan boleh mengehadkan hukuman sahaja," jelas Zainul Rijal.

Beliau menjelaskan, isu ini termaktub dalam Akta Bidang Kuasa Jenayah (Mahkamah Syariah) 1965 (Pindaan 1984) yang memperuntukkan bidang kuasa tersebut kepada kerajaan negeri untuk menyekat kesalahan dan hukuman yang “melanggar rukun Islam”, termasuk mengambil alkohol.

Katanya lagi, hukuman yang dikenakan ke atas Kartika "bukanlah hukuman maksimum" kerana telah dimitigasi oleh wanita tersebut.

"Ia bukan hukuman maksimum. Kartika sendiri telah merayu dan mohon denda serta sebatan. Mungkin atas mitigasinya itu hukuman penjara tidak dikenakan," katanya.

Hukuman maksimum bagi kesalahan-kesalahan jenayah syariah di Pahang adalah tiga tahun penjara, RM5,000 denda serta enam sebatan.

Mengulas isu ketiadaan panel rayuan syariah di Pahang seperti dakwaan Zainul Rijal, ketua pendaftar Mahkamah Syariah Pahang enggan menamakan hakim-hakim terbabit tetapi mengesahkan panel itu memang ada.

"Nama-nama ini ada. Tapi biarlah kami dedahkan pada masa sesuai," kata Muhammad Azhari Abd Rahman kepada Malaysiakini.

"Buat masa ini tak perlulah saya komen lebih lanjut, memandangkan isu ini sudah sampai ke peringkat antarabangsa."

Menjelaskan lagi perkara tersebut awal malam ini, Zainul Rijal berkata nama-nama untuk panel rayuan tersebut "memang ada" tetapi tidak boleh mendengar kes kerana tidak diberikan tauliah sebagai hakim.

"Nama memang ada sejak sekian lama tetapi tidak diberikan tauliah hakim. Apa guna ada nama tetapi tidak ada tauliah, tidak boleh mendengar kes juga?" jelasnya melalui mesej SMS.

"Dan saya juga tahu, ada seorang yang (telah) dinamakan sudah pencen daripada menjadi hakim rayuan syariah Malaysia.

"Namun Pahang masih belum memberi tauliah dan nama beliau masih ada lagi."

Mungkinkah Muhyiddin akan Menggelar Tun Mahathir Pengkhianat Bangsa dengan pengakuan ini?


Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa beliau telah meminta Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membekalkan air kepada Singapura semasa Muhyiddin menjadi Menteri Besar Johor, lapor Bernama.

"Tan Sri Muhyiddin bercakap benar mengenai desakan saya kepadanya untuk membekal air kepada Singapura, tetapi Lee Kuan Yew tidak mengancam untuk berperang sekiranya kita tidak membekalkan air. Sekiranya beliau (Lee) melakukan itu, saya fikir saya akan menghentikan sebarang bekalan air seterusnya," kata Dr Mahathir dalam laman blognya Rabu.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri pada 19 Ogos lalu, bahawa beliau telah meminta Muhyiddin menghadiri mesyuarat dengan Perdana Menteri Singapura ketika itu, Lee Kuan Yew yang sedang membuat lawatan, berhubung isu saluran paip gas dan bekalan air, di Kuala Lumpur.

Menurut Muhyiddin, semasa perbicangan antara Dr Mahathir, Menteri Kewangan ketika itu, Tun Daim Zainuddin, Lee dan beliau, Lee mahukan bekalan air yang mencukupi disalurkan kepada republik itu dari Johor.


"Lee berkata Singapura bersedia untuk berperang sekiranya Malaysia tidak mahu membekal air yang mencukupi dan melahirkan rasa kesal berhubung projek bekalan air dari Sungai Lingu yang tertangguh.

"Saya berkata kami tidak mempunyai wang dan Lee berkata Singapura sanggup menanggung kos dan apabila siap, harta tersebut akan dimiliki oleh Malaysia, jadi Singapura hanya membayar bil," kata Muhyiddin.

Muhyiddin semasa berceramah di Tanjung Putus, Bukit Mertajam semasa kempen pilih raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir, menjelaskan perkara itu sebagai menolak dakwaan pembangkang bahawa beliau telah menjual sekeping tanah kepada Singapura berhubung loji rawatn air di Sungai Lingu, Bandar Tenggara Johor.

Dr Mahathir berkata beliau tidak mengetahui mengenai penjualan tanah kepada Singapura, tetapi kerana telah dipersetujui bahawa loji rawatan air akan dibina oleh Singapura di Johor, maka tanah perlu disediakan.

"Kita ketika itu sedang cuba berbaik-baik dengan Singapura bagi menyelesaikan beberapa masalah. Walaupun air mentah akan dibekalkan pada 3 sen per 1,000 gelen, persefahamannya ialah di masa depan, hanya air yang dirawat yang akan dibekal apabila loji rawatan kita siap.

"Kita juga tidak akan beli lagi sebarang air yang dirawat dari Singapura dengan kadar 50 sen per 1,000 gelen apabila loji rawatan baru kita di Johor siap.

"Apabila kita tidak perlu lagi membeli air yang dirawat daripada Singapura, kita boleh menaikkan harga air mentah ke Singapura tanpa Singapura boleh menaikkan harga air yang dirawat kepada kita.

"Namun setelah kita memeterai perjanjian bekalan air, Singapura menimbulkan banyak isu mengenai tanah keretapi kita, pusat kastam, imigresen dan kuarantin di Tanjong Pagar, latihan pesawat perang Singapura di kawasan udara Malaysia dan Kumpulan Wang Simpanan Pusat.

"Pada ketika itu, saya sedar bahawa berbaik-baik dengan Singapura adalah tidak berbaloi," kata Dr Mahathir dalam blognya. SS juga mencabar mana-mana pihak yang merasakan tertipu dengan kenyataan Muhyiddin Yassin sebelum ini untk mengambil tindakan kerana TPM ini telah menipu 1Malaysia dan usaha untuk mendapatkan penjelasan dari Lee Kuan Yew sedang diaturkan demi mencari sebuah kebenaran disebalik pembohongan.

Pendidikan Sekolah Agama di Johor.... Antara Nasib dan Masa Depan


Tahukah anda bahawa Kerajaan Johor diperingkat terakhir bagi memuktamadkan MOU dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menyerahkan 22 SMA (Sekolah Menengah Agama) dan 8 Sekolah Rendah Bersepadu (SRAB) bagi mendapatkan status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pengalaman buruk negeri-negeri yang telah menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM adalah KPM akan meminda silibus pendidikan sekolah agama selari dengan Akta Pendidikan 1996 dimana hanya ada satu subjek agama iaitu Arab Komunikasi. Dengan tiadanya subjek-subjek agama yang lain akan menyebabkan pelajar-pelajar keluaran SMA tidak layak lagi untuk melanjutkan pendidikan agama di Timur Tengah khususnya A-Azhar.

Pada tahun 1996, Kerajaan Negeri Johor telah mengambilalih Sekaolah Agama Rakyat (SAR) atas alasan kebanyakan SAR adalah daif dan banyak dipengaruhi oleh pembangkang sehinggakan bantuan kewangan perkapita tidak lagi disalurkan kepada SAR. Tetapi kenapa pula sekarang ini kerajaan negeri hendak menyerahkan sekolah-sekolah ini kepada KPM. Menurut maklumat yang diterima kekurangan kewangan sekolah agama termasuk menaik taraf gaji guru-guru agama adalah RM4 juta setahun. Kenapa kerajaan tidak menggunakan wang zakat untuk menampung kekurangan ini. Untuk pengetahuan pembaca Negeri Johor menerima tidak kurang dari RM100 juta wang zakat setahun, antara yang teringgi di Malaysia.

Satu pasukan penyelidikan telah ditubuhkan oleh Jabatan Agama Johor bagi mengkaji bagaimana memperkasakan pendidikan agama di Negeri Johor. Antara cadangan awal pasukan penyelidikan ini adalah memperkasakan SRAB iaitu menambah bilangan daripada 8 sekolah kepada 300 buah sekolah di Negeri Johor. SRAB ini juga dijangka akan dapat menyelamatkan Sekolah Agama Johor petan/pagi bilamana pendidikan satu sessi dilaksanakan oleh KPM diperingkat nasional. Pasukan penyelidikan ini juga mencadangkan penubuhan Universiti Islam di Johor. Tetapi disebabkan cadangan pasukan penyelidikan ini tidak selari dengan selera UMNO/BN maka pasukan penyelidikan ini telah dibubarkan ditengah jalan.

Atas keperihatinan di atas maka Pas Negeri Johor telah menghantar Memorandum Rakyat kepada YB. Dato’ Zainal, Exco Agama Negeri Johor bagi mempertimbangkan isi kandungan memorandum yang dihantar.

Memalukan apabila polis bertindak memBABI buta


Mahkamah Tinggi Kuantan sekali lagi mengesahkan tangkapan kerana mengadakan ceramah di rumah persendirian adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang. Untuk itu, polis diminta membayar gantirugi kepada Dr Hatta Ramli dan dua lagi yang menyaman polis kerananya.

Kes ini diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mariana Yahya di Mahkamah Tinggi Kuantan hari ini.

Dr Hatta, Bendahari PAS Pusat dan dua lagi telah menyaman polis dan kerajaan kerana menangkap beliau serta dua lagi kerana mengadakan ceramah di Rompin, Pahang pada 10 Jun 2005 lalu.

Beliau akan mengadakan sidang akhbar khas di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut jam 3 petang ini bagi menjelaskan lagi kes ini.

* Bila polis tidak tahu undang-undang.

Puji Sikap Kartika walaupun Hukuman dikenakan hanya kepada "Anak Bilis" - Dr Asri


KUALA LUMPUR, 26 Ogos : Kerajaan mesti melihat isu arak secara keseluruhan yang tidak menjurus dan menghukum orang awam semata-mata bahkan keterlibatan 'tauke-tauke', tokoh-tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang kilang-kilang dan premis perniagaan yang menjual arak juga perlu diambil kira termasuk mengenakan tindakan tegas terhadap mereka.

Apa yang berlaku kini, hukuman hanya dikenakan ke atas 'ikan bilis' sahaja apabila melakukan kesalahan seperti minum arak sedangkan orang-orang yang berkepentingan khususnya yang beragama Islam yang 'menjana' industri arak ini terlepas begitu sahaja.

Demikian ditegaskan bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abdin kepada Harakahdaily pagi ini, ketika diminta mengulas hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang dihukum kerana minum arak.

"Sebenarnya hukuman sebat yang dijatuhkan mahkamah itu 'mendekati' hukuman Islam sungguhpun ulama berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan.

"Namun saya puji sikap Kartika kerana akui kesalahannya dan tidak membantah hukuman yang dikenakan.

"Sepatutnya kita puji dia tetapi sehingga kini tidak ada satu tokoh politik atau pemimpin yang memuji tindakan Kartika ini, mungkin ada kepentingan dan jaga hati pihak tertentu..." katanya yang juga bersetuju, sekiranya Kartika merayu bagi meringankan hukuman.

Padanya, prinsip hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah mesti jelas, dan soal rayuan, merupakan hak bagi pesalah untuk memohon meringankan hukuman.

Beliau turut menjelaskan bahawa bukan semua yang meminum arak atau melakukan apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasul-Nya ataupun membenci Islam.

Sungguhpun, maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seseorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya, katanya.

Kartika seorang model sambilan di Singapura dihukum denda RM5,000 dan dikenakan enam sebatan kerana minum arak di sebuah hotel di Kuantan. Beliau sepatutnya menjalani hukuman itu sebaik sahaja ditahan di Penjara Kajang bermula semalan.

Bagaimanapun hukuman itu ditangguhkan dengan alasan hukuman rotan hanya boleh dilaksanakan selepas bulan Ramadhan.

Dalam pada itu Dr Asri dukacita dan mengkritik sikap mahkamah syariah yang dilihat begitu 'cepat' menyelesaikan kes Kartika, sedangkan kes-kes seperti cerai, talak, penderaan dan pembahagian harta pusaka yang melibatkan wanita, mengambil masa yang lama untuk diputuskan atau dijatuhkan hukuman.

"Janganlah ketika wanita bersalah, dihukum begitu cepat tetapi bila wanita dianiaya, ditangguhkan. Hukuman dan tindakan mesti adil malah ianya mesti dilihat berlaku adil.

"Kita memuji langkah mencegah mungkar tetapi yang paling penting ialah penegasan hukuman supaya menjadi contoh kepada yang lain dan dilihat adil," katanya yang kini sudah seminggu berada di Malaysia, sekembalinya daripada pengajiannya di London.

Beliau juga kecewa dengan sikap media barat seperti CNN yang cuba mengaangkat isu hak asasi manusia untuk minum arak sedangkan agama mempunyai hukuman dan peraturan yang tertentu bagi mendefinasikan kebebasan penganutnya agar tidak melakukan perbuatan yang menyalahi agama sekaligus menjaga masyarakat akibat tabiat buruk arak.

Seorang pakar motivasi Dr. Danial Zainal Abidin dalam Program TV9 Halaqah minggu lalu, turut mengupas keburukan akibat meminum arak, yang jelas mempunyai sebab-sebab utama Allah SWT mengharamkan dalam al-Quran.

"Arak menyebabkan sebarang mesej atau maklumat tidak sampai ke otak. Arak menyebabkan pertimbangan tubuh badan tidak seimbang. Ia mengundang pelbagai penyakit dan bahaya.

"Mengikut kajian, arak merupakan pembunuh nombor satu bagi remaja di Eropah dan penyebab utama masalah rumah tangga di Britian. Jika mereka kata ini hak asasi dan arak sebagai penyelesai masalah...fikirkan kembali" kata Daniel merujuk kepada kajian perubatan dan WHO.

Dengan kajian itu katanya, membuktikan hukuman dan tindakan agama Islam melarang penganutnya meminum arak, adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan masalah-masalah masyarakat dan punca gelaja sosial yang semakin membarah kini. - Malaysiakini

* Patutlah UmnoBN beria-ria halang hukuman sebat ini

Apa pun alasannya, Yang penting PAS menang di Permatang Pasir


Pas menang kerusi DUN N11 Permatang Pasir dengan majoriti 4451 undi.

Namun jumlah majoriti tersebut menurun daripada jumlah majoriti yang dimenangi pada PRU 12, 8 Mac lalu.

Pas menang dengan mendapat 9618 undi manakala BN 5067 undi.

Keputusan tersebut telah membawa kepada 8 pilihan raya berbalas satu. Dengan semua keputusan bagi PRK yang diadakan selepas PRU 12 dimenangi oleh Pakatan cuma satu sahaja dimenangi BN iaitu di Batang Ai.


Video dr Pakatan Blogger

Berkuburnya Demokrasi di Malaysia - SPR


Sistem Demokrasi yang diagung-agungkan UBN sekarang ini sudah mati keseluruhannya. Bermula dari PRK Bukit Gantang lagi apabila pelbagai peraturan baru yang diperkenalkan SPR kepada semua parti politik yang bertanding.

Di Manek Urai, bendera PKR tidak dibenarkan dinaikkan di Manek Urai, atas alasan PKR tidak bertanding di Manaek Urai. Riuh diperkatan hal ini. Sehingga ada yang berbalah lagi dengan SPR. Apa ni? Alasan lagi kononya Pakatan Rakyat tidak berdaftar. Ini menyanggah peraturan pilihanraya yang jelas membenarkan mana-mana parti politik yang mahu menyokong parti yang bertanding adalah dibenarkan. Peraturan ini meyanggah peratutan tatatertib ini. Pening la... Demokrasi macam mana nih.

Terbaru di Permatang Pasir, sistem demokrasi dan hak asasi manusia yang hidup di muka bumi ini sekali lagi dinafikan SPR, dibawah kerajaan 1Malaysia, UBN. Peraturan tidak membenarkan berkempen pada hari mengundi dan tidak membenarkan diwujudkan meja semakan pemilih (barung) oleh parti-parti yang bertanding. Ini seolah-olah mahu mengikat kaki dan tangan serta mulut rakyat. Walaupun tidak agak abstrak, tetapi ianya jelas menzalimi hak dan kebebasan rakyat.

Eh, pilihanraya apa kalau tidak boleh berkempen? Ni siap ugut lagi dalam kaca-kaca televiseyen, corong speaker radio, bahawa mana-mana parti yang berkempen akan didakwa. Eh, bengong!, kita nk bertanding pilihanraya, bayaran deposit bukan RM1.50. Beribu-ribu ringgit bayarannya. Oleh itu, parti politik berkempenlah untuk memenangkan calon yang bertanding. Ini menyekat orang berkempen, piliharaya apa ni... Mana demokrasi? kata agungkan sangat demokrasi???

Berapa ramai dah rakyat Malaysia yang mati akbiat berkempen dan membuka barung di hari mengundi? Cuba jawab. Berapa orang rakyat Malaysia yang menderita akibat bekempen dan membuka barung di hari mengundi? Jangan persolakan terpaksa menggunakan aggota polis yang ramai. dah memang tugas polis dah menjaga keselamatan awam. Ke polis ni hanya menjaga ceramah-ceramah PAS sahaja di Malaysia ni? Buat apa SPR pertikai penglibatan aggota polis yang ramai? Kan dah memang tugas mereka. Jangan dah baling batu sembunyi tangan. Macam di PRK Manek Urai, penglibatan anggota polis yang amat menggalakan, mengapa tidak berbangkit? Mengapa berbangkit di Permatang Pasir? Mengapa anggota polis tak menjaga dalam negara macam di Manek Urai? Baru la kes ragut, samun tak berlaku. Kerana pondok polis ada setiap 100 meter. Tetapi kenapa ini hanya dibuat pada musim pilihanraya je? Hmmmm..... x paham!

SS juga tidak nampak kelainan dalam drama murahan ini. Pengarahnya tetap juga sama dengan drama katak lompat yang pernah SS terbitkan sebelum ini. Cuba kita renung kembali di PRK Pengkalan Pasir, Pasir Mas. Mana ketelusan SPR??? Kata baik, bagus, berjurus. Tetapi ada yang meninggal di Kota Mekah, balik mengundi. Ada juga yang mengaku di mahkamah bahawa dia mengundi lebih dari satu kali. Tetapi, mana dakwaan yang dibuat? Apa tindakan mahkamah demokrasi yang diagung-agungkan? Pening... pening!

Eh, kita semua tidak akan lupa la pengkhianatan UBN terhadap rakyat dan Islam. Benda ini akan tetap SS dan kita semua akan ceritakan kepada generasi akan datang walaupun UBN sudah berkubur dan sudah tidak ada kesan lagi suatu hari nanti.

Jangan lupa Kes Memali. SS dan reformis yang lain juga akan berJANJI, untuk menceritakan kes ini sepanjang masa kepada generasi-genarasi sekarang dan yang belum lahir di bumi bertuah ini Dan SS yakin anda juga akan menceritakan perkara yang sama kepada generasi mendatang. Biar generasi kita kenal siapa UMNO, siapa Barisan Nasional ni. Jangan hanya kenal meraka pada nama dan paparan dusta di kaca-kaca televisyen sahaja.

Kepada kerajaan Malaysia yang ku sanjungi. Pulihkan dan pulangkan segera demokrasi berpelambagaan kepada rakyat sebelum terlambat. Ingat, adakah dato'-dato' seri semua akan gunakan polis dan FRU untuk lawan rakyat jika rakyat bangkit??? Ingatlah zaman gelap, zaman Renaissance, zaman Revolusi di Eropah. Siapa yang bangkit kalau bukan rakyat? Masa tu, mana para pemimpin kuku besi? Ingatlah
percarturan dan ketentuan Allah swt akan merubah segala-galanya tatkala lebih ramai rakyat yang teraniaya ditangan Kerajaan 1Malaysia hari ini.

Corat Coret Paling Menarik Sepanjang


Kiriman dari seorang sahabat pena...

Subhanallah!

Teman dengan mata kepala sendiri melihat betapa terhinanya anggota Tentera Malaysia di Permatang Pauh. Kejadian berlaku di sebelah rumah Selangor di Kampung Petani, Bukit Indra Muda.

Dari kejauhan, dapat teman lihat betapa 'tension'nye wira-wira kita terpaksa menjaga jalan untuk membolehkan puteri-puteri UMNO ni buat keje merayu undi rumah-ke rumah!dengan membawa watak doktor atau pembantu perubatan, mula-mula bukan main banyak beg-beg yang seolah-olah berisi ubat-ubatan. Akhirnya mereka dok mengusung beras dan pelbagai barang dapur pulak!! aikk?? ini ajaib!!

Sewaktu teman dan beberapa orang sahabat menghampiri ambulan berkenaan, abang askar yang duduk di tempat pemandu seolah-olah mengelak wajahnya dirakam oleh kami! Hampir-hampir pilu teman melihat wajah abang askar tersebut yang jelas amat-amat-amat tidak selesa dengan apa yang dilakukannya itu? Satu soalan dari teman yang diajukan berulang kali tetapi tidak dijawab langsung oleh geng-geng Puteri UMNO dan abang-abang askar "Macam mana ambulance leh bawak beras lak nih? siap bawak barang dapur lagi???"

kepada rakyat Malaysia, lihatlah pemimpin-pemimpin UMNO sedang mempergunakan segala jentera negara termasuk ASKAR!!! ini adalah sepatutnya menjadi kesalahan maksimum kepada undang-undang negara! Lihatlah askar yang gagah mengawal keselamatan negara terpaksa menjadi bapuk ditangan Zahid Hamidi!!!

below pictures will tell us thousand words!!!




































































































































Ini Buktinya negara kita sememangnya Aman Damai dan tak perlukan khidmat ATM mahupn PDRM utk mnjaga keamanan negara. Skrg ni Jabatan2 seumpama ini dilihat lebih cenderung untuk berpolitik daripada menjalankn tugas menjaga keamanan negara. So What????