Kerana Tamak dan Sombongnya Pemerintah " Penjual Ikan Dihina Bulat-Bulat "



Ketika mengumumkan calon BN. Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sempat untuk mengeluarkan kata-kata penghinaan kepada calon PAS, Fauzi Abdullah.

Beliau telah dilaporkan berkata:

"Calon kita nak bela umat Islam dan bawa obor perpaduan. Beliau seorang yang berpengalaman, ada rekod kerja yang baik di sini, bukan seorang penjual ikan, dan berkelulusan tinggi."

Kata-kata tersebut jelas ditujukan kepada calon PAS yang merupakan seorang pemborong ikan dan kata-kata Muhyiddin tersebut

Banyak pihak menyifatkan kata-kata Muhyiddin itu menghina kebanyakan peniaga-peniaga Kelantan yang tidk mempunyai kelulusan yang tinggi dengan memperlekehkan calon PAS yang diumumkan ileh parti berkenaan kelmarin.

"Adalah tidk wajar Muhyiddin sebagai seorang Timbalan Perdana Menteri boleh mengeluarkan kata-kata penghinaan sedemikian rupa di hadapan orangrmai sedangkan di dalam UMNO sendiri ramai peniaga yang tidak berkelulusan tinggi yang sentiasa menolong partinya termasuklah Che Jalal Muda, seorang peniaga getah yang telah diketepikan oleh UMNO sebagai calon sekalipun beliau adalah seorang calon favorit di kalangan UMNO sendiri," kata seorang pemerhati politik.

"Sikap Muhyiddin itu ternyata angkuh dan keterlaluan, dan pengundi Manek Urai bakal memberikan tindakbalas negatif terhdap kenyataannya itu," tambahnya.

Seorang pengundi Manek Urai berkata, kata-kata Muhyiddin tersebut pasti akan dihukum dengan kekalahan BN nanti kerana ia benar-benar satu penghinaan kepada rakyat Kelantan yang kehidupan mereka sekalipun ditekan dan ditindas oleh kerajaan pusat tetap dapat meneruskan kehidupan dengan berdikari melalui bercucuktanam, berniaga, menjadi nelayan dan sebagainya.

"Lagipun usahlah angkuh sangat, Tuan Aziz, 39, hanyalah merupakan sorang pengurus bahagian pemantauan projek Kesedar, bukanlah tinggi mana sangat pun seperti yang nak dibangga-banggakan oleh Muhyiddin sampai nak merendah-rendah calon lawan," kata beliau.

Turut hadir di dalam pengumuman tersebut ialah Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan yang juga Pengarah Pilihan Raya Kecil Manek Urai Datuk Mustapa Mohamed, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Puteri Datuk Rosnah Rashid Shirlin, pimpinan Umno dan parti komponen tempatan. Namun demikian, pemilihan ini langsung tidak memeberi kesan kepada sesetengah pengundi di kawasan terbabit Apa pun SS berharap dan berdoa agar urusan dunia seumpama ini dapat berjalan dengan penuh harmoni, telus dan adil tanda dicemari oleh anasir-anasir dan tindakan penipuan yang melampau yang akhirnya akan merugikan semua pihakterutamanya rakyat yang memilih pemimpin mereka.

Hamba Hutang Yang Tegar


Kajian menunjukkan Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa di pelbagai peringkat.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua jabatan atau kementerian terbabit mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah kumpulan itu yang rata-ratanya hanya membawa pulang 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya. Wow!! Ini tidak termasuk dengan pelbagai keperluan lain yang harus di bayar secara bulanan oleh mereka. Hal ini juga memungkinkan mereka untuk membuat pelaburan dan pinjaman alternatif bagi melangsaikan hutang piutang mereka. Selain kemudahan dan keistimewaan oleh agensi perbankan tanahair terhadap golongan ini, pihak ketiga juga sering hadir dalam urusan hidup mereka dengan berbekalkan pelbagai Pakej Rangsangan Ekonomi Express berjumlah berbillion-billion ringgit. Ini ternyata dan di akui oleh golongan-golongan Taiko Ahlong yang di temui di sini.Cuma mereka cukup licik merahsiakan identiti client mereka dari SS. Hal ini juga boleh menguatkah hujan dan cerita SS dalam "posting" - Bangsaku Berkiblatkan AhLong - Bah 1 baru-baru ini.

Ahmad Shah menambah, ramai penjawat awam diberi kelonggaran oleh kerajaan untuk membuat kerja sambilan seperti membawa teksi, menjadi ejen jualan langsung dan berniaga untuk menampung pendapatan tetapi ini tidak mencukupi. Tetapi SS berpendapat golongan penjawat awam yang membuat kerja sambilan secara jujur dan betul hanyalah lebih kurang 30% sahaja, selebihnya lebih gemar membuat pinjaman peribadi dalam menguruskan ekonomi keluarga hari ini.

"Kos sara hidup di bandar adalah tinggi dan ini menyebabkan ramai yang terpaksa berhutang," katanya. Oleh itu kita jangan tertipu dengan Gaya Hidup mewah PENJAWAT AWAM yang berada di sekeliling kita hari ini. Kerana mereka semua adalah Hamba Hutang yang Tegar mcm SS juga. Namun demikian, di satu kajian lain yang dijalankan menunjukkan kos sara hidup di Bandar jauh lebih murah jika dibandingkan dengan hidup di Kampung mahupun di Tanah Rancangan Felda di Johor Bahru ini. Kalau tak percaya, ikuti perkembangan bersama SS and the crew dalam pembongkaran akan datang.

POLITIK MALAYSIA SEMAKIN HANCUR - DEBAT PAS vs UMNO menjad Penentu.



Semenjak dua menjak ni, SS banyak juga menerima panggilan tel dan sms yang meninta SS mengulas sedikit sebanyak tentang Isu dan Lanskap Politik malaysia yang dilihat semakin kucar-kacir mcm "Itik Pulang Petang" mutakhir ini. Namun SS cuba berdiplomasi dengan menyatakan bahawa SS bukanlah penganalisis Politik yang berkelayakkan, namun sokongan dan kehendak mereka yang berterusan, maka SS bersetuju la jugak. Maklumlah SS dah byk kali menyatakan bahawa SS bukanlah Pena yang cenderung sgt ke arah politik namun kalau ia dijadikan sebagai Tuntutan, maka SS akur segalanya. Dan politik malaysia hari ini memang cukup mengecewakan SS tujuh keturunan. Apa tidaknya, jika sesaorang orang politik mengeluarkan kenyataan media yang dianggap menghentam pemimpin politik lain, maka berteriak la boneka-boneka atau ada yang suka gunakan perkataan Pencacai dan Kaki bodek ni demi mempertahankan pemimpin mereka.

Apa yang mereka faham dengan Politik sebenarnya. Dalam dunia milik Allah swt ni kat mana-mana pun ada Politik. Baik di Dewan rakyat hingga la ke tapak pasar malam. Baru-baru ni SS ada menerima email dari seorang sahabat mengenai MB Kelantan ada menyatakan hasrat untuk berdebat dgn PM Malaysia tentang beberapa isu semasa terutamanya isu yang membabitkan cadangan KERAJAA PERPADUAN yang sememangnya telah di tolak oleh seluruh pimpinan PR.

SS berpendapat, Debat merupakan medan paling baik untuk para pemimpin menyatakan endirian masing-masing dalam menyelesaikan sesuatu hal. Dan harus ditegaskan di sini bahawa perdebatan secara 4 biji mata juga adalah salah satu cara yang dilihat paling berkesan untuk menilai kemampuan sesaorang pemimpin dalam menangani masalah yang sedang di hadapi. Ini lebih bertepatan dengan Konsep "Demokrasi" yang mungkin telah didokong oleh Malysia sejak sekian lamanya. Debat juga di lihat sebai medan perjuangan paling penting dalam menentukan kesahihan dakwaan, tomahan, kritikan dan sebagainya. Ini terbukti dengan jelas setelah satu agenda Perdebatan antara Anwar Ibrahim dan Sabry Chik satu masa dulu dalam memperjuangkan Isu Minyak di Malaysia. Dlam usaha ntuk memenangi hati rakyat dengan pelbagai agenda politik kuno yag di lihat tiada kaitan langsung dengan Minyak oleh Sabry waktu itu, maka satu gelombang kesedaran telah timbul di hati seluruh rakyat Malaysia secara mendadak. Kehadiran Anwar Ibrahim bersahaja dengan hujah-hujahnya yang dilihat cukup variasi dan matang telah menyebabkan hukuman demi hukuman di berikan oleh rakyat kepada pihak kerajaan hingge ke hari ini. Ini disebabkan perwatakkan dan teras kepimpinan yang ada pada diri sesaorang pemimpin.

Jika dilihat sejarah dan peristiwa perdebatan secara terbuka di kalangan Pemimpin politik hari in, maka kesimPulannya PR telah menang mudah kepada BN melalui Debat Minyak waktu itu. Diikuti dengan beberapa siri undangan perdebatan oleh PR terhadap BN dan seiring dengan itu juga kita dapat melihat beberapa siri penolakkan untuk berdepat di kalangan pemimpin BN sejak akhir-akhir ini. Adakah ini berpunca dari sikap takut, malu, segan, khuatir, akur atau taat setia kepada arahan pemimpin atasan? Jika alasan inilah yang menjadi pegangan sesetengah pemimpih BN maka tiada maknanya konsep "Keterbukaan dan Perkongsian Kuasa" yang telah diagungkan oleh mereka selama ini. Melalui perdepatan secra "Gentleman" inilah maka kita sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan Keamanan boleh menilai siapakah pemimpin yang seharusnya dijunjung menjadi ketua.

Alasan "Buang Masa" oleh PM Malaysia dalam menyahut cabaran MB Kelantan untuk berdebat secara terbuka kebelakangan ini juga dilihat sebagai kelemahan dan Kegagalan Pemerintah dalam mempraktikkan gagasan "One Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".
Adakah MB Kelantan itu bukan Rakyat Malaysia yang berhak berdebat dengan PM Malaysia? Dimana kesilapannya hingga perdebatan secara terbuka ini sering ditolak oleh Kerajaan Pemerintah? Adakah mereka takut kepada bayang-bayang sendiri atau lebih takutkan hukuman dunia berbanding hukuman di akhirat?

Ayuh sidang pembaca sekalian, tunjukan sokongan anda dengan apa cara sekalipun agar perdebatan antara Pemimpin Politik di Malaysia ini akan menjadi Kenyataan demi memastikan Pemimpin yang kita pilih dan sanjung selama ini adalah Pemimpin yang benar-benar berkualiti dan jujur dalam perjuangan. SS akan sentiasa bersifat terbuka dalam menerima dan memberi kritikan demi kebaikan semua. Apa pun alasannya, pemimpin mahupun wakil rakyat seluruh Malaysia haruslah menunjukkan sikap "Gentleman" dan terbuka sekiranya di undang untuk berdebat antara Parti Politik demi memastikan matlamat dan hala tuju perjuangan mereka telus dan beretika. Dunia hari ini juga telah menyaksikan kejayaan demi kejayaan di capai oleh Pemimpin tersohor dalam kesediaan mereka berdebat dengan pelbagai peringkat terutamanya dari Negara berlainan. Inikan pula perdebatan sesama rakyat yang dilihat sebagai Penting untuk menentukan hala tuju politik dan kesejahteraan serta kemajuan Negara khususnya.

Merdekakan Pemikiran Politik Anda

Ramai orang bercakap tentang politik atau pemikiran politik. Namun masih ramai yang melihat sesuatu pendapat atau idea dalam politik itu dari kacamata kepartian, bukan penilaian matang terhadap kebernasan hujah. Maka disokong sesuatu pandangan politik disebabkan pandangan itu ‘diterbitkan’ oleh partinya, bukan kerana hujah dan alasan yang diberikan. Dia akan bertungkus lumus mempertahankan sesuatu pandangan atau tindakan walaupun jiwanya yakin itu kurang tepat atau salah, hanya semata kerana partinya.

Paling kurang dia akan diam. Namun jika idea itu terbitan musuh, dia akan bersama partinya menyerang idea tersebut sekalipun dia belum faham, atau sekalipun dia tidak tahu pun keburukannya. Jika musuh partinya mengemukakan idea yang baik, dia akan diam tanpa ulasan. Jika partinya mengemukakan idea, dia akan puji dan berikan sokongan walaupun belum cukup faham. Inilah politik taksub. Inilah politik taklid buta. Inilah fanatik kepartian yang membunuh politik kebernasan idea.

Politik Memecah Belah Kita

Ya, sepanjang sejarah pun isu-isu politik jugalah yang telah memecah belahkan umat Islam. Lahirnya Syi’ah, Khawarij dan berbagai kelompok yang lain hasil dari ketegangan politik yang bermula pada zaman Pemerintah Saiyyidina Uthman bin ‘Affan r.a, berkembang biak pada zaman Saiyyidina ‘Ali bin ‘Abi Talib dan berlangsungan sehingga hari ini.

Hingga, kita terus mewarisi bahana isu-isu politik yang tercetus pada seribu empat ratus tahun lebih yang lalu. Ketegangan Syiah-Sunni yang kedengaran di negara-negara seperti Iraq, Iran, Pakistan, India dan lain-lain adalah hasil dari isu-isu lama politik yang dibentuk menjadi dogma agama dan diwarisi secara fanatik. Bermula dari isu tidak puas hati dengan beberapa tindakan politik bertukar menjadi isu akidah. Semua kerana ketaksuban dan kebencian yang berlebihan.

Ketaksuban kepada Saiyyidina ‘Ali bin Abi Talib r.a telah melahirkan aliran Syi’ah yang mengagungkannya melebihi batasan yang patut. Perbuatan yang tidak pernah diredhai oleh ‘Ali itu sendiri. Dalam proses membela ‘Ali, lahirlah berbagai hadis palsu yang direka demi menaikkan aliran ‘politik kepuakan’. Kata seorang tokoh silam Syarik bin ‘Abd Allah (meninggal 177H): “Aku mengambil ilmu daripada setiap yang aku temui, kecuali rafidah (syi’ah fanatik). Ini kerana mereka memalsukan hadis dan menganggapnya (hadis-hadis palsu tersebut) sebagai agama”. (Ibn Taimiyyah, Minhaj al-Sunnah al-Nabawiyyah, 1/13, Beirut: al-Maktabah al-‘Ilmiyyah).

Apabila isu-isu politik dibentuk menjadi isu akidah dengan mengada-ada nas agama, maka itu mencetus reka bentuk agama yang tersendiri. Para pengikut yang jahil yang dimangsakan mula menganggap perjuangan politik kepuakan itu sebagai ‘titah agama’ lantas mereka berjihad kerananya. Maka tumpah darahlah kaum muslimin di sana sini. Sedangkan ‘Ali pada zamannya cuba mengatasi hal ini. Apabila beliau ditanya mengenai mereka yang menentang beliau dalam Peperangan Jamal dan Siffin; Apakah mereka itu Musyrikin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, mereka itu melarikan diri daripada syirik.” Ditanya lagi: “Apakah mereka itu Munafiqin?” Jawab ‘Ali: “Tidak, sesungguhnya golongan Munafiqin tidak mengingati Allah kecuali sedikit.” Ditanya lagi: “Apakah kedudukan mereka yang sebenarnya?” Jawab ‘Ali: “Saudara kita yang melampau (bughah) terhadap kita” (Al-Baihaqi di dalam Sunannya. Ibn Abi Syaybah dalam musannafnya dan al-Marwazi dalam Ta’dzim Qadr al-Salah). Namun apabila ketaksuban sudah tidak dapat dikawal, golongan Syiah menghukum musuh-musuh ‘Ali apa yang tidak dihukum oleh ‘Ali itu sendiri.

Demikian juga kebencian tanpa kawalan. Kebencian kepada penentang ‘Ali, telah melahirkan puak Khawarij yang tidak puas hati dengan langkah perdamaian yang dipersetujui oleh ‘Ali. Lalu api kebencian itu merebak dalam jiwa sehingga membentuk dasar akidah yang membawa mereka mengkafirkan bukan sahaja penentang ‘Ali, bahkan ‘Ali itu sendiri. Lahirnya dogma mengkafirkan orang lain atas dosa yang dilakukan, atau atas tafsiran dosa yang diandaikan. Kelompok Khawarij terkenal dengan kuat ibadat dan tidak melakukan dosa. Malangnya, dogma agama yang dipegang mereka, telah menyebabkan mereka mengkafirkan sesiapa yang tidak bersama mereka, bahkan menumpahkan darah orang ramai yang tidak menyokong pegangan mereka.

Jangan Ulangi Sejarah Suram

Apa yang ingin saya sebutkan di sini, kita tidak ingin mengulangi sejarah silam. Politik ketaksuban dan kepuakan hanya akan mengundang perbalahan yang tidak berkesudahan. Politik sepatutnya dibina atas hujah dan idea, bukan taksub dan sokongan secara membabi buta. Di negara kita, politik idea ini belum kuat berkembang atau belum menguasai keadaan.

Kita dalam politik sering membahagikan manusia berdasarkan parti, bukan berdasarkan pendekatan dan kefahaman. Ini telah lama bertapak dalam pendekatan kita. Jika ada yang mengkritik kerajaan dia dituduh penyokong pembangkang dan mungkin juga diambil tindakan. Jika ada yang mengkritik pembangkang, dia dituduh pro atau pengampu kerajaan, dan mungkin juga akan dimaki, atau dicerca.

Hal ini menyebabkan pemikiran dan idea yang baik tidak dapat disalurkan disebabkan perbalahan politik. Jika kita bersetuju dengan beberapa idea yang baik pembangkang, atau kerajaan maka kita akan menjadi mangsa salah satu dari pihak berkenaan. Idea dan pemikiran yang baik menjadi mangsa ‘kehasadan’ politik.

Ia bercanggah dengan apa yang Allah tegaskan dalam al-Quran dalam Surah al-Maidah, ayat 8: (maksudnya): Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menjadi saksi yang saksama; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana keadilan itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan”.


Ulul Albab

Keadaan ini disebabkan banyak faktor, antaranya kita belum cukup melahirkan tokoh-tokoh pemikir yang mantap, yang berjiwa merdeka tanpa terikat dengan kepentingan diri serta tidak bertaklid buta. Kita perlu membanyakkan kelompok manusia terpelajar yang pemikiran dan penilaian mereka merentasi garisan dan sempadan politik kepartian.

Bahkan kita mahu banyakkan kelompok yang mampu mencetuskan idea yang baik dalam politik di luar dari kotak kepartian. Golongan ‘Ulul Albab’ merupakan kelompok manusia yang dipuji oleh Allah dalam al-Quran. Mereka merupakan kelompok yang memiliki kematangan akal dan penilaian sehingga mereka digelar Ulul Albab dengan maksud empunya pemikiran dan kefahaman yang matang dan mantap.

Allah sebut antara ciri mereka: (maksudnya) (maksudnya) “..oleh itu gembirakanlah hamba-hambaKu . (Iaitu) mereka yang berusaha mendengar perkataan (yang sampaikan) lalu mereka menurut yang terbaik; mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah Ulul Albab” (al-Zumar: 17-18).

Kelompok pemikir yang merdeka dan berhujah ini perlu menyemarak politik idea, bukan politik taksub kepartian. Bukan politik yang bermula dengan bertanya ‘engkau sokong PAS ke, atau UMNO ke, atau PKR ke?. Bukan cetusan politik berdasarkan kehendak ramai. Sebaliknya, pemikiran yang berlandaskan analisa, fakta dan hujah. Seseorang tidak dinamakan tokoh ilmuwan yang matang selagi mana dia di bawah ketulunjuk kepartian tanpa penilaian. Biar sekalipun orang menamakan dia ‘ulamak’ atau ‘professional’. Allah menyebut: (maksudnya) Katakanlah (Wahai Muhammad): “Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun jumlah banyaknya yang buruk itu telah mengkagumkan engkau. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai Ulul Albab supaya kamu berjaya (Surah al-Maidah: 100).

Politik Merdeka

Kita mesti berusaha memerdekakan jiwa rakyat dari belunggu kepartian. Dalam negara yang memakai sistem seperti kita, parti politik itu mungkin penting. Namun ia bukan matlamat, ia hanya alat yang boleh diganti tukar jika perlu. Hubungan dan penilaian kita ke atas pihak lain, janganlah berdasarkan parti atau mazhabnya.

Sebaliknya, hendaklah berdasarkan akhlak dan pemikiran. Kelompok fanatik parti sering melenting jika melihat seseorang tokoh duduk atau berkawan dengan musuh parti mereka. Lalu kadang-kala seseorang dimusuhi tanpa sebab yang jelas. Mereka selalu melenting jika ada orang yang berbeza pendapat dengan parti mereka. Sering mereka menghukum pengkritik mereka bersekongkol dengan musuh politik mereka. Mereka enggan mengiktiraf pemikiran atau idea yang baik hanya disebabkan perbezaan parti. Parti kadang-kala bagaikan agama bagi mereka. Bahkan mungkin lebih daripada agama sehingga mereka sanggup berkasih-sayang dengan yang berbeza agama, tetapi tidak dengan yang berbeza parti.

Sedangkan Allah menyebut: (maksudnya):“Jangan kamu kurangkan manusia apa yang menjadi hak-hak mereka (Surah Hud: 85)

.
Selagi kita tidak merdekakan pemikiran politik kita sehingga tidak terikat dalam setiap penilaian dengan warna parti, maka bererti kegagalan melaksanakan perintah Allah dalam ayat-ayat yang disebutkan tadi dan juga ayat 36 dalam Surah al-Isra :

(maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.

Tokoh-tokoh ilmuwan yang kritis dalam sejarah, berjaya membebaskan diri mereka dari taksub kemazhaban dalam menilai sesuatu perkara.

Contohnya, Al-Imam al-Zahabi (meninggal 748H) ketika mengulas status riwayat mereka yang terpengaruh dengan unsur-unsur tasyaiyu’ (kesyiahan), katanya: “Sesungguhnya bid‘ah ada dua bahagian; (pertama) bid‘ah kecil; seperti berlebihan dalam tasyaiyu’ (mengutamakan ‘Ali) , atau bertasyaiyu’ tanpa melampau dan menyimpang. Hal ini banyak berlaku kalangan tabi‘iin dan atba’ al-tabi‘iin (pengikut tabi’iin). Di samping mereka juga kuat beragama, warak dan benar. Jika ditolak riwayat mereka (disebabkan hal ini), nescaya akan hilanglah sejumlah besar hadis-hadis nabawi. Ini satu kerosakan yang nyata.” (Al-Zahabi, Mizan al-I’itidal fi Naqd al-Rijal, 1/118, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah). Inilah sikap adil yang tidak menghukum manusia hanya disebabkan perbezaan mazhab akidah. Bagaimana mungkin untuk kita menolak sesuatu pendapat atau idea hanya disebabkan perbezaan politik.

Selagi kita tidak dapat membebaskan atau memerdekakan minda dari kongkongan ketaksuban parti politik, atau hanya mampu berfikir dengan kadar jarak rantai politik kepartian yang dibelunggu di kaki kita, bererti cara fikir kita masih tidak Quranik atau Islamik sekalipun kita memakai logo atau pakaian yang dikaitkan dengan Islam.


Apa reaksi "Gov" bila MB Johor bersuara mengenai "PPSMI"

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor."Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman."Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin. Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik."Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional. "Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu."Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila. "Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini."Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali.

Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja. "Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.

" minta perhatian kepada sesiapa yang menyokong dasar PPSMI agar membuat sembahyang sunat taubat sebelum terlambat. Ingatlah kamu bahawa hari ini kau menyusahkan kami, insyaallah suatu hari nanti semua orang-orang akan berdoa untuk kesusahan kamu "

Sementara menunggu waktu subuh ni, SS cuba penuhkan masa terluang dengan mencari-cari bahan menarik di Internet untuk di jadika Bahan dan cerita tambahan untuk "posting". Cari punya cari akhirnya SS terjumpa satu kenyataan dari seorang warga pendidik yang dilihat agak extream dan marah dengan kenyataan dan tindakan seorang Pak Menteri baru-baru ni.

Kenyataan yang boleh dianggap agak Kepelat-pelatan dan kebudak-budakan ini rasanya bakal membuka pekung di punggung Pak Menteri tu sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab dan mandat rakyat yang di pikul. Apa punya Turrrrrrrrr..... la mamat sorang ni. Negara kita dah sememangnya terkenal dengan semangat perpaduan rimba dan hikayat dongeng berteraskan "Demokrasi" dalam memilih dan melantik pemimpin sejak sekian lamanya, namun kenapa Pak Menteri pelat ni cuba untuk meraih simpati dari orang bawahan dengan kenyataan yang langsung tiada nilai komesilnya bagi sesetengah golongan.

Sekali lagi di ingatkan bahawa Suara Selatan bukanlah blog Pro-Politik dalam mengulas sesetengah isu, tetapi mana yang difikirkan perlu dan menarik, itu yang akan menjadi pilihan editor.... Antara kenyataan pelat dari Pak Menteri lidah pendek ni adalah seperti berikut....

'Dr Puad Zakarshi usah perbodohkan kami' - pendidik
KUALA KRAI, 24 Jun (Hrkh) - Cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar. Itulah agaknya yang melatari kempen Umno di Dun Manek Urai sekarang. Ini dapat dilihat apabila Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi tanpa segan meminta 187 guru mengundi Barisan Nasional (BN).

Mungkin agak melucukan bagi warga pendidik. Sedangkan mereka saban hari mengakses maklumat, malah ramai juga ada membangunkan blog sendiri. Setiap hari mereka menerima SMS mengenai isu yang berlaku di seluruh dunia. Mereka tahu skandal kewangan yang begitu besar dilonggok bagi menyelamatkan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

"Apakah Timbalan Menteri Pelajaran cuba memperbodohkan kami warga pendidik untuk memejamkan mata setiap penyelewengan yang dilakukan Umno dan BN sekarang.

"Kami sebagai pendidik perlu menjadi model yang baik kepada pelajar dan masyarakat.Kalau kami mengundi BN tidakkah ia dinamakan bersekongkol dengan segala dosa yang dilakukan pemimpin Umno dan BN," kata seorang guru di sini.

Baru-baru ini, Timbalan Menteri terbabit meminta 187 warga pendidik yang layak mengundi menyokong calon BN di Manek Urai selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan yang dilaksanakan kerajaan.

Beliau membuat gesaan itu selepas menyampaikan bantuan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) kepada 290 murid di Sekolah Kebangsaan Laloh.Sebanyak 20 sekolah di Dun Manek Urai membabitkan seramai 2,223 murid miskin mendapat bantuan KWAPM berjumlah RM444,000 bagi tahun ini.

Seorang lagi guru yang enggan dikenali berkata, di sebuah sekolah hendak mencari guru yang cenderung politik kepada Umno agak sukar kerana mereka tahu perkembangan isu semasa.

"Guru yang minat politik Umno mudah dicam kerana mereka kerap kali ponteng waktu mengajar. Ketika musim pemilihan di peringkat bahagian mereka agak sibuk.

"Selain itu gaya hidup mudah berubah dalam masa singkat. Biar pun mereka tidak mempunyai banyak pengalaman mengajar tetapi dilantik sebagai ketua unit di sekolah."Ada kawan yang mengajar di sebuah di Kota Bharu memberitahu guru besarnya sering hilang sehingga sukar untuk guru lain berurusan kerana sibuk dengan politik Umno," katanya.

Sementara itu, seorang graduan lulusan UPM pada tahun awal 1990-an mendakwa Dr Puad ketika mengajar di universiti tersebut begitu lantang mengecam kerajaan.Katanya, beliau hairan mengapa tiba-tiba sekarang pemimpin itu bertukar haluan sehingga mengandaikan prinsip perjuangannya sebelum ini.


"KITA SAYANGKAN DIA TETAPI
ENTAH BILA DIA AKAN BERHENTI MENYANYANGI KITA"

Hari ini, dunia telah menyaksikan Kejayaan demi kejayaan yang telah "Dia" kecapi selama hayatnya di dunia ini. Ramai dari kalangan kawan-kawan seangkatan dan sealiran dengannya merasakan bahawa kejayaan "Dia" adalah hasil titik peluh dan kerjasama "Orang Kampung" yang tidak jemu-jemu berusaha memperbaiki pelbagai sistem dan urus tadbir kampungnya demi memastikan semangat Kerjasama, setia kawan, hormat menghormati, kasih sayang, keadilan, perpaduan kaum dan sebagainya terus berkekalan sampai bila-bila.

"Dia" juga telah di didik, di pimpin dan di uruskan oleh golongan cerdik pandai dalam pelbagai bidang dengan satu matlamat bahawa segala kejayaan yang telah dan bakal dikecapi akan dapat di nikmati bersama "Orang Kampung" yang selama ini telah banyak berbakti untuk "Dia" semenjak sekian lamanya. Juah di sudut hati "Orang Kampung" ingin menikmati keselesaan hidup bersama "Dia" biarpun dalam keadaan yang amat sukar akhir-akhir ini.

SS percaya, "Orang Kampung" telah meletakkan satu harapan yang tinggi kepada "Dia" untuk membela nasib mereka-mereka yang agak kempunan untuk menikmati kejayaan "Dia" selama ini. Biarpun ada di antara "Orang Kampung"yang telah diherdik, di maki, di Jajah dan pelbagai lagi siri penderaan yang mungkin telah memberi kesan mendalam dalam kehidupan mereka, namun dalam satu-satu masa "Orang Kampung" ini akan tetap mempertahankan "Dia" demi maruah bangsa, agama dan tanahairnya.

Namun kebelakangan ini "Dia" semakin angkuh dan bongkak dengan apa yang "Dia" ada, hinggakan tergamak mengenepikan hak dan jasa baik "Orang Kampung" yang telah banyak berkorban dan terkorban demi mempertahankan "Dia" dimata dunia. Aduh, kenapa "Orang Kampung" di layan bagaikan "Pendatang Haram" di kampung sendiri. Kekejaman demi kekejaman, penindasan demi penindasan, kerakusan demi kerakusan, pencabulan demi pencabulan dan ketidakadilan demi ketidakadilan yang telah dihadiahkan kepada mereka. Inikah balasan "Dia" kepada kami setelah sekian lama kami menjunjung dan mengagungkan "Dia"? apa salah kami? Apa dosa kami hingga kami dizalimi di kampung sendiri? Nasib Keluarga dan anak-anak kami tidak lagi terbela, makan minumnya juga tidak seberapa, keamanan kampung juga sudah lama tiada dan banyak lagi salah laku yang telah "Dia" lakukan terhadap kami.

Suatu masa dulu "Dia" pernah berjanji untuk memberikan semangat dan kuasa "Kebebasan" kepada sekelian "Orang Kampung" dalam menentukan hala tuju hidup dan pentadbiran di kampung masing-masing. Entah dimana silapnya, "Dia" yang di jajah dan dikawal oleh satu Kuasa besar berpusat di Ibu kota, telah mencabuli hak dan kebebasan "Orang Kampung" hingga memaksa semangat dendam dan benci terhadap "Dia" mebuak-buak seluruh kampung. Kerana mengejar Kemewahan dunia dan tamakkan pangkat yang mungkin telah sekian lama di jadikan panduan dan tuntutan si Kuasa Besar ini, maka "Dia" sekali lagi berada dalam keadaan lesu tanpa pembelaan. Rompakan demi rompakan berlaku disana sini, penindasan terus-terusan berlaku dengan bantuan serangan dari pelbagai sudut oleh patung-patung bernyawa tajaan Kuasa Besar yang dilihat bagaikan dirasuk hantu hingga hatinya menjadi gelap dan kejam tanpa ada sedikit pun belas kasihan terhadap "Orang Kampung" yang cintakan keadilan dan Kebebasan ini.

Kehadiran Kuasa Besar yang menjadikan "Dia" sebagai alasan untuk berjuang, sedikit sebanyak telah membuatkan "Orang Kampung" semakin tertekan. Keharmonian dan kedamaian hidup dikalangan "Orang Kampung" yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, bagaikan direntap-rentap oleh kuasa besar ini dalam usahanya untuk memecah belahkan semangat
perpaduan orang kampung. Walau bagaimanapun, ada dikalangan "Orang Kampung" ini yang hidup berkiblat dan bertuankan Kuasa Besar kononnya akan mendapat perlindungan diakhirat kelak. Kawan-kawan SS dari bangsa Cina, India, Kadazan, Asli, Iban dan banyak lagi telah mula menyatakan kebimbangan mereka terhadap "Dia" dan pengaruh kuasa besar ini. Entah bila episod cerita duka "Orang Kampung" bersama si "Dia" akan berakhir. Mungkin selagi adanya golongan Kuasa Besar dan kumpulan gila kuasa yang berselindung disebalik tirai perjuangan mempertahankan "Dia" di Kampung ini, maka selagi itulah "Orang Kampung" akan menderita dan seterusnya mati satu persatu menanggung sengsara.

Inilah kenyataan dan persoalan yang perlu dijawab oleh seluruh rakyat jelata khususnya di Kampung ini. SS percaya Kita masih menyayangi "Dia" tetapi entah bilakah "Dia" akan berhenti menyayangi kita.

Kerana "Dia" adalah Malaysia dan Sebenarnya"Orang Kampung" itu adalah kita .......

Bangsaku Berkiblatkan Ah Long - Bah 1



Kali ni SS nk berkongsi satu cerita sedih yang rasanya perlu dijadikan iktibar dan panduan untuk kita semua. Betullah nasib setiap manusia dalam dunia ni tidak akan serupa antara satu sama lain, khususnya dalam soal rezeki, kedudukan pangkat, harta benda, kerjaya, jodoh dan apa-apa juga la. Namun disebalik kesemua nasib-nasib yang tersenarai dalam hidup kita hari ni, kita harus percaya dan yakin bahawa hanya satu benda saja yang mungkin berupaya mengubah dan menentukan nasib kita kat dalam dunia ni iaitu "Akal Fikiran dan Kewarasan Berfikir".


Semalam 24 Jun 2009 lebih kurang jam 1145mlm, SS menerima panggilan kecemasan dari seorang pemanggil misteri yang sedang dalam kesusahan. Maknanya nk mintak tolong la kan?? Dari gerak bibir dan tutur kata yang penuh dusta tu, SS yakin bahawa "Budak Tua" ni sedang berada dalam buruan "Bank Bergerak" yang bole dilihat di merata dunia. SS menjemput "Budak Tua" ni datang ke rumah utk brbincang tapi ni jawapannya " Maaf bang, sya xbole kluar rumah, smua orang cari saya..." so korang nmpk tak keajaiban "Budak Tua" ni dlm diam2, kalau tak kenapa smua org kat dunia ni cari dia!

Nk dipendekkan cerita, SS brsetuju brtandang kerumah "Budak Tua" ni. Sah! ramalan ku benar belaka. Dia diburu oleh 12 org pengusaha "Bank Bergerak" yang menggelarkan diri mereka sbgai "Abang Long" yang kononya cuma mau Tolong... Kesian, remuk redam, luluh hati SS mendengar cerita kelakar seram "Budak Tua" ni mengenai nasibnya yang kini bagaikan binatang liar yang sedang diburu oleh PBT. Nak ke sana ke sini pun tak bebas. Dimana puncanya? kat mana kesilapannya? Siapa yang harus dipersalahkan? Siapa yang menjadi punca gejala ini bermaharajalela ?Kenapa nasib bangsaku sebegini rupa? Apakah tiada lagi keistimewaan danpembelaan untuk bangsa ku.... SS Pening dan bertambah kebulur rasanya perut ni bila memikirkan hal "Budak Tua" ni.

Dipendekkan cerita lg, sbb dr pkl 1215mlm smpi ke 0235pg "Budak Tua" ni masih brcerita di peringkat "Intro" nya sahaja. "Budak Tua" ni sbnrnya telah menjadi Mangsa Penipuan dan Putar Belit kaum seJenis, seBangsa, seAgama, seTaman dan se... se... yang brkaitan. Sahabatnya seorang "Kaki Kencing" (gelaran yang biasa kita dengar untuk golongan Penipu kan... ) yang paling dikehendaki hanya brlagak mcm org kaya, buat "Renovation" rumah puluhan ribu ringgit, pinjaman bank sana sini, dan byk lg la prangai dia yang tak sanggup di senaraikan dlm blog ni. Tapi yang malunya si "Kaki Kencing" ni adalah seorang guru yang telah dididik untuk memberi tunjuk ajar dan Ilmu ke pada sekelian umat manusia didunia ni. Sayangnya... kerana hilang pertimbangan dan kewarasan akal fikiran si "Kaki Kencing" ni sanggup mengguna dan mengheret "Budak Tua" si lurun bendol ni untuk memenuhi tuntutan nasfu setannya. "Pinjam nama hang sat... aku nk buat loan la, x ckup modal nk renovate rumah. Jgn tkut bila duit loan "Gov" aku kluaq, aku clearkan la nama hang" Korang dpt agak kan cerita selanjutnya... jd tak payah la SS teruskan cerita Kelakar Seram ni lg.

Persoalannya disini bila "Perang HABIS-HABISAN terhadap Ah long" yang dicanangkan oleh KDN akan dilancarkan. Apakah KDN dan sekutunya ingin melihat lebih ramai manusia di Malaysia ni hidup dlm buangan mcm tahanan perang kat sebelah tu? Sampai bila tragedi ini akan berterusan? Nak tunggu apa lg? Turunlah padang dan seranglah "Konti-konti bank Bergerak" ni kalau KDN dan sekutunya jujur mempertahankan keamanan dan keselamatan rakyat malaysia. Jangan hanya pandai "Berkokok" depan media smpi botak dan berbuih mulut tapi hakikatnya "Kecut Telur" untuk berjuang. dihadapan rakyat sendiri. SS pun tak mahu cerita "Budak Tua" dan "Kaki Kencing" ni akan menjadi "Posting" ke dua atau ketiga dan seterusnya di mana-mana rangkaian Blog yang cintakan keamanan,kedamaian dan keadilan. Orang-orang mcm kami ni sebenarnya adlah pejuang dan penentang yang hanya mampu berselindung di sebalik bukit dalam membongkar dan mempertahankan hak rakyat, sebabnya kami tiada Kekuatan atau Kuasa untuk membuat keputusan.

Sekli lg SS menyeru dan mengingatkan pihak berkuasa agar berhentilah dari terus menipu dan memperbudak-budakkan rakyat yang sememangnya telah jauh lebih dewasa dari apa yang disangka kan. Rakyat hari ni "Bersekolah" tinggi dan "didikan" sempurna dalam menentukan hala tuju hidup dimasa hadapan. Jngan ada pihak tertentu yang "Mendabik" dada dan "Berhidung Tinggi" kerana kononya dapat menyediakan Keperluan asas yang cukup sempurna untuk rakyat hari ini, sedangkan nk makan nasi pun kadang-kadang rakyat terpaksa berhutang keliling pinggang. Kalu tak mahu sediakan apa yang perlu untuk rakyat, jangan jadi pemerintah, turunkan saja Takhta Pemerintahan tu kepada golongan minoriti yang lebih berjiwa rakyat dan mungkin mampu memenuhi tuntutan rakyat bagi meneruskan Hidup mereka tanpa mengambil kira paham politik, budaya, agama dan sebagainya.

Jangan sampai Agama dan Bangsa sendiri tergadai dek kerana "Kerakusan" golongan seperti ini dalam berurus niaga. Kepada "Budak Tua" yng mungkin terbaca "Posting" SS ni dan tiba-tiba Terperasan Macho la plk sbb nama naik, harap brsabar. Buat Baik berpada-pada, Buat jahat berkali-kali tau. Untuk si "Kaki Kencing" plk hati-hati dijalan raya ingat lah orang tersayang. Sekali kau menganiaya orang, menyusahkan orang, mengenakan orang dan apa-apa jua la yang kau dh buat, SS harap agar "Kembali la ke jalan yang Benar"





Bersambung ....... tp bkn pasal "Budak Tua" atau "Kaki Kencing" !!!!!



Tertarik bila terbaca satu ARTIKEL ni. Blog dari perempuan untuk perempuan. Tapi boleh menjadi pembacaan dan penambahan ilmu yang amat berguna untuk seorang lelaki mengenali siapa perempuan yang sebenarnya. Korang yang lelaki tu baca senyap-senyap sudah. Jeling-jeling pun takpe jangan sampai kantoi korang baca semua perkara pasal perempuan tu kan. Biar mereka dengan dunia mereka.

Pada keluaran yang akan datang, SS bercadang untuk membuat kajian tentanh "OH Lelaki" plk, maklumlah kepelbagaian gaya hidup hari ini kadangkala telah mengheret "Oh lelaki" ke alam-alam yang pelik disebalik perasaan-perasaan mistik yang mungkin "Pompuan" tak berapa nak tahu.

Apa pun SS paste dulu la antara point-point yang menarik mengenai seorang perempuan.

10 Sebab kenapa perempuan sibuk nak ber’couple

1. Takut orang kata dia perempuan tak laku
2. Dia nak ada orang bela dia
3. Dia rasa perlu ada lelaki utk jaga dia
4. Nak apa saja sume dia boleh dapat. Mana taknya, gunung emas pun kononnya boleh dibagi.
5. Saja nak merasa ape tu rasa cinta
6. Rasa selamat bila ada boyfriend
7. Rasa diri dia cantik dan perlu ada orang yg suka dia
8. Perlu test n tgk lelaki mcm mana yg sesuai sebelum ke alam perkahwinan
9. Malu semua ada boyfriend, dia aje tak ada.
10. Nafsu tak dapat dikawal

Haaaaa.... ada betulnya tak? Ni la yang dinamakan kajian Tahap Cipan... mcm dh x de benda lain nk update!!!


Bola Golf tersangkut dalam kemaluan isteri. Oh yeah! Korang bacalah sendiri. Malas nak cerita…

Ni kerja laki siapa? agak-agak la klu yer pon..... nape x masukkan bola Bowling ker, x pon masukkan jer "Bola-bola api"..... layannnn

+ tHAnks rEDPEANUt.... SS rasa mcm "Kelakar Seram" plk bila baca BeNdA Ni...

Rumah Rehat Siapa Paling Cantik???


"Berikut adalah Kawasan Perkuburan Islam yang sempat SS terjah di Kota Singa"

Ada lagi…

Hakikat yang tak dapat ditolak, pusara ni semua memang sangat cantik. Malah teramat-amat cantik. Tentu ada antara korang yang terniat nak ada kubur macam ni bila dah KO nanti. Tapi mengapa kubur-kubur sebegini dikatakan haram? Baca artikel di bawah.

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:

Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan diatasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga..

Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

wALLAHua’lam..

Renung-renungkan, dan selamat berkaraoke.. jgn lupa rumah kata pergi, kubur kata come on bebeh!



CUBA TEKA, SIAPA PENUNGGANG MOTOR DALAM GAMBAR NI ?

lawatan fakir miskin

Ss perlukan pendapat anda mengenai gambar ini dan cuba senaraikan seberapa banyak perkara yang bermain-main dalam fikiran anda sekarang ni.

Antara "KLU" yang bole dijadikan panduan ialah :

  • Mungkin seorang "Pengkid"
  • Mungkin seorang "Tomboy"
  • Mungkin "Perempuan Melayu Terakhir"
  • Mungkin orang asing yang berlagak mcm org tempatan
  • Mungkin Anak dengan Bapak
  • Mungkin Ketua masyarakat orang Asli
  • Mungkin Orang kaya tapi merendah diri
  • Mungkin bekas Tahanan Juvana yang telah Insaf
  • Mungkin Ustaz yang dalam perjalanan ke Surau
  • Mungkin Dermawan berjiwa rakyat
  • Mungkin Penyanyi Dangdut dulu-dulu
  • Mungkin Bekas Pemain Bolasepak Negara
  • Mungkin Kaki Pancing
  • Mungkin Pemandu lori Pasir
  • Mungkin sedara mara korang kot
  • Mungkin... Mungkin dan Mungkin
Atau apa-apa aje lah.... yang penting !!!

" ada aku kesah "

Berita selanjutnya menyusul.......


Bila KDN nk Istihar PERANG kepada Mat Rempit

Aksi yang mungkin akan mengingatkan anda kepada sesaorang yang telah terkorban sewaktu merempit

Mungkinkah suatu hari nanti akan muncul golongan Mat Rempit edisi Binatang mcm ni?




Lambang Rempit sebenar dan hari ini kita boleh menilai siapakah Perempit Sejati di Bumi Malaysia - One Malaysia (Rakyat Didahulukan, Pencapaian di Utamakan )



MAT REMPIT vs SAMSENG JALANAN

7099771745532l1

Isu Mat Rempit tidak akan selesai kerana kita tidak reti mendekati mereka. Mat Rempit bukan lembu atau kerbau yang bisa dihalau masuk kandang mengikut kehendak kita. Mat Rempit adalah insan biasa seperti saya dan anda. Mereka adalah “produk” keluaran masyarakat moden berjiwa besar yang kerdil ilmu.

Walaupun negara kita dikategorikan dalam kumpulan negara membangun, tetapi dalam sesetengah perkara kita setaraf negara maju. Malah dalam hal tertentu, terutamanya yang berkaitan pembangunan fizikal kita berada di atas sesetengah negara maju.

Namun dalam pembangunan insaniah, kita agak ketinggalan. Walapun rakyat Malaysia terkenal dengan sikap pemurah dan prihatin tetapi hanya dalam hal tententu. Sikap prihatin kita tidak menyeluruh. Kita hanya prihatin dalam lingkungan sendiri sahaja.

Kita hanya peka terhadap kepincangan keluarga. Kepincangan dalam masyarakat jarang kita ambil pusing. Kita hidup bagai enau dalam belukar, berlumba melepaskan pucuk masing-masing. Berlumba bermakna bersaing. Dalam semua persaingan mesti ada yang kalah. Apabila ada menang, ada kalah, maka akan ada pula rasa tidak puas hati. Masyarakat yang dibesarkan dalam lingkungan perlumbaan, persaingan, kalah, menang dan tidak berpuas hati, sukar untuk bekerjasama. Kalau ada pun kerjasama, sekadar kerjasama secara paksaan atau terpaksa.

Masyarakat yang tidak ada semangat kerjasama secara ikhlas bakal membenihkan segala nilai negatif. Konsep perkongsian tidak dapat diterapkan. Nak berkongsi apa kalau masing-masing mahu “menang” dalam perlumbaan. Sebab itulah, setiap simbol perlumbaan mesti dielakkan. Malah, bersukan yang terlalu menitikberatkan kalah-menang mesti dihapuskan.

SS menamakan masyarakat begini sebagai masyarakat yang “sakit” kerana keadaannya lebih tenat daripada “tidak sihat”.

Apakah yang dapat kita harapkan daripada orang sakit? Kita tidak dapat mengharapkan apa-apa selain kesembuhannya daripada sakit. Tidak masuk akal sekiranya kita mengharapkan seorang petani moden yang seliuh buku lali memanjat kelapa muda kerana kita dahaga air kelapa. Kita juga tidak boleh minta nelayan yang demam turun ke laut kerana kita kehabisan ikan di pasaran. Kita juga tidak boleh mendesak pakar ekonomi yang sedang berbaring di wad memikirkan cara meningkatkan ekonomi negara. Apa yang dapat kita lakukan ialah tunggu mereka baik dahulu. Mereka tidak akan baik tanpa doktor, rawatan dan ubat yang betul.

Berbalik kepada isu Mat Rempit. Mat Rempit ialah “hasil” yang dikeluarkan oleh masyarakat yang sakit. Kalau kita mahu “hasilnya” baik, pulihkan dahulu masyarakat itu.

Malah merempit ialah manifestasi daripada kehidupan masyarakat yang sentiasa berlumba-lumba. Siapa cepat dia dapat. Siapa kuat, dia di atas. Siapa lemah, dia di bawah. Mat Rempit ialah “produk” yang diusahakan oleh masyarakat kita sendiri. Bukankah kita yang mewujudkan suasana perlumbaan dan persaingan?

Masyarakat Kuala Lumpur dan kota besar yang lain begitu ramai yang sakit. Betapa tidak sakit, rumah cuma dua bilik, sedankgan anak berdozen, ada lelaki dan perempuan. Kehidupan dalam rumah yang sempit begini menekan dan mempengaruhi emosi.

Bosan di rumah kerana pengap dan sendat, keluar jalan-jalan. Hendak ke mana? Hendak tenangkan fikiran, taman-taman rekreasi jauh. Hendak cari hiburan semuanya berbayar. Jiwa remaja tidak sesuai berehat di masjid, gereja atau kuil. Nasib baik ada motosikal. Rempit sahajalah. Dapat menghiburkan hati walaupun berbahaya. Remaja mana takut bahaya. Semakin bahaya semakin teruja.

Pendekatan yang salah terhadap Mat Rempit bukan sahaja tidak membawa sebarang hasil, malah keadaan menjadi semakin teruk. Orang muda suka perkara yang mencabar. Jadi, apabila mereka terasa mereka sedang dicabar, mereka akan semakin galak, malah mungkin ganas.

Malah kebelakangan ini, Mat Rempit seperti mula mengganas. Mereka melanggar petugas trafik, merempuh kereta, memasuki laluan bertentangan apabila dikejar polis, membuli dan memukul mangsa dengan kejam. Oleh itu, kita tidak boleh lagi sekadar berteori atau bermadah tentang cara -cara mengatasi masalah ini. Kita mesti segera turun padang dengan berbekalkan kesungguhan.

Namun, pendekatan undang-undang belum tentu berkesan. Apabila mereka ditangkap, bukan mereka yang susah, tetapi ibu bapa mereka yang berendam air mata. Oleh itu, pendekatan yang sesuai harus difikirkan.

Dahulu SS adalah salah seorang Mat Rempit JUNIOR. (Masa itu istilah Mat Rempit belum ada) sekitar jalan Kota Tinggi - Desaru, SS dan kawan-kawan menjadi raja jalan di sana. Setiap malam Sabtu kami pergi merempit. Masa itu motosikal Yamaha RXS sangat popular kerana kelajuannya luar biasa. Malam yang paling seronok bukan malam dapat meniduri gadis jelita kerana menang lumba, tetapi malam yang dikejar polis. Seronok.

Selepas jalan raya Kota Tinggi- Desaru jenuh dengan mata-mata, kami beralih ke jalan tanah merah dlm kebun sawit plk. Pernah sekali motosikal kena angkut naik lori polis. Dua minggu murung. Lepas kaotim sama polis, lumba lagi.

Apa yang kami dapat dengan merempit? Sangat berharga. Dua orang rakan baik maut di atas jalan raya ketika sedang berlumba. Insaf? Ya. Tetapi bukan kerana kehilangan rakan, tetapi kerana nasihat daripada masyarakat yang prihatin. Masyarakat tidak pernah menghukum kami, jauh sekali menggelar kami ganas atau penjenayah remaja. Malah masyarakat memberikan kami kasih sayang seperti insan lain.

Namun, Mat Rempit dahulu dan Mat Rempit sekarang berbeza kerana “kesakitan” masyarakatnya berbeza. Remaja di kampung mempunyai sumber kewangan yang terhad. Jadi, nakalnya juga terhad.

Jiwa Mat Rempit begitu keras. Oleh itu, pendekatan yang keras pasti gagal. Benda keras berlanggar dengan benda keras akan pecah. Pendekatan lembut tetapi sesuai amat mustahak.


Ingat, Mat rempit bukan lembu atau kerbau. Oleh itu, kita mesti mendekati mereka dengan kesedaran bahawa mereka bukan punca penyakit tetapi “produk” yang terhasil daripada masyarakat yang “sakit”.

Jalan Jalan Cari PASAL - Bah 1



SERING kali terpapar di akhbar, kemalangan dan kematian melibatkan motosikal dan kenderaan lain terutama di bandar-bandar besar mahupun pekan kecil seluruh negara.Tidak dinafikan banyak kemalangan berlaku akibat kecuaian manusia. Tetapi ada faktor lain yang turut menyumbang kepada punca kemalangan maut macam ni, antaranya keadaan dan kualiti jalan raya yang jauh lebih buruk dari zaman perang dulu-dulu. Banyak juga jalan yang dikorek dan ditimbus semula langsung tidak berkualiti serta tidak memenuhui kehendak atau capasiti kepenggunannya. Tak kurang hebatnya dengan permukaan jalan yang berlubang-lubang bagaikan periuk api di hutan kongkrit yang kita bole lihat dan jumpa dimana-mana saje seluruh dunia hari ini. Belum pernah SS dengan kondisi jalan seumpama ini mampu menyelamatkan nyawa manusia dalam keadaan tertentu, malah sebenarnya Keadaan ini bakal dan kerap ‘membahayakan’ penunggang motosikal mahupun pengguna kenderaan lain.

Aduhai Pak Menteri dan wakil rakyat 1Malaysia, bagun la dari tidur mu yang penuh dengan kepura-puraan di sebalik rujah-hujah rapuh semasa berkempen dulu....

Pengguna jalanraya hari ini khususnya Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pendirian serta fahaman politik bagaikan terpaksa berdepan dengan "Sakaratul maut" tatkala melalui jalanraya yang cukup menguji kesabaran mereka saat ini. Antara kategori Jalan yang boleh mengundang maut ini termasuklah :-

  • Permukaan jalan rosak teruk
  • Permukaan jalan tidak rata
  • Berlumpur / berpasir
  • berlubang serata alam
  • Dan yang seDARJAH dengannya
Hal ini juga jelas menunjukkan tiada pemantauan serius dan penyelarasan di pihak PBT termasuk wakil rakyat . Kerja-kerja penurapan semula terutama oleh pihak kontraktor dilihat juga tidak berkualiti bagaikan hanya mahu melepaskan batuk di tangga. Buktinya jalan yang diturap itu akan rosak semula dan isu ini menjadi bahan sindiran warga dunia.

Yang menghairankan tiadakah jurutera-jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Pihak berwajib yang diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan ini? Atau mereka hanya tahu meluluskan sahaja tanpa perlu melihat kualiti penurapan semula jalan tersebut.
Yang penting duit masyuuukkkkk.....

Walaupun kerja-kerja penurapan semula bukan dibuat oleh JKR atau MPJBT/U/S atau pihak berwajib yang lain, (selalunya kontraktor TNB, SAJ, Pemaju Perumahan dan sbgainya), namun PBT dan JKR perlu diberitahu dan memandang serius hal ini terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja pemantauan sewaktu dan selepas projek dijalankan.

Jika gagal, maka akibatnya Semakin banyaklah jalan-jalan di seluruh Negeri Johor berdepan dengan pelbagai masalah dan kesulitan dek kerana kelemahan sistem pengurusan dan pemantauan oleh pihak-pihak berwajib selama ini. Hal ini cukup menyakitkan hati dan ada juga yang terpaksa menanggung kesedihan mengenangkan nasib sesetengah jalanraya yang di anak tirikan oleh pihak-pihak tertentu kebelakangan ini. Mana perginya slogan Jasa Kepada Rakyat yang menjadi tunggak kecemerlangan Kerajaan selama ini? Atau perlukah kita menukar slogan tersebut kepada Jahanamkan Kenderaan Rakyat sebagai merujuk kepada permasalahan ini seandainya tiada sebarang usaha yang lebih praktikal mampu dijalankan dalam menangani masalah yang berkaitan dengan hak-hak rakyat hari ini? Ini mungkin terjadi kerana 70 % dari keseluruhan warga malaysia hari ini telah bijak dan jinak dalam membuat penilaian berhubung hak-hak dan keistimawaan mereka.

SS juga hairan mengapa setelah lebih 50 tahun negara merdeka, masih banyak penutup lubang (main hole) di atas jalan raya yang tidak rata, tidak seimbang dan berbahaya kepada pengguna jalan raya. Baru-baru ini saya telah ke negara jiran kita iaitu Jakarta, Indonesia. Agak sedih saya melihat para pekerja kontraktornya memperbaiki jalan atau membuat jalan mengguna tulang empat kerat (manual) tanpa dibantu mesin-mesin pembuatan canggih. Tetapi boleh dilihat hasilnya iaitu hampir tiada kelihatan bonggol kecil dan lubang di tengah jalan.

Malah permukaan jalan rayanya amat rata tidak seperti keadaannya di negara kita. Kualiti penurapannya jauh lebih baik. Mungkin kaedah ini harus dipelajari oleh JKR dan PBT kita daripada pergi melancung sambil blajar kaedah pertanian moden ke luar negara dan mesejnya JKR dan PBT perlu proaktif berbuat sesuatu tindakan sebelum ia menjadi lebih teruk. Nilai, tegur dan hukum kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik malah merosakkan permukaan jalan yang boleh membahayakan orang lain ataupun Kerajaan juga wajar menuntut ganti rugi daripada para kontraktor berkenaan selain menyenaraihitamkan mereka sekiranya perlu.



Harus diingat Kos berbillion ringgit telah dan akan dilaburkan bagi tujuan membaiki sistem dan kondisi jalanraya di seluruh negara, dan hal ini mungkin tidak akan membawa sebarang kebaikan atau faedah kepada rakyat malah merugikan wang rakyat seandainya pihak-pihak berwajib TIDAK mengambil berat dan TIDAK Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan Amanah Rakyat. Baru-baru ni, SJ ada terdengar satu kenyataan dari MP dari Pulau Pinang sewaktu berhujah di Dewan Parlimen, antara kenyataan yang harus diambil perhatian oleh keseluruhan pengelola projek JKR ini ialah " Rakyat kita berhak untuk mendapatkan kemudahan Jalanraya yang Berkualiti dan selamat kerana mereka juga merupakan pelabur tegar dalam projek JKR selama ini melalui bayaran cukai tahunan" Jadi, salah ke kita untuk berjuang mempertahankan Hak kita yang dilihat semakin terlondeh dek kerana keTIDAK prihatinan wakil rakyat, Pak Menteri mahupun pihak berwajib sejak berdekad lamanya??? Hentikanlah segala penipuan dan polimik politik semasa berkempen demi memperkasakan slogan terbaru lagi terahangat dipasaran ketika ini... "One Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian di utamakan"

Apasalahnya jika beberapa perubahan dan pindaan di buat dalam menentukan halatuju sebenar tanggungjawab pihak-pihak berwajib kepada rakyat hari ini. Ini juga merupakan salah satu cabang "Key Performance Index" yang mampu meningkatkan lagi Qualiti dan Mutu Kerja penjawat awam yang juga merupakan pengguna tegar jalanraya diseluruh negara.

Semoga Pihak Berwajib dan PBT di Seluruh Negara khususnya di Negeri Johor akan lebih peka tentang hal ini. Jalan yang comot, tidak rata dan berlubang-lubang bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya khususnya motosikal malah Ia turut menjejaskan imej PBT dan kerajaan Malaysia di mata dunia.

Tidak guna jika kita mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan mahu menjadi bandar raya bertaraf dunia, kalau jalan raya yang merupakan hal asas tidak dapat diurus dengan baik.



Di soal Munkar Nankir

Inna lillahi wa inna ilaihi rojiun. Dari tanah kau datang, kepada tanah kamu akan kembali.

Haji diumumkan pulang ke rahmatullah malam. Sepanjang hidup Haji, dia aktif dan merupakan pemimpin politik PAS yang memperjuangkan gagasan daulah Islamiah.

Nasib dia meninggal semasa dah pencen. Kalau tidak, satu lagi pilihanraya kecil Muhyiddin kena ketuai.

Mayat Haji dimandikan, dikapankan dan disembahyangkan. Sempat anak-anak, saudara mara dan sahabat seperjuangan menghantar mayatnya ke kubur untuk dikebumikan. Selesai dikebumikan, orang ramai pulang.

Maka datanglah malaikat mungkar nakir untuk memulakan temuduga.

"Marobbuka," kata Mungkar Nakir. "Siapa tuhan kamu?"

Haji jawab dengan tenang, "Allah tuhan ku."

Kalau ikut penerangan ulamak, roh yang menjawab.

Mungkar Nakir tanya soalan kedua, "Apa Agama kamu?"

Roh Haji menjawab tanpa ada tersekat-sekat, "Islam ugama ku."

"Siapa Nabi kamu?"

"Muhammad Nabi ku," jawab Haji.

Ditanya, "Apa Kitab kamu?"

Mudah lagi dijawab, "Quran kitab ku."

Mungkar Nakir tanya, "Di mana kiblat kamu?"

Haji jawab, "Mekah, kiblat ku."

Soalan terakhir dan Haji sudah pasti lepas dari seksa kubur. Mungkar Nakir bertanya, "Siapa Saudara kamu?"

Alamak dah mati pun ada soalan politik. Kena jawab benar. Anggota kita tak dapat tipu. Dengan agak teragak-agak Haji menjawab, "Uhhh ... DAP dan PKR saudara ku."

Dengan suara yang kuat bagaikan halilintar, Mungkar Nakir menjerit, "Kenapa DAP dan PKR????!!!!!

"Kamu sepatutnya bersaudara dengan orang Islam. Sebagai pemimpin Islam, kamu sepatutnya menyatu padukan umat Allah di muka bumi. Salah kamu memecah belah, menipu menuduh, dan tidak membela saudara kamu!!!"

Haji menjawab dengan suara yang bertambah halus dari tergetar-getar ketakutan, "Sss ...saya nak satukan bababalik tetete ... tetapi Nik Ajis tttak tak tak ... tak bagi ..."

Mungkar Nakir rasa hairan. "Ohhhh ... gitu."

Pening... Soal bicara kubur pon bole buat gimik, ingatlah wahai sekelian manusia, berpolitik biar bertempat, jangan sampai nnti mati tak sempat bertaubat!!!!

Puisi Kita - Dunia Kita dah Nak Kiamat....


Ayuh kawan
cepat bungkus kain baju
ayuh kawan
tentukan segera arah tuju
dunia dah nak kiamat
dunia dah nak kiamat

ayuh kawan
selamatkan segera peti besimu
ayuh kawan
bawa semua rantai gelang emasmu
dunia dah nak kiamat
dunia dah nak kiamat

pastikan segala yang kau ada
cukup untuk merasuah penjaga pintu syurga
mintalah duduk kelas istimewa

tumbuk rusuk malaikat kanan kiri
biar mulut mereka terkunci
suap algojo di pintu kubur
biar dia tidur berdengkur
bagi duit kopi kepada Izrail
biar dia tak datang memanggil

serahkan semua harta bertimbun
yang kau curi dan samun
longgokkan depan Maha Pencipta
kerana kau yang lahirkan aku ke dunia!

Mintalah perlindungan dari Pencipta
Untung-untung tidak cedera
Kalau nasib tidak seberapa
Pinjam la Dadu sebesar dunia dan Berteriak la
Mari Kita Lihat Siapa Yang kena...


Secrets to a Long and Happy Life


A passer-by noticed an old lady sitting on her front step and asked her the “burning question” :
"I couldn't help noticing how happy you look! What is your secret for such a long, happy life?"


"I smoke 4 packs of cigarettes a day", she said. "Before I go to bed, I smoke a nice big joint. Apart from that, I drink a whole bottle of Jack Daniels every week, and eat only junk food. On weekends I pop a huge number of pills and do no exercise at all.""This is absolutely amazing at your age!!!!", says the passer-by. "And, how old are you?" "Twenty four."

Perang Terhadap ALONG!!! Dah start ker?


Buletin Utama TV 3 pada 22 Jun 2009 dan 05 July 2009 telah menyaksikan satu lagi lawak jenaka yang telah di dendangkan oleh Pak Menteri DalamNegeri berkenaan "Peristiharan Perang" terhadap golongan Along atau lebih dikenali Tailong beberapa tahun sebelum ini. Apa yang hendak diperangkan dan senjata apakah yang harus / akan digunakan untuk memerangi golongan ini?
Selama beberapa tahun, usaha demi usaha, duit demi duit, pelaburan demi pelaburan telah diguna pakai oleh Kerajaan Malaysia bagi tujuan berkenaan, namun hasilnya bagaikan tiada kejayaan yang dicapai malah ada yang menganggap kerja-kerja ini tak jauh bezanya dengan ibarat "Mencurah Air ke daun Keladi" . Di mana silapnya? Hari ni semua pihak akan meyalahkan golongan Along bila tindakan drastik terpaksa di ambil terhadap pemiutang tegar gagal melunaskan hutang mereka. Persoalannya sejauh manakan "Perang" Ini telah memberi impak mendalam kepada Ah long setakat hari ini? Apakah ini semua hanya Polimik pak menteri dalam menyahut cabaran barunya sebagai Menteri bertanggungjawab.



Kesian, kebiasaannya bila kita dengar pasal perang, Badan beruniform akan dikerahkan untuk mempertahankan negara dan juga berjuang menegakkan keadilan sambil mencari kemenangan. Namun apa yang dilihat kebelakangan ini, Pejuang-pejuang Perang yang di kerahkan terdiri daripada anggota polis yang bagaikan "Dah tak ada keje lain" untuk di buat. Golongan inilah yang berusaha mencabut, mengoyak dan merampas poster Ah Long di merata tempat.

Melihat kesungguhan anggota keselamatan ini berjuang dan berperang, timbul juga beberapa persoalan yang perlukan penjelasan antaranya :

  • Berapa banyak anggota Polis dan PBT yang telah @ akan dikerah untuk tujuan ini?
  • Berapakan elaun tambahan yang mereka perolehi?
  • Adakah Kerajinan mereka hanya tertakluk apabila kempen dilancarkan ataupun ketika pergerakkan mereka menanggalkan poster di rakam oleh pihak wartaman?
  • Sejauh manakan kejujuran Pak menteri dalam menyelesaikan masalah ini?
  • Berapa banyakkah kawasan panas berposter Ahlong yang telah di tawan setakat ini?
  • Jika kempen telah bermula, mengapa masih banyak lagi tempat-tempat yang terdapat poster maut ini?
  • Bilakah perang Ahlong ini akan berkuat kuasa di Negeri Johor Darul Takzim?
  • Mengapa semakin banyak poster dan banner AhLong yang di tampal di sekitar Johor Bahru?
  • Apakah salahnya Pokok-pokok tepi jalan sekitar Johor hinggakan ia secara tidak langsung terlibat dalam aktiviti penggantungan Iklan durjana ini?
  • Mana perginya ketegasan pihak menteri dan PBT Dlam usaha membebaskan Bandaraya Johor Bahru ini dari sebarang pencemaran mahupun kekotoran akibat dari xtvt penampalan yang berleluasa?
SS mengutuk sekeras-kerasnya kegiatan dan tindkan Ah long selama ni. Disamping usaha membebaskan kita dari cengkaman dan penipuan Ah long ini, SS berharap agar Pihak berkuasa lebih telus dan ikhlas dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat khususnya di seluruh negeri johor. Entah bila agaknya virus ini akan menular ke kawasan kampung-kampung mahupun felda yang akhirnya akan menjerat perut dan tali pusat bangsa ku yang semangnya terkanal dengan sikap Bertuhankan duit dan berkiblatkan Ah long.