Mungkin ni tanda-tanda Umno akan semakin tempang, lepas kalah di semua PRK sebelum-sebelum ni, dengan kalah di Bagan Pinang ni dah tentu-tentu Umno akan makin tempang sebelum dikuburkan.
Guna selogan 1 Malaysia konon, tapi apa yang depa pi kelentong di estet, langsung tak mencerminkan macam depa nak 1 Malaysia. Tak habih-habh nak lagakan antara rakyat Malaysia.
Isu kepala lembu contohnya, aku dapat maklumat yang Umno masuk estet cerita kat pengundi India, bukan orang Umno yang bawak kepala lembu tapi orang PAS.
Kalau sumber maklumat yang bagi kat aku tu betui (dan aku memang yakn sumber tu batui), memang celaka betui orang Umno yang buat kerja tu.
Macamana tak celaka, kalau ada orang sudah berak dalam rumah orang lain tiba-tiba dia pulak bawak cerita aku yang berak kat situ. Yang celakanya depa boleh cerita tanpa rasa malu, walaupun memang jelas ada gambar depa yang tengah berak. Tak ka celaka punya kerja tu.
BTW semalam ada informer bagi maklumat, walaupun nampak macam orang India agak ramai bila kelab penyokong BN buat program tapi dia kata kali ni BN akan kena tipu dengan orang India, bagi makan depa sapu, bagi duit depa kebas tapi undi depa akan bagi kat calon Pakatan Rakyat. Kredit gambar untuk Zaki Jitp - cenangau
Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim diberitakan tenat dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi(ICU) harapan untuk hidup agak tipis.... Datuk Azeez diberitakan telah dipukul oleh sekumpulan penyokong Pas,yang dikatakan adalah dari kalangan pesilat-pesilat handalan pada hari penamaan calon.
Doktor mengesahkan ada lebam luar biasa dipangkal tengkuknya,"saya tidak pernah melihat lebam seperti ini, biasanya merah atau biru tetapi yang ini berwarna hitam" kata doktor itu.
Ada sumber maklumat memberi tahu, Datuk Azeez terkena pukulan angin tiga penjuru (penderas).Menurut orang yang biasa dalam bidang ini.. sesiapa yang terkena pukulan ini takkan hidup lama... kalau tak besok, lusa, bulan depan, tahun depan atau akan datang Datuk Azeez pasti akan mati.
"Saya amat terkejut dengan kejadian ini, berkemungkinan besar kalau dia dipanjangkan umur pun hidupnya seperti.. hidup segan mati tak mahu...l ebih baik umurnya dipendekkan sahaja." kata salah seorang penyokongnya.
Amacam..? komen banyak-banyak pun tak guna... orang lain ingat jugak nak hidup ni nak dapat sumber halal atau haram... orang UMNO/BN je yang tak reti-reti ngan semua ni...
Pejuang Islam konon... Piiiiiiraaah...!!!
Kalau sebut UMNO/BN pejuang judi memang aku percaya...
Ni gmbar Pen-TOTOK pakatan rakyat dari Johor. Kelihatan di sana Sdr Zabidi Abas (Ketua AMK Johor) dan Naib-nya Sdr Nazree yang teramat TOTOK sedang berpeleseran mencari sokongan pejalan kaki yang cintakan Keadilan dan Keamanan. Tapi muka mcm Itik kehilangan anak jer... apa kes bro???
Brother ni bertindak sbagai "Ketua Perusuh" yang membakar smangat Pejuangan Pnyokong Pakatan Rakyat di Hari penamaan calon - Brother Enal AMK Tenggara, Johor
Brother yang peluk tubuh ni memang TOTOK Pembangkang. Nampak Releks di awal pg, tp bila manusia dah berbondong-bondong datang, apa lagi naik hantu la mamat sorang ni - Dikalangan Bebudak Johor, Mamat ni lebih dikenali dgn gelaran Man Totok, AMK GP, Johor
Jaga Keselamatan dari wabak penyakit pelbagai jenis, setidak-tidaknya PAS ada juga alternatif nak kawal penyakit di hari penamaan calon.
No Comment...
Ni sorang lagi Timbalan Ketua Perusuh yang berjaya huru-harakan Penyokong BN. Dengar cerita ada yang kena Histeria sebab perang mulut yang diterajui oleh penyokong pakatan rakyat. Kalau tak silap Brother ni pernah buat kecoh jugak dgn bebudak PEKIDA kat Permatang Pauh sebelum ni - Hang Saadon , AMK Simpang Renggam
Ni tgk betul2 muka mamat baju merah "PEMUDA JOHOR" ni. Mamat ni berjaya buat kecoh dengan PDRM dan berjaya Kecutkan perut PDRM dengan semangat samseng-nya. Polis pun tak berani nak tangkap mamat ni wlaupun dia menggunakan kekerasan terhadap PDRM.
Ni gelagat "Geng Oren" yang sokong BN - Semuanya India
Penyokong Tegar @ TOTOK PAS. Hari hujan pun rilek jer
Gelagat TOTOK Pas dalam berkempen dan perang Mulut. Ganas jugak pak haji ni sbenarnya...
Jgn tgk yang depan tu... tp tgk "Awek FRU" kat blakang tu. Sayangkan.. muka cantik tapi jadi bahan untuk dimaki hamun. Apapun Nama si gadis comel ni Madihah (Bukan nama sebenar), Umur 23thn Duduk kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan
Ni Geng Bas Sekolah tajaan BN yang dipaksa khas untuk memakai baju BN dan seterusnya menjadi Penyokong Suruhan BN.
Mamat sorang ni lagi syok... TOTOK yang amat, sampaikan tertidur dibawah payung pelangi berharga MYR 10.00 - Kojek @ Asrul - AMK Gelang Patah Johor
Ni memang geng Totok dan Hard Core dalam perjuangan. Brother Azlan bertopi Koboi yang seringkali dilihat disetiap pilihanraya kecil seluruh dunia bersama geng Tenggara dan Muar. Beliau juga adalah ketua AMK Gelang Patah yang cukup dikenali dengan mulut lesernya.
Ni lagi photo geng Pemuda Pulai yang celupar tu. FRU dan PDRM pun takut dgn diaorg ni. Macam Anjing menyalak bukit. Kalau tak silap diaorg ni la yang merancang perhimpunan 100,000 pemuda UNMO di BP untuk menjerit 'Anwar Pengkhianat Bangsa" lastly batang-batang diaorang pun tak nampak. Dengar cerita, budget tak dapat, sbb tu x nk turunnn...
Pemenang Pertandingan Pakaian Beragam paling Totok.
Mungkinkah 3 gambar yang dipaparkan ini dapat membantu memberitahu 1Malaysia bahawa Mamak Berkulit Gelap tu sebenarnya tidak dinodai sama sekali. Tiada seorang pun yang mencekik leher beliau, dan kalau tercekik pun sepatutnya dia kena ambil tindakan kepada "Kuli" yang dibawa kerana gagal memastikan keselamatan boss. Sekarang korg nk percaya yang mana satu????
Percaya pada "Macha" ni sudah la... semangat 1Malaysia oleh Kelab Penyokong BN 1Malaysia. Tapi umurnya tetap dibawah umur...
Setelah terdedah bahawa beliau melakukan pembohongan dan pendustaan kerana kononnya dipukul dan ditumbuk oleh sembilan orang ahli PAS, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tiba-tiba muncul dengan gambarnya memakai pelindung tengkuk dan terlantar di HKL.
Beliau telah menuduh bahawa yang menyerangnya ialah ahli PAS berdasarkan baju PAS yang dipakai oleh "penyerang" berkenaan. Polis sebelum ini tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut kerana tiada saksi yang melihat kejadian berkenaan.
Isu berkenaan terus dijadikan modal politik pihak media massa UMNO serta para pemimpin UMNO termasuk Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang sgala kebebalannya cuba membebalkan rakyat 1Malaysia kononnya PAS bertindak ganas.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Mursyidul Am PAS telah menolak dakwaan tersebut kerana beliau berkata sesiapa pun boleh menyamar dengan menggunakan baju PAS yang boleh dibeli di mana-mana.
Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub menyatakan bahawa Azeez nyata pembohong kerana tiada kecederaan yang dialami oleh Azeez. Beliau juga pernah melakukan perkara yang serupa di Kuala Terengganu sewaktu pilihanraya kecil P059 Kuala Terengganu dimana Azeez mendakwa dirinya dipukul oleh Ahli PAS.
Sebaik sahaja beliau dituduh berbohong, tiba-tiba muncul Azeez terlantar di hospital dengan memakai pelindung tengkuk..
Seorang blogger menyifatkan Azeez layak menerima gelaran Pelakon Terbaik Malaysia 2009.
Kelakar dan tidak logik. Itu yg boleh disimpulkan dengan kenyataan ketua putera UMNO yang kononnya dipukul oleh penyokong pakatan rakyat. Ader lagi politik kebudak-budakan dalam Malaysia ini? Ternyata ape yang dilakukan nampak sangat tidak logik. Ini adalah kerana "kecederaan" yang ditunjukkan kpd pengampu media BN hanya kecil ajer. Tidak kot patah dan luka. Hanya lebam sahaja kot. Itu bolehlah diterima akal lg. Tp media pengampu BN hari ini menyiarkan keadaan Ketua Putera UMNO tersebut yg telah memakai pelindung tengkuk. "Kecederaan" yang dialami kecil tak payah berlakon sampai pakai pelindung tengkuk itu. Dalam Buletin Utama TV3 disiarkan Abdul Aziz terbaring di hospital dalam keadaan cukup lemah dan tak bermaya. Ehhh... rupa-rupanya Abdul Azeez mengalami kecederaan serius selepas 24 jam... Mungkin orang yang memukul Abdul Azeez ilmunya hanya mujarab selepas sehari! Hebat betul lakonan! Kalau tak silap saya masa pilihanraya kecil di Terangganu Abdul Azeez turut mengemukakan dakwaan yang sama seperti di Bagan Pinang. Bila keluar berita ni sekali lagi muncul di Bagan Pinang saya nasihatkan agar Abdul Azeez lebih layak bertanding jawatan Ketua Puteri Umno pada pemilihan akan datang. Lagi satu aper kene mengena "kecederaan yang dialami terus datang penyakit darah tinggi. Tak pelik ka......... Kalo pn org nie kene pukul mmg patut pn sebab si bijak sorang nie tunjuk hero di laluan penyokong Pakatan Rakyat yg memang hangin satu badan bile lihat pemimpin UMNO. Walau apa pun lakonan anda sangat berkesan..Congrats
Lawan Tetap Lawan
Kita berpendapat satu hari Azeez akan menerima hukuman yang dasyat, pasti tengkuknya akan dipatahkan Tuhan kerana itu yang diminta oleh Azeez sendiri!
03 Sept yg lpas - Hari tu secara rasminya Bagan Pinang bergegar dek kedatangan gerombolan-gerombolan manusia yang mencari sesuatu dalam lubuk politik malaysia yang boleh dianggap berpuaka sejak akhir-akhir ini. Skuad Suara Selatan bersama beberapa rakan blogger dari AMK Gelang Patah juga tidak melepaskan peluang untuk menjadi salah satu kumpulan kecil didalam gerombolan itu.
Ketibaan kami jam 0530 pg waktu Teluk Kemang menyaksikan pelbagai gelagat manusia seluruh dunia sedang bergelimpangan di tepi pantai PD sementara menanti waktu penamaan calon bermula. Berbondong-bondong manusia datang tanpa henti sehinggalah waktu penamaan bermula. Ceritanya terlalu banyak.... tak sempat nak dizahirkan disini, so! tgk la sedikit photo yang sempat dirakamkan sepanjang process penamaan calon hari ini...
NI GENG ANAK-ANAK IKAN BN YANG DI UPAH UNTUK MEMBUAT KACAU DAN HURU HARA SEPANJANG HARI PENAMAAN CALON DIJALANKAN. GAMBAR DI RAKAM PADA JAM LEBIH KURANG 0645 pg STESEN MINYAK ESSO BAGAN PINANG.
TAK CUKUP DENGAN MOTOR, UMNO /BN SEWA PLK LORI KONTENA DARI SYARIKAT BINTANG UTK PUNGGAH BARANG2 DAN JENTERA PRK DI BAGAN PINANG
MB SELANGOR TAN SRI KHALID MENGIRINGI CALON PAS SDR ZULKIFLI UNTUK PENDAFTARAN.
BEBERAPA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT JUGA KELIHATAN MENGIRINGI CALON BERSAMA-SAMA RIBUAN LAGI PENYOKONG MEREKA.
PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BERBONDONG-BONDONG DATANG MEMBERI SOKOGAN BIARPUN TERPAKSA BERJALAN KAKI SEJAUH 10 KM KERANA KEKURANGAN TEMPAT PARKING KERETA TERMASUK LAH SS dan RAKAN2
"LENCONGAN MAUT" - ROMBONGAN PAKATAN RAKYAT DILENCONGKAN KE LALUAN SUKAR YANG AGAK JAUH DAN MENCABAR OLEH PIHAK POLIS UNTUK KE PUSAT PENAMAAN CALON.
TIADA HALANGAN UNTUK MENYOKONG BIARPUN HUJAN TURUN DENGAN LEBATNYA. YANG PENTING SS PUN BASAH KUYUP KENA HUJAN.
GENG BUDAK SEKOLAH YANG TOTOK BN. CIPUT JER PNYOKONG BN NI SBENARNYA...
NI LAGI GENG ESTATE KELAHIRAN BN YANG DATANG MEMBERI SOKONGAN DIHARI PENAMAAN.
SEMUA PEMIMPIN BN YANG DATANG DIKAWAL KETAT OLEH POLIS DAN BODY GUARD, TAPI MACAM MANA BOLEH TERJADI KEJADIAN PEMIMPIN UMNO/BN KENA CEKIK DAN TUMBUK????? PELIKNYAAAAA...
YG NI KAWAN BAIK MENDIANG TBH. SENAN DLM BERIBU MANUSIA YG DATANG, SS CUMA NMPAK DIA SORG JER YG PGANG POSTER TBH. BILA DITANYA KNAPA, DIA JWB, POSTER LAIN DH HABIS...
Bersambung..... SS demam la, x larat nk update blog ni. i'm sorry....
Mohd Saiful Bukhari Azlan bertindak menghina mahkamah apabila membuat tuduhan kononnya sistem perundangan negara memihak mantan timbalan perdana menteri itu, kata peguam Anwar Ibrahim.
Dalam blognya, Saiful merungut kerana Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mengemukan beberapa permohonan, antaranya bagi mendesak pihak pendakwaraya menyerahkan bukti untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaannya.
Sebagaimana yang dijangka Utusan Malaysia tajaan Umno memberi liputan meluas kepada tulisan Saiful dalam blognya itu.
Peguam Sankara Nair berkata Utusan dan Saiful sengaja mengenepikan hakikat bahawa tuduhan liwat yang dibawa terhadap Anwar adalah “karut” dan tanpa bukti.
Beliau berkata Anwar tidak ada pilihan kecuali membuat pelbagai permohonan yang difikirkan wajar bagi membela diri kerana ia termaktub dalam prinsip undang-undang negara.
“Apa yang dikatakan tidak benar kerana seseorang yang telah dituduh patut diberi apa-apa dan sebanyak boleh ruang untuk membela diri termasuk untuk membuat segala-gala permohonan yang wajar dan patut untuk membela diri," katanya.
Beliau berkata segala tindakan yang diambil oleh Anwar adalah mengikut “prinsip undang-undang di negara kita dan Komanwel.”
“Ini adalah hak asasi tertuduh. Saiful boleh mendakwa kononnya haknya dicabul, tetapi hakikat dalam kes ini ialah hak orang yang tertuduh lebih tercabul. Ini adalah prinsip undang-undang di negara kita dan Komanwel,” katanya kepada TV Antara.
Sankara berkata Saiful menghina mahkamah apabila membantah keputusan mahkamah membenarkan Anwar mengemukakan permohonan bersabit kers itu.
“Apa yang dia katakan atau komen di blog sebagai peguam kita anggap seolah-olahnya menghina mahkamah. Dia kata mahkamah telah memberikan ruang,seolah-olah mahkamah salah untuk berbuat demikian. Itu menghina mahkamah," katanya.
Sankara turut membidas kenyataan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim bahawa permohonan yang dibuat Anwar seolah-olah satu strategi untuk melengahkan perbicaraan.
“Kalau dia berkata begitu pertama sekali kita hendak bertanya siapa yang memberi nasihat kepada dia? Adakah dia itu seorang yang beramalan dalam undang-undang untuk membuat kenyataan begitu.
“Sebab hak asasi adalah berdasarkan hak-hak yang diberi kepada tertuduh yang telah dijamin oleh undang-undang. Saya pun kurang faham bagaimana mereka mentafsir sesuatu perkara,” kata Sankara.
Anwar dituduh kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Tuduhan itu dilihat banyak pihak sebagai mencurigakan kerana laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Kami dari JERIT Johor ingin mendapatkan sokongan dari pihak Saudara untuk turut serta dalam perjuangan kami. Sekiranya pihak Saudara menyokong tuntutan kami seperti yang terdapat di dalam Deklarasi dan Tuntutan sempena Hari Habitat Sedunia 2009 di bawah ini, bolehlah pihak Saudara mancatatkan nama organisasi Saudara dan membalas kembali kepada e-mel ini. Senarai penuh kumpulan dan Organisasi yang turut serta dan bersetuju dengan perjuangan ini akan kami kepilkan bersama dan dihantar kembali kepada pihak Saudarqa pada Hari Habitat yang akan disambut pada Hari Isnin, 5 Oktober 2009.
Tarikh akhir bagi mendapatkan pengesahan ialah pada Hari Sabtu 3 Oktober 2009 jam 12.00 tengah hari !!!
Setakat ini, kumpulan dan organisasi dari Johor yang telah menyatakan sokongan mereka;
1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor 2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) caw. Johor Bahru 3. Parti Sosialis Malaysia (PSM) caw. Nusajaya 4. Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas
DEKLARASI HARI HABITAT- PERUMAHAN UNTUK SEMUA
Hari Habitat Sedunia adalah Hari untuk mengingatkan kerajaan mengenai isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tahun ini Hari Habitat Sedunia disambut pada 5 Oktober 2009. Sejak 2002 Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP) di bawah naungan Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) menyambut Hari Habitat untuk mempertengahkan isu perumahan rakyat tertindas dan miskin.
Pekerja ladang, peneroka Bandar, pekerja kilang, pekerja sektor perkhidmatan, orang asal dan setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk perumahan yang sempurna dan selesa.
Pembangunan negara yang pesat tidak menjamin keperluan asas rakyat. Isu perumahan adalah isu yang masih tidak dapat diselesaikan kerajaan , walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Maka kami wakil masyarakat tertindas menuntut kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk :
1.Mengubal satu polisi perumahan negara yang memastikan hak perumahan untuk semua lapisan masyarakat.
2.Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak untuk pekerja Ladang harus digubal sebagai undang-undang.
3.Kerajaan tidak harus meluluskan Pembangunan tanah oleh pemaju sehingga isu perumahan peneroka bandar kawasan terlibat tidak diselesaikan.
4. Setiap projek pembangunan setempat, mesti mempunyai peruntukkan untuk perumahan kos rendah untuk peneroka asal tanah yang dicadangkan untuk pembangunan.
5.Ordinan Darurat ( Pembersihan Setinggan) tidak harus digunakan untuk pengusiran paksa peneroka bandar dari tanah mereka dan semua notis yang dikeluarkan dibatalkan dengan serta –merta,
6.Undang-undang harus digubal untuk memastikan penyelenggaraan semua Flat Kos Rendah dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
HAK PERUMAHAN ,HAK ASASI SETIAP RAKYAT !
PASTIKAN HAK PERUMAHAN UNTUK SEMUA !
Disokong oleh
1. Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC) 2. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)
Santhya Gunasekeran, i/c no 940311-05-5384, a smart 15 year old student of Sek Men Keb Mantin, (Ketua Sekolah: Dr Chia Keng Boon), Mantin, Negri Sembilan desperately needs help to undergo chemotherapy and medications, Santhya was diagnosed to be suffering from throat cancer 2nd stage (Hodgkins Disease) in May 2009, this year. Santhya who is currently undergoing treatment and care by Dr Suzanna (Hematology Dept.) at HUKM hospital in Cheras, Kuala Lumpur, R/N 2500527 needs RM10,000.00 urgently for her chemotherapy sessions and other medical treatments..
Her mother, Mageswari Subramaniam, a factory worker and unemployed father, Gunasekeran, are in desperately seeking financial help from you, kind hearted Malaysians for Santhya to undergo treatment at HUKM on 1st Oct 2009, Let's all chip in RM10.00 each if it is permissible, for Santhya to undergo treatment. may god bless this poor child, So far some generous kind hearted souls have donated RM 2800.00
According to Santhya’s specialist, Dr Suzanna, cautioned that Santhya needs to be treated soon as the disease may spread to her other organs, Santhya is weak, the poor child needs your prayers, blessings and kind generous help.
Kindly forward your financial help, if you may, to Mageswari Subramaniam (mother) at No.56, Jalan Satu, Taman Bunga Raya, 71700 Mantin, Negri Sembilan, hp no. 016-6619721 or kindly bank in to: Maybank a/c no. 105082253934.
This patient has been verified as true and genuine case at HUKM ( Hematology Dept), Cheras, K.L.
Parti Makkal Sakthi Malaysia yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja mendapat sokongan moral Najib Razak malah juga menerima habuan kewangan lumayan daripada Perdana Menteri, menurut beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan parti itu.
Menurut aktivis Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindraf, M. Murugan, Makkal Sakthi dikatakan mengikat perjanjian untuk menerima lebih RM30juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai parti pilihan kaum India, menggantikan MIC.
Beliau mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM8 juta telah pun diserahkan kepada salah seorang pemimpin utama Makkal Sakthi semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April lalu.
"Saya difahamkan jumlah itu hanya sebahagian daripada RM30 juta yang dijanjikan oleh Najib kepada Makkal Sakthi untuk menarik kembali sokongan pengundi India kepada BN," Murugan memberitahu Suara Keadilan.
Beliau yang pernah ditahan polis semasa perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November 2007 mendakwa kemungkinan besar baki sebanyak RM22 juta akan dibayar secara tunai kepada Makkal Sakthi apabila Najib merasmikan parti itu 10 Oktober depan.
"Kita tahu latar belakang pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi Malaysia. Mereka dipecat daripada Hindraf dan sejurus dipecat terus bersengkongkol dengan pemimpin BN," kata Murugan yang mengenali rapat barisan pemimpin parti baru itu.
Pemerhati politik terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan mengambil masa hanya dua minggu untuk meluluskan penubuhan Makkal Sakthi. Proses kelulusan untuk parti-parti lain lazimnya mengambil masa bertahun-tahun, contohnya Parti Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh beberapa aktivis masyarakat.
Kelulusan segera yang diperolehi Makkal Sakthi adalah petanda jelas Najib mencari sekutu baru untuk meraih kembali sokongan kaum India yang berhijrah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu.
Najib sudah pun mula memulau Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada majlis-majlis perjumpaannya dengan kaum India dan kini lebih mengaitkan dirinya kepada Makkal Sakthi.
Murugan menyifatkan parti itu sebagai "alat terbaru BN untuk mendapat sokongan kaum India."
"Pengundi bukan bodoh dan sedar jika MIC gagal memperjuangkan nasib kaum India untuk 50 tahun, sebuah parti yang baru ditubuhkan dengan kelulusan khas Perdana Menteri tetap akan menemui jalan buntu selagi ia melaksanakan agenda Umno," kata beliau.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, G. Ponusamy berkata penubuhan parti yang dipelopori oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran adalah sebahagian perancangan jahat Najib dan BN untuk memecah-belahkan kaum India.
"Najib tahu sekiranya kaum India berpecah dan diwakili oleh banyak parti politik maka orang India akan lemah dan senang dipergunakan. Ini seperti penjajah Inggeris yang mengamalkan dasar "divide and rule" atau pecah dan perintah.
"Walau bagaimanapun saya yakin masyarakat India yang majoritinya kini menyokong Pakatan Rakyat sudah lama sedar permainan BN dan tidak senang termakan dengan helah politik seperti ini," kata beliau.
"Akhirnya yang untung ialah segelintir pemimpin India yang menjual maruah mereka kepada BN untuk keuntungan peribadi sementara kaum India terus terpinggir dan diabaikan," jelas Ponusamy.
Menurut Naib Ketua Cabang Keadilan Kuantan itu, Najib bukan sahaja membiayai Makkal Sakthi malah terbabit dalam penubuhan Parti Hak Asasi Manusia yang juga bertujuan untuk menarik sokongan kaum India. Parti itu kini dalam proses mendapat kelulusan.
"Saya mendapat maklumat bahawa permohonon parti itu kini berada di atas meja Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan peribadi beliau.
"Ini jelas menunjukkan kedua-dua parti ini hanya menjadi instrumen politik Umno dan BN setelah mereka berjaya menghancurkan MIC.
Parti Hak Asasi Manusia diterajui oleh salah seorang pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Parti Hak Asasi Manusia.
Parti yang bertapak di Semenanjung itu bercadang untuk bertanding di 53 kerusi pada pilihan raya umum ke 13 yang tentunya memerlukan belanja besar yang boleh ditanggung oleh kepimpinan Barisan Nasional.
Pengembara Jalanan yang sentiasa mencari kebenaran disebalik kemungkaran. Disamping catatan melalui dairi jalanan yang usang, Pena Usang juga akan menzahirkan setiap catatan dan peristiwa seharian untuk tatapan manusia sejagat