Calon BN di N9 Sudah dikenal pasti



Sudah tentu akan banyak projek bersifat "segera" yang akan ditenderkan dan ada juga "given jobs" yang dianugerahkan buat kroni-kroni. Mana-mana kontraktor yang ada menampal sticker Tuan Guru Nik Aziz yang ala-ala Metallica, dapatlah ditanggalkan segera. Takut pula terlepas Pesta Projek Segera yang jarang-jarang kunjung tiba.

Nak tergelak apabila Tuan Sofi (penulis blog Kerajaan Rakyat) mencadangkan agar Ziana Zain menjadi calon Barisan Nasional. Sesungguhnya, nama artis tersebut cukup hebat di PD suatu ketika dahulu. Sebab musababnya, SS sndiri pun tak berapa tahu @ (buat-buat tak tahu). Hehehehehe...

Sampaikan ada pulak desas desus yang katakan Ziana Zain akan diberi penghormatan untuk merasmikan satu acara rasmi di sebuah Hotel terkemuka di PD dan dipercayai Hotel tersebut mempunyai kaitan dengan beliau... Hmmmm tak tau la betul ke dokkkk..

Namun, Kawan2 SS juga merasakan bahawa Bibi Sharliza lebih layak untuk dicalonkan sebagai calon kerana..... ahhh..tak nak ceritalah.

Siapa tahu sebabnya, sila komen! Siapa tepat, SS belanja makan tengahari pada hari Ahad ni. Itupun kalau korang tak puasa la..

1 Response to Calon BN di N9 Sudah dikenal pasti

  1. Rasa-rasanya pernah dengar juga bunyi aaww,aaww kat PD tu, Tapi dah lupa la,bole ceritakan tak?
    takpe kwn belanja makan lepas ramadan nanti.ok

Post a Comment