Pendidikan Sekolah Agama di Johor.... Antara Nasib dan Masa Depan


Tahukah anda bahawa Kerajaan Johor diperingkat terakhir bagi memuktamadkan MOU dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi menyerahkan 22 SMA (Sekolah Menengah Agama) dan 8 Sekolah Rendah Bersepadu (SRAB) bagi mendapatkan status Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pengalaman buruk negeri-negeri yang telah menyerahkan sekolah agama mereka kepada KPM adalah KPM akan meminda silibus pendidikan sekolah agama selari dengan Akta Pendidikan 1996 dimana hanya ada satu subjek agama iaitu Arab Komunikasi. Dengan tiadanya subjek-subjek agama yang lain akan menyebabkan pelajar-pelajar keluaran SMA tidak layak lagi untuk melanjutkan pendidikan agama di Timur Tengah khususnya A-Azhar.

Pada tahun 1996, Kerajaan Negeri Johor telah mengambilalih Sekaolah Agama Rakyat (SAR) atas alasan kebanyakan SAR adalah daif dan banyak dipengaruhi oleh pembangkang sehinggakan bantuan kewangan perkapita tidak lagi disalurkan kepada SAR. Tetapi kenapa pula sekarang ini kerajaan negeri hendak menyerahkan sekolah-sekolah ini kepada KPM. Menurut maklumat yang diterima kekurangan kewangan sekolah agama termasuk menaik taraf gaji guru-guru agama adalah RM4 juta setahun. Kenapa kerajaan tidak menggunakan wang zakat untuk menampung kekurangan ini. Untuk pengetahuan pembaca Negeri Johor menerima tidak kurang dari RM100 juta wang zakat setahun, antara yang teringgi di Malaysia.

Satu pasukan penyelidikan telah ditubuhkan oleh Jabatan Agama Johor bagi mengkaji bagaimana memperkasakan pendidikan agama di Negeri Johor. Antara cadangan awal pasukan penyelidikan ini adalah memperkasakan SRAB iaitu menambah bilangan daripada 8 sekolah kepada 300 buah sekolah di Negeri Johor. SRAB ini juga dijangka akan dapat menyelamatkan Sekolah Agama Johor petan/pagi bilamana pendidikan satu sessi dilaksanakan oleh KPM diperingkat nasional. Pasukan penyelidikan ini juga mencadangkan penubuhan Universiti Islam di Johor. Tetapi disebabkan cadangan pasukan penyelidikan ini tidak selari dengan selera UMNO/BN maka pasukan penyelidikan ini telah dibubarkan ditengah jalan.

Atas keperihatinan di atas maka Pas Negeri Johor telah menghantar Memorandum Rakyat kepada YB. Dato’ Zainal, Exco Agama Negeri Johor bagi mempertimbangkan isi kandungan memorandum yang dihantar.

0 Response to Pendidikan Sekolah Agama di Johor.... Antara Nasib dan Masa Depan

Post a Comment