"KITA SAYANGKAN DIA TETAPI
ENTAH BILA DIA AKAN BERHENTI MENYANYANGI KITA"

Hari ini, dunia telah menyaksikan Kejayaan demi kejayaan yang telah "Dia" kecapi selama hayatnya di dunia ini. Ramai dari kalangan kawan-kawan seangkatan dan sealiran dengannya merasakan bahawa kejayaan "Dia" adalah hasil titik peluh dan kerjasama "Orang Kampung" yang tidak jemu-jemu berusaha memperbaiki pelbagai sistem dan urus tadbir kampungnya demi memastikan semangat Kerjasama, setia kawan, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, perpaduan kaum dan sebagainya terus berkekalan sampai bila-bila.
"Dia" juga telah di didik, di pimpin dan di uruskan oleh golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang dengan satu matlamat bahawa segala kejayaan yang telah dan bakal dikecapi akan dapat di nikmati bersama "Orang Kampung" yang selama ini telah banyak berbakti untuk "Dia" semenjak sekian lamanya. Juah di sudut hati "Orang Kampung" ingin menikmati keselesaan hidup bersama "Dia" biarpun dalam keadaan yang amat sukar akhir-akhir ini.
SS percaya, "Orang Kampung" telah meletakkan satu harapan yang tinggi kepada "Dia" untuk membela nasib mereka-mereka yang agak kempunan untuk menikmati kejayaan "Dia" selama ini. Biarpun ada di antara "Orang Kampung"yang telah diherdik, di maki, di Jajah dan pelbagai lagi siri penderaan yang mungkin telah memberi kesan mendalam dalam kehidupan mereka, namun dalam satu-satu masa "Orang Kampung" ini akan tetap mempertahankan "Dia" demi maruah bangsa, agama dan tanahairnya.
Namun kebelakangan ini "Dia" semakin angkuh dan bongkak dengan apa yang "Dia" ada, hinggakan tergamak mengenepikan hak dan jasa baik "Orang Kampung" yang telah banyak berkorban dan terkorban demi mempertahankan "Dia" dimata dunia. Aduh, kenapa "Orang Kampung" di layan bagaikan "Pendatang Haram" di kampung sendiri. Kekejaman demi kekejaman, penindasan demi penindasan, kerakusan demi kerakusan, pencabulan demi pencabulan dan ketidakadilan demi ketidakadilan yang telah dihadiahkan kepada mereka. Inikah balasan "Dia" kepada kami setelah sekian lama kami menjunjung dan mengagungkan "Dia"? apa salah kami? Apa dosa kami hingga kami dizalimi di kampung sendiri? Nasib Keluarga dan anak-anak kami tidak lagi terbela, makan minumnya juga tidak seberapa, keamanan kampung juga sudah lama tiada dan banyak lagi salah laku yang telah "Dia" lakukan terhadap kami.
Suatu masa dulu "Dia" pernah berjanji untuk memberikan semangat dan kuasa "Kebebasan" kepada sekelian "Orang Kampung" dalam menentukan hala tuju hidup dan pentadbiran di kampung masing-masing. Entah dimana silapnya, "Dia" yang di jajah dan dikawal oleh satu Kuasa besar berpusat di Ibu kota, telah mencabuli hak dan kebebasan "Orang Kampung" hingga memaksa semangat dendam dan benci terhadap "Dia" mebuak-buak seluruh kampung. Kerana mengejar Kemewahan dunia dan tamakkan pangkat yang mungkin telah sekian lama di jadikan panduan dan tuntutan si Kuasa Besar ini, maka "Dia" sekali lagi berada dalam keadaan lesu tanpa pembelaan. Rompakan demi rompakan berlaku disana sini, penindasan terus-terusan berlaku dengan bantuan serangan dari pelbagai sudut oleh patung-patung bernyawa tajaan Kuasa Besar yang dilihat bagaikan dirasuk hantu hingga hatinya menjadi gelap dan kejam tanpa ada sedikit pun belas kasihan terhadap "Orang Kampung" yang cintakan keadilan dan Kebebasan ini.
Kehadiran Kuasa Besar yang menjadikan "Dia" sebagai alasan untuk berjuang, sedikit sebanyak telah membuatkan "Orang Kampung" semakin tertekan. Keharmonian dan kedamaian hidup dikalangan "Orang Kampung" yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bagaikan direntap-rentap oleh kuasa besar ini dalam usahanya untuk memecah belahkan semangat perpaduan orang kampung. Walau bagaimanapun, ada dikalangan "Orang Kampung" ini yang hidup berkiblat dan bertuankan Kuasa Besar kononnya akan mendapat perlindungan diakhirat kelak. Kawan-kawan SS dari bangsa Cina, India, Kadazan, Asli, Iban dan banyak lagi telah mula menyatakan kebimbangan mereka terhadap "Dia" dan pengaruh kuasa besar ini. Entah bila episod cerita duka "Orang Kampung" bersama si "Dia" akan berakhir. Mungkin selagi adanya golongan Kuasa Besar dan kumpulan gila kuasa yang berselindung disebalik tirai perjuangan mempertahankan "Dia" di Kampung ini, maka selagi itulah "Orang Kampung" akan menderita dan seterusnya mati satu persatu menanggung sengsara.
Inilah kenyataan dan persoalan yang perlu dijawab oleh seluruh rakyat jelata khususnya di Kampung ini. SS percaya Kita masih menyayangi "Dia" tetapi entah bilakah "Dia" akan berhenti menyayangi kita.

Kerana "Dia" adalah Malaysia dan Sebenarnya"Orang Kampung" itu adalah kita .......
0 Response to
Post a Comment