Hari Raya Datang Lagi... Dulu Kini Dan Selamanya


SALAM EID MUBARAK kepada Muslimin dan Muslimat. Selamat bercuti kepada yang bukan Muslim.Bermaaf-maafanlah kita. Selamat menjamu selera. Tetapi jangan berlebihan. Selamat memandu. Kelajuan berbahaya. Tetapi ketidaksopananlah yang sering meragut nyawa.

Seri Perdana telah dibuka semula kepada pengunjung pada Hari Raya tahun ini. Ia ditutup selepas Tun Dr Abdullah Bedawi dan Tun Mahathir Mohamad meninggalkannya.

Eloklah begitu. Setidak-tidaknya bolehlah rakyat jelata merasa, walaupun buat seketika, berada di rumah paling berkuasa di bumi Malaysia.

Bila kita sudah dewasa, apatah lagi sudah tua, raya tidak lagi sama. Tidak semeriah seperti ketika kanak-kanak dan remaja.

Yang tinggal hanya kenangan mengenai kegembiraan mendapat sepasang kasut kulit pertama menggantikan kasut Foong Kiong dan Bata. Melecur tumit dimakannya.

Menjelang tengah hari, kasut tidak lagi di kaki. Terpaksa dijinjing atau disangkut atas bahu. Habis kotor seluar dan baju.

Di kampung-kampung sekitar tahun 1950an dan 1960an, jarang sangat orang melayu dapat berbaju Melayu. Orang dewasa lelaki lebih selesa berkain pelekat dan baju teluk belanga manakala wanita hanya berbaju kurung, kebaya atau baju kurung tak berapa nak pesen time tu...

Kanak-kanak berseluar dan baju biasa. Itu pun bagi yang mampu. Kalau tidak, pakaian sekolahlah digasak buat beraya. Bezanya pakaian seragam itu akan dikanji keras dan diseterika dengan “
side” yang tajam smpai boleh mencederakan si tuan rumah yang kedekut.

Duit raya kalau 10 sen sudah cukup sangat la time tu. Dua puluh atau 30 sen sudah macan kena loteri. Maklumlah kebanyakkan orang kita hanya bekerja sbagai penanam padi, penoreh getah, peneroka kecil-kecilan dan sebagainya.. jadi manalah ada bajet lebih.

Kalau boleh kumpul dua atau tiga ringgit dalam masa dua atau tiga hari sudah cukup hebat. Boleh joli katak ngan kwan-kwan. Tapi bagi yang tak beringat.... lebih suka berjudi "tikam-tikam" atau bermain "Tuding" (sejenis permainan duit paling popular dizaman kanak2 aku...) sebelum balik ke rumah.

(Joli ni kalau tak silap aku lahir daripada perkataan Inggeris “
jolly” yang bermaksud bergembira, tapi kita tukar jadi berbelanja besar atau boros. Memang kita pandai pinjam bahasa asing kemudian bagi maksud sendiri!)

Kita pun pergi warong kopi. Makan mi rebus kat kedai 30 sen. Tambah sotong jadi 35 sen. Air sirap 10 sen, ais kacang 15 sen. Ais kepai 10 sen meleleh hingga ke siku.... puhhhhh!!!! syoknya. Tapi bagi kengkawan yang bersiku buruk time tu... diaorang terpaksa la lencongkan lelehan tu ke lutut, sbb tak sanggup nk jilat siku yang buruk tu...

Nak tengok wayang kena ke Pekan. Naik basikal dekat 40 kilometer Panggung lama jenis terbuka jadi boleh tayang waktu malam saja. Hanya bilik tayangan (
projection room) dan layar ada bumbung. Nak tunggu masuk kawasan kampung lama sangat...

Dinding diperbuat daripada zing. Di keliling panggung banyak pokok. Ramai tengok percuma dengan panjat pokok tak pun landing bawah pokok dengan tikar separa koyak rabak. Surat khabar Utusan time tu standardnya untuk bungkus belacan dan alas kaki jer... tapi ada jugak yang buat dinding rumah macam "wall paper"

Bila dibina panggung baru di dalam kebun getah atau ladang sawit, baru ada tayangan siang hari. Bila tayangan hendak dimulakan, lagu tema filem
The Bridge Over River Kwai oleh David Lean dimainkan. Pastu kluarlah tok rimau mengaum sakan.

Dulu, hari-hari akhir Ramadanlah yang paling mencabar. Alang-alang iman pecah puasa sebab emak buat kuih bahhulu dan ketupat. Ayah pulak masak ketupat... apa lagi terus menyetan la tak puasa..

Budak-budak sekarang dah jinak. Ramai yang dari kindergarten lagi sudah belajar berpuasa. Kita dulu kuat curi tulang dan puasa yang yuk, pagi-pagi buka periuk.

Balasannya budak-budak sekarang mewah, duit raya sampai berpuluh ringgit dan pakaian dua tiga pasang. Tetapi kita kena ingat masih ramai lagi orang kita yang miskin, melarat dan menderita.

Beberapa malam lalu aku pergi minum teh di Johor. Malu jadi orang Melayu dan Islam. Ramainya orang Melayu/Islam mengemis, meminta sedekah daripada orang Islam dan bukan Islam.

Apa dah jadi dengan Kementerian Kebajikan. Adakah lagi kementerian macam itu? Apa dah jadi dengan duit zakat dan Baitulmal?

Di pasar pandan pula, tak senang duduk diganggu pengemis dari Negeri Cina. Apa dah jadi dengan kita?

Menteri sibuk cakap fasal KPI. Tapi nampak sangat negara kita dah balik jadi negara Dunia Ketiga. Malu.

Akhir kalam, aku sekeluarga ucapkan salam Aid ul-fitr khas kepada pembahas, “
followers” dan pembaca blog ini. Maaf zahir batin..

0 Response to Hari Raya Datang Lagi... Dulu Kini Dan Selamanya

Post a Comment