MAFREL dakwa kesan unsur rasuah di Manek Urai

Badan pemantau pilihanraya, MAFREL, khuatir dengan amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh individu, jabatan, agensi kerajaan dan pelbagai pihak yang terlibat dalam kempen pilihanraya kecil DUN Manek Urai yang bermula semalam.

Sehubungan itu, MAFREL menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya "lebih menonjol dan menzahirkan kewujudannya di pilihanraya kecil tersebut".

Ketua Misi MAFREL bagi pilihanraya kecil Manek Urai, Dr Abdul Halim Yusof berkata, pihaknya sudah mengesan wujudnya unsur-unsur rasuah.

Oleh itu, katanya Mafrel berharap SPRM dapat bertindak lebih proakif dan mengambil langkah pencegahan.

"MAFREL mencadangkan SPRM mengambil tiga langkah segera dalam konteks pencegahan rasuah dalam pilihanraya kecil Manik Urai:

Mewujudkan pusat-pusat aduan yang beroperasi 24 jam yang khidmatnya merangkumi seluruh kawasan Manek Urai

Melancarkan talian hoteline, servis pesanan segera (SMS) dan emel untuk memudahkan orang ramai menyampaikan menyampaikan aduan secara cepat, mudah dan berkesan.

Meningkatkan kesedaran rakyat terhadap bahaya rasuah dalam pilihanraya dengan cara:

Mencetak poster, banner dan risalah untuk diedar di seluruh kawasan Manek Urai.

Menggunakan media massa secara meluas seperti radio, telivisyen dan akhbar.

"MAFREL yakin rakyat menaruh harapan penuh kepada SPRM supaya berani dan bertindak dengan lebih tegas bagi menguatkuasakan undang-undang mengikut bidang kuasa yang telah diberikan kepada SPRM.

"MAFREL sebagai badan bebas dan komited dengan agenda pembersihan rasuah dalam pilihanraya, bersedia untuk bekerjasama dan membantu SPRM secara bersungguh-sungguh dalam menangani gejala rasuah," tambahnya.

Dan kita seharusnya berusaha memerangi rasuah di pelbagai peringkat kerana hari ini GEJALA ini telah menjadi wabak dan virus ancaman kepada seluruh rakyat malaysia. Ramai pihak yang tertekan dengan amalan rasuah yang di bawa oleh pihak-pihak tertentu hinggakan ada yang merasakan tiada gunanya undang-undang dan Mahkamah di Malaysia kerana segala -galanya boleh di beli dengan Wang Ringgit. Ini jelas terbuktikan dengan beberapa siri pendedahan pihak-pihak tertentu terhadap beberapa agensi kerajaan dan ketua-ketua jabatan yang merupakan Perasuah Tegar semasa menjalankan tugas. Namun apa yang dikesalkan ialah sikap "Pilih Bulu" dan Berperang tak bertempat pihak berkenaan seperti SPRM dan sebagainya, telah menyebabkan gejala ini semakin liar dan akhirnya akan membelit diri sendiri jika tidak dihentikan dengan segera.

maLaySia TidaK AkAN Ade DadAh jiKA PeMBawa dADah tIDak rASuaH..

0 Response to

Post a Comment