ADUN PAS - YB Dato' Hamdan Abdul Rahman Meninggal Dunia


Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat (PAS) bagi DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang, Dato' Hj. Mohd. Hamdan Abd.Rahman telah kembali kerahmatullah di IJN KL pagi ini, demikian menurut sumber yang saya perolihi dari talifon dan sms seorang kenalan sebentar tadi.

Menurut sumber itu beliau telah mendapat pengesahan dari saudara terdekat almarhum dan Bendahari PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli. Malumat itu juga telah mengesahkan bahawa sehingga berita ini diterbitkan, jenazah masih berada di IJN Kuala Lumpur.

Allahyarham telah memenangi DUN Permatang Pasir pada pilihanraya 2004 dan 2008. Di dalam PRU 2004, Allahyarham dari PAS mengalahkan Md.Isa Ramli dari BN dengan majoriti 679 undi dan pada PRU 2008, Allahyarham Datuk Hamdan mengalahkan calon BN, Ahmad Sahar Suhaib dengan majoriti 5,433 undi.

Menurut amalan biasa dan mengikut akta SPR pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari apabila berlaku kekosongan di mana-mana kerusi DUN atau Parlimen.

Berdasarkan pilihanraya kecil Penanti, UMNO BN dijangka tidak akan meletakkan calonnya di Permatang Pasir kerana ia didakwa satu percaturan politik Pakatan Rakyat dan ia membazirkan masa, tenaga dan wang ringgit, apa tah lagi di lihat UMNO BN hanya memperolehi 5,571 undi berbanding PAS PR yang memperolehi 11,004 undi.

Semuga roh Allahyarham ditempatkan ditempat yang terpuji... Al Fatihah..

1Malaysia - BERNAS oh BERNAS


Di dalam kesibukan pemimpin negara ini berpolitik mereka ternyata terlepas pandang untuk menghidu periuk nasi rakyat negara ini tergugat@hangit.

Bernas sebuah syarikat strategik di dalam membekalkan beras negara, perlahan-lahan telah dikuasai oleh sebuah firma Hong Kong, Wang Tak Co Ltd. Mereka telah menguasai saham Bernas di pasaran terbuka sebanyak 147.51 juta saham atau 31.36 peratus daripada keseluruhan 470,402 juta saham Bernas.

Wang Tak Co Ltd (WTCL) mula membeli saham Bernas sejak dari 2003 secara berperingkat bermula dari empat ke lima peratus dan kini pada 2009 mereka telah menguasai lebih dari 30 peratus. Ini bermakna WTCL mengambil masa selama 7 tahun untuk menguasai sebuah syarikat strategik negara ini yang memonopoli sepenuhnya pengimportan Beras dan pembekalan Beras untuk rakyat negara ini yang rata-rata makanan ruji mereka adalah beras.

Bernas ditukarkan dari Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) pada tahun 1994 yang kononnya atas dasar Malaysia Incorporated dan di senarai awamkan pada tahun 1997. Apabila Bernas disenarai awamkan di BSKL, saham Bernas diperdagangkan dengan rancak dan kepentingan Bernas telah terdedah kepada sesiapa sahaja untuk membeli dan menjual saham Bernas. Pokoknya sesiapa sahaja yang ada wang khasnya jutawan dan billionwan boleh menguasai Bernas.

Kadangkala aktiviti membeli dan menjual saham-saham Bernas di BSKL itu lebih rancak dari aktiviti-aktiviti teras Bernas itu sendiri iaitu membeli dan menjual Beras untuk kepentingan petani dan rakyat jelata negara ini.

Jika semasa LPN dahulu aktiviti-aktivitinya lebih mesra rakyat khasnya golongan petani dan pesawah tetapi apabila dikorporatkan aktivitinya telah beralih kepada yang lebih mesra golongan elit dan kapitalis. Ini telah mengwujudkan jurang pemisah di antara petani dan kapitalis.

Hakikatnya hari ini jika Bernas gagal dipertahankan dan terlepas ke tangan Cina Hong Kong ternyata dasar-dasar Malaysia Inc yang diagung-agungkan oleh Che Det dan Daim Zainudin selaku penasihat ekonomi dan Menteri kewangan ketika itu telah gagal. Malaysia Inc. hanya memperkayakan yang kaya dan menindas yang miskin.

Dahulu kita bangga hampir setiap bulan Malaysian Business Magazine galak menyenaraikan jutawan-jutawan Melayu seperti Tajudin Ramli, Wan Azmi Wan Hamzah, Amin Shah Omar Shah, Shamsudin Abu Hasan dan ramai lagi tetapi di manakah mereka hari ini? Mereka tenggelam apabila Che Det dan Daim tenggelam dan rupa-rupanya mereka ini hanyalah cerita rekaan semata-mata.

Hari ini Bernas pula telah dilacurkan untuk kepentingan pihak dan kumpulan tertentu, maruah dan hak kita telah tergadai, petani dan pesawah pasti menangis apabila periuk nasi mereka bakal jatuh ke tangan tauke Cina Hong Kong.

"Tuai padi antara masak besok jangan layu-layuan,. Jika beras telah menjadi dedak di masa itu hilang keruan"

Muzium Umno - Negeri UMNO/BN Terkuat Di dunia tapi masih ada rakyat kempunan menimati Bekalan Elektrik lebih 40 Tahun lamanya


JOHOR BAHRU - Entah di mana silapnya, kira-kira 50 penduduk Kampung Sentosa Dalam di Sungai Tiram dekat sini telah mengharungi kehidupan tanpa bekalan elektrik dan air bersih sejak 40 tahun lalu.

Mereka banyak kali telah membuat aduan kepada pihak bertanggungjawab tetapi tiada satu usaha pun dilakukan untuk membantu penduduk kampung itu.

Mudah cerita, mereka mendakwa aduan yang dibuat tidak pernah diberi perhatian oleh pihak berkuasa.

Seorang penduduk, Hussin Mohd. Lana, 55, berkata, pembangunan pesat yang dicanangkan khususnya menjelang Pilihanraya Umum selama ini sedikit sebanyak mengguris perasaan mereka.

"Pemimpin menguar-uarkan keselesaan rakyat perlu diutamakan, namun bagi kami ia tidak memberi sebarang makna berikutan kemudahan air bersih dan elektrik masih belum kami nikmati sejak sekian lama. Perkara ini serba sedikit telah menjejaskan kelancaran kehidupan kami di sini. Bayangkan 1Malaysia, dalam keadaan negara yang disifatkan aman dan makmur, masih ada pelajar sekolah yang bertemankan lilin dan lampu minyak tanah sewaktu mengulangkaji pelajaran mereka dimalam hari.

"Kami cemburu melihat kampung-kampung bahkan kawasan felda yang kedudukannya jauh di pedalaman telah lama menikmati kemudahan asas tersebut," katanya ketika ditemui di sini semalam. SS akan cuba membawa gambaran yang lebih jelas mengenai perkara memalukan ini demi kebaikan dan keselesaan mereka.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai program "Jejak Sentosa" bersama SS dalam masa terdekat ini, jangan segan silu untuk menghubungi SS bagi membincangkan agenda yang harus dilaksanakan di kawasan tersebut.



1Malaysia - Isu DNA kini menjadi Misteri @ Konspirasi


Prosiding inkues belum bermula. Malah pemanggilan untuk inkues penuh kecacatan. Tetapi tiba-tiba peguam yang dilantik mewakili kerajaan persis telah diarahkan oleh pejabat Peguam Negara supaya jangan tak sebut hal DNA di kot mendiang Teoh Beng Hock.

"Penemuan DNA" menjadikan teori terjatuh dan terjun tertolak, kerana Peguam Negara sedar masyarakat tidak mempercayai teori itu.

Peguambela dan peguamcara Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan sempat berkata sebelum inkues ditangguhkan semalam, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian belakang kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.

Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.

Dengan kenyataan Tan Hock Chuan mengenai penemuan DNA di kot simati dan menyatakan pula terdapat dua orang yang enggan untuk menjalani ujian DNA, meletakkan spekulasi yang berbagai-bagai selepas inkues ditangguhkan sehingga Rabu depan.

Seorang wartawan yang juga seorang blogger ternama, Rocky Bru mendedahkan:
he two are Kajang municipal councillor Tan Boon Wah and businessman Lee Wye Wing. Their lawyer said the two have nothing to hide, that they'd wait for the Coroner's order first.
Ia jelas satu percubaan untuk mengalihkan tumpuan "pembunuhan" dari pegawai penyiasat SPRM kepada ahli-ahli DAP yang menjadi rakan karib si mati.

Ia mirip taktik penyimpangan yang dilakukan oleh blog t4tbh!

Peguam Negara akan memanipulasikan Akta DNA sebagai satu kaedah baru pendakwaan. DNA adalah satu cara baru, satu senjata baru yang diperolehi oleh Peguam Negara untuk menyelamatkan pegawai-pegawai SPRM yang terlibat di dalam kes kematian ini.

Tidak perlu kehadiran tertuduh nanti di tempat kejadian. Tidak perlu buktikan apa-apa yang lain. Memadai dengan DNA!

Sama halnya dengan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekalipun kesemua dokumen menjelaskan tiada bukti Saiful diliwat, namun DNA boleh digunakan untuk mensabitkan Anwar dengan kes berkenaan. Satu konspirasi baru dari pejabat Peguam Negara hasil usahasama dengan Polis Diraja Malaysia dengan pihak parti pemerintah yang meluluskan dengan cepat Akta DNA.

Rakyat Malaysia, berhati-hati tentang wujudnya konspirasi jelek di dalam kes kematian Teoh Beng Hock selepas ini. Ambil DNA dua orang yang enggan bekerjasama itu dan katakan itulah DNA yang ditemui di kot Teoh. Sama seperti mengambil DNA Anwar dan akan dikatakan itulah DNA yang diambil dari dubur Saiful!

Bacalah ayat ini selalu dan yakinlah:



Kerana keangkuhan (mereka) di muka bumi dan mereka merencana (sesuatu) yang jahat. Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa selain ke atas orang yang merencanakannya sendiri. Tiadalah yang mereka nanti-nantikan melainkan (berlakunya) sunnah (Allah yang telah berlaku) kepada orang-orang yang terdahulu. Maka sekali-kali kamu tidak akan menemui perobahan bagi sunnah Allah, dan sekali-kali tidak (pula) akan menemui penyimpangan bagi sunnah Allah itu.(Fathir : 43)

Dunia Lelaki - Kenali Status anda melalui Jenis Rambut....


Jom kenali lelaki melalui rambut mereka seperti biasa,jangan terlalu percaya dengan semua ini (SEKADAR HIBURAN)

RAMBUT LURUS-
bijak,seorang yang happy,bergaya, cemburu dan berpotensi dalam bidang kesenian

RAMBUT KERINTING TEBAL-
kurang bijak,degil, cemburu kuat,romantik, banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri.Tidak suka termenung

RAMBUT KERINTING NEGRO-
bijak,ego,cemburu buta,romantik dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

RAMBUT IKAL MAYANG-
bijak,berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka,banyak pergaulan dan mudah memaafkan seseorang dengan kesilapan lalu

RAMBUT HALUS/LEMBUT-
bijak sangat,memilih, pemaaf,manja, tegas dan cepat melakukan pekerjaan dengan bersungguh-sungguh

RAMBUT SIKIT-
bijak,sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil

RABUT PERANG-
kurang bijak,berfikiran terbuka,pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah

RAMBUT TEBAL-
bijak,degil, cemburu,romantik ,kasar,banyak kawan dan pandai mengambil hati seseorang

RAMBUT KUSUT-
sangat bijak,berfikiran terbuka,banyak pergaulan,garang, susah nak memaafkan seseorang dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

RAMBUT BERUBAN-
kurang bijak,suka termenung,sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah sendiri

TAK ADA RAMBUT (Botak)
Belum buat kajian la, tak sempat sebab yang botak ni selalunya bila didekati boleh membuatkan mata kita jadi silau dan kacau bilau...

SO.....lelaki2 kt sini rambut pesyen per yer....?

*saya nampak de 2,3 lelaki yg sedang baca artikel ni sesambil belek2 rambut memasing.... ..

Kenapa Chua Beria-ia nk joint PKR????


Saya terpaksa terjun daripada kapal yang bocor menaiki kapal baru yang sentiasa menyelamatkan sesiapa sahaja yang mahu melihat masa depan negara terselamat, " kata bekas Menteri Kesihatan, Dato' Chua Jui Meng yang kini menyertai Parti Keadilan Rakyat (KeADIILan), lapor harakahdaily.

Minatnya terhadap Pakatan Rakyat terus memuncak apabila melihat Dato' Seri Anwar Ibrahim berjaya mengekalkan gabungan tiga parti utama pembangkang yang sebelum ini agak retak setelah Barisan Nasional (BN) mengamalkan dasar kuku besi terhadap negeri yang dimenangi pembangkang.

Beliau ketika beceramah di An-Nahdhoh In, Bukit Indera Muda, Permatang Pauh menambah, tohmahan daripada kempinan MCA dan BN memang diduga berikutan tindakannya melompat parti untuk kebaikan diri, masyarakat dan negara.

Apa tidaknya tambah beliau, dalam keluarga MCA segala-galaya sudah hancur akibat terlalu pentingkan jawatan dan kuasa.

"Tindakan mendedahkan kepincangan kerajaan ini bukan berniat untuk kepentingan diri sebaliknya menebus maruah ketika bersama BN dulunya, " ujar beliau diiringi tepukan orang ramai.

Kekejaman Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) juga jelas Chua, menjadi faktor kenapa beliau meninggalkan MCA dan BN.

ISA patut dimansuhkan sebab tidak sesuai lagi digunakan oleh kerajaan yang mengamalkan dasar demokrasi.

"Kerajaan sengaja tidak mahu mansuhkan akta tersebut demi menyelamatkan kedudukan pemerintah apabila mereka buntu berhadapan dengan mana-mana parti atau organisasi yang makin diterima rakyat, " tambah beliau.

Sementara itu di dalam satu wawancara bersama Charles Mohan, Edisi 7, Chua menafikan beliau tidak mendapat sokongan kaum Cina.

Menurut Chua, keputusan pilihanraya menunjukkan majoriti beliau sentiasa meningkat dan apabila beliau tidak diturunkan oleh MCA, penduduk di Bakri telah memprotes dan mengundi pembangkang.

Chua, 65, mendakwa MCA kini mengalami keretakan dan mengalami dwi-kepimpinan.

"Sekarang sudah ada dua MCA," kata Chua.

Selain Chua, bekas senator dari MCA, David Yeo dan bekas ahli parlimen Lumut Yap Yit Tong turut menyertai PKR.




MAKLUMAN PERGERAKAN HIMPUNAN AMAN MANSUHKAN ISA PADA 01 OGOS 2009



1. Bagi melancarkan Himpunan Aman Mansuhkan ISA pada 01 Ogos 2009, Sekretariat Himpunan Aman Mansuhkan ISA mengumumkan tempat berhimpun dan pergerakan himpunan seperti berikut:

Ø Tempat berhimpun dan negeri-negeri berkaitan:


a. Sogo:
Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak

b. Masjid Jame’ Kuala Lumpur:
Kelantan, Terengganu, Pahang dan Wilayah Persekutuan

c. Masjid Negara:
Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Selangor.

Ø Peserta-peserta himpunan aman dikehendaki berkumpul mengikut negeri masing-masing


2. Perarakan ke Istana Negara akan dimulakan tepat jam 2 petang untuk menyerahkan Deklarasi Rakyat membantah undang-undang zalim ISA

3. Semua peserta dikehendaki mengikut arahan pihak keselamatan (JABATAN AMAL) yang berpakaian merah

4. Peserta digalakkan masuk awal ke Bandaraya Kuala Lumpur dengan meggunakan kenderaan awam untuk mengelakkan kesesakan


Sekian,

KAMARUZAMAN BIN MOHAMAD
Timbalan Pengarah Himpunan Mansuh ISA,
Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat.



PDRM akan Turut serta berdemo - 1st Ogos 2009


Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya - Ketua Polis Kuala Lumpur

Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya - Ketua Polis Kuala Lumpur

Amaran Polis 1 Ogos, pemimpin PR akan ditangkap

Sudah ku jangka amaran ini akan keluar. Bukannya luar biasa tapi sudah memang biasa dah….

Alah bisa tegal biasa..
Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, polis telah memanggil Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris) semalam untuk memaklumkan mengenai arahan tersebut kepada mereka.

Manakala polis juga, katanya, akan bertemu dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) petang esok untuk memaklumkan perkara yang sama.

Polis juga, katanya, akan mengadakan sekatan jalanraya dua hari lebih awal dan akan menahan bas-bas disyaki membawa peserta ke perhimpunan itu.

Sebelum ini, Pewaris dan sepuluh lagi NGO Melayu yang pro-ISA, merancang berdemonstrasi Sabtu ini di ibu negara, serentak dengan perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan pakatan pembangkang.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur petang ini, Datuk Muhammad Sabtu berkata polis mengkelaskannya sebagai satu perhimpunan haram di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

“Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak,” tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

“Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya,” katanya.

Telah ku duga inilah amaran yang akan keluar dari POLIS RAJA DI MALAYSIA. Malaysia negara polis sebenarnya. Sepatutnya polis kena patuh pada perlembagaan negara yang jelas mengatakan hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Amaran ini hanya sesuai untuk PRO ISA saja… Puak-puak ni jangankan kata amaran FRU, tengok FRU pun dah tak cukup tanah lari.

Saya menjangkakan ramai pemimpin Pakatan Rakyat akan ditangkap sebelum 1 Ogos 2009. Sekilas lintah di air ku tahu dah jantan ke pondan UMNO dan B-end. Asyik menyorok belakang punggong polis saja.

Mana hilangnya slogan 1 Malaysia. Kata rakyat diutamakan. Najib kena dengar ini suara rakyat.


Berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri…?


Mungkin saya juga akan digelar ‘makhluk yang hina’. Tidak mengapalah – yang saya tertanya-tanya ialah berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri dengan kes-kes tukar jantina dan kemudian berkahwin – Hambali Abd Latiff


PERGINYA YASMIN@Zulkiflee…

Saya tidak berani menulis mengenai kematian Yasmin, bimbang apa yang ada di kepala saya sejak beberapa tahun lalu terluah.

Selepas membaca apa yang ditulis oleh Nobisha dalam postingnya semalam (Isnin, 27 July, 2009 bertajuk “Marina, Yasmin & Zulkifli”, saya turut insaf bahawa yang mati biarkan dia bersama Tuhannya.

Melalui blognya Nobisha berkata: “Saya tidak pernah bertemu Allahyarham Yasmin Ahmad. Saya juga tidak mengenali Datin Paduka Marina Mahathir secara peribadi. Bagaimanapun, saya boleh memahami mengapakah Marina begitu marah apabila akhbar Kosmo! “mendedahkan” Yasmin sebenarnya Zulkifli. Sementara saya juga tidak setuju dengan perbuatan akhbar Kosmo!, alasan saya dan Marina berbeza. Klik di sini untuk membaca laporan Malaysiakini.

Usah salah faham. Saya tidak berniat mempertahankan yang salah. Bagaimanapun, oleh kerana Yasmin Ahmad sudah meninggal dunia, maka biarlah urusan seterusnya antara beliau dan Allah s.w.t. Tentunya banyak perkara yang kita tidak ketahui tentang Yasmin sebagai seorang individu, maka biarlah kita berprasangka baik dan memohon keampunan baginya.”

Saya seperti juga Nobisha tidak mengenali Allahyarham Yasmin Ahmad secara peribadi.
Namun saya sedikit mengenali beliau melalui filem-filemnya. Perkenalan awal saya dengan Yasmin ialah melalui Bintang RTM 1975, apabila beliau adalah pesertanya.

Kemudian melalui albumnya Zulkiflee terbitan Warnada melalui lagi Tunggulah (lagu copyright dan senikatanya oleh Dinosman). Saya masih menyimpan album itu hingga kini.Penerbit album ini ialah Daos dan muzik oleh Ooi Eow Jin.

Yang sahaja tahu beliau menukar jantina tetapi saya tidak tahu dia berkahwin.Yang bermain di kepala saya kini ialah kematiannya sebagai wanita atau lelaki? Yang bermain di kepala saya sebelum ini ialah apakah masyarakat kita kini, termasuk ulama dan orang beragama ‘menerima Yasmin seadanya’ walaupun banyak perkara boleh diperkatakan dalam konteks Islam mengenai dirinya.

Bagi saya, menerima seadanya diri seseorang sama ada dia pemimpin, artis, pelukis, ahli politik dan sebagainya ada merbahayanya. Kenapa?

1. Apabila menerima yang ‘salah’ mengenai diri seseorang, jika dia Islam bermakna Islam ‘membenarkan’ diri seseorang itu berada dalam keadaan sedemikian dan masyarakat harus menerimanya;

2. Apabila menerima seseorang pemimpin yang ‘salah’ atau ‘salah laku’ bermakna Islam ‘membenarkan atau tidak kisah’ mengenai perkara itu dan imej Islam juga akan turut digambarkan seperti watak orang berkenaan;

3. Apakah wajar Ulama dan tokoh agama kita berdiam diri hanya kerana seseorang itu pemimpin, artis dan apa juga gelarannya kerana orang itu popular dan jika membuka mulut bimbang akan jadi kontroversi. Untuk siapa mereka ini berkhidmat atau ‘menyandarkan dirinya’? Kepada wang ringgit atau agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini?

4. Apabila anak muda, belia atau juga masyarakat menerima ‘orang seperti ini’ dan dijadikan Ikon, kenapa ulama dan tokoh agama menyalahkan anak-anak muda dan yang muda meletakkan orang seperti ini dikedudukan tinggi, sedangkan mereka tahu ‘kedudukan sebenar’ orang ini. Siapa mahu disalahkan?

Saya kesal dengan kecaman keras Datuk Marina Mahathir terhadap akhbar Kosmo! kerana mendedahkan latar belakang pengarah terkenal Yasmin Ahmad yang sejak lahir dikenali sebagai Zulkifli.

Menyifatkan akhbar dalam kumpulan Utusan Melayu Bhd itu sebagai “makhluk yang hina”, aktivis wanita itu berang dengan media berkenaan yang melaporkan pengarah itu sebagai seorang naib juara bintang RTM pada 1975 dan penyerang bolasepak Melaka pada zaman persekolahannya sewaktu dikenali dengan nama asalnya.

Mungkin saya juga akan digelar ‘makhluk yang hina’. Tidak mengapalah – yang saya tertanya-tanya ialah berapa lama lagi ulama dan pakar agama kita akan berdiam diri dengan kes-kes tukar jantina dan kemudian berkahwin.

Malah jelas isu-isu seperti pondan, gay, kelab gay dan sebagainya yang bagi saya sebagai seorang Islam yang jahil menuntut agar diberikan sedikit ‘cahaya penyelesaian’ bukan membiarkan gejala ini berterusan.

Ais Krim yang MENJIJIKKAN...


(klik gambar untuk lebih jelas)
"Sapa sangka aiskrim yg di makan sejak sekian lama ada mengandungi E-471 & E407?? tak sangka.. tetiba jer teringin nak makan aiskrim hari ni.. terus sambar aiskrim walls 'pelangi' .. x teringat nak tengok isi kandungan.. dah makan baru tengok.... x caya??... nie ada attached sekali packing die.. walaupon tulisan Thailand ada cop Halal tp ada gak E471 & E407... nasib la...eee...loya tekak aku...tolong hebah kan kat kawan2 yer... "

ada komen? perkara diatas diterima melalui emel peribadi tok Harimau.



100 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia - 2008


Majalah Time kembali menampilkan 100 tokoh paling berpengaruh di dunia tahun 2008. Di antara 100 tokoh tersebut, terdapat 11 tokoh Muslim, mulai dari politisi, cendikiawan, sampai artis.

Mantan Deputi Perdana Menteri Malaysia yang sekarang menjadi pelopor kelompok oposisi di Negeri Jiran, Anwar Ibrahim menjadi tokoh Muslim yang paling berpengaruh di dunia. Dari 100 orang tokoh, ia berada di posisi ke-9. Disusul kemudian oleh pimpinan pejuang Syiah Irak, Muqtada al-Sadr pada posisi ke-13.

Mengomentari masuknya al-Sadr ke jejeran 100 tokoh paling berpengaruh dunia versi majalah Time, mantan komandan pasukan AS di Irak, Letnan Jenderal Sanchez mengatakan, Sadr berhasil menarik simpati kalangan masyarakat miskin Syiah di mana ia berhasil memengan kendali stabilitas di selatan Irak.

Setiap tahun, majalah Time memilih 100 tokoh dunia yang dianggap paling populer karena telah mengubah dunia, menjadi lebih baik atau lebih buruk. Tahun 2008, adalah tahun kelima pemilihan 100 tokoh paling berpengaruh veris majalah Time. Dan tokoh yang menduduki posisi puncak adalah Dalai Lama, tokoh masyarakat Tibet yang saat ini kembali memicu kontroversi di kalangan akademisi dunia.

Sementara tokoh Muslim lainnya yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia antara lain, Madeeha Hasan Odhaib-satu- satunya Muslimah yang masuk dalam 100 tokoh itu-dianggap telah menjadi pelopor bagi kalangan Muslim di Irak.


Madeeha Hassan, 37, disebut sebagi 'Bunda Theresa dari Baghdad' karena perempuan mengabdikan seluruh energinya untuk membantu warga Irak yang menjadi pengungsi. "Sementara Madeeha masuk dalam daftar majalah Time, masih banyak perempuan lainnya seperti dia yang bisa ditemui di Irak, " tulis Ratu Rania dari Yordania mengomentari terpilihnya Madeeha.

Setelah Madeeha, Muslim yang masuk dalam 100 tokoh paling berpengaruh di dunia adalah Mehmet Oz, penulis yang juga seorang dokter bedah. Nama Oz yang keturunan Turki itu, beberapa tahun belakangan ini namanya sangat popoler dan media Amerika kerap menempatkannya di posisi pertama, dalam deretan dokter paling terkenal.

Setelah Mehmet Oz, ada Muhammad "Mo" Ibrahim pengusaha bidang komunikasi asal Inggris keturunan Sudan. Ibrahim, 61, menunjukkan kepeduliannya terkait pemerintahan yang bersih dan akuntabilitas institusi-institusi di negara asalnya. Untuk itu ia mendirikan Ibrahim Foundation.

Novelis Amerika berdarah Afghanistan, pengarang novel best seller "The Kite Runner", Khalid Hosseini juga menjadi salah seorang Muslim yang masuk dalam 100 tokoh dunia majalah Time, ia berada di ranking ke-66.

1Malaysia - Akhirnya DIA Menghulurkan jawapannya


Tragedi kematian Teo Beng Hock yang mayatnya ditemui di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam kononnya akibat terjatuh dari bangunan itu telah mewujudkan pelbagai spekulasi. Terjun, terjatuh atau dijatuhkan?

Ada pelbagai teori yang diutarakan dan yang nyata, apa yang dikatakan pada peringkat awal penemuan tragedi berkenaan seperti yang dikhabarkan kepada rakyat bahawa mayat yang ditemui adalah kerana Teoh terjatuh atau terjun tidak diterima oleh akal yang waras dan orang yang membuat andaian serta memberikan maklumat sedemikian ternyata pendusta dan sengaja berniat jahat untuk menyembunyikan fakta kebenaran.

Jatuh dari tingkat 14 ke tingkat tanpa sebarang kecederaan fizikal luaran adalah sesuatu yang tidak mungkin diterima akal. Panggillah ahli pathologi paling handal dunia, atau panggil sahaja sesiapa yang mendakwa sedemikian, kemudian jatuhkan mereka dari tempat tinggi tanpa sebarang peralatan keselamatan, sudah tentu mereka tidak mampu untuk melakukan.

Termasuklah Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull yang menyatakan sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut. Dan kenyataan seorang menteri bernama Nazri Abdul Aziz. Mereka berdua patut membuktikan dengan terjun dari Tingkat 15 bangunan Plaza Masalam dan kemudian tunjukkan tiada kecederaan fizikal.

Mohd Shukri berkata, SPRM tidak pasti sama ada mangsa mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan itu dan menambah mangsa memberi kerjasama baik sepanjang keterangannya direkodkan.

“Jadi, dia patut balik rumah. Kita pun tak tahu dia nak terjun bangunan tu…,” kata Nazri
Pada hari semalam, seorang pelajar lelaki Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), maut selepas jatuh daripada Tingkat 16, Blok 5 Apartmen Vista Angkasa di Kerinchi.


Mangsa dikenali sebagai Tan, 22, ditemui tertiarap jam 11.30 pagi dalam keadaan mengerikan dengan badan berlumuran darah dan kepala pecah di tempat letak motosikal.

Hal sedemikian tidak berlaku kepada Teoh Beng Hock. Pergi jahanam dengan teori-teori yang cuba melakukan cover-up yang menyatakan Teoh "terjun atau terjatuh"!

Polis yang menyiasat berlebih-lebihan untuk menghalakan "serangan" ke atas Pakatan Rakyat seperti Datuk Khalid Abu Bakar perlu disiasat motifnya berbuat demikian.



1Malaysia - Lim Guan Eng Kena Tangkap kerana Tanya Soalan je...


"Lim Guan Eng dilaporkan akan ditahan oleh polis kerana 'mengganggu sensitiviti kaum' dengan bertanya mengapa Darshan Singh yang beragama Islam mengekalkan nama Hindunya. Dahsyat betul. Tanya aje kena tangkap. Supaya adil, saya masukkan sama keratan news tu.

Lim Guan Eng dilaporkan akan ditahan oleh polis kerana 'mengganggu sensitiviti kaum' dengan bertanya mengapa Darshan Singh yang beragama Islam mengekalkan nama Hindunya. Dahsyat betul. Tanya aje kena tangkap. Supaya adil, saya masukkan sama keratan news tu.
-----------------------------------------------------------------------------

MIC Youth to be called up over alleged attack on political aide

Sunday Star, 27 Julai 09.

“We will be there to maintain public order. We will act within the provision of the law and if needed, we will call for back-up,” he said.

DCP Ayub also said that police would call up several people to have their statements recorded over a police report lodged against Lim by Kampung Buah Pala Residents’ Association legal adviser Darshan Singh Khaira.

Darshan Singh had lodged a report against Lim for "repeatedly denigrating and insulting" him and his religion.

It is learnt that among those who would be called up by the police included Lim, Darshan Singh and journalists from an English tabloid and a Chinese daily who broke the news that Lim had allegedly questioned Darshan Singh’s use of his Sikh name when he had converted to Islam.
------------------------------------------------------------------------------
Dulu pun Lim ni dah masuk penjara pasal bela budak Melayu yang kena rogol dulu. Kasihan PAS patut terangkan pada Lim Guan Eng bahawa masuk Islam tak mesti tukar nama. Peraturan kena tukar nama dan tukar nama bapa itu UMNO perkenalkan, mungkin untuk menakutkan mualaf dari masuk Islam.

Kalau UMNO ni mengajar di universiti, mesti leceh. Tanya aje kena tangkap! Satu Dua... tangkap!

Perhimpunan 1Malaysia - Mansuhkan ISA


Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.




Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

http://dppwp.files.wordpress.com/2009/06/stiker-isa.png?w=468&h=166

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan


1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.


Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.


Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:




Permintaan Rasuah - Malaysia vs Singapore


SS terbaca satu artikel dari Cyberita mengenai perihal rasuah di negera penulis itu Singapura dengan Malaysia... jauh bezanya... malu weiii dapat komen dari negara jira..... aku salin balik tanpa edit...

Komentar : 25 Julai 2009

ANAK PASCA MERDEKA

ANTARA SEBIJI PULASAN DAN AMALAN RASUAH
Oleh
Mohd Noor A. Rahman

BARU-BARU ini saya pulang dari Malaysia membawa bersama buah tempatan - durian, rambutan dan pulasan - dalam but kereta.

Saya tiba di Pusat Pemeriksaan Tuas dan menjalani pemeriksaan seperti biasa. But kereta diperiksa seorang pegawai keselamatan.

Pegawai muda itu ternampak pulasan dan bertanya apakah itu rambutan atau bukan. Saya menjawab itu pulasan namanya.

Terdorong ingin tahu lebih lanjut, beliau bertanya apa beza antara rambutan dengan pulasan. Lalu saya cuba terangkan perbezaan dari segi kulit, selain menambah ada juga yang menyatakan ada perbezaan dari segi rasa.

Untuk membantunya memahami lebih lanjut, saya keluarkan sebiji pulasan dan sebiji rambutan agar beliau dapat melihat secara dekat kulit dua buah tersebut.

Lalu saya menawarkannya agar merasa sendiri pulasan itu. Jawapannya membuat saya tergamam sebentar, namun membuat saya terukir senyuman.

'Eh tak boleh bang, nanti kena tangkap,' ujarnya ringkas tetapi penuh makna.

Satu pulasan mampu membuatkannya jadi bimbang dan menolak pelawaan saya, walaupun tiada pun sekelumit niat jahat di antara kami.

Semasa beredar dari pusat pemeriksaan itu, saya terus tersenyum dan timbul rasa bangga terhadap sikap pihak keselamatan dan penguatkuasaan kita.


Saya kemudian teringat peristiwa semasa saya mahu pulang ke tanah air selepas bertugas di sebuah negara jiran beberapa tahun lalu.

Selepas mendaftar di kaunter syarikat penerbangan di lapangan terbang di sana, saya beratur di laluan pemeriksaan imigresen.

Tiba giliran saya, pegawai meminta saya usah maju kerana beliau didatangi seorang lelaki. Lelaki itu membawa beberapa pasport dan memberikannya kepada pegawai itu.

Pasport itu disambut pegawai itu lalu diperiksanya.

Selepas diperiksa, lelaki itu memberi beberapa wang kertas kepada pegawai tersebut lalu mengucapkan terima kasih dan mengiringi beberapa wanita (pembantu rumah) melepasi laluan imigresen itu.

Tergamam saya melihat kejadian itu kerana tidak dipedulikan pegawai tersebut.

Mengingati kes itu menjadikan saya syukur akan negara kita yang tidak mengalami kes seperti ini.

Menurut senarai 'kedudukan pemerintahan bersih' terbitan Transparency International, daripada ratusan negara, Singapura sering diletakkan sebagai negara paling tidak rasuah di Asia tahun demi tahun.


Kemudian saya teringat satu lagi kes membabitkan seorang peniaga Malaysia yang telah dikenakan hukuman penjara enam minggu atas kesalahan rasuah di sini pada awal tahun ini.

Awalnya, dia melakukan kesalahan membuat pusingan-U haram selain memandu bertentangan trafik lalu ditahan seorang pegawai polis Singapura.

Pegawai itu kemudian menjelaskan kesalahan peniaga tersebut dan memintanya pergi ke balai polis bagi menghadapi tindakan undang-undang.

Peniaga itu berkata:

'Kenapa mahu lakukan ini? Awak harus lepaskan saya. Kita boleh jadi kawan. Lain kali awak datang ke Malaysia saya akan jaga awak. Banyak perkara yang baik.'

Akibatnya, peniaga itu dituduh dengan niat cuba memberi rasuah. Mahkamah Rendah Singapura mendapatinya bersalah dan mengenakan denda $15,000.

Namun, pihak pendakwa merasakan hukuman itu terlalu ringan dan merayu ke Mahkamah Tinggi yang akhirnya menjatuhkan hukuman penjara itu.

Beberapa akhbar di Malaysia melaporkan berita itu dan ada yang membuat komentar. Contohnya, akhbar harian Cina, Sin Chew Jit Poh, dalam komentarnya menyatakan jika kejadian itu berlaku di Malaysia, apa yang dikatakan peniaga tersebut tidak akan memudaratkan dirinya.

Peniaga tersebut boleh menjelaskan dia hanya membuat tawaran persahabatan dan berharap pegawai polis itu menunjukkan ihsan. Apa pun, dia tidak menawarkan sebarang wang sebagai rasuah.

Akhbar itu menambah peniaga tersebut boleh menyatakan bahawa di Malaysia, sesiapa saja akan berkata sepertinya apabila ditahan kerana melanggar undang-undang. Boleh dikatakan ini budaya warga Malaysia.

'Itulah Singapura. Pegawai polis yang menahan peniaga itu adalah warga Singapura yang telah disemai nilai-nilai kesingapuraan dan di bawah sistem Singapura.

'Sistem Singapura agak tegas terhadap sebarang kesalahan undang- undang. Ia juga tidak membenarkan sebarang keraguan,' tambahnya.

Ya, itulah satu perbezaan besar sikap bukan sahaja di kalangan pegawai keselamatan dan penguatkuasaan negara ini, bahkan juga ramai warga setempat berkaitan rasuah.

Ramai warga akur amalan tumbuk rusuk ini satu jenayah besar dan serius dan tidak berani menawarkan rasuah kerana tahu hukumannya berat.

Lagipun, risikonya besar kerana pegawai penguatkuasaan undang- undang setempat diketahui tidak mengamalkan rasuah.

Bagi saya, amalan rasuah ini tidak boleh dibiarkan bertapak biar sedikit pun, apatah lagi berakar umbi sehingga menjadi tabiat semula jadi warga.

Di banyak negara, amalan makan suap ini berleluasa sehingga menjadi tabiat semula jadi dan turut membabitkan bidang perniagaan dan tender projek.

Ini menyebabkan tender menjadi tidak telus dan sukar dimenangi selain menyebabkan kos projek meningkat dengan banyaknya. Yang kaya menjadi semakin kaya, dan si miskin terus papa.

Memang ada sebilangan warga asing melihat undang-undang Singapura amat mengongkong. Tetapi bagi saya, ia bukan satu masalah kerana ia sebenarnya berpunca daripada penerimaan mereka terhadap undang-undang masih rendah.

Mereka kurang menghargai undang-undang sebagai alat penting dalam menjaga keselamatan sosial dan mendukung moral masyarakat.

Kita harus pastikan Singapura terus bersih rasuah semampunya dan mengamalkan sikap telus, bersih dan amanah - walaupun yang membabitkan sebiji pulasan.


Komen: Apa yang dinyatakan oleh penulis tersebut memang aku tak nafikan, malah aku sendiri beberapa kali melihat sikap anggota polis sewaktu aku pi membeli ayam di kilang proses ayam kat belakang rumah aku... datang anggota polis dengan menggunakan kereta rasmi, pi beli ayam minta dua ekor, bila Cina tokeh dah bagi dua ekor, dengan mata aku sendiri nampak hanya RM10.00 sahaja yang dibayarnya....tokeh Cina tu pun terima juga tanpa berkata apa-apa... ramai yang memerhatikannya... RM10 untuk 2 ekor ayam gred A... modal harga beli pun tak dapat...apakah ini bukan rasuah.... lepas tu bawa balik ayam tu bagi anak bini makan... anak-anak lepas tu banyak yang jadi menyetan kat Sekolah....



Perang Fatwa antara Lilin dan Pelita Minyak


Zalimnya kita jika hanya menembak satu arah sahaja tentang isu ber"vigil-vigilan" di kalangan pemimpin pakatan rakyat sebelum ini terutama melibatkan Menteri Besar PERAK Dato Sri Nizar sewaktu memperingati kematian Mendiang Teoh baru-baru ini.

Pada hemat SS juga, Ir. Nizar berlaku curang pada Umat Islam kerana ber"vigil-vigilan" tempohari. Namun, curang pada Jemaah kurang sikit "bangsatnya" dari curang terang-terangan kepada Allah.

Hari ini, SS juga terbaca dan tertonton suatu gambar yang menyakitkan mata di blog ISA dan Mr. Kolumpo tentang perbuatan ala-ala ber"vigil-vigilan" juga, namun kali ini perkara yang membezakan peristiwa itu adalah alatan yang digunakan sewaktu menjunjung kasih istiadat tersebut dan kali ini ia dilakukan sendiri oleh bapak 1Malaysia

Nampaknya, perbuatan ini sama jahanam dengan ber"vigil-vigilan". Mufti dipohon mengeluarkan "vokal malu-malu" mereka. Jika tidak, semakin berpecahbelahlah Umat Islam di Tanah Melayu.

Usahlah redha dengan tindakan bapak 1Malaysia itu. Tentanglah hujah-hujah yang menyokong tindakan bapak 1Malaysia menyalakan pelita itu demi sebuah keadilan yang berpaksikan kepada kehendak dan tuntutan agama.

Dalam hal Aqidah, Iman dan Islam; tiada kompromi. Noktah!

Tidak kiralah ia berlaku dimana dan bila waktunya; ia tetap suatu tindakan kecurangan pada Umat Islam dan mungkin juga pada Agama Allah iaitu Islam.

Curang pada Umat Islam bermaksud melencongkan arah akidah bagi mereka yang buta dan dibutakan mata hati kerana kiblat politik yang menghancurkan.

Nauzubillah.

Nota kaki: tulisan diatas tiada berniat membakar api kemarahan antara agama. Ia cuma penunaian tanggungjawab seorang Muslim kepada saudara Muslim yang lain. Jika ia dibaca dari sudut perkauman atau seumpamanya, penulis minta maaf. Duit yang ada mahu digunakan membeli barangan keperluan bayi dan bukan membayar duit lawyer di Mahkamah.