Panas!!!! Kejohanan Bina Badan Puteri Umno (18sx)




Align Center




p/s: lain-lain gambar (gambar ahli bina badan lelaki) akan menyusul...



Kesetian UMNO pertahankan Isu Kalimah ALLAH hanya rektorik, Logo Polis yang tertera Kalimah Allah dan Muhammad apa hal pulak??


Khalimah Allah dikecohkan selepas mahkamah membenarkan penggunaannya kepada majalah mingguan khatolik Herald (foto) baru-baru ini. Namun, selepas beberapa ketika Mahkamah Rayuan akhirnya menangguhkan keputusan tersebut. Anehnya, biarpun ia ditangguhkan tetapi masih ada rakyat Malaysia terutamanya NGO yang cukup rapat dengan UMNO BN melatah dan bagai tak keruan dengan isu ini. Mereka tiba-tiba mengadakan demonstrasi di Masjid Negara Jumaat lalu dan mendesak agar orang Kristian tidak menghina umat Islam dengan isu ini. Kerakusan puak-puak ini mengadakan demonstrasi telah menarik perhatian para jemaah yang ingin bersolat Jumaat di situ. Atas nama Islam, dan melaung-luang agar Islam tidak dihina tetapi ramai dikalangan mereka langsung tidak menghormati Islam itu sendiri. Mereka hadir hanya untuk berdemo dan bukannya mengerjakan solat Jumaat yang menjadi kewajipan lebih utama bagi seorang lelaki Islam. Apakah ini namanya memperjuangkan Islam?.

Niat mempertahankan Islam itu memang amat dihargai dan murni, namun keperibadian yang ditunjukkan oleh peserta demo itu amatlah memualkan. Malah, ada sumber yang menyatakan ramai juga anggota polis beragama Islam yang berkawal di situ langsung tidak mengendahkan solat Jumaat yang sepatutnya mereka laksanakan. Apalah gunanya memperjuangkan nama Islam, sedangkan dalam diri mereka langsung tidak menunjukkan ciri-ciri Islam itu sendiri. Inilah yang amat menghairankan kita sebenarnya. Justeru itulah kita tidak hairan NGO-NGO yang berdemo tempohari adalah kumpulan orang Melayu Islam yang hanya sekadar namanya sahaja.

Persoalannya sekarang kenapakah mereka beriya-iya benar untuk berdemo tentang isu ini. Walhal Mahkamah Rayuan sudah memutuskan bahawa kes ditangguhkan sehari sebelum itu?. Tambah mengejutkan pula PM Najib Razak sendiri mengumumkan bahawa kerajaan tidak ada kuasa untuk menahan suara rakyat yang memberontak tentang isu ini. Apakah kerana NGO yang terlibat dikatakan begitu sininom dengan UMNO? Lantaran itu kerajaan langsung tidak berkuasa menghentikan perhimpunan haram tersebut. Namun, apabila ia dilakukan oleh parti atau NGO yang dilihat cenderung kepada pembangkang maka kerajaan mengerahkan pihak polis untuk mengganas dan menyerang mereka yang terbabit. Disepak, diterajang, disembur gas pemedih mata dan water canon, dihambat dan dikejar malah diperlakukan seperti haiwan. Inilah realiti sebenarnya undang-undang polis yang ada di Malaysia.

Memang cukup "double standard" dan cukup mengecewakan rakyat sebenarnya. Malah jika diamati betul-betul, isu "khalimah Allah" yang dimainkan sekarang ini juga jelas tidak sewajarnya dihebah-hebahkan sangat oleh pihak media arus perdana. Soalnya kenapa mereka begitu rakus memainkan isu ini hingga menyebabkan ada pihak-pihak yang dikatakan sanggup membakar gereja akibat kes ini. Kerajaan cuba menutup isu semasa dan mainkan isu panas ini. Akhirnya mereka sendiri yang bakal terjerat sebenarnya. Malah jika dikatakan tentang khalimah Allah itu sendiri maka apa bezanya dengan penggunaan khalimah Allah pada logo polis itu sendiri?

Khalimah Allah Pada Logo Polis Juga Hina Islam

Cuba lihat khalimah Allah pada logo rasmi Polis DiRaja Malaysia ini

Logo rasmi polis yang tertulis perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang telah digunakan sejak sekian lama itu jelas sekali boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat. Apatah lagi "khalimah Allah" itu juga digunakan oleh anggota polis yang bukan beragama Islam. Bayangkan mereka membawa logo Allah tersebut ke gereja, tandas atau ke tempat-tempat maksiat ketika menjalankan tugas. Bukankah ini juga boleh dikira sebagai menghina Islam. Malah, pihak polis juga boleh dikatakan menghina kerana dengan logo "Allah" pada "cap" yang mereka pakai dan diletakkan di atas kepala itu, terkadang mereka bertindak zalim dan ganas kepada umat Islam yang lain. Ini juga boleh dikatakan menghina Islam sebenarnya. Oleh itu, kita memohon supaya pihak yang berkenaan mengeluarkan fatwa tentang penggunaan "khalimah Allah" pada logo oleh anggota polis yang bukan beragama Islam ini. Jika benar mereka berjuang kerana mempertahankan Islam, mereka harus memastikan perkara ini tidak berlaku. Namun, ia sudah berlaku sejak lama dulu. Kenapa kerajaan UMNO BN dan NGO yang terbabit tidak mempertikaikan perkara ini.

Kenapa pula bila timbulnya isu khalimah Allah pada majalah Herald itu mereka bukan main lagi melatah. Walhal, kes itu sudah ditangguhkan. Kita juga mohon menteri yang menjaga agama iaitu Jamil Khir Baharom agar mengeluarkan kenyataan atas isu "logo polis" ini. Biarpun ia sudah lama berlaku, namun tidak ramai umat Islam menyedari dan menganggapnya perkara remeh temeh. Namun, sedarkah kita bahawa nama Allah itu telah dijaja ke sana sini, malah terkadang diletakkan di atas bangku, kerusi atau yang lebih rendah dari itu. Justeru itu, kita menantikan NGO terbabit untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan nama "Allah" pada logo pasukan polis jika mereka benar-benar tidak mahu Islam itu dihina. Jika tidak, maka ternyata isu ini hanyalah isu politik yang sengaja dimainkan bagi menunjukkan kononnya UMNO itu adalah "Juara Rakyat" dalam menangani kes seperti ini.

Jamil Khir Bersembunyi di Sebalik Gereja .....


Antara pemain yang tampil dalam isu kalimah Allah dan kejadian bakar gereja sekarang adalah Hishammuddin, Rais, Muhyiddin dan Najib. Mana Jamil Khir?Jam il Khir adalah menteri Umno yang jaga agama. Dia bekas orang besar angkatan tentera, pandai bercakap dalam forum perdana tetapi belum terdengar suaranya dalam isu terbaru ini.

Mengapa tiada? Cakap orang sepertinya amat diperlukan. Sekurang-kurangnya kalau ada mana-mana menteri yang hendak bercakap dalam isu ini, cakap Jamil boleh dijadikan panduan kerana isu kalimah Allah adalah isu agama.

Hishammuddin boleh bercakap dari sudut keselamatan, Rais dari sudut budaya, Muhyiddin dari sudut hubungan kaum, tapi dari sudut agama suara Jamil lebih berautoriti.

Isu kalimah Allah dilihat lebih hampir dengan agama berbanding dengan yang lain. Maknanya lebih hampir dengan Jamil berbanding orang lain termasuk Najib.

Mengapa saya kata isu ini lebih hampir dengan Jamil? Buktinya ialah, Najib mengadap SPB Yang Dipertuan Agong. Kalau isu ini bukan isu agama, tidak perlu Najib ke istana.

Justeru, mengapa Jamil tidak bersuara, tidak tampil menanganinya dengan agama? Dipercayai, kalau isu ini ditangani lebih awal oleh Jamil dengan pendekatan agama, mungkin ia tidak berlanjutan dan merawit seperti sekarang.

Semua tindakan yang bakal diambil oleh mana-mana menteri, boleh disandarkan kepada pendirian yang dibuat oleh menteri yang jaga agama.

Mengapa Jamil diam? Ada dua kemungkinan. Pertama, Jamil tidak dibenarkan bersuara dan kedua, Jamil memang tidak mampu bersuara.

Kalau Jamil tidak dibenarkan bersuara oleh kerajaan, tidak ada gunanya Jamil berada di kerusi itu. Inilah masanya untuk Jamil tampil dengan wibawa orang agama untuk bercakap mengenai isu agama yang besar dan rumit.

Berucap dalam majlis sambutan Ma’al Hijrah, musabaqah, Maulidur Rasul, itu semua mudah sahaja. Perkara yang diucapkan dalam majlis seumpama itu adalah ‘stereotype’, balik-balik itu juga.

Kalau Jamil mampu tampil bercakap dalam isu penggunaan kalimah Allah ini dengan hujah ilmiah, bersandarkan kitab dan sunnah, ketika itu terserlah benar wibawa Jamil. Wibawa Jamil membuktikan wibawa orang agama secara keseluruhannya.

Tetapi, kalau Jamil yang dikira berwibara itu tidak dibenarkan bersuara, itu ibarat minyak wangi yang ditutup rapat penutupnya. Tidak berguna wangi kalau hidung tidak dapat menikmatinya.

Dalam situasi ini, Umno bukan sekadar menghina Jamil tetapi menghina juga orang agama yang boleh dikira diwakili oleh Jamil.

Kedua, Jamil tidak mampu bersuara. Ketidakmampuan ini boleh dilihat dari dua sudut. Pertama, ketidakmampuan Jamil dari sudut ilmu dan kedua ketidakmampuan Jamil dari sudut kepentingan.

Saya tidak berani dan tidak akan mempersoalkan ilmu orang lain dalam keadaan ilmu diri sendiri pun tidak setara mana. Ya, mana ada manusia yang sempurna ilmunya.

Tetapi, kalau Jamil secara peribadi tidak punya wibawa ilmu yang memadai untuk menangani persoalan ini, sedangkan Jamil adalah seorang menteri, bagi saya Malaysia bernasib malang.

Malang kerana menteri yang menjaga agama dalam sebuah ‘negara Islam’, tidak punya wibawa ilmu untuk bercakap mengenai isu-isu Islam melalui kaca mata ilmu.

Mungkin orang berkata, menteri tugasnya ialah mentadbir. Menteri agama tugasnya mentadbir agama, bukan mengeluarkan fatwa mengenai agama. Fatwa agama itu kerja para mufti yang ramai itu.

Itu betul dari satu sudut. Tetapi cuba gambarkan, bolehkah seorang yang bukan doktor pakar dilantik menjadi ketua sebuah hospital pakar? Ketika doktor lain bercakap mengenai bidang kepakaran masing-masing, dia masih bercakap mengenai Panadol? Tentu janggal bukan?

Demikian halnya dengan menteri. Menteri mesti mempunyai kewibawaan tinggi menangani isu-isu agama yang rumit dengan wibawa ilmu, supaya kewibawaan kerajaan yang diwakilinya lebih menyerlah.

Kalau Najib melantik seorang yang tidak berwibawa ilmu seperti itu untuk menjaga agama, bermakna Najib ‘menyerahkan urusan kepada orang yang bukan ahlinya’. Ini tentu bahaya.

Ok, andaian di atas tidak benar. Jamil memang diakui wibawa ilmunya, tetapi tidak bersuara juga kerana kepentingan. Apa maksudnya?

Maksudnya, Jamil tidak berani bersuara kerana bimbang suaranya tidak selari, tidak menyenangkan ketuanya. Jamil punya hujah agama bertahap tinggi dalam isu ini, tetapi bimbang hujahnya itu bercanggah dengan hujah tuannya, itu maksudnya.

Kalau begitu, Jamil telah mengkhianati ilmunya. Dia telah menjual ilmunya dengan nilai yang murah. Dia lebih senang dengan kerusi empuk sebagai menteri daripada mempertahankan wibawa keilmuannya.

Malang sekali kalau menteri yang jaga agama di negara ini adalah menteri yang sanggup melacuri ilmunya. Dia lebih setia mempertahankan kerusi daripada setia mempertahankan kebenaran ilmu.

Kalau begini, Malaysia bernasib malang. Punya menteri yang tidak berani menyatakan kebenaran dengan ilmunya.

Apa pun sebenarnya, Malaysia memang bernasib malang selagi diterajui oleh Umno. Kalau orang Umno tak percaya juga, itu dia punya hal.

Rakyat Johor jangan Bermimpi untuk adakan Pilihanraya Kecil - Undang2 Tubuh Kerajaan Negeri Telah Dipinda oleh Umno BN Johor


Takut negeri jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR), Umno-Barisan Nasional (BN) Johor meminda Undang-Undang Tubuh negeri itu yang digunapakai sejak tahun 1895.

Umno-BN yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman meminda bahagian perlembagaan negeri itu yang berkaitan dengan kekosongan kerusi yang melibatkan pilihan raya kecil.

Percaya bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menyebelahi mereka, wakil-wakil rakyat Johor menggunakan sepenuhnya kuasa majoriti mereka untuk mengubah syarat jika berlaku kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun).

Mendedahkan perkara itu, Adun PAS – Maharani, Dr Muhammad Taslim (gambar) berkata mereka mengubah Fasal 5: Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor yang sudah termaktub dan dilaksanakan sejak tahun 1895.

Mengikut fasal itu, pilihan raya kecil boleh diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi dalam tempoh 60 hari dan kuasa menentukan pilihan raya boleh dijalankan adalah Speaker, katanya dalam satu ceramah.

Pada sidang dewan yang terbaru September lalu, mereka membuat pindaan dan menetapkan kuasa menentukan sama ada pilihan raya boleh diadakan atau tidak, ialah SPR dan bukan lagi Speaker.

Muhammad menjelaskan,“semua itu mereka lakukan kerana melihat kekalutan apa yang berlaku kepada DUN Perak. Mereka siang- siang sudah pinda perlembagaan kerana takut kalau Speaker akan menyebelahi PR, seperti V. Sivakumar.”

"Ini terang-terang mereka mencabuli sistem demokrasi yang mendokong doktrin pemisahan kuasa di antara legislatif, eksekutif dan kehakiman," terang beliau.

“Sekarang ini mereka berkuasa dan mempunyai majoriti dalam dewan, mereka boleh buat apa sahaja untuk meminda undang-undang itu demi kepentingan mereka. Itulah amalan orang Umno-BN yang kini semakin takut kehilangan kuasa mereka” katanya.

Beliau berkata, dalam isu itu, enam orang Adun PR tidak dapat berbuat apa-apa kerana Adun BN mempunyai majoriti besar dalam Dun Johor. Tetapi, kehadiran enam wakil rakyat PR sejak Mac tahun lalu, menggusar dan menakutkan mereka.

Mengulas kemegahan negeri Johor yang sering dilabel sebagai ‘kubu’ kuat Umno, Muhammad berkata, gelaran itu semakin tergugat sekarang dan PR yang diwakili oleh KEADILAN, PAS dan DAP bakal mengubah gelaran itu kepada Johor ‘kubur’ Umno pada pilhan raya umum ke-13 nanti.

Malah, susulan kejayaan menganjurkan Konvensyen Pakatan Rakyat Pertama 19 Disember lalu akan diterjemahkan di negeri Johor, dan sekali gus misi menawan Kota Iskandar akan menjadi kenyataan.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika mengadakan ceramah anjuran PAS Kota Tinggi di Tadika Pasti, Taman Hijrah baru-baru ini.

Turut hadir memberi ceramah ialah Ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Pusat, Ustaz Kamal Asha’ari.

Selain menceritakan pindaan perlembagaan negeri buat julung kali sejak tahun 1895 itu, beliau menjelaskan mengenai taktik ‘Menyekat dan Menghalang’ dilakukan oleh wakil-wakil rakyat Umno-BN terhadap wakil-wakil PR daripada banyak bersuara.

Mengenai jumlah soalan yang boleh ditanya setiap kali persidangan. Peraturan lama menetapkan setiap wakil rakyat boleh bertanya enam soalan lisan dan tiada had untuk soalan bertulis, dan soalan bertulis perlu dihantar dua minggu lebih awal.

“Apabila sidang dewan berjalan, kami daripada PR gunakan sepenuhnya peluang itu untuk tanya banyak soalan. Bukan sahaja enam soalan lisan sahaja, tetapi soalan bertulis kami ada pecahan soalan, a, b, c, d….hinggalah menjadi sampai 20 soalan”.

“Setiap soalan kami nampaknya terpaksa dijawab oleh Exco Kerajaan, ketua-ketua jabatan berkaitan dan Menteri Besar dalam sidang yang pertama. Oleh kerana bimbang dengan soalan-soalan panas dan cepumas daripada kami, mereka pun pinda peraturan dalam sidang seterusnya.”

Katanya, peraturan terbaru menetapkan lima soalan hanya untuk satu-satu tajuk sahaja, tidak boleh ada anak soalan dan tidak boleh merujuk kepada mana-mana media jika hendak bertanya satu-satu isu.

Bagi soalan bertulis juga, tidak dibenarkan lebih dari 40 perkataan untuk satu-satu soalan.

“Begitulah gayanya mereka hendak menyekat kami, tapi kami tidak akan putus asa. Peluang berada dalam dewan dan dalam sidang-sidang dewan akan datang, kami akan terus membawa suara dan isu rakyat.”

“Memang dalam media arus perdana mereka tidak laporkan langsung soalan dan isu-isu yang kita bangkitkan. Tetapi, melalui medan ceramah-ceramah umum seperti ini, kami wakil-wakil PR akan terus membuat pendedahan kepada rakyat” katanya.

Bukti UMNO ditolak lagi... Kota Tinggi dilanda Vandalisme


Siapakah yang punya angkara membaling cat merah ke kediaman dan gambar bekas Menteri Dalam Negeri, Syed Hamid Albar di Kota Tinggi? Sehingga hari pihak polis terus menyiasat siapakah ‘dalang’ di sebalik tindakan vandalisme yang berlaku Februari lalu.

Selepas peristiwa jelik enam pemuda Kota Tinggi ditahan dan tersiar panas didada media, pada 5 Disember lalu, berlaku lagi vandalisme berbaur politik.

Jika sembilan bulan lalu, rumah dan gambar Syed Hamid serta rumah bekas setiausaha akhbarnya, Rosleli Jahari di baling cat merah, kali ini, nama Rosleli, Syed Hamid yang ditulis sebagai ‘Arab’, Najib dan Rosmah pula jadi sasaran di tembok pintu pagar masuk ke pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT).

Pada tembok pejabat itu tertulis ‘Rosleli Perasuah, Arab$, 1Najib Pembunuh Altantuya dan C4 Rosmah’ Susulan kejadian yang disedari pada awal pagi itu, ramai orang awam yang melalui jalan itu turut merakam contengan itu termasuk ahli-ahli dan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Kota Tinggi.

Walau bagaimanpun, contengan memalukan yang turut menghina pemimpin nombor satu negara segera dipadam oleh pihak berkuasa.

Sehubungan itu, PR Kota Tinggi dalam kenyataannya menafikan sekeras-kerasnya tindakan itu adalah perbuatan ahli-ahli PR.

Sebaliknya, menyifatkan tindakan itu dilakukan oleh orang profesional, ada latar belakang politik dan tentunya musuh sesama ahli Umno itu sendiri.

Ketua PR Kota Tinggi, Kamaldin Tahir, berkata sejak kejadian Februari lalu dan terbaru ini, mesej yang ingin disampaikan jelas iaitu Umno sudah semakin tidak relevan dan pemimpinnya terbukti perasuah.

Beliau berkata, kejadian itu sekali lagi menjadi ketakutan kepada Umno dan pemimpin-pemimpin yang menyokong dibelakangnya. Tindakan pihak individu atau pihak berkuasa yang segera memadam contengan itu juga adalah bukti kes itu serius dan pemimpin yang dimaksudkan itu ada melakukan kesalahan.

Kata Kamaldin,“nama Umno yang diconteng sebelum ini, pejabat Umno yang dilontar cat sebelum ini dan rumah pemimpin Umno yang dibaling dengan cat membuktikkan rakyat sudah benci pada Umno”

“Mereka mungkin tidak benci kepada kerajaan, tetapi lebih benci kepada pemimpin tertentu termasuk Syed Hamid, Najib, Rosmah serta mereka yang berada dalam kepimpinan Umno itu” katanya.

Susulan kejadian itu, beliau menyeru penduduk Kota Tinggi yang begitu kuat menyokong Umno supaya menilai semula pilihan mereka dan mengalihkan sokongan kepada PR dalam pilhan raya umum ke-13 akan datang.

Sebagai kubu terkuat Umno Johor dan Umno Malaysia, tidak mustahil satu hari nanti Kota Tinggi boleh dirampas oleh PR terutama apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah tumbang di peringkat nasional.

Meninjau pandangan pemimpin Umno Kota Tinggi dan mereka yang tidak sebulu dengan Syed Hamid, mengatakan semua yang berlaku berpunca daripada Ketua Umno bahagian itu sendiri.

Sejak pertelagahan team ‘A’ dan team ‘B’ yang panas sejak Jun tahun lalu, sehinggalah kepada kemuncaknya apabila Syed Hamid hilang semua jawatan.

Ramai pemerhati politik juga mengakui dan menyifatkan, Umno Kota Tinggi sedang melalui jalan-jalan luka yang menyakitkan dan hitam.

Kepimpinan Syed Hamid dan sikap konco-konconya yang dibenci oleh sebahagian besar ahli membuatkan Umno bahagian itu berpecah.

Namun, barisan kepimpinan sedia ada daripada team ‘B’ dikatakan masih setia dibelakang Daing Malik A. Rahaman, yang sebelum ini mengetuai menjadi pencabar kepada Syed Hamid.

Seorang pemimpin pemuda Umno mendakwa, tindakan yang berlaku pada Februari lalu dan 5 Disember lalu itu sebenarnya didalangi oleh penyokong-penyokong Syed Hamid sendiri. Beliau tidak percaya tindakan itu dilakukan oleh penyokong-penyokong PR ataupun penyokong Daing Malik.

“Ini semua kerja orang yang sudah sah didakwa bersalah dan bersalah dalam Umno. Tindakan memburuk-burukkan pemimpin sendiri itu hanya provokasi mereka, dan membolehkan orang menuding jari itu semua kerja orang yang benci Rosleli dan Syed Hamid”

“Saya percaya, kami penyokong kumpulan Setiakawan tak buat kerja bodoh macam ini. Lihat sajalah nanti kalau polis berjaya siasat dan tahan mereka yang buat kerja bodoh itu.

Kami pun tak puas hati kerana ramai kalangan kami kena siasat akibat tindakan baling cat bulan Februari lalu” katanya.

Siasatan polis untuk kes pada bulan Februari lalu masih gagal menahan individu yang membaling cat berkenaan. Termasuk tindakan terbaru menconteng tembok itu. Polis dilaporkan ada menahan suspek, tetapi tiada bukti kukuh untuk menahan mereka yang disyaki itu.


UMNO Terdesak atau PKR Tersedak????


UMNO Terdesak

Semakin sukar untuk Malaysia menjadi sabuah Negara aman damai selagi Umno terus memerintah. UMNO bila tersepit mempergunakan isu kaum dan agama di negara ini.

UMNO yang ada hari ini tak sama dengan UMNO zaman Tunku Abdul Rahman dahulu yang lebih terbuka dan dihormati banyak pihak. Hari ini cara politik UMNO telah meluaskan jurang perbezaan kaum dan agama.

Jika UMNO dibiarkan terus memerintah, ia akan menyebabkan negara dan rakyat sentiasa dilagakan kerana kesempatan ini akan diambil oleh pemimpin mereka untuk mempolitikkan perbezaan kaum dan agama.

Kita tahu bukan semua ahli UMNO setuju dengan permainan politik seperti ini. Tapi kita juga tahu ada golongan dalam UMNO mahu orang Melayu mengangkat mereka menjadi wira pembela agama. Golongan ini melalui kuasa kerajaan telah melarang akhbar The Herald, yang hanya dijual di gereja-gereja Katolik saja, daripada menggunakan perkataan “Allah”, dan mereka yakin Mahkamah Rayuan akan “memperbetulkan” keputusan yang ada sekarang.

Kita mesti sentiasa waspada bila ada kumpulan menggelarkan diri mereka pembela agama dan Allah. Seperti kata Allahyarham Gus Dur, bekas presiden Indonesia dan pemimpin besar Nahdatul Ulama; Tuhan yang Maha Besar, Maha Agung dan Maha Berkuasa tidak perlu dibela, yang memerlukan pembelaan adalah manusia yang dianiayai dan ditindas.

Jadi bila ada kumpulan NGO yang dibiayai oleh UMNO ini berkumpul dan berteriak “Islam dinodai” atau “Selamatkan agama kita”, rakyat mesti berhati-hati dan perlu waspada tentang apa motif sebenar mereka.

Soal penggunaan perkataan Allah (God) atau Tuhan Allah (the Lord God) oleh orang Kristian Bumiputera di Sabah dan Sarawak mesti difahami dari perspektif sejarah pra-Merdeka dan sebelum mereka menyertai Malaya untuk membentuk Malaysia pada tahun 1963.

Semasa membaca doa di gereja, ramai penganut Kristian di sana tidak tahu berbahasa Inggeris; lagi pula mereka dari berbagai kaum seperti Iban, Kadazandusun, Bidayuh, Murut, Melanau, Kelabit, Kedayan dan sebagainya yang mempunyai bahasa dan dialek yang berbeza.

Jadi mereka memilih satu bahasa yang difahami semua pihak, iaitu Bahasa Melayu. Kitab Bible berbahasa Melayu yang mereka gunakan datangnya dari Indonesia. Bible mereka menggunakan perkataan Allah.

Sejak zaman-berzaman orang Islam di Sabah dan Sarawak tidak menghadapi apa-apa masalah tentang hal ini. Begitu juga orang UMNO di Semenanjung yang tak rasa sensitif. Kalau benar orang UMNO marah, mengapa isu ini tak timbul pada masa dahulu?

Mungkin kerana sebelum ini kuasa UMNO dan Barisan Nasional di Parlimen sangat kuat, maklumlah mereka ada 2/3 kerusi, iaitu boleh buat apa saja yang mereka suka. Sekarang banyak hal dengan tiba-tiba menjadi “sensitif”.

Ini kerana kedudukan politik UMNO sudah goyang. Persoalannya ialah, mengapa UMNO membenarkan nama Allah digunakan sejak sekian lama. Mengapa tidak arahkan semua doa dan percakapan dalam gereja supaya jangan guna nama Allah?

Bila orang bukan Islam diminta menyanyi Ya Allah Selamatkan Sultan Kami adakah mereka melakukan kesalahan? Mengapa hanya The Herald diharamkan daripada menggunakan perkataan Allah? Sudah tentu The Herald tidak akan menggunakan perkataan itu kalau penganut dan pembacanya menggunakan perkataan lain dalam ritual sembahyang dan doa mereka.

Jadi Perdana Menteri Najib dan Menteri Dalam Negeri Hishamuddin kena semaklah doa orang Kristian di Sabah dan Sarawak – jika didapati mereka menggunakan perkataan Allah, mungkin tindakan keras harus diambil.

Tapi sebelum mengambil tindakan keras, kena semak juga sejarah. Saya difahamkan bahawa pada abad ke-17 sudah ada perkataan Allah untuk Tuhan dalam kamus Melayu-Latin.

Allah juga disebut dalam kitab doa Katolik yang dibawa ke Tanah Melayu pada abad ke-19. Persoalannya, jika tindakan keras diambil, adakah ia akan membantu usaha dakwah Islamiah atau mencacatkan imej Islam semata-mata kerana ada orang tertentu mahu jadi wira agama tanpa kajian yang mendalam.

Para alim ulamak seluruh dunia Islam sudah lama menerima orang dari agama lain menggunakan nama Allah sebagai nama Tuhan. Antaranya yang diguna pakai oleh umat Kristian Koptik di Mesir dan Kristian di Lubnan, Palestin, Iraq dan beberapa negara umat Islam yang lain.

Sudah tentu ulamak-ulamak UMNO juga sedar perkara ini kerana mereka sudah jauh berjalan dan banyak pengalaman. Tak kan lah ulamak UMNO yang amat tinggi ilmu agama mereka buat-buat tak faham semata-mata nak “bersihkan” Islam dari segala unsur-unsur kaum, budaya dan agama lain.

Tak kan mereka tak sedar Bahasa Melayu kita masih lagi mengekalkan Bahasa Sanskrit dari asal usul Hindu untuk Islam seperti perkataan sembahyang, puasa, syurga, neraka, dosa, pahala dan sebagainya.

Kita telah ada cukup undang undang melarang sesiapa sekali pun yang berusaha untok menarik minat orang Islam kapada agama lain.

Ini larangan yang jelas. Kepercayaan kapada ajaran agama kita yang tulin adalah benteng untok kita memberhentikan mana mana usaha untuk membawa orang Islam keluar dari akidah Islam. Kalau ini belum cukup itu bererti pegangan agama kita lemah.

Siapa yang perlu disalahkan?


Pilihanraya Kecil Hulu Selangor...


Parlimen Hulu Selangor yang di wakili oleh Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad bakal dikosongkan. Pengumuman kekosongan dijangka di lakukan oleh DSAI dalam satu ceramah besar pada malam besok, demikian menurut Ketua Penyelaras PKR Rasa, Francis Xavier Subramaniam.

Dr Zainal yang kini sedang sakit, dipercayai telah pun menyerahkan surat perletakan jawatannya kepada DSAI, tetapi belum dapat dipastikan samada ianya telah diserahkan kepada Speaker. http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/48202-another-by-election-anticipated-in-selangor