2012 Johor nak Lawan Pahang atau nak jadi macam Pahang?


Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.

Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!

Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012? Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

Apa implikasi kepada kerajaan negeri? Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion? Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:
1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual? Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!



EXCLUSIVE-Lagi Gambar Pernikahan Ihsan Anak Lelaki Anwar Ibrahim Saudara Kepada Saiful Bukhari



SUMBER BERITA www.papagomo.com

Blogger pro Pakatan Rakyat atau Pro Anwar Ibrahim dituntut untuk menyangkal kenyataan "PAPAGOMO" sekiranya anda yakin dengan perjuangan anda.
Artikel ini bersifat original dan tiada unsur pengubahsuaian sama sekali...





Ihsan & Shaheeda
Gambar Diperolehi
dari Sumber Dalaman PKR

Malam tadi MD Ihsan satu satu nya anak lelaki tunggal dalam keluarga Anwar Brahim selamat diijabkabulkan dengan pasangan nya Shaheeda di Damansara. Majlis yang sederhana dan hanya keluarga terdekat sahaja yang di jemput ini dibuat atas permintaan Ihsan sendiri.( KLIK DISINI) Dengan sekali lafaz sahaja Ihsan SAH menjadi suami kepada isterinya Shaheeda.

Gomo mengucapkan semoga pernikahan
Ihsan dan Isterinya berbahagia
sehingga ke anak cucu.

Pernikahan antara Ihsan dan Shaheeda ini juga secara tidak langsung telah menjalinkan satu hubungan persaudaraan di antara Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari. Keluarga Shaheeda isteri Ihsan merupakan saudara kepada keluarga sebelah Bapa Saiful Bukhari. Saiful juga ada menceritakan sedikit sebanyak bagaimana dia bersaudara dgn tertuduh melalui Facebooknya. Menurut beliau:

"Alhamdulillah, sahabat saya, Ihsan Anwar(anak pd tertuduh) selamat di ijab kabulkan dgn sekali lafaz sbtr tadi. Beliau bertunang seminggu selepas saya. Semoga berkekalan hingga ke akhirat.. p/s: menurut pak cik saya, "bersaudara jauh" lah kami melalui pernikahan ini."

Kenyataan dari Saiful bukhari ini bukanlah kenyataan yang direka reka namun inilah kebenaran dan Kuasa Allah yang Maha Besar dalam kehidupan seharian kita. Sejauh mana kita membenci mahupun membuang seseorang itu pastinya akan kita di rapatkan lagi dengannya.

Semoga Persaudaraan diantara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari tidak menjejaskan perjalanan Kes Liwat antara mereka berdua ini yang akan berlangsung pada 25hb Jan 2010. Untuk makluman Anwar Ibrahim masih belum lagi menfailkan rayuan nya berhubung keputusan Mahkamah yang telah menolak rayuannya untuk menGUGURkan kes sebelum bicara.

Buat keluarga Anwar Ibrahim, Gomo mengucapkan Tahniah diatas bertambahnya anggota keluarga anda dan di harapkan Anwar Ibrahim menerima hakikat bahawa kuasa Allah itu lebih Besar dari watak yang di mainkan nya itu.

Psssttt..Gomo tersentak bila mana Anwar telah menjadi saudara kepada Saiful. Kuasa Allah sungguh Besar sekali. Allah Maha Besar

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Bajet 2010 - MP Pakatan Rakyat Membuatkan 1Malaysia Menangis Siang dan Malam Menanggung Derita


Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”

“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.

Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.

Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.

Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.

Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.

Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.

Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.

Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.

Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.

Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.

Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.

Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.

Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.

PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.

Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.

Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.

BN terselamat manakala PR keciciran peluang.

Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.

Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.

Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.

Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.

Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.

Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.

Malah itu juga masalah di sebelah BN.

Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.

Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?

Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.

Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.

Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.

Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.

Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap Pak Lah. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang:

Kwsn Kerusi Parti


Nama
P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

Perancangan Sulit Muhyiddin Yassin GAGAL!!!!!


MUHYIDDIN nampaknya semakin hilang arah dan pedoman. Semua yang dilakukannya tidak pernah berjaya dan beliau sebenarnya satu-satunya TPM yang tiada ketokohan langsung di dalam sejarah politik negara ini. Inilah kualiti pemimpin yang diangkat oleh Umno untuk dijadikan pemimpin mereka walaupun mereka sedar Muhyiddin sepanjang rekodnya sebagai MB Johor dan juga sebagai Menteri dan kini sebagai TPM tiada apa pun yang berjaya beliau lakukan untuk dikenang oleh rakyat jelata.

Memang sesuai beliau diregukan dengan Najib kerana Najib juga tiada kebolehan sebagai seorang PM melainkan Najib berjaya sedikit sebagai Menteri Pendidikan dan juga Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu. Sebagai PM, Najib langsung tiada kredibiliti baik dari segi kepimpinan, wawasan jauh sekali dalam aspek moralnya. Justeru itu, kita tidak hairan negara kita sekarang tidak lagi disegani dan dihormati oleh jiran-jiran terdekat kita.

Muhyiddin pernah berjanji untuk menyelesaikan krisis di dalam MCA dalam tempoh seminggu. Sekarang sudah berapa minggu? Selesaikah masalah di dalam MCA? Bukan MCA yang tidak lagi selesai, bahkan MIC dan juga PPP masih kelam kabut Muhyiddin gagal menangani krisis di dalam parti komponennya sendiri dan MCA langsung tidak mempercayai kebolehan beliau untuk menyelesaikan krisis yang semakin rumit itu. Mudah kata, Muhyiddin gagal menunaikan janjinya.

Terbaru pula, Muhyiddin mengumumkan bahawa Umno akan melancarkan Program Raksasa `Umno Juara Rakyat' bagi memenangi hati pengundi Melayu. Mungkin beliau sudah merasa bosan dengan parti MCA dan MIC juga PPP yang tidak mahu mendengar pandangannya. Beliau cuba pula dengan program baru ini yang akan dilancarkan mulai bulan depan dan berterusan sehingga Pilihanraya Umum Ke 13. Program ini kononnya untuk menunjukkan kepada orang-orang Melayu betapa Umno ini adalah juara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial, belia dan sebagainya. Tidak tahu lah kita adakah agama juga akan diperjuangkan oleh Umno. Jika agama pun termasuk dalam perjuangan parti sekular yang bersemangat kebangsaan ini, nampak sangat lah besar temberangnya.

Apa pun kita lihat lah nanti program terbaru ini berjaya atau tidak. Paling kuat pun saya rasa program ini diwar-warkan begitu hebat melalui media balaci mereka untuk menunjukkan program ini berjaya. Kita bukan tidak tahu, tanpa wang melimpah dan tanpa media serta jentera kerajaan, Umno tidak mampu bergerak sedikit pun. Apa kebolehan Muhyiddin yang dapat kita lihat cuma satu iaitu beliau mampu bercakap tanpa menggunakan akal tidak seperti TPM yang terdahulu. Beliau bercakap tentang DS Anwar pengkhianat Melayu, kemudiannya bercakap Tok Guru Nik Aziz mengajar ajaran sesat. Itu lah kebolehan Muhyiddin.

Usahkan parti komponen Bn yang tidak menghormati beliau, menteri kabinetnya sendiri tidak lagi segan kepadanya. Jika tidak percaya tanya Nazri Aziz. Tidak hairan nanti dalam pemilihan Umno akan datang, Muhyiddin akan ditolak oleh ahli-ahli Umno. Masalahnya, siapa yang lebih cerdik dari beliau yang ada dalam Umno untuk menggantikannya? Mungkin Umno perlu melantik Ibrahim Ali atau Ezam kot....


Kos Pembedahan Di IJN - Pej MB Perak mampu sumbangkan RM 50 aje..




IPOH - Hasrat dua beradik untuk belajar di sekolah dan mendapat pendidikan sama seperti rakan yang lain tidak kesampaian berikutan keluarganya hidup dalam keadaan serba daif.

Mohamad Faizal Zulkarnain Mohamad Ibrahim, 12, dan adiknya, Siti Mariatun, 10, difahamkan tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan kerana masalah kewangan yang membelenggu kehidupan mereka sekeluarga.



Bapanya, Mohamad Ibrahim Mohamad, 53, dikatakan tidak lagi bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan iaitu sakit jantung, manakala ibu mereka, Maimon Salim, 51, pula suri rumah sepenuh masa dan terpaksa menghabiskan banyak masa menjaga suami yang uzur.

Sementara itu, Mohamad Ibrahim berkata, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi di Putrajaya, Kuala Lumpur selama hampir 10 tahun. Bagaimanapun, pulang ke Ipoh sekitar 2001 kerana menghadapi masalah keluarga khususnya menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

“Di Ipoh, saya bekerja di pelbagai agensi dan sekitar 2005 ketika bertugas di Bangunan Persekutuan, saya telah jatuh pitam dan dimasukkan ke wad. Dari situ saya diberitahu mengidap masalah jantung menyebabkan saya tidak dapat lagi bekerja,” katanya.

Dia pernah juga cuba untuk bekerja, tetapi hanya mampu bertahan selama beberapa hari kerana sering kali pitam di tempat kerja. Setiap dua hari seminggu, dia berulang alik ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya dimasukkan ke wad beberapa kali sebelum ini akibat masalah jantung dan komplikasi masalah kesihatan lain,” katanya.

Dia turut meminta agar Institut Jantung Negara (IJN) segera mengeluarkan surat berhubung keadaan dirinya yang perlu menjalani pembedahan jantung pada 6 Januari tahun depan.

Katanya, tanpa surat itu, dia sukar mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak kerana kurang yakin dengan dokumen berhubung dirinya yang mengalami masalah sakit jantung.

“IJN hanya menghantar kepada kami satu borang senarai semakan perkara yang diperlukan bagi menghadapi pembedahan itu. Saya juga pernah meminta IJN agar mengeluarkan surat rasmi bagi memudahkan mereka memohon bantuan kewangan, tetapi IJN pula menggesa saya menyerahkan surat sokongan daripada pihak tertentu khususnya daripada Menteri Besar bagi menguatkan permohonan mendapatkan surat berkenaan.

“Kerana terlalu sukar untuk saya mendapat bantuan daripada pihak berkenaan, saya juga pernah mengajukan perkara ini kepada istana. Hasilnya pegawai istana mencadangkan agar perkara itu diajukan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar.

“Bagaimanapun, ketika mengajukan perkara itu ke pejabat Menteri Besar baru-baru ini, saya tidak dibenarkan berjumpa, namun hanya dihulurkan wang RM50, selain diminta beredar dari pejabat berkenaan,” katanya kesal.

(Inilah dia contoh pemimpin 1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Zambry Kadiaq)

Menurut Maimon, bagi menyara kehidupan sekeluarga, mereka hanya bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM155 sebulan.

Katanya, dengan wang sebanyak itu, keluarga berkenaan menyara hidup seperti membayar sewa rumah RM40 sebulan, makanan dan keperluan harian lain.

“Saya merayu kepada pihak berkenaan khususnya IJN agar segera mengeluarkan surat rasmi berhubung masalah penyakit jantung yang dihadapi suami, selain menyatakan jumlah perbelanjaan sebanyak RM25,000 yang perlu dibayar bagi menanggung kos pembedahannya.

“Saya hanya mahukan keselamatan suami saya terjamin, tolonglah selamatkan suami saya,” katanya.

Bagi orang ramai yang hendak menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 10160-29-0000010254 atas nama Mohamad Ibrahim bin Mohamad atau menghubunginya di talian 017-505 0337.


Oh Melayu....


Orang Melayu merasakan diri mereka tuan di Malaysia,itupun akibat daripada undang2 dan perlembagaan yang menjadi tempat perlindungan yang membuatkan orang Melayu rasa selamat.Padahal jika kita bukak mata luas-luas dan tengok sekeliling,kita akan nampak ada Wisma Ah Beng,Kedai Ah Meng dan Pusat Perniagaan Chow Sing Chi.

Jarang kita nampak Wisma Ahmad bin Abdul Rahman atau Bangunan Perindustrian Shamsul.Astro milik Ananda Krishnan dan Air Asia milik Tony Fernandez .Kenapa?

Adakah kerana orang Melayu merasakan sekadar berkuasa dan mengawal selia sambil makan duit cukai orang2 kaya itu sudah cukup?

Untuk mengenal pasti di mana tahap sesebuah bangsa itu,pada aku,aku selalu nilai daripada "golongan-golongan" yang tak berapa berjaya dalam hidup.Maksud aku,mereka yang tak tentu arah,yang tak habis sekolah dan jahat.Cuba tengok golongan samseng Melayu dan samseng Cina.Apa yang diorang buat?

Samseng Melayu :
1. Pau duit orang tepi jalan
2. Pecah rumah dan curik kecil-kecilan
3. Try pau duit kat Puduraya dengan alasan duit tambang tak cukup
4. Curik besi
5. Ambik upah pukul orang
6. Jual dadah kecil-kecilan

Samseng Cina :
1. Jual DVD
2. Jual pelacur
3. Jual orang
4. Join perniagaan haram
5. Pukul orang kalau perniagaan kena kacau
6. Join perniagaan halal

Aku selalu rasa benda ni adalah perbezaan paling ketara kenapa orang Melayu masih lagi berada pada takuk yang sama.Orang Melayu selalu berfikir,sikit-sikit cukuplah,jadilah banyak tu.Asal dapat sket jadilah,memadailah.Daripada golongan yang paling rendah sehinggalah ke golongan yang atas,orang Melayu majoritinya mempunyai satu matlamat yang sama,fikir untuk hari ini,esok-esok lain cerita.

Sebab itu daripada segala benda dalam kehidupan contohnya perancangan keluarga,perbelanjaan kewangan dan segalanya,orang Melayu terlalu mundur ke belakang.

Fikirkanlah,orang Cina tidak ramai yang mengimpikan dapat menghantar anak mereka masuk ke IPTA tempatan kerana mereka tahu peluang mereka tipis.Tapi ramai yang dapat menghantar anak-anak mereka ke IPTS tempatan dan juga luar negara tanpa perlu menjadi mangsa PTPTN.Ini bukan golongan yang kaya dan berkuasa,mereka yang biasa pun mampu.Member aku,bapak takde,mak kerja biasa aje tapi dapat hantar dia pergi oversea dengan duit sendiri.

Aku akan ingat ayat yang dia cakap kat aku ni sampai bila-bila,"Can save more money lah if didnt go there.I was hoping boleh enroll masuk local IPTA tapi u understand la the situation....but my mom insist I go oversea if cannot get local IPTA.She said she could afford it."

Kita?Mampukah bangsa Melayu berbuat sedemikian?Yang mampu hanyalah golongan yang "ada pangkat" dan "ada gelaran" kan?

Jadi,fikir untuk long term.Takde gunanya kita bahagia sehari dua kemudian 10 tahun kita merana.Generasi muda orang Melayu kena berubah.Mungkin orang2 tua takkan setuju dengan kita.Mungkin Mahathir takkan setuju dengan perubahan.Mungkin kerajaan takkan suka orang Melayu muda tak sealiran dengan cara pemikiran diorang.

Tapi,sampai bila orang Melayu nak macam tu?Kita masih lagi mengamalkan pemikiran zaman sebelum Merdeka."Nak selamat,masuk aje kerja Government.Senang.Terjamin masa depan."

Nasihat yang dah lapok dek hujan dan habis lekang dek panas.Atas sebab nasihat macam tu la tak ramai orang Melayu yang berani berniaga dan kita sedang merasai akibat daripada mentaliti tersebut


BTN dan rahsia disebalik Highway PLUS


Seingat aku, benda ni aku pernah cerita masa bulan April 2008, tak sangka pulak sekarang ni dah kecoh satu DUNIA pasal BTN. So nak ke tak nak, aku published ajelah buat ada-ada....

Hari ini,aku layanlah video ucapan Anwar Ibrahim pada 14 April dulu sampailah bila mana pihak polis datang menghentikan ceramah kerana ketakutan.

Banyak benda yang disampaikan malam tu. Hint2 bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru nanti,Datuk Seri Wan Azizah Ismail iaitu isteri DSAI juga diberitahu.Entah lah konfem atau tidak wllahuallam.Setuju atau tidak rakyat Malaysia menerima wanita sebagai seorang pemimpin tidak diketahui lagi.Aku pun tak tahu apa nak rasa,nak sokong pun tak nak tolak pun tak.Tengok lah dulu macam mana perkembangan.

Dalam ceramah tu,DSAI ada menyebut pasal Kursus Biro Tatanegara di mana boleh dikatakan majoriti kursus kini lebih kepada mengutuk dirinya dan Pakatan Rakyat.

Kursus BTN.Bila sebut pasal pasal BTN aku teringat balik pasal Kursus BTN yang aku dan kawan2 aku kena hadiri dulu.Ramai jugak la yang kena pergi,sekolah aku, SMTSAS Rompin, SM Sains dan satu lagi sekolah aku tak berapa ingat,

Kitorang kena pergi kursus BTN ni dekat Rembau.Cantik tempat dia dan memang seronok.Hahah,macam2 aktiviti kitorang buat.Jungle trekking,repelling,err..apa lagi entah.
Tapi semua aktiviti2 group tu ada jugak diselang selikan dengan ceramah.Apa isi ceramah tu?

Macam2 dia cerita.Kebanyakannya tentang bagusnya kerajaan.Hebatnya kerajaan Malaysia.Macam mana sepatutnya kitorang bersyukur sebab duduk dalam negara yang meningkat maju.Macam mana nak menghargai kerajaan.Ingat pasal perjuangan pemimpin Kerajaan dulu2.

Kesimpulannya,Kerajaan ROCK GILA!

Hehehe,yang paling aku ingat,ada satu penceramah ni,dia siap cakap satu benda yang pada masa tu aku percaya tapi bila dah matured sikit fikir2 balik,bangang gak la percaya:

"Kamu tahu tak mana Highway PLUS?"

"Kamu tahu tak macam mana jauhnya pandangan kerajaan ni kalau nak menghadapi ancaman kepada negara?"

"Percaya tak,bawah Highway PLUS tu ada pengkalan rahsia.Jadi kalau negara kita kena serang,highway tu boleh dibukak dan sepanjang highway tu akan jadi pusat pertahanan negara."

Kitorang masa tu baru 16 tahun,memang kagum gila ah dengar sebab tak sangka Malaysia ada sistem pertahanan yang secanggih dan serahsia itu.PERGH!!Bagus betul kerajaan.

Jadi bila hari last,kitorang pun balik la dengan semangat berkobar-kobar sebab tahu negara kita memang dibawah satu pemerintahan yang SUPER GENIUS DAN SANGAT BERKALIBER.Kesan daripada kursus tu membuatkan aku bersemangat patriotik yang melampau-lampau siap aku bole imagine kalau Malaysia kena serang masa tu aku nak pergi berperang.

Dan aku akui,kursus tu berjaya.Berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia,sayangkan kerajaan Malaysia dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan.Mengikut kata kawan aku,dia pernah pergi kursus BTN masa sekolah dan lepas tu bila dia dah masuk ke alam pekerjaan,dia kena pergi lagi.Dia bagitau aku,kursus BTN untuk staff2 Kerajaan adalah lebih hardcore.

Hardcore tahap ada sumpah2 setia.Rasa2 mcm brainwash pun ada.Baru sekali pergi.Kalau kena pergi tiap2 tahun,memang "biru gelap" otak dia.Aku sendiri rasa mcm tu.Mungkin kesan kursus BTN tu pada aku memang sangat2 mendalam sampai kan aku baru beberapa tahun lepas tersedar dan berfikir balik.

Mak aku dari dulu kaki kutuk Mahathir masa zaman reformasi tapi aku lah yang defend Mahathir masa tu.Tah lah,masa tu aku baru umur 17 tahun,duduk sekolah kerajaan sponsor jadi aku rasa kerajaan tu best.Siap bertekak gila babi.Hahaha.

Bila kenang2 balik,mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak,orang2 yang takde alternatif lain.Jadi,kepada anda yang dah sedar,bantu mereka yang memerlukan.Kalau hari-hari dok merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama,baca Utusan Malaysia dan Berita Hairan,memang bekulah akal nak terdetik berfikir.

Kepada kawan2 aku yang masuk kerja kerajaan,kalau pergi kursus,lepas balik jangan lupa bukak internet,baca Harakah.Juga kepada student2 lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.

Neutralkan balik otak anda.

Sistem Pertahanan Rahsia bawah Highway PLUS?
Oi,penceramah,kalau rahsia,kenapa kau tahu dan kenapa kau bagitau kitorang?Nak suruh kitorang hepi bayar tol ke sebab lalu situ?

Bangangnya aku satu masa dulu.


Orang Kaya Indonesia Tuntut Janji dan Duit Anwar Ibrahim


i

"Lu jangan main main sama gue Nuar!
Sudah banyak uang gue di laburkan pada lu.
Berjuta wang nya gue hantar buat sokongan
lu masa pemilu.

Mana janji-janji manis mu Nuar?
mana hasil dari pelaburan Gue?
Gue sudah mula bosan sama kamu Nuar!

Gue mau uang gue dikembalikan!
Gue ngak peduli sama apa urusan kamu!
Kembalikan Uang Gue Keparat!!!"

Jangan sampai gue Ganyang sama lu!
Sudah banyak yang gue bikin Ganyang di sini
buat pertolongan lu di sana Nuar!
Sudah banyak uang gue di Ganyang
Sama keponakan mu di sini Nuar.

Jangan Sampei Gue Ganyang Sama Lu!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 13 TERKAYA di INDONESIA.
Chairul Tanjung
Umurnya baru 46 tahun namun kekayaan nya sungguh luar biasa.
Klik Disini

Jeng..jeng..jeng...
Apa hal ni marah-marah pula
Kawan Anwar Ibrahim ni?
Pasal Duit ker brother? apa yang marah sangat?

He..he..he...

Menurut sumber dari beberapa blog tmpatan dan Untuk makluman semua, Chairul Tunjung ini adalah penyumbang Dana buat Anwar semasa Berkempen di pilihanraya yang lalu. Malah sebelum pilihanraya juga Anwar telah menerima Dana dari orang kaya Indonesia ini. Dana bukan sebarang dana, tapi ianya adalah bentuk pelaburan dalam mendapatkan habuan apabila Anwar Menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika semua sedar akan satu kumpulan yang secara tiba-tiba muncul dalam menentang Najib dan Malaysia baru-baru ini maka Lelaki ini lah yang telah membiayai gerakan kumpulan yang di berikan nama GANYANG MALAYSIA

Banyak dah habis duit si Chairul ni buat Anwar, tu pasal lah marah sangat dia ni pada Anwar Brahim.

Namun Anwar masih lagi gagal menjadi PM Malaysia, sebaliknya hanya mampu menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia Sahaja. 16 Sept juga telah gagal dan semakin lama semakin suram kerjaya politik Anwar ini.

Kalau ada benda baik buat Anwar pun hanyalah kerana Dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan Gaji RM1 sebulan. He he he....

Sebenarnya bukan setakat Chairil ini sahaja yang menuntut hutang dari Anwar. Malah ramai lagi dari Eropah tengah, dan juga sekitar Asia yang masih lagi menuntut janji-janji Anwar. Apa janji Anwar pada mereka yang melabur berbilion-bilion ringgit ini?

He he he... kita boleh agak apa yang Anwar telah janjikan pada mereka semua!!!

Sebelum ini ada juga beberapa blogger pernah mengeluarkan satu artikel berkaitan hal Tuntutan Hutang yang pastinya membuatkan Anwar tidak senang duduk sama sekali. Kisah Benazir Bhutoo pastinya menghantui Anwar Al Juburi ini.

Anwar pastinya akan melakukan pekara yang selalu di gunakannya....Jumpa si A maka di janjilah bermacam macam keuntungan. Bila dia jumpa si B, maka sama lah juga janji janji manis nya itu. Kalau ada 100 orang maka semua sekali akan mendapat janji janji yang sama.

ada sesiapa yang boleh sahkan cerita ni... silakan menyebok!!!!