Setiausaha PKR Bahagian Ledang Meninggal Dunia ketika minum teh bersama CJM


MUAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Ledang, Jaafar Ahmad meninggal dunia ketika sedang minum teh bersama-sama dengan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng hari ini.

Jaafar, 60, yang baru dilantik menjadi setiausaha bahagian Ledang dua mingggu lalu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang minum bersama-sama Chua dan beberapa orang rakannya yang juga pemimpin PKR di Hotel Traders pada pukul 6.15 petang tadi.

Ketua Penerangan PKR bahagian Ledang, Nah Budin berkata, allahyarham dijadualkan menjalani satu pembedahan di Insitut Jantung Negara esok.

"Kami sedang berbual sambil minum teh apabila Jaafar tiba-tiba jatuh dan berhenti bernafas.

"Kami turut sedih atas pemergiannya secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel berkenaan pada Isnin.

Nah berkata, Chua dan beberapa pemimpin PKR yang bersama dengan Jaafar pada ketika kejadian sepatutnya menghadiri majlis makan malam anjuran parti DAP selepas itu.

0 Response to Setiausaha PKR Bahagian Ledang Meninggal Dunia ketika minum teh bersama CJM

Post a Comment