Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Sepatutnya Ditumbangkan......???
Mageran dan Kuala Lumpur
Salah satu langkah Mageran untuk mengekalkan negeri Selangor tidak jatuh ke tangan pembangkang(baca orang cina) ialah menyerahkan bandar Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan Malaysia pada 1 Febuari 1974. Ini sebagai langkah untuk membendung undi orang cina di Kuala Lumpur dari menpengaruhi keputusan Pru di negeri Selangor. Plan Mageran ialah supaya Selangor kekal dalam penguasaan Perikatan(BN) buat selama-lamanya. Manakala undi cina terbesar di Kuala Lumpur dapat dikawal dan tidak menjadi ancaman kerana Kuala Lumpur kini dibawah kuasa Kerajaan Pusat(Persekutuan). Seperti tuan-tuan sedia maklum, pengundi-pengundi di Kuala Lumpur(juga di Putrajaya dan Labuan) hanya mengundi sekali sahaja iaitu mengundi bagi kawasan Parlimen. Manakala saudara-saudara seMalaysia mereka yang lain mengundi 2 kali iaitu bagi kawasan Parlimen dan DUN(Dewan Undangan Negeri).
Mageran dan Ketuanan Melayu
Sifir itu tidak menjadi pada Pru ke 12 yang lalu. Pada 8 Mac 2008, negeri Selangor ditawan oleh Pakatan Rakyat. Pak Lah terkejut. Najib tidak terkejut. Ada sumber lain mengatakan bahawa Task Force 2010 sudah bermula sebelum Pru ke 12 lagi. Untuk makluman, Mageran yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei, dikuasai oleh 3 orang. Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan Ghazali Shafie telah membawa Mageran lebih berkuasa dari Kerajaan Pusat lalu memberi tekanan kepada Tunku Abdul Rahman. Lalu Tunku berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pemerintahan mereka bertiga melalui Mageran telah memulakan rancangan pengukuhan Agenda Melayu. Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan. Jelas, "Peristiwa 13 Mei " dikambinghitamkan bagi membolehkan mereka bertiga yang mengawal Majlis Gerakan Negara dan memegang tampuk kuasa. Di kala itu juga, kelas aristokrat lama UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah ditenggelami oleh elit Melayu baru yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak. Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri kita sekarang telah merintis jalan yang telah dilalui oleh bapanya.
Usaha menawan Selangor dari Pakatan Rakyat
Najib menubuhkan Task Force 2010 sepertimana bapanya menubuhkan Mageran pada tahun 1969. Najib mahukan negeri Selangor sebagai usaha beliau menebus kegagalan Mageran yang diusahakan oleh bapanya. Objektif Mageran ialah walau apa pun terjadi, negeri Selangor wajib dikuasai oleh Perikatan(sekarang Barisan Nasional). Najib melalui Task Force 2010 pada waktu ini adalah melaksanakan wasiat bapanya iaitu menawan Selangor dengan apa cara sekalipun.
Rancangan Task Force 2010 adalah menawan negeri Selangor pada bulan November 2009 iaitu bulan ini. Ini melalui usaha kemasukan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang diketuai Hasan Ali untuk bergabung dengan BN. Hasan Ali sudah menjanjikan sejumlah nama yang sedia bersama-sama beliau bagi membentuk kerajaan baru di Selangor atas nama kerajaan Barisan Nasional. Hasan Ali dan adun-adun lain tidak akan meninggalkan parti masing-masing. Mereka cuma bertindak membentuk kerajaan baru tetapi didalamnya ada 20 adun dari MCA dan UMNO. Hasan Ali dijangka menjadi Menteri Besar baru negeri Selangor. Tetapi rancangan tersebut tertangguh apabila TG Nik Aziz dapat memintas plan tersebut lalu mencadangkan EGM bagi Parti PAS. TG Nik Aziz hanya berjaya 'slow down' misi TF 2010 di Selangor tetapi agenda TF 2010 terus berjalan. Kes Teo Beng Hock, kepala lembu, arak, selcat dan lain-lain adalah agenda Task Force 2010 bagi misi khas di negeri Selangor. Terbaru isu tangkapan tanpa tauliah mengajar Dr. Asri atau lebih dikenali sebagai Maza.
Pengalihan fokus publik
Semalam, Najib mengeluarkan mesej diplomasi bagi usaha terakhirnya mengajak pemimpin Parti PAS menerima plan agenda Task Force 2010 iaitu "Unity Government". Jika tidak plan B akan dijalankan melalui SPRM. Sebagai mengalih tumpuan dan fokus pencandu-pencandu politik, isu negeri Perak dan isu tangkapan Dr. Asri(Maza) mantan mufti Perlis dimainkan. Walhal keputusan negeri Perak telah ditentukan. UMNO/BN tidak akan melepaskan begitu sahaja negeri Perak. Bagi isu tangkapan Dr.Asri(Maza), ini adalah isu serampang dua mata. Pertama sebagai menunjukkan kecelaruan dan huru-hara dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. TS Khalid Ibrahim dilihat tidak upaya menangani agensi-agensi kerajaan negeri yang dibawah kawalannya. Najib Tun Razak dan Hasan Ali saling bahu membahu menampakkan kegagalan TS Khalid Ibrahim dan juga menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai MB Negeri Selangor.
Itulah statement Hasan Ali bila ditanya tentang penangkapan Maza. Memang Hasan Ali tidak bercakap direct tetapi secara tersiratnya dia dah tahu dan memang mahu Maza ditangkap dan dimalukan. Jais berada dalam pengaruh dan kawalan Exco Agama Selangor iaitu satu jawatan yang disandang oleh Hasan Ali. Manakala Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menyambutnya dengan statement ini :
Kedua sebagai mengalihkan fokus rakyat dan menjadikan Maza sebagai celebrity baru rakyat Malaysia. Tumpuan rakyat beralih kepada Maza. Sedangkan isunya adalah kecil. Fokus kepada beliau yang berlebihan menyebabkan rakyat lupa tentang plan Task Force 2010 di negeri Selangor dan juga lain-lain isu seperti rasuah, kemiskinan dan kemelaratan rakyat Malaysia yang melata di negara ini.
Maza menjadi rebutan
Maza juga dilihat sebagai pemain import bolasepak yang akan mengharumkan nama pasukan yang bakal disertainya. Memang ada usaha-usaha khas dari pihak UMNO dan PAS bagi membawa masuk bekas mufti Perlis ini ke dalam parti masing-masing. Buat masa ini, kita lihat bagaimana usaha-usaha terakhir Task Force 2010 untuk merampas negeri Selangor bagi memenuhi wasiat Tun Razak, bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang. Jika saudara menerima amanah wasiat dari ayahanda saudara, adakah saudara melaksanakannya dengan main-main ??
0 Response to Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Sepatutnya Ditumbangkan......???
Post a Comment