Kisah Benar - Dua Sahabat Baik yang terhutang Budi


HARI ini mungkin hari bersejarah untuk penduduk Port Dickson apabila Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menjejakkan kakinya ke pusat perlancongan antarabangsa itu.

Sebelum ini, Najib pernah ke sana. Namun, ketika itu nasibnya kurang baik. Beliau pun bukan lagi Perdana Menteri ketika itu.

Namun, beliau bernasib baik kerana mempunyai seorang rakan baik di sana iaitu Menteri Besar Negeri Sembilan ketika itu, Tan Sri Isa Abdul Samad. Dan masalahnya ketika itu berjaya di selesaikan.

Hari ini, Najib turun ke Port Dickson sebagai seorang Perdana Menteri. Beliau mendapat sambutan permaidani merah di sana.

Beliau menyertai para pemimpin Umno dan BN yang lain dalam majlis rumah terbuka BN di sana.

Dan hari ini juga, timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin, mengumumkan Isa sebagai calon Umno Bagan Pinang. Walaupun mendapat tentangan dan bantahan secara terbuka dari bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir, ia tidak dihiraukan oleh Najib.

Pelbagai andaian dibuat kenapa Umno pimpinan Najib sanggup meletakkan Isa sebagai calon walaupun mendapat bantahan demi bantahan.

Yang paling ketara adalah pendapat bahawa Najib sangat memerlukan kemenangan yang besar dalam pilihan raya kecil ini selepas kalah dalam tujuh pilihanraya kecil sebelum ini.

Isa adalah taruhan utama untuk kemenangan ini. Ini kerana, golongan bawahan sangat-sangat mahukan Isa kembali ke persada utama politik tanah air selepas dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno kerana membeli undi dan merasuah perwakilan Umno.

Pemilihan ini bermakna Najib menolak pandangan, memilih Isa membolehkan Umno menang di Bagan Pinang tetapi akan mengalahkan Umno di seluruh negara.

Turut dijadikan sebab mengapa Isa dipilih adalah kempen-kempen yang dibuat di Bagan Pinang termasuk menaikkan kain rentang ugutan agar Umno memilih Isa sebagai calon.

Kain rentang itu berbunyi "Kami mahu Datuk Isa. Kalau tidak kami boikot'. Kain rentang ini dinaikkan di merata tempat dalam kawasan pilihan raya ini hatta di kampung Isa sendiri.

Namun, bagi pihak yang nakal, punca utama kenapa Isa dipilih sebagai calon adalah kerana peristiwa lama di Port Dickson itu.

Najib sanggup melawan Tun Dr Mahathir, orang yang memberikan tekanan kepada Tun Abdullah Badawi agar meletakkan jawatan dan melantik Najib sebagai PM.

Najib juga sanggup berbeza pendapat dengan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, yang secara sindiran menolak Isa sebagai calon.

Dan mungkin ini adalah pertama kali, Mahathir mempunyai pendapat yang sama dengan anggota Parlimen Rembau itu iaitu menolak Isa sebagai calon, selepas sekian lama mereka berbeza pendapat.

Sekurang-kurangnya, pilihan raya kecil Bagan Pinang menyatukan Mahathir dan Khairy, selepas sekian lama Mahathir memukul menantu Tun Abdullah itu.

Siapa DUDA pilihan Umi Aida?




Gambar (kiri Khairuddin atau DUT) bersama Umi Hafilda.KANAN Khaled Jefri juga telah meninggal dunia.Pengarang buku yang menjadi jutawan dalam kes DSAI 1998.




Khairuddin di belakang Umi dan Azwan

Watak nya tidak nyata dalam kes DSAI ketika zaman 1998 dahulu.Anak Pulau Pinang ,Sg Rambai Bukit Mertajam ini terlibat sebagai talibarut Umi Hafilda dan juga menjadi tukang karang di merata tempat di seluruh Malaysia mendedahkan keburukan Anwar kepada kelompok dikampung-kampung.Anak saudara kepada arwah Sulaiman Palestin.Tak dapat Umi Hafilda dapat Umi Aida.

Kini mendapat gelaran Dato sejak beberapa tahun dahulu. Semasa zaman Pak Lah melakukan penerbangan dengan nama Kembara Kailan.Bermula dari kosong dan melilau kini menjadi jutawan. Entah perniagaan apa yang di lakukan beliau sehingga menjadi kaya raya dan mendapat gelaran Dato .Kini menggunakan kereta jenama Maserrati,Ferrari , Kawan baik Ali Rostam dan pernah menjadi director kilang motor Comel di Melaka .Beliau juga menjadi pengarah pertubuhan Malaysia Kombodia mengenai perdagangan antara Malaysia dan Kombodia.

Khabarnya menghadiahkan rumah dan juga kereta mewah mencecah jutaan ringgit untuk mendapatkan Umi Aida....yang coolnya majlis pertunangan nie dilangsungkan kat kondo yang dihadiahkan oleh Datuk Khairuddin ni kepada Umie Aida.

Cincin tunang bertatahkan berlian daripada koleksi jenama mewah, Chopard mengikat pelakon jelita, Umie Aida atau Umie Kalsom Rahmad dengan putera idamannya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, malam tadi.

Politik Korup dulu kini dan selamanya


Keperluan kuasa politik diutamakan. Malah didahulukan dari segala yang lain. Persetan soal maruah dan kewibawaaan parti atau individu.

Ini yang didokong oleh Umno sekian lama. Dan, parti itu sekali lagi menzahirkan hakikat berkenaan dengan menamakan Tan Sri Isa Samad sebagai calonnya untuk pilihanraya kecil Bagan Pinang.

Keputusan itu memang sudah pun diduga. Sungguhpun tokoh-tokoh veteran, tidak kurang daripada mantan Perdana Menteri sendiri, Mahathir Mohamad mengingatkan Umno jangan memilih Isa kerana beliau terpalit dengan rasuah politik, iaitu membeli undi perwakilan Umno dengan sogokan wang dan jamuan-jamuan untuk menjadi Naib Presiden Umno pada tahun 2004, ia tidak sedikitpun dihiraukan.

Soalnya, mengapa mesti Umno hari ini ambil pusing soal apa kata Mahathir. Memang mudah untuk Mahathir melontarkan "nasihat" sedemikian kerana bukan beliau menduduki kerusi Presiden Umno yang membawa bersamanya jawatan Perdana Menteri Malaysia. Bukan Mahathir yang mengepalai sebuah parti yang telah kalah lapan pilihanraya kecil berturut-turut sejak pilihanraya umum tahun lalu. Satu lagi kekalahan akan mengesahkan Umno makin terkubur dalam politik negara.

Dan bukan Mahathir yang terpaksa was-was terhadap seorang Timbalan bernama Muhyiddin Yassin yang begitu ghairah mencanang dirinya sebagai penyelamat maruah bangsa Melayu.

Atas dalil-dalil itu, memang tidak mengejutkan Perdana Menteri Najib Razak memilih Isa Samad sebagai calon untuk mengekalkan kerusi Bagan Pinang yang secara tradisinya milik parti itu. Isa adalah sinonim dengan politik Negeri Sembilan. Beliau menjadi Menteri Besar selama 25 tahun, lebih lama dari Mahathir jadi Perdana Menteri. Teluk Kemang adalah kubu kuatnya. Beliau dikenali kebanyakan pengundi secara peribadi. Namanya ada daya penariknya sendiri di Teluk Kemang.

Berasaskan faktor-faktor ini, Isa difikirkan calon paling layak untuk mengembalikan maruah Umno dan memastikan tunjang Barisan Nasional tidak tewas lagi pada pilihanraya kecil, sekali gus memberikan ruang untuk Umno mendabik dada dan mengisytiharkan bahawa parti itu semakin pulih dan sokongan rayat semakin ketara.

Tidak apa jika Isa pernah didapati salah membeli undi, iaitu menyogok perwakilan Umno untuk bersubahat dengannya melakukan rasuah. Tidak apa jika Umno sebelum ini melaung-laungkan slogan ia harus berubah, kononnya Umno mesti berubah sebelum rakyat mengubahnya. Slogan-slogan bahawa pemimpin rasuah harus ditolak dan tidak lagi diberi tempat, masih nyaring di telinga kita.

Jawapan yang pasti disajikan pengundi Bagan Pinang ialah Isa sudah pun menjalani hukuman digantung tiga tahun dan hilang jawatan naib presidennya dan sehubungan itu harus diberi peluang untuk berbakti kepada rakyat. Sehubungan itu stigma ke atas Isa sebagai pengamal rasuah politik tidak harus menjadi halangan untuk menghidupkan semula karier politiknya.

Hakikatnya, hukuman terhadap Isa hanya bererti beliau melepaskan jawatan Naib Presidennya yang dimenangi dengan menyogok perwakilan. Beliau tetap menikmati segala emolumen, pencen, dan faedah lain semasa khidmatnya dengan kerajaan. Beliau juga tidak dirujuk kepada BPR atau SPRM kerana mengamalkan rasuah. Pendek kata Isa disuruh ”:menghilangkan diri dari kaca mata rakyat” selama tiga tahun sebelum dibenarkan tampil semula.

Adakah beliau kembali dengan politik baru untuk berbakti kepada rakyat secara tulus ikhlas, tanpa cuba merasuah sesiapa dalam mengejar jawatan. Dan jika sekali pun beliau memberi komitmen sedemikian, adakah kita harus menelannya begitu sahaja, semata-mata kerana Umno ketandusan calon yang sama popular dengan Isa.

Jika Najib benar-benar menghayati angin perubahan yang dicanangkan olehnya sebagai wajib untuk merekacipta semula Umno bagi menjadikan parti itu bebas dari politik wang, Isa Samad tentunya tidak akan menjadi pilihan di Bagan Pinang. Seorang calon, biarpun muka baru namun bersih, berwibawa dan berpendidikan tinggi lebih wajar ditawarkan kepada pengundi Bagan Pinang.

Namun berdepan dengan ugutan ahli Umno Bahagian Teluk Kemang yang diterajui Isa sendiri, Najib sekali lagi menunjukkan beliau tidak sanggup menanggung risiko politik, lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan kelangsungan karier politiknya sendiri.

Beliau mempunyai peluang terbuka untuk menghantar mesej jelas kepada rakyat bahawa Umno telah menutup pintu kepada pemimpin-pemimpin korup seperti Isa Samad, apabila berlaku kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.

Tetapi beliau memilih jalan selamat untuk mententeramkan penyokong Isa dengan memberi Isa tiket untuk memenangi Bagan Pinang dan menukar sifir politik Umno di Negeri Sembilan yang dipimpin oleh musuh ketat beliau, Mohamad Hassan.

Namun persoalan lebih besar ialah penerimaan rakyat keseluruhan terhadap keputusan Najib untuk terus "berdansa" dengan tokoh-tokoh Umno yang didapati terbabit dalam amalan rasuah oleh Jawatankuasa Displin parti itu sendiri.

Dengan memilih Isa, Najib dalam kedudukan lebih terjamin untuk memenangi pilihanraya kecil yang pertama di Semenanjung sejak pilihanraya umum tahun lalu.

Misi untuk mengubah amalan rasuah, politik wang, kronisme, membeli undi dan sebagainya dilupakan begitu sahaja dalam keghairahan untuk berpegang kepada kerusi Bagan Pinang. Jika begitu, maka tepatlah slogan Umno : Dahulu, Sekarang dan Selama-lamanya.

Kisah Pembohongan Ibu Yang Ketiga


Di usia awal remaja, aku mula bersekolah di sekolah menengah. Saban hari Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk dijual bagi menampung perbelanjaan persekolahan kami adik beradik.

Pada suatu dinihari lebih kurang jam 1.30 pagi aku terjaga dari tidur kerana situasi agak terganggu oleh bunyi-bunyian dari perut dapur rumah.

Aku bingkas dan melihat ibu sedang membuat kuih bertemankan sebiji pelita minyak tanah di hadapannya. Beberapa kali aku melihat kepala ibu terhangguk-hanguk tapi tak menggeleng-geleng kerana mengantuk.

Aku lantas berbisik di telinga ibu dan berkata : "Ibu, tidurlah dan rehatlah dulu, esok pagi ibu kena pergi ikut ayah ke kebun pula." Ibu hanya mampu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, esok pagi nak ke sekolah, nanti terlewat pulak. Lagipun ibu belum mengantuk lagi. Pergi lah tidur ya...." –

PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA


Ibuku seorang Pembohong....


Entah kenapa SS Memilih tajuk "Ibuku Seorang Pembohong" untuk posting kali ni. Mungkin ada pihak yang menganggap tajuk ini tidak sesuai langsung dengan suasana dan keadaan hari ini. Maklum sajalah kita masih di bulan mulia, bulan yang menuntut sekelian umat manusia supaya berbuat baik dan saling bermaafan sesama insan lain. Tapi ntah kenapa ntah, cerita ini dirasakan amat menarik dan perlu dikongsiakan bersama disini. Janganlah pula ada pihak yang menghukum SS dengan cerita ini ya... tapi sama2 lah kita menilai siapakah ibu kita selama ini dan kenapa ibu terus-terusan jadi pembohong kepada kita... Cerita ini tiada kena mengena dengan sesiapa pun, tapi kalau ada yang terkena jugak... anggaplah ia hanyalah sebagai "Kebetulan" dan boleh dijadikan pengajaran untuk semua.

Memang sukar untuk orang lain percaya, tapi itulah yang berlaku. Ibuku memang seorang pembohong sejak sekian lamanya. Sepanjang ingatan SS sejak berusia sehari hingga ke hari ini, sekurang-kurangnya ibu telah berbohong sebanyak 8 kali. Selebihnya tu mungkin Bohong Sunat agaknya...

KISAH PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA

SS perlu malah wajib catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan KITA BERSAMA.

Cerita ini bermula ketika SS masih kecil. SS lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin tapi ahli keluarganya agak kaya dan meriah . Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dan pucuk ubi dikongsi satu keluarga.

Sebagai anak yang masih kecil, SS sering saja merungut dan adakalanya menangis mahukan nasi dan lauk yang lebih. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk SS. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk SS, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." Sedangkan ketika itu kami sekeluarga hanya mampu menikmati makan bersama sekurang-kurangnya sekali dalam sehari.... Inilah Pembohongan Ibu yang pertama...

KISAH PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA

Ketika SS mulai membesar ibu yang penuh dengan semangat keibuan dan gigih sering menghabiskan waktu terluangnya dengan pergi memancing ikan di anak sungai berhampiran rumah.

Saban hari Ibu akan berdoa dan berharap agar hasil pancingannya akan dapat memberikan sedikit makanan istimewa kepada kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu masih gagahkan kuderatnya untuk memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera si anak.

Sewaktu kami menikmati hidangan gulai ikan itu bersama, ibu hanya duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulangnya hasil sisa yang telah kami adik beradik nikmati sebelumnya. Aku dan adik beradik yang lain hanya memerhatikan gelagat ibu dengan seribu penyesalan dan kesedihan waktu itu.


Melihatkan keadaan ibu yang bagaikan terpaksa berbuat demikian, hati aku dan adik beradik semakin tersentuh, lalu dengan menggunakan akal fikiran yang sedikit cerdik ketika itu, aku memberikan isi ikan yang masih berada di pingganku kepada ibu. Namun sepantas halilintar ibu menolaknya dengan berkata " Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan" - Pembohongan Ibu yang kedua...

** Nantikan kisah pembohongan ibu di lain kesempatan ya... **


Anda Ahli PKR kan? Dah Bersedia ke nak bentuk kerajaan?


Akhbar The Star telah memberi tumpuan dan perhatian rapi terhadap cadangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan di Konvensyen Pakatan Rakyat pada hujung tahun ini. Penulis rencana itu Joceline Tan menulis panjang lebar dalam kolumnya dua hari sebelum hari raya. Ini diikuti pula oleh penulis bebas Baradan Kuppusamy tiga hari kemudian.

Mereka nampaknya mahu tahu sejauh manakah realistiknya harapan bahawa PAS, DAP dan KeADILan dapat mencari muafakat dalam hal-hal sensitif dan berbeza. Rakyat jelata pun ingin tahu sejauh mana Pakatan Rakyat sanggup melaksanakan janji-janji dalam manifesto mereka.

Memang usaha mencari kata sepakat ini sukar dan amat mencabar sekali. Saya sedar tentang perkara ini tetapi kita ada tanggung jawab kepada rakyat bahawa Pakatan ini bukan hanya sekadar pakatan membantu satu sama lain sewaktu pilihan raya sahaja.

Ianya juga bukan sekadar pakatan untuk mengambil alih kuasa dari Barisan Nasional tanpa mampu melaksanakan bersama dasar-dasar yang kita janjikan dalam manifesto. Memang usaha ini sukar tetapi ini mesti kita cuba laksanakan, dan cuba mencari muafakat terlebih dahulu.

Sebagai contoh, bila Dewan Undangan Negeri Selangor mengadakan Select Committee on Competency, Accountability & Transparency (SELCAT) untuk memastikan ketelusan dan integriti dalam pentadbiran negeri, sepatutnya PAS menyokong usaha ini.

Kalau PAS menyokong, mengapa pemimpin PAS Selangor Hassan Ali dibiarkan mencabar badan ini yang dipengurusikan oleh Speaker Dewan? Apa guna PAS berjanji dalam manifestonya untuk menjadi sebuah kerajaan yang telus, yang mahu memansuhkan Akta Rahsia Rasmi (OSA), yang mahu menggubal undang-undang baru Hak Mendapatkan maklumat (Freedom of Information Act), jika usaha murni awal SELCAT di Selangor telah pun disanggah dan dicabar oleh PAS.

Berhubung cadangan menggubal Akta Hak Mendapatkan Maklumat yang sememangnya terkandung dalam manifesto parti-parti Pakatan Rakyat pada tahun 2008, pihak yang sudah pun menguasai kerajaan negeri sepatutnya mengorak langkah ke arah pelaksanaan usaha ini. Maksud saya, KeADILan yang menerajui Selangor, PAS yang memimpin Kelantan dan Kedah serta DAP di Pulau Pinang, sepatutnya dapat melakukan sesuatu ke arah menjayakan hasrat ini. Tak payah tunggu nak sampai ke Putrajaya.

Untuk menjayakan undang-undang ini, mungkin masih perlu hal-hal tertentu terus diklasifikasikan sebagai “sulit” tetapi inilah masanya kita buka rahsia-rahsia kerajaan selama ini supaya rakyat dapat maklumat yang akan membawa kepada pentadbiran yang lebih telus dan kurang rasuah.

Kita harus terima hakikat bahawa kerajaan yang terbuka akan memberi peluang yang lebih adil kepada rakyat. Khalid Ibrahim di Selangor dan Husam Musa di Kelantan telah pun membuat kenyataan terbuka tentang kesedian mereka melaksanakan dasar ini, tetapi sampai sekarang belum tercapai hasrat itu.

Itulah beza antara janji dan pelaksanaan. Janji mudah dilafazkan tetapi melaksanakannya memerlukan pendirian dan iltizam politik yang kuat. Inilah cabaran sebenar parti-parti dalam Pakatan.

PAS misalnya telah sanggup menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara. Tetapi bagaimana pendiriannya dengan kebebasan beragama? PAS berjanji mahu memghapuskan akta-akta zalim seperti ISA dan OSA, Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan sebagainya. PAS juga berjanji akan menghormati hak asasi maanusia.

Tetapi Pemuda PAS Terengganu masih lagi mahu “menangkap dan memberi nasihat” kapada anak-anak muda yang disyaki berkhalwat dengan menggunakan sukarelawan polis agama atau “moral police” sendiri.

Nampaknya mereka rasa tangkapan yang dibuat oleh pegawai bertauliah yang diberi kuasa oleh majlis agama negeri sekarang ini masih tak cukup. Pemuda PAS juga mahu mengharamkan konsert itu dan ini. Seolah-olah bagi Pemuda PAS, usaha menentang rasuah, kezaliman, penyalahgunaan kuasa dan menabur api perkauman itu kurang penting berbanding usaha memastikan anak-anak muda yang baru belajar bercinta dan ingin bebas menonton hiburan disekat daripada menikmati sedikit kebebasan itu.


Rakyat ingin tahu di manakah garis panduan kebebasan yang dijanjikan dalam negara demokrasi pimpinan Pakatan Rakyat dengan dasar PAS mengenai hal-hal Islam dan bukan Islam, termasuk kebebasan individu yang sudah tentunya terhad mengikut tafsiran yang rigid. Rakyat juga ingin tahu tentang jaminan kebebasan Islam – yang dijanjikan dan yang diamalkan.

Ini kerana kebebasan dan kreativiti Islam di zaman keagungannya dahulu terkenal di seluruh dunia, tetapi yang menghairankan ialah mengapa zaman ini kebebasan Islam semakin sempit dan tertekan ?. Parti-parti dalam Pakatan harus sedia menjawab persoalan ini sebelum bermulanya Konvensyen Pakatan pada Disember depan.

1Malaysia berjaya Menaikan Kedudukan Rasuah Malaysia di Mata Dunia


Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah diiktiraf kerana usahanya memerangi rasuah oleh Transparency International (TI), namun 1Malaysia terus jatuh dan tewas dalam Indeks Persepsi Rasuah apabila berada pada kedudukan ke-47 pada tahun 2008 berbanding tangga ke 43 pada tahun 2007. Inilah kemenangan besar slogan 1Malaysia, 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Di utamakan'. Kedudukan 1Malaysia lebih busuk dari 1Israel yang dilabel sebagai negara pengganas dan negara yang dianggap kurang membangun seperti Botswana dan Bhutan. Israel berada pada kedudukan ke-33, Botswana ke-36 manakala Bhutan berada pada kedudukan ke-45.



1MALAYSIA ?
Paling naif ialah apabila indeks yang dikeluarkan oleh Transparency International (TI) itu menunjukkan negara-negara umat Islam tidak mengamalkan ajaran Islam yang memerangi rasuah. Negara-negara seperti Somalia, Iraq, Afghanistan dan Sudan berada di tangga tercorot. Somalia berada di kedudukan ke-180, Iraq ke-178, Afghanistan ke-176 dan Sudan ke-173. Negara yang berada di tempat teratas ialah Denmark diikuti oleh New Zealand, Sweden dan Singapura. Sepatutnya pemimpin korupsi UMNO BN belajar dengan jiran terdekat Singapura bagaimana untuk memerangi rasuah.

Di Malaysia, negara di anggarkan menanggung kerugian sebanyak RM10 bilion setahun akibat rasuah iaitu jumlah yang mencukupi untuk membina lebih dari 150,000 kos rendah. Ini sekiranya diambilkira permohonan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kepada kerajaan untuk menaikkan harga rumah kos rendah kepada RM60,000. Dalam laporannya, Transparency International (TI) membangkitkan amalan keluar masuk yang berterusan di antara bidang politik dan perniagaan di mana pihak tertentu bertukar-tukar tempat dari kedudukan sebagai ahli politik kepada ahli perniagaan atau dari ahli perniagaan kepada ahli politik dan terus keluar masuk di antara kedua-dua bidang itu.Keadaan itu, menurut TI, mengakibatkan pengaruh yang negatif kepada konsep semak dan imbang. Inilah yang berlaku sebenarnya dalam kepimpinan korupsi UMNO BN, merekalah ahli politik dan dalam masa yang sama menceburi bidang perniagaan dengan menyalagunakan kuasa yang mereka ada.

Laporan tersebut juga menyatakan bahawa hubungan serba kompleks antara politik, sektor awam dan sektor swasta itu mungkin mengakibatkan rasuah berlaku dengan bebas tanpa sebarang hukuman. Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Datuk Paul Low berkata, usaha mencegah rasuah di negara ini tidak ubah seperti melepas batuk di tangga sahaja jika tidak dilaksanakan tindakan drastik untuk memisahkan hubungan selesa antara kerajaan, perniagaan dan politik. Low juga berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula tidak memperlihatkan hasil yang diinginkan dan orang ramai menganggap suruhanjaya itu mengamalkan penyiasatan dan pendakwaan secara berpilih-pilih.

Satu-satunya sisi yang positif dari laporan tersebut mengenai Malaysia ialah pengiktirafan yang diberikan kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam memerangi rasuah. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyatakan pihaknya menerima pujian itu dengan rendah hati. Beliau juga mengumumkan bahawa Pulau Pinang berjaya mengurangkan RM36 juta atau 12 peratus perbelanjaan operasi hasil usaha memerangi rasuah itu. Sekali lagi, syabas buat kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang dalam usaha bersungguh-sungguh mereka untuk memerangi rasuah. Satu hari nanti mungkin kerajaan Pulau Pinang boleh menganjurkan kursus memerangi rasuah kepada para pemimpin korupsi UMNO BN pula.

Mek Jadi Pelacur Mewah hasil Fahaman 1Malaysia....


Orang negeri Najib rupanya, dan fatwa Ustazah Mashitah telah di terima oleh insan yang jahil. Apakah fungsi Pusat Zakat, Baitulmal dan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Setiap kali buat pengistiharan wang kutipan zakat beratus juta-juta hinggit, tapi masih ada insan yang terpaksa merempat untuk menyara keluarga. Kesiannya pada Rakyat Malaysia.


“Sebelum bertolak ke ibu kota, tiga minggu lalu, saya menipu keluarga dan anak-anak kononnya ingin membantu rakan berniaga tudung sempena Ramadan di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini.

“Kerja saya bermula jam 9 pagi dan tamat jam 10 atau 11 malam. Dalam tempoh berkenaan saya memperoleh tidak kurang 10 pelanggan. Jika ditolak komisen, saya mengutip RM200 sehari,” katanya yang mendakwa turut ditemani lima rakan lain.

Katanya, dia diberikan kondom dan buku nota kecil oleh bapa ayam yang digunakan bagi menanda jumlah pelanggan diperoleh setiap hari sebelum pendapatannya itu dibayar serentak setiap hujung minggu.

“Setakat semalam, saya mengutip lebih RM5,400 dan separuh sudah saya kirimkan ke kampung halaman untuk persiapan menyambut Aidilfitri.

“Malah, saya menggunakan cuti Ahad lalu untuk membelikan baju Melayu, songkok dan baju kurung untuk tujuh anak saya,” katanya.

Ditanya, sama ada dia sedar wang digunakan terbabit haram di sisi Islam, Mek memberi alasan dia tidak mempunyai pilihan lain apatah lagi dengan tahap pendidikannya yang rendah.


“Biar dosa ini ditanggung saya. Lagipun saya melakukan kerja ini hanya untuk sebulan sebelum kembali semula ke kampung di Pahang untuk menyambut hari raya bersama anak-anak.

Selanjutnya klik sini

Itulah jadinya jika asyik berpolitik, ketua kampung, Yang Berhormat Adun, Yang Berhormat Ahli Parlimen dan Perdana Menteri pun boleh terlepas pandang kedaifan penduduk kampungnya atau rakyatnya sendiri.

SS & Crew : Semuanya gila pangkat dan jawatan, khidmat pada masyarakat dah tak ambil peduli, sembang juta bilion, Malaysia negara maju..., padahal masih ramai rakyat yang tak cukup makan. TV3 suku selalu tayang dalam rancangan BersamaMu kisah rakyat miskin, apakah semua pemimpin yang ada buta atau pekak.


Jom Hormati Pendirian Kartika... tapi yang satu ni mcm mana?



Di mana ni... adakah di Pahang.. atau di mana yeaaa.....

Tak nak sebat ke...? Anak jantan sapa ni....? Buat malu mak bapak jer...?



Selanjutnya di sini.

Isa: Perangai anak orang kaya....^%^%^&&%$%$%#$#

Di Musim Raya... Islam Melangkaui 1Malaysia...


Apa nak dipening-pening kepala dengan 1Malaysia. Sekarang bermacam-macam ungkapan berkaitan dengan 1Malaysia. Gatal dan kadang-kadang naik bobos gegendang telinga aku mendengarkannya. Tak kurang dasyatnya, cacing dalam perut aku pun dah naik gestrik bila terdengar ungkapan 1Malaysia sejak akhir-akhir ni.

Mula-mula kita dengar Salam 1Malaysia. Maka siang malam TV pun 'bertitir' ....Salam 1Malaysia selagi boleh. Ada pulak surat balasan dari pejabat kerajaan yang mulakan kata-kata dusta diaorang dengan "Salam 1Malaysia dari Pej... dot dot dot"

Yang paling aku geli geleman nak dengar kat radio2 pro Kerajaan kawasan Johor ni ialah tentang iklan diaorang... paling geli antara yang menggelikan ialah iklan kedai makan dengan slogan"1HABIB, 1MALAYSIA". Kalau korang nak tau, Rest Habib ni adalah rest mamak tersohor di Johor... Tapi macam mana dia boleh terpanggil utk guna perkataan 1Malaysia pun aku tak reti nak cakap.

Nak buang kemana kita punya ungkapan 'Assalaamualaikum" @ Salam Sejahtera?

Hari ini kita dengar ungkapan......."kita adalah satu keluarga yang besar. Kita adalah keluarga 1Malaysia".

Islam telah mengajar kita berbaik-baik dan berkenal-kenalan dengan semua kaum dan bangsa, bersaudara dengan semua orang Islam, lebih 1400 tahun dahulu, dan yang paling baik diantara kita ialah mereka yang bertakwa.

Kalau sesaorang yang bertakwa, mahu tidak mahu mesti mereka akan berbaik-baik dan berkasih sayang dengan semua makhluk di muka bumi, tidak kira apa bangsa dan agama yang dianuti. Bukannya macam orang tu yang sentiasa menyemarakkan semangan kebencian dan perkauman dikalangan rakyat.... Hmmm entah la.

Aku pun tak paham, apa maksud sebenar disebalik 1 Israel.... opppsssss!!! salah 1Malaysia ni.


Sembang Proton dan F1 di Pagi Raya ....


Proton nyata terlewat untuk menerokai bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Malah, Proton hilang kelebihannya dari segi harga setelah penurunan cukai import. Kini, Proton berdepan dengan dua masalah yang besar.

Pertamanya, bagaimana untuk bersaing dengan syarikat kereta yang lain, terutamanya pelabur asing dari segi teknologi automotif? Keduanya, bagaimana untuk terus bernafas dalam arus globalisasi yang semakin menderas?

Berapa wang dihanguskan?

Kebetulannya, kerajaan membuat pengumuman mengejut baru-baru ini -- menggunakan jenama Lotus di bawah syarikat Proton untuk menyertai Kejohanan Dunia Formula Satu (F1). Salah satu matlamat utama adalah memperkasa kemahiran teknologi kereta Proton dan malakar nama di antarabangsa.

Tidak dinafikan, penyertaan F1 sememangnya dapat menampilkan Proton di pentas dunia atas nama Lotus. Namun, segala-gala ini datang dengan harga yang tinggi. F1 diisytiharkan sebagai salah satu acara sukan dunia yang paling "menghanguskan wang".

Misalnya, bajet pasukan kereta terunggul, Ferrari ialah 200 juta pound (kira-kira RM 1.1 billion) setiap tahun. Selain itu, menurut sebuah bahan bacaan terbitan F1, pasukan kereta yang "mega" seperti Ferrari, McLaren dan sebagainya, telah menghanguskan 400 juta US dollar masing-masing, pada tahun 2006.

Toyota yang menghanguskan 450 juta US dollar setahun, gagal mengecapi nikmat juara dalam apa-apa acara sehingga kini. Honda yang menghanguskan 380 juta US dollar pada tahun 2006, menarik diri dari F1 pada tahun 2008 kerana tidak tahan dengan cara menghanguskan wang yang sedemikian.

Beberapa tahun kebelakangan ini, wang yang dihanguskan Honda melebihi 400 juta US dollar setahun. Biarpun Honda antara pengilang kereta yang paling untung di dunia, juga tidak menganggap dirinya mampu menampung beban perbelanjaan yang seberat ini.

Walaupun BMW sebagai pengilang kereta yang terbesar di dunia, juga kelihatan tidak tahan dengan cara menghanguskan wang sedemikian. BMW telah mengumumkan untuk menarik diri setelah tamatnya musim perlumbaan tahun ini. Dalam detik saat kemelut ekonomi dunia ini, BMW pun terpaksa tunduk. Sebagaimana yang diketahui, untuk beberapa tahun kebelakangan ini, BMW membelanjakan kira-kira 300 juta US dollar setahun secara puratanya.

Kos lebih rendah dari R&D

Sememangnya, FIA (Fédération Internationale de l'Automobile) telah mengumumkan satu dasar yang dilihat pro-pasukan kereta kecil yang bakal dilaksana mulai tahun 2010. Menurut dasar ini, seandainya Budget Cap (bajet maksima) satu pasukan tidak melebihi 40 juta pound (kira-kira RM 230 juta), maka pasukan tersebut bakal menikmati syarat yang lebih longgar dari segi teknikal, termasuk putaran enjin yang tidak terhad, kebenaran untuk menggunakan sayap yang boleh diubah, tiada had ketika menguji landasan dan sebagainya.

Namun, Budget Cap 40 juta pound ini tidak merangkumi kos yang lain, seperti gaji pemandu, kos enjin, pemasaran, iklan dan sebagainya. Bukan murah untuk mendapatkan seorang pemandu yang hebat dan sebiji enjin yang tahan lasak. Sebagai contoh, Ferrari membelanjakan 44 juta US dollar pada tahun 2003 hanya untuk membiayai pemandu, dan 175 juta US dollar untuk enjin.

Tetapi, bajet pasukan kereta yang kecil seperti Minardi lebih rendah, hanya 500 ribu US dollar untuk pemandu dan 15 juta US dollar untuk enjin.

Andaikan perbelanjaan tahunan pasukan lumba kereta F1 "1Malaysia" ini berdasarkan Budget Cap 40 juta pound, ditambah dengan kos pemandu sebanyak 500 ribu US dollar dan kos enjin sebanyak 15 juta US dollar (bajet pasukan kecil), maka sekurang-kurangnya 55.50 juta US dollar (atau RM195.36 juta) dihanguskan dalam tempoh setahun. Perbelanjaan ini tidak termasuk kos permulaan untuk menubuhkan satu pasukan kereta lumba.

Namun, untuk kerajaan, tiket F1 mungkin lebih berbaloi jika dibandingkan dengan wang yang perlu dicurahkan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D). Menurut laporan yang diterbitkan United Nations Conference on Trade and Development, iaitu World Investment Report 2005, enam syarikat transnasional termasuk Ford, Daimler Chrysler, Toyota, General Motor dan sebagainya, sejumlah 5 billion US dollar dibelanjakan untuk tujuan R&D pada tahun 2003, atau puratanya 833.33 juta US dollar untuk sesebuah syarikat.

Jikalau dibandingkan, pasukan F1 1Malaysia ini hanya membelanjakan 55.50 juta US dollar untuk memasuki litar F1 dan meluncur di landasan kecanggihan teknologi. Ia kelihatan cukup berbaloi.

Pada hakikatnya, banyak pasukan kereta lumba yang kecil dalam kejohanan F1 menggunakan model operasi sedemikian. Pasukan ini tidak akan memperuntukkan wang yang banyak untuk tujuan R&D. Malah, enjin penjana yang digunakan pun dibekalkan pasukan kereta dan pengilang yang lain. Oleh itu, pasukan kecil ini berjaya menjimatkan perbelanjaan yang besar dalam R&D.

Di samping itu, pasukan yang kecil ini akan menggunakan perbelanjaan yang terhad untuk penerokaan secara kecil-kecilan. Penerokaan ini mungkin mendatangkan manfaat untuk kereta lumba. Contoh yang terbaik adalah diffuser yang digunakan Brawn GP dan Toyota. Jelas, pasukan kereta yang memasang diffuser mencapai prestasi yang lebih baik, berbanding pasukan kereta yang lain.

Namun, apakah penyertaan F1 bakal memanfaatkan Proton atau Lotus dalam R&D? Persoalan ini kekal sebagai pertikaian yang bakal dibincangkan dalam analisa seterusnya. (Bahagian kedua, bersambung)

Hari Raya Datang Lagi... Dulu Kini Dan Selamanya


SALAM EID MUBARAK kepada Muslimin dan Muslimat. Selamat bercuti kepada yang bukan Muslim.Bermaaf-maafanlah kita. Selamat menjamu selera. Tetapi jangan berlebihan. Selamat memandu. Kelajuan berbahaya. Tetapi ketidaksopananlah yang sering meragut nyawa.

Seri Perdana telah dibuka semula kepada pengunjung pada Hari Raya tahun ini. Ia ditutup selepas Tun Dr Abdullah Bedawi dan Tun Mahathir Mohamad meninggalkannya.

Eloklah begitu. Setidak-tidaknya bolehlah rakyat jelata merasa, walaupun buat seketika, berada di rumah paling berkuasa di bumi Malaysia.

Bila kita sudah dewasa, apatah lagi sudah tua, raya tidak lagi sama. Tidak semeriah seperti ketika kanak-kanak dan remaja.

Yang tinggal hanya kenangan mengenai kegembiraan mendapat sepasang kasut kulit pertama menggantikan kasut Foong Kiong dan Bata. Melecur tumit dimakannya.

Menjelang tengah hari, kasut tidak lagi di kaki. Terpaksa dijinjing atau disangkut atas bahu. Habis kotor seluar dan baju.

Di kampung-kampung sekitar tahun 1950an dan 1960an, jarang sangat orang melayu dapat berbaju Melayu. Orang dewasa lelaki lebih selesa berkain pelekat dan baju teluk belanga manakala wanita hanya berbaju kurung, kebaya atau baju kurung tak berapa nak pesen time tu...

Kanak-kanak berseluar dan baju biasa. Itu pun bagi yang mampu. Kalau tidak, pakaian sekolahlah digasak buat beraya. Bezanya pakaian seragam itu akan dikanji keras dan diseterika dengan “
side” yang tajam smpai boleh mencederakan si tuan rumah yang kedekut.

Duit raya kalau 10 sen sudah cukup sangat la time tu. Dua puluh atau 30 sen sudah macan kena loteri. Maklumlah kebanyakkan orang kita hanya bekerja sbagai penanam padi, penoreh getah, peneroka kecil-kecilan dan sebagainya.. jadi manalah ada bajet lebih.

Kalau boleh kumpul dua atau tiga ringgit dalam masa dua atau tiga hari sudah cukup hebat. Boleh joli katak ngan kwan-kwan. Tapi bagi yang tak beringat.... lebih suka berjudi "tikam-tikam" atau bermain "Tuding" (sejenis permainan duit paling popular dizaman kanak2 aku...) sebelum balik ke rumah.

(Joli ni kalau tak silap aku lahir daripada perkataan Inggeris “
jolly” yang bermaksud bergembira, tapi kita tukar jadi berbelanja besar atau boros. Memang kita pandai pinjam bahasa asing kemudian bagi maksud sendiri!)

Kita pun pergi warong kopi. Makan mi rebus kat kedai 30 sen. Tambah sotong jadi 35 sen. Air sirap 10 sen, ais kacang 15 sen. Ais kepai 10 sen meleleh hingga ke siku.... puhhhhh!!!! syoknya. Tapi bagi kengkawan yang bersiku buruk time tu... diaorang terpaksa la lencongkan lelehan tu ke lutut, sbb tak sanggup nk jilat siku yang buruk tu...

Nak tengok wayang kena ke Pekan. Naik basikal dekat 40 kilometer Panggung lama jenis terbuka jadi boleh tayang waktu malam saja. Hanya bilik tayangan (
projection room) dan layar ada bumbung. Nak tunggu masuk kawasan kampung lama sangat...

Dinding diperbuat daripada zing. Di keliling panggung banyak pokok. Ramai tengok percuma dengan panjat pokok tak pun landing bawah pokok dengan tikar separa koyak rabak. Surat khabar Utusan time tu standardnya untuk bungkus belacan dan alas kaki jer... tapi ada jugak yang buat dinding rumah macam "wall paper"

Bila dibina panggung baru di dalam kebun getah atau ladang sawit, baru ada tayangan siang hari. Bila tayangan hendak dimulakan, lagu tema filem
The Bridge Over River Kwai oleh David Lean dimainkan. Pastu kluarlah tok rimau mengaum sakan.

Dulu, hari-hari akhir Ramadanlah yang paling mencabar. Alang-alang iman pecah puasa sebab emak buat kuih bahhulu dan ketupat. Ayah pulak masak ketupat... apa lagi terus menyetan la tak puasa..

Budak-budak sekarang dah jinak. Ramai yang dari kindergarten lagi sudah belajar berpuasa. Kita dulu kuat curi tulang dan puasa yang yuk, pagi-pagi buka periuk.

Balasannya budak-budak sekarang mewah, duit raya sampai berpuluh ringgit dan pakaian dua tiga pasang. Tetapi kita kena ingat masih ramai lagi orang kita yang miskin, melarat dan menderita.

Beberapa malam lalu aku pergi minum teh di Johor. Malu jadi orang Melayu dan Islam. Ramainya orang Melayu/Islam mengemis, meminta sedekah daripada orang Islam dan bukan Islam.

Apa dah jadi dengan Kementerian Kebajikan. Adakah lagi kementerian macam itu? Apa dah jadi dengan duit zakat dan Baitulmal?

Di pasar pandan pula, tak senang duduk diganggu pengemis dari Negeri Cina. Apa dah jadi dengan kita?

Menteri sibuk cakap fasal KPI. Tapi nampak sangat negara kita dah balik jadi negara Dunia Ketiga. Malu.

Akhir kalam, aku sekeluarga ucapkan salam Aid ul-fitr khas kepada pembahas, “
followers” dan pembaca blog ini. Maaf zahir batin..

Perutusan Ramadhan Menjelang Syawal


SALAM 'IDUL FITRI UNTUK SEMUA PENGUNJUNG BLOG INI
TIDAK KIRA SIAPA DAN DIMANA ANDA BERADA.

SEMOGA RAMADHAN YANG SUDAH BERADA DI PENGHUJUNG INI MENGHASILKAN KEBERKATAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

SEMOGA SYAWAL YANG BAKAL MENJELANG
MENJANJIKAN SERIBU RAHMAT BUAT KEHIDUPAN KITA.

APA PUN ALASANNYA, KITA HARUS INGAT BAHAWA
PEPERANGAN INI AKAN TETAP BERTERUSAN
WALAUPUN SYAWAL SEMAKIN HAMPIR.

PEPERANGAN INI HANYA AKAN BERHENTI
APABILA ISLAM DAN KEADILAN SUDAH BERJAYA DITEGAKKAN.

MAAF DIPOHON JIKA TERDAPAT KEKASARAN DARI PIHAK SS
SEPANJANG PERKENALAN INI WALAUPUN HANYA MENERUSI ALAM MAYA.

INSYAALLAH

PERKENALAN ALAM MAYA INI ADA NILAINYA DI SISI ALLAH SWT
SELAGI MANA NAWAITU KITA ADALAH LILLAHI TA'ALA.

Salam Takzim dan Semoga Berjumpa Lagi

Saiful Mendapat Hidayah di Malam Lailatulqadar... Confirm ke boleh menang?


Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci".

Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful.

Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.


Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk".

Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya.

Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya



Perang diRaja antara Johor dan N9


Cucu kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-10, Tuanku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar tengah hari Rabu menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar Tunku Ibrahim yang didakwa menculik, menyerang dan menahannya tanpa kerelaan pada awal pagi 25 Oktober tahun lalu.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, beliau telah diserang oleh Raja Muda Johor dengan sepucuk pistol di bahagian muka dan kepala sehingga beliau mengalami keretakan pada tulang hidung dan kecederaan serius yang lain.

"Selepas 11 bulan, Raja Muda Johor dan pengawal peribadinya belum lagi didakwa di mahkamah untuk menghadapi tuduhan mencederakan saya dengan sepucuk pistol.

"Mereka juga belum didakwa menculik dan menahan tanpa kerelaan saya," katanya dalam satu sidang akhbar yang turut dihadiri bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Ja'afar.

Tunku Dara Naquiah adalah puteri kepada Almarhum Tuanku Ja'afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Kedua-dua Almarhum Tuanku Ja'afar dan Tuanku Abdul Rahman juga pernah menjadi Yang di-Pertuan Agong.

Tuanku Abdul Rahman adalah Yang di-Pertuan Agong yang pertama dan potret baginda menghiasi kesemua mata wang kertas negara.

Isu berhubung insiden ini hanya muncul sekarang kerana difahamkan kedua-dua belah pihak cuba menyelesaikannya melalui peguam masing-masing.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, ekoran insiden tersebut, beliau telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada 26 Oktober 2008 dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau kecewa kerana selepas laporan polis dibuat, tiada apa-apa tindakan diambil sehingga ke hari ini.

"Apa yang boleh saya simpulkan ialah tiadanya tindakan diambil untuk mendakwa pihak yang telah mencedera dan menahan saya tanpa kerelaan. Polis pernah memberi jaminan akan melakukan siasatan secara adil tanpa rasa takut atau pilih kasih.

"Saya juga dijamin semua orang adalah tertakluk kepada undang-undang dan penyerangnya akan dihadapkan ke mahkamah untuk menghadapi dakwaan. Bagaimanapun, saya telah dan terkejut tiada apa-apa tindakan diambil sehinggalah ke saat ini," katanya.

Mengulas lanjut, Tuanku Nadzimuddin memberitahu, beliau berada di Kelab Heritage Mansion dengan teman wanitanya (kini telah pun menjadi isterinya) untuk menemui kawan-kawan mereka.

Menurutnya, ketika berada di situ, kawan-kawannya telah diserang oleh beberapa orang yang mendakwa diri mereka adalah pengawal peribadi Raja Muda Johor.

"Dua kawan saya cedera. Pengawal kelab menghentikan serangan tersebut. Kami beredar meninggalkan kelab tersebut. Saya dipanggil oleh seseorang yang tidak dikenali mendakwa Raja Muda Johor ingin berjumpa dengan saya di Hotel Crowne Plaza, Jalan Sultan Ismail untuk meminta maaf.

"Saya bersama dengan teman wanita dan kawan-kawan saya termasuk yang cedera pergi ke situ," ujarnya.

Tuanku Nadzimuddin berkata, mereka tunggu di lobi hotel tersebut sebelum beliau diculik di lif hotel Crowne Plaza Mutiara dan diacukan dengan pistol.

"Apabila berada dalam lif, Raja Muda Johor telah memukul saya di muka dan kepala dengan sepucuk pistol. Raja Muda Johor juga menghalakan pistol itu ke kepala saya. Kawan saya yang berada di lif pula dipukul sehingga pengsan.

"Apabila lif itu berhenti di tingkat 25, kami dipaksa memasuki sebuah bilik. Saya melihat kawan saya itu ditarik masuk ke satu bilik dan dibiarkan pengsan di atas lantai," katanya.

Menurut Tuanku Nadzimuddin, mereka ditawan di dalam bilik tersebut oleh pengawal-pengawal pribadi Raja Muda Johor sehinggalah bondanya, Tunku Dara Naquiah Tuanku Jaafar ditemani ayahanda saudaranya, Tunku Panglima Besar Tunku Nadzaruddin Ibni Tunku Jaa'far menyelamatkan mereka bersama empat pegawai polis.

Ketika 'gerakan menyelamat' itu dilakukan, Tuanku Nadzimuddin berkata, Raja Muda Johor telah pun meninggalkan hotel berkenaan.

* Ini bukan kisah Iraq di zaman Saddam Husien. Tiada siapa yang sepatutnya kebal di sisi undang-undang.



Melayu Berjaya Disesatkan oleh...?????


Sekarang nih heboh diperkatakan DAP telah cuba menyesatkan orang Melayu. Tuduhan ini timbul gara gara tertubuhnya sebuah cawangan DAP di Kampung Lembah Kinrara yang 100% ahlinya terdiri daripada orang Melayu.

Malah, pada hari pelancaran cawangan tersebut, Pengerusi Penaja DAP cawangan itu turut memakai kopiah putih di kepalanya.

Banjengan UMNO berbuih buih mulut masing masing menuduh DAP telah cuba menyesatkan orang Melayu. Ramai juga yang menyifatkan orang Melayu yang menubuhkan cawangan DAP itu sebagai orang Melayu yang tidak tahu mengenang jasa.

Soalnya, jasa siapa? Jasa siapa yang mahu dikenang itu? Jasa apa? Apa benda yang nak dikenang sebagai "jasa" itu?

Jasa kerajaan membekalkan elektrik ker? Elektrik rakyat bayar. Bukannya rakyat guna percuma. Jasa kerajaan membekalkan air ker? Air rakyat bayar. Bukannya rakyat guna percuma.

Apa jasa yang nak dikenang sangat tu?

Jasa membina sekolah ker? Bukankah itu telah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan tidak kira apa negaranya dan tidak kira apa ideologi anutannya?

Apa bukti DAP menyesatkan orang Melayu? Dan apa pula bukti UMNO tidak menyesatkan orang Melayu?

Sesat atas sandaran apa? Agamanya atau cara hidupnya? Sesat atas sandaran apa? Jelaskan. Bukannya main sebut ikut sedap mulut jer.

Jika dibandingkan DAP dengan UMNO, UMNOlah sebenarnya yang merosakkan orang Melayu. Baik dari sudut agamanya mahupun dari sudut jatidiri bangsanya.

Kerana UMNOlah, Melayu hari nih tinggal nama jer. Kerana UMNOlah, orang Islam hari nih tinggal nama jer. Kerana UMNOlah, al-Quran di Malaysia hanya untuk ditilawahkan sajer. Kerana UMNOlah, masjid masjid di Malaysia menjadi rumah ibadat dan tidak lagi menjadi rumah Allah swt.

Itulah jasa jasa UMNO. Berbanggakah kita? Atau, memang UMNO nih jenis buta perut tak sedar diri?

Jika ada yang kata UMNOlah yang memperjuangkan kemerdekaan negara ini, maka itulah penipuan sejarah paling hebat di Malaysia dan mungkin kedua terhebat di dunia selepas penipuan sejarah berkaitan Holocaust.

Apa bukti UMNO perjuangkan kemerdekaan? Fakta yang ada hanya menunjukkan UMNO cuma menerima kemerdekaan daripada penjajah British. Bukannya UMNO yang perjuangkan kemerdekaan.

Takde sekoq pun pemimpin UMNO yang ditangkap oleh British ketika kemuncak tuntutan kemerdekaan. Yang ditangkap, orang lain. Yang menerima hasil, UMNO. Jasa apa kalau begitu? Itu menyamun namanya.

Kalau Hishamuddin berbangga dengan gerak kerja Dato Onn, cuba fikirkan sejenak - "siapakah Dato Onn pada kita hari ini jika bukan kerana datuk datuk kita yang menyokong dan berkorban untuk beliau?".

Jika ada yang memuja dan memuji Tunku Abdul Rahman sebagai pejuang kemerdekaan dengan mengesampingkan yang lain, tanyalah - "siapakah Tunku Abdul Rahman pada mata kita hari ini jika tanpa sokongan datuk dan nenek kita dulu?".

Jangan buta sejarah dan jangan sesekali menafikan sejarah serta jangan sesekali menyelewengkan fakta sejarah. Anda boleh menulis sejarah menerusi mata pena anda tetapi anda tidak mungkin mampu mencatat sejarah menerusinya.

Sejarah sebenar hanya mampu dicatat dan mustahil untuk ditulis kerana pencacat sejarah adalah orang yang merupakan sebahagian daripada sejarah itu sendiri. Manakala, penulis sejarah adalah orang yang menulis sejarah itu menerusi penyelidikan dan naluri hati sendiri.

Dalam hal ini, UMNO hanyalah penulis sejarah dan bukannya pencatat sejarah. Jadi, jasa apa yang mahu kami kita "kenangkan" terhadap UMNO ini?

Jika ada yang berpandangan bahawa jika tanpa UMNO, orang Melayu tidak mungkin sampai ke tahap ini. Itu mungkin betul. Namun, dengan adanya UMNO jugalah, orang Melayu menjadi ketinggalan dan punah sebegini.

Ibarat seperti seorang ayah. Dialah yang memberi makan dan perlindungan kepada anaknya. Namun, dalam masa yang sama, si ayah itu jugalah yang merogol dan meliwat anaknya baik lelaki mahupun perempuan.

Bila si anak bising bising dan mahu menuntut haknya, maka si ayah akan berkata "Jangan jadi anak yang tidak mengenang budi. Makan pakai dirimu itu aku yang berikan. Tanpa aku, sudah pasti kau mati kelaparan".

Maka, si ayah tetap mempunyai "hak eksklusif" untuk merogol dan meliwat anak anaknya tanpa rasa bersalah. Manakala, anak anaknya pula akan sentiasa "mengenang budi".

Itulah UMNO.

Begitu jugalah "sumbang mahram" yang UMNO wujudkan di antara parti munafiq itu dengan orang Melayu. Orang Melayu dirogol dan diliwat sepuas-puasnya oleh UMNO dan orang Melayu tetap diam dan terus terusan menyokong UMNO atas alasan "membalas budi dan jasa".

Budi apa? Jasa apa? Pergi jahanamlah dengan UMNO !!

Nak marah? Marahlah. Ada aku kesah.....

Zambry menangis air mata darah???


ANTARA KENCING GAMBAR TG HJ NIK AZIZ DAN SIMBAH CAT MERAH KE GAMBAR ZAMBRY - YANG MANA LEBIH TIDAK SIUMAN - YANG MANA YANG LEBIH KURANG AJAR DAN BIADAP?

Utusan hari ini menyiarkan berita gambar Zambry Kadir disimbah dengan cat berwarna merah. Last few days, banyak blog menyiarkan gambar budak budak UMNO kencing poster TG Hj Nik Aziz, TG Presiden PAS dan YB Ir Khalid Samad.

Aku siarkan semula kedua dua gambar berkaitan untuk tatapan teman teman sekalian.



Setiausaha UMNO Bahagian Lumut mendakwa gambar Zambry yang terpampang di billboard itu telah cuba dirosakkan oleh orang orang yang tidak bertanggungjawab.

Soalnya, siapa? Orang PAS? Orang PKR? Orang DAP? Hindraf? Makkal Sakthi? Orang UMNO yang tidak berpuas hati? Atau orang UMNO yang sengaja berbuat demikian supaya kelihatan Pakatan Rakyat sangat jahat dan busuk hati? Atau boleh jadi cat merah itu menyimbah dirinya sendiri?

Beliau juga menyifatkan perbuatan menyimbah cat merah itu sebagai perbuatan yang sangat tidak boleh diterima kerana mencemarkan maruah Zambry Kadir selaku Menteri Besar Mahkamah.

Selain itu, beliau turut mengutuk pelaku sebagai pengecut, tidak bertamadun dan mengamalkan undang undang rimba serta tidak siuman.



Ok. Itu hal billboard Zambry Kadir. Bagaimana pula dengan aksi budak budak UMNO yang kencing gambar TG Hj Nik Aziz, TG Presiden PAS dan YB Ir Khalid Samad tu? Kenapa tidak ada sekoq pun pemimpin UMNO yang mengulas perkara ini?

Yang simbah cat kat gambar Zambry Kadir kita tak tahu siapa tetapi yang kencing macam anjing kurap tu sah budak budak UMNO.

Yang kurang siuman itu sah budak budak UMNO. Yang pengecut itu sah budak budak UMNO. Yang kurang ajar itu sah budak budak UMNO. Yang tidak bertamadun itu sah budak budak UMNO. Yang hidup macam tidak berTuhan itu sah budak budak UMNO. Yang hidup tanpa undang undang pun sah budak budak UMNO.

Jadi, ada kemungkinan UMNO sendiri yang menyimbah cat merah itu supaya satu isu dapat diwujudkan di Perak bagi memburukkan Pakatan Rakyat.

Ini bukan tuduhan tetapi hanya satu andaian. Bukan apa, UMNOkan dah banyak kali menggigit anjing tetapi kemudian terjerit terlolong kononnya anjing tu gigit dia. Sedangkan UMNO bercalar pun tidak tetapi anjing tu UMNO dah belasah sampai mati.

Kerja kerja jahat sebegini hanya dijuarai oleh budak budak UMNO jer. Pemuda dan penyokong Pakatan tidak begitu. Walaupun mungkin ada pemuda dan penyokong Pakatan yang jenis "huu haa huu haa" tetapi perangai dan tingkah laku mereka jauh lebih baik daripada budak budak UMNO.

Aduhai Telur Gajah


Seorang petani yang biasa tinggal di atas gunung, suatu hari turun gunung untuk refreshing. Sesampainya di pantai, dia menemukan buah kelapa.

Karena belum pernah bertemu buah kelapa maka dia bertanya kepada anak kecil yang ada didekatnya : " nak…. apa ini ? "

" ooo…. itu telur gajah pak…." sambil ketawa

"oooooooo…….."

Lalu laki-laki tersebut membawa buah tersebut pulang kerumah.
Sesampainya dirumah dia menceritakan kepada keluarganya sekaligus mempersiapkan segala sesuatu untuk penetasan telur gajah tersebut.

Mulailah dia mengerami telur tersebut bergantian dengan isterinya.

Dengan memakai kain pelekat sahaja dia berjongkok diatas telur.

Setelah 1 minggu, anak gadis petani tersebut bertanya pada ayahnya : " Pak…. ssudah netas belum ? "

" tak tau tuh….. cuba aja kamu pegang…. mungkin saja sudah netas…." jawab si ayah.

Lalu anak tersebut menjulurkan tangannya kedalam sarung ayahnya dan
meraba-raba……


" Pak…. sudah pak…., telurnya udah netas…… belalainya sudah ku pegang sama…."

Akhirnya Mariam Johari pulang ke Tanahair untuk Bersemadi


Akhirnya keranda Mariam Johari, 88, diangkat pekerja terminal kargo Lapangan Terbang Incheon, Seoul untuk dibawa masuk ke pesawat Thai Airways malam tadi dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur jam 12.10 tengah hari ini.

Jenazah Mariam akan dituntut anak lelakinya, Jelani Sonni, 72, dibawa terus ke Kota Tinggi untuk pengebumian dengan bantuan Majlis Agama Islam Johor serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mariam meninggal dunia pada 6 September lalu di rumah orang tua di Seoul, selepas 64 tahun terkandas di Korea Selatan. Bagi kesemua ahli keluarga Mariam, tiada yang lebih indah dan bererti dalam hidup mereka selain hajat untuk menerima dan mengebumikan jenazah ibu tercinta mengikut adat dan ajaran islam menjadi kenyataan. Biarpun pelbagai tohmahan dan pahit getir yang mereka lalui selama ini, namun kita percaya bahawa kekuatan Doa hambanya mampu mengatasi segala-galanya.



Di Johor Bahru pula, mendapat liputan yang agak luar biasa termasiuk lah oleh mantan Mufti Besar Johor iaitu Datuk Nooh Gadut. Katanya lagi, Kisah hidup wanita kelahiran Johor yang terkandas selama 64 tahun di Korea Selatan, Mariam Johari, 88, dan meninggal dunia di sana wajar dijadikan pengajaran dan iktibar kepada semua pihak.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut berkata, umat Islam khususnya generasi muda sepatutnya meletakkan akidah dan agama melebihi segala-gala daripada cinta dan kasih sesama manusia.

Beliau berkata, ini kerana sayang kepada agama kekal di dunia dan akhirat manakala cinta kepada manusia hanya bertahan sementara waktu sahaja.

”Anak-anak muda jangan mengikut perasaan untuk melarikan diri dari rumah dan berhijrah ke luar negara walaupun tindakan itu mempunyai sebab.

”Sebelum membuat apa keputusan, ibarat pepatah Melayu, tepuk dada tanya iman dan bukannya tepuk dada tanya selera,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kematian Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang meninggal dunia ketika tidur pada Sabtu lalu selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.

Anaknya, Jelani Sonni, 72, mendakwa ibunya itu telah membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan agar dikebumi secara Kristian.

Mariam yang dilahirkan di Plentong pada 16 Mac 1921 berkahwin dengan seorang jirannya ketika berusia 11 tahun pada 1932 dan melahirkan empat anak, namun anak keempatnya meninggal dunia beberapa bulan selepas dilahirkan.

Ketika Perang Dunia Kedua, suami Mariam menyertai tentera manakala Mariam dikerah menjadi buruh membina landasan kapal terbang di Senai pada 1943.

Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila dia meluahkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor pada 23 Jun 2007.

Hasratnya bertemu semula tiga anaknya itu, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007.

Mengulas lanjut, Nooh berkata, golongan wanita dan gadis remaja tidak harus cepat termakan pujuk individu lain terutamanya yang bukan seagama kerana kebiasaannya terdapat ‘udang di sebalik batu’.

Beliau berkata, sekiranya terdapat hasrat untuk berhijrah ke negara lain, golongan itu sepatutnya memastikan negara tersebut memiliki persamaan daripada segi agama, budaya dan makanan dengan Malaysia.

”Bagi keluarga yang ditakdirkan kehilangan anak, isteri atau suami, saya menasihatkan mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan ahli keluarga walau di mana mereka berada.

”Jangan sesekali mereka berputus asa dan jika terdapat kesilapan daripada pihak keluarga, perkara itu patut diperbetulkan dengan segera dan jangan lupa merujuk kepada Allah SWT dan melakukan solat hajat setiap malam,” katanya.

Nooh turut mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu saluran khas bagi rujukan kes yang dihadapi oleh keluarga yang kehilangan anak gadis terutamanya ke luar negara. - Al-fatihah