2012 Johor nak Lawan Pahang atau nak jadi macam Pahang?


Mengejutkan! Sebagai salah sebuah negeri yang dianggap maju di Malaysia dengan jumlah pelaburan berbilion setahun, kenyataan di atas mungkin disangka keterlaluan. Tetapi inilah realiti yang harus diterima oleh rakyat johor.

Bagaimana Johor boleh muflis? Antara penyebabnya ialah hutang Johor Corporation (JCorp) yang berjumlah RM 4.032 billion.

Apa kaitan JCorp dengan kerajaan Negeri Johor? JCorp merupakan salah sebuah GLC dalam kerajaan negeri.

Bagaimana hutang JCorp boleh menyebabkan Johor muflis? Pada 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 billion dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam sidang DUN Johor 8 September 2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 adalah RM3.58billion!

Bolehkah JCorp membayar hutangnya menjelang 2012? Keuntungan sebelum cukai JCorp adalah lebih kurang RM600 juta setahun. Diulang "sebelum cukai". Ini bermakna menjelang 2012 , dijangkakan JCorp hanya akan mampu menyediakan RM1.5 billion bagi menebus bayar bon.

Apa implikasi kepada kerajaan negeri? Sebagai penjamin, kerajaan negeri harus menanggung beban hutang JCorp yang tidak mampu dibayar sebanyak RM2 billion. Kegagalan untuk berbuat demikian, kerajaan negeri boleh diheret ke mahkamah dan diisytiharkan MUFLIS!

Bolehkah kerajaan negeri menampung hutang JCorp sebanyak RM2 billion? Dengan keadaan belanjawan defisit (perbelanjaan melebihi pendapatan) yang dialami oleh kerajaan negeri dan nisbah kecairan tunai yang kecil sekitar RM201.53 juta (tunai RM36.37 juta & pelaburan RM165.16 juta), untuk menampung kos pentadbiran sahaja kerajaan negeri dijangkakan mampu bertahan selama 3 bulan.

Apakah cara atau jalan yang digunakan oleh kerajaan BN Johor bagi menyelamatkan keadaan? Menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik rakyat Johor. Antara hartanah yang dipercayai telah dijual ialah:
1. Menara Pejabat Plaza Kotaraya dijual kepada Iskandar Investment Berhad (IIB)
2. Tapak CIQ Stulang juga dijual kepada IIB
Malah jika anda sering melalui jalan Kota Tinggi - Bandar Tenggara, anda mungkin perasan papan tanda Johor Tenggara Oil Palm (JTOP) telah digantikan dengan papan tanda Tradewind. Apakah ini juga bermakna JTOP juga telah dijual?

Selepas ini apa pula yang akan dijual? Aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah dan pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN!



EXCLUSIVE-Lagi Gambar Pernikahan Ihsan Anak Lelaki Anwar Ibrahim Saudara Kepada Saiful Bukhari



SUMBER BERITA www.papagomo.com

Blogger pro Pakatan Rakyat atau Pro Anwar Ibrahim dituntut untuk menyangkal kenyataan "PAPAGOMO" sekiranya anda yakin dengan perjuangan anda.
Artikel ini bersifat original dan tiada unsur pengubahsuaian sama sekali...





Ihsan & Shaheeda
Gambar Diperolehi
dari Sumber Dalaman PKR

Malam tadi MD Ihsan satu satu nya anak lelaki tunggal dalam keluarga Anwar Brahim selamat diijabkabulkan dengan pasangan nya Shaheeda di Damansara. Majlis yang sederhana dan hanya keluarga terdekat sahaja yang di jemput ini dibuat atas permintaan Ihsan sendiri.( KLIK DISINI) Dengan sekali lafaz sahaja Ihsan SAH menjadi suami kepada isterinya Shaheeda.

Gomo mengucapkan semoga pernikahan
Ihsan dan Isterinya berbahagia
sehingga ke anak cucu.

Pernikahan antara Ihsan dan Shaheeda ini juga secara tidak langsung telah menjalinkan satu hubungan persaudaraan di antara Anwar Ibrahim dan juga Saiful Bukhari. Keluarga Shaheeda isteri Ihsan merupakan saudara kepada keluarga sebelah Bapa Saiful Bukhari. Saiful juga ada menceritakan sedikit sebanyak bagaimana dia bersaudara dgn tertuduh melalui Facebooknya. Menurut beliau:

"Alhamdulillah, sahabat saya, Ihsan Anwar(anak pd tertuduh) selamat di ijab kabulkan dgn sekali lafaz sbtr tadi. Beliau bertunang seminggu selepas saya. Semoga berkekalan hingga ke akhirat.. p/s: menurut pak cik saya, "bersaudara jauh" lah kami melalui pernikahan ini."

Kenyataan dari Saiful bukhari ini bukanlah kenyataan yang direka reka namun inilah kebenaran dan Kuasa Allah yang Maha Besar dalam kehidupan seharian kita. Sejauh mana kita membenci mahupun membuang seseorang itu pastinya akan kita di rapatkan lagi dengannya.

Semoga Persaudaraan diantara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari tidak menjejaskan perjalanan Kes Liwat antara mereka berdua ini yang akan berlangsung pada 25hb Jan 2010. Untuk makluman Anwar Ibrahim masih belum lagi menfailkan rayuan nya berhubung keputusan Mahkamah yang telah menolak rayuannya untuk menGUGURkan kes sebelum bicara.

Buat keluarga Anwar Ibrahim, Gomo mengucapkan Tahniah diatas bertambahnya anggota keluarga anda dan di harapkan Anwar Ibrahim menerima hakikat bahawa kuasa Allah itu lebih Besar dari watak yang di mainkan nya itu.

Psssttt..Gomo tersentak bila mana Anwar telah menjadi saudara kepada Saiful. Kuasa Allah sungguh Besar sekali. Allah Maha Besar

PAS ITU MELAYU
UMNO ITU ISLAM

ANWAR AL-JUBURI HARUS BERTAUBAT

Bajet 2010 - MP Pakatan Rakyat Membuatkan 1Malaysia Menangis Siang dan Malam Menanggung Derita


Ketika menanti temu janji di ibu negara malam tadi, seorang Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat (PR) dengan tenang berkata, “kita kalah tipis untuk menolak Bajet 2010.”

“Ini peluang terbaik, jika tidak esok kita akan ada Menteri Kewangan yang baru. Kami kurang bernasib baik.” Sambung wakil rakyat berkenaan.

Apabila mengulas lanjut, anggota Dewan Rakyat itu memberitahu, jika ucapan bajet ditolak bermakna ia petanda undi tidak percaya terhadap kerajaan.

Jika ia berlaku pihaknya boleh akan menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan agar diberi peluang bagi membentuk kerajaan baru. Mengambil kira pandangan beliau memang ia menjadi amalan House of Commons.

Ia biasanya mudah dilakukan apabila sesebuah kerajaan mempunyai majoriti mudah atau tipis. Malah ia juga akan melibatkan siri proses yang rumit.

Dalam keadaan semasa Barisan Nasional (BN) masih ada majoriti besar walaupun bukan dua pertiga di Dewan Rakyat. Walau apa pun kemungkinan-kemungkinan itu tidak boleh ditolak begitu sahaja.

Pokoknya apa yang berlaku semalam merupakan satu lagi senario politik yang tidak pernah disangkakan oleh mana-mana pihak bahawa apa yang lazimnya kita saksikan berlaku di luar negara juga boleh menjadi realiti di Malaysia.

Ini sebahagian kesan landskap politik baru di Malaysia.

Tahun lalu ada diutarakan idea supaya dikaji kemungkinan agar sidang Parlimen diadakan sepanjang tahun. Bukan setiap hari tetapi lebih kerap berbanding sekarang, yang diadakan pada jumlah hari tertentu yang bilangannya kecil dalam selang beberapa bulan.

Apabila pandangan itu dikemukakan oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat ia tidak mendapat respons menggalakkan. Akhirnya idea itu terkubur begitu sahaja. Mungkin ada kebenaran mengapa idea tersebut ditolak begitu sahaja termasuk oleh sebahagian besar wakil rakyat yang dipilih menganggotai Dewan Rakyat.

Selepas kira-kira setahun alasan mengapa idea tersebut ditolak terbukti benar. Situasi yang dialami oleh BN dan PR malam tadi dengan sendirinya mencerminkan sebab kepada penolakan tersebut.

Buat julung kali sesuatu bajet diluluskan dengan majoriti tipis. Bajet 2010, yang merupakan belanjawan sulung buat Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri hampir-hampir ditolak. Boleh dikatakan bahawa nasib menyebelahi Najib selaku Pengerusi BN.

Pada Oktober 2008 Najib yang dilantik sebagai Menteri Kewangan telah membentangkan bajet pertamanya sebagai ketua perbendaharaan.

Pada tempoh masa yang sama tahun lalu kepimpinan BN mengambil langkah cukup berhati-hati ini apabila sebaik sahaja Projek 16 September Anwar gagal mencapai kenyataan.

Keseluruhan jentera begitu cermat dalam menghadapi cabaran sidang Parlimen.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Ahli Parlimen menerusi pilihan raya kecil Permatang Pauh. Dua hari selepas dipilih sebagai Ahli Parlimen beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Rakyat iaitu akhir bulan Ogos — dua hari sebelum Bajet 2009 dibentangkan.

PR meneruskan strategi untuk terus menjayakan Projek 16 September mereka dengan mencuri ruang yang sama yang dialami semalam.

Disebabkan BN berwaspada dengan kemungkinan-kemungkinan tersebut suasana cemas dilalui semalam telah dapat dielakkan.

Selepas setahun semua pihak terlupa. BN gagal mengambil langkah berwaspada. PR pula gagal dalam menyuntik semangat tahun 2009.

BN terselamat manakala PR keciciran peluang.

Seorang Ahli Parlimen dari DAP yang dihubungi memberikan pandangan beliau bahawa mereka sepatutnya berjaya dalam menolak Bajet 2010.

Beliau memberikan beberapa senario. Antaranya sesi penggulungan peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri, yang disempurnakan oleh timbalan menterinya sengaja dilewatkan bagi membolehkan kehadiran beberapa wakil BN termasuk Najib sendiri yang menghadiri satu majlis di ibu negara — kira-kira 15 kilometer dari bangunan Parlimen.

Selain itu katanya, Speaker Dewan Rakyat mengambil giliran bagi membolehkan dua timbalannya mengundi. Kedudukan mereka sudah cukup untuk mengimbangi kehadiran wakil rakyat PR.

Apa pun dia mengakui kesilapan dan kelemahan di pihak PR sendiri yang tidak bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. PR mempunyai 82 wakil dan tiga wakil Bebas.

Bermakna ada 19 wakil PR tidak berada di Dewan Rakyat ketika Bajet 2010 dibacakan buat kali ketiga.

Wakil DAP ini juga berpendapat sebahagian wakil PR merupakan muka-muka baru yang masih belum memahami selok belok perjalanan Parlimen. Mereka datang ke Parlimen untuk tujuan mencatatkan kehadiran dan tidak serius dalam urusan perbahasan.

Malah itu juga masalah di sebelah BN.

Di pihak BN yang mempunyai 137 wakil di Dewan Rakyat, jika hanya 66 orang mengundi bermakna seramai 71 orang tidak berada semasa kehadiran sangat diperlukan semalam.

Ini termasuk sebahagian anggota Kabinet sama ada menteri ataupun timbalan menteri. Di manakah mereka ketika itu?

Pada Julai lalu, BN juga berhadapan dengan suasana cemas seperti itu semasa membahaskan Rang Undang-undang DNA di peringkat jawatankuasa. Pada satu peringkat ia diluluskan dengan perbezaan satu undi.

Mengambil kira perkembangan masa lalu, BN dan PR masih belum belajar daripada pengalaman-pengalaman lama.

Ketika Najib sedang membuat penilaian Indeks Prestasi Utama (KPI), beliau mempunyai alasan kukuh untuk berbuat sesuatu yang drastik — sama ada menggugurkan mereka daripada Kabinet ataupun tidak menurunkan semula ketika pilihan raya umum akan datang.

Begitu juga bagi PR. Ini antara indeks yang boleh digunakan sebagai kad penilaian.

Malangnya, kita sentiasa lupa dan terus lupa. Jika pemimpin BN dan PR boleh terlupa apa yang berlaku kira-kira setahun yang lalu, apakah ia akan dijadikan panduan dan peringatan apabila pilihan raya umum ke-13 dipanggil dalam waktu terdekat ini? -G.Manimaran

Cakapnya berdegar-degar tetapi tidak berakhlak/berdisiplin. Mutu kerjanya tahap Pak Lah. Itulah hakikat yang ada pada ahli parlimen Pakatan Rakyat!

Mereka ini perlu bertanggungjawab menjelaskan kepada para penyokong mereka sebelum mereka dihumban keluar dari parlimen di dalam pilihanraya akan datang:

Kwsn Kerusi Parti


Nama
P008 Pokok Sena PAS Mahfuz Omar
P016 Baling PAS Taib Azamudden
P043 Bagan DAP Lim Guan Eng
P046 Batu Kawan DAP P. Ramasamy
P049 Tanjong DAP Chow Kon Yeow
P050 Jelutong DAP Ooi Chuan Aun
P051 Bukit Gelugor DAP Karpal Singh
P052 Bayan Baru PKR Zahrain Mohamed Hashim
P057 Parit Buntar PAS Mujahid Yusof Rawa
P058 Bagan Serai PKR Mohsin Fadzli Samsuri
P094 Hulu Selangor PKR Zainal Abidin Ahmad
P098 Gombak PKR Mohamed Azmin Ali
P101 Hulu Langat PAS Che Rosli Che Mat
P103 Puchong DAP Gobind Singh Deo *
P109 Kapar PKR Manikavasagam Sundaram
P121 Pantai Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
P122 Seputeh DAP Teresa Kok Suh Sim
P124 Bandar Tun Razak PKR Abd Khalid Ibrahim
P171 Sepanggar SAPP Enchin Majimbun @ Eric
P190 Tawau SAPP Chua Soon Bui

Perancangan Sulit Muhyiddin Yassin GAGAL!!!!!


MUHYIDDIN nampaknya semakin hilang arah dan pedoman. Semua yang dilakukannya tidak pernah berjaya dan beliau sebenarnya satu-satunya TPM yang tiada ketokohan langsung di dalam sejarah politik negara ini. Inilah kualiti pemimpin yang diangkat oleh Umno untuk dijadikan pemimpin mereka walaupun mereka sedar Muhyiddin sepanjang rekodnya sebagai MB Johor dan juga sebagai Menteri dan kini sebagai TPM tiada apa pun yang berjaya beliau lakukan untuk dikenang oleh rakyat jelata.

Memang sesuai beliau diregukan dengan Najib kerana Najib juga tiada kebolehan sebagai seorang PM melainkan Najib berjaya sedikit sebagai Menteri Pendidikan dan juga Menteri Pertahanan suatu ketika dahulu. Sebagai PM, Najib langsung tiada kredibiliti baik dari segi kepimpinan, wawasan jauh sekali dalam aspek moralnya. Justeru itu, kita tidak hairan negara kita sekarang tidak lagi disegani dan dihormati oleh jiran-jiran terdekat kita.

Muhyiddin pernah berjanji untuk menyelesaikan krisis di dalam MCA dalam tempoh seminggu. Sekarang sudah berapa minggu? Selesaikah masalah di dalam MCA? Bukan MCA yang tidak lagi selesai, bahkan MIC dan juga PPP masih kelam kabut Muhyiddin gagal menangani krisis di dalam parti komponennya sendiri dan MCA langsung tidak mempercayai kebolehan beliau untuk menyelesaikan krisis yang semakin rumit itu. Mudah kata, Muhyiddin gagal menunaikan janjinya.

Terbaru pula, Muhyiddin mengumumkan bahawa Umno akan melancarkan Program Raksasa `Umno Juara Rakyat' bagi memenangi hati pengundi Melayu. Mungkin beliau sudah merasa bosan dengan parti MCA dan MIC juga PPP yang tidak mahu mendengar pandangannya. Beliau cuba pula dengan program baru ini yang akan dilancarkan mulai bulan depan dan berterusan sehingga Pilihanraya Umum Ke 13. Program ini kononnya untuk menunjukkan kepada orang-orang Melayu betapa Umno ini adalah juara memperjuangkan nasib orang-orang Melayu dalam aspek ekonomi, pendidikan, sosial, belia dan sebagainya. Tidak tahu lah kita adakah agama juga akan diperjuangkan oleh Umno. Jika agama pun termasuk dalam perjuangan parti sekular yang bersemangat kebangsaan ini, nampak sangat lah besar temberangnya.

Apa pun kita lihat lah nanti program terbaru ini berjaya atau tidak. Paling kuat pun saya rasa program ini diwar-warkan begitu hebat melalui media balaci mereka untuk menunjukkan program ini berjaya. Kita bukan tidak tahu, tanpa wang melimpah dan tanpa media serta jentera kerajaan, Umno tidak mampu bergerak sedikit pun. Apa kebolehan Muhyiddin yang dapat kita lihat cuma satu iaitu beliau mampu bercakap tanpa menggunakan akal tidak seperti TPM yang terdahulu. Beliau bercakap tentang DS Anwar pengkhianat Melayu, kemudiannya bercakap Tok Guru Nik Aziz mengajar ajaran sesat. Itu lah kebolehan Muhyiddin.

Usahkan parti komponen Bn yang tidak menghormati beliau, menteri kabinetnya sendiri tidak lagi segan kepadanya. Jika tidak percaya tanya Nazri Aziz. Tidak hairan nanti dalam pemilihan Umno akan datang, Muhyiddin akan ditolak oleh ahli-ahli Umno. Masalahnya, siapa yang lebih cerdik dari beliau yang ada dalam Umno untuk menggantikannya? Mungkin Umno perlu melantik Ibrahim Ali atau Ezam kot....


Kos Pembedahan Di IJN - Pej MB Perak mampu sumbangkan RM 50 aje..




IPOH - Hasrat dua beradik untuk belajar di sekolah dan mendapat pendidikan sama seperti rakan yang lain tidak kesampaian berikutan keluarganya hidup dalam keadaan serba daif.

Mohamad Faizal Zulkarnain Mohamad Ibrahim, 12, dan adiknya, Siti Mariatun, 10, difahamkan tidak pernah menjejakkan kaki ke alam persekolahan kerana masalah kewangan yang membelenggu kehidupan mereka sekeluarga.



Bapanya, Mohamad Ibrahim Mohamad, 53, dikatakan tidak lagi bekerja kerana menghadapi masalah kesihatan iaitu sakit jantung, manakala ibu mereka, Maimon Salim, 51, pula suri rumah sepenuh masa dan terpaksa menghabiskan banyak masa menjaga suami yang uzur.

Sementara itu, Mohamad Ibrahim berkata, sebelum ini dia pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah agensi di Putrajaya, Kuala Lumpur selama hampir 10 tahun. Bagaimanapun, pulang ke Ipoh sekitar 2001 kerana menghadapi masalah keluarga khususnya menjaga kedua ibu bapanya yang uzur.

“Di Ipoh, saya bekerja di pelbagai agensi dan sekitar 2005 ketika bertugas di Bangunan Persekutuan, saya telah jatuh pitam dan dimasukkan ke wad. Dari situ saya diberitahu mengidap masalah jantung menyebabkan saya tidak dapat lagi bekerja,” katanya.

Dia pernah juga cuba untuk bekerja, tetapi hanya mampu bertahan selama beberapa hari kerana sering kali pitam di tempat kerja. Setiap dua hari seminggu, dia berulang alik ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan rawatan susulan.

“Saya dimasukkan ke wad beberapa kali sebelum ini akibat masalah jantung dan komplikasi masalah kesihatan lain,” katanya.

Dia turut meminta agar Institut Jantung Negara (IJN) segera mengeluarkan surat berhubung keadaan dirinya yang perlu menjalani pembedahan jantung pada 6 Januari tahun depan.

Katanya, tanpa surat itu, dia sukar mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana pihak kerana kurang yakin dengan dokumen berhubung dirinya yang mengalami masalah sakit jantung.

“IJN hanya menghantar kepada kami satu borang senarai semakan perkara yang diperlukan bagi menghadapi pembedahan itu. Saya juga pernah meminta IJN agar mengeluarkan surat rasmi bagi memudahkan mereka memohon bantuan kewangan, tetapi IJN pula menggesa saya menyerahkan surat sokongan daripada pihak tertentu khususnya daripada Menteri Besar bagi menguatkan permohonan mendapatkan surat berkenaan.

“Kerana terlalu sukar untuk saya mendapat bantuan daripada pihak berkenaan, saya juga pernah mengajukan perkara ini kepada istana. Hasilnya pegawai istana mencadangkan agar perkara itu diajukan terlebih dahulu kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar.

“Bagaimanapun, ketika mengajukan perkara itu ke pejabat Menteri Besar baru-baru ini, saya tidak dibenarkan berjumpa, namun hanya dihulurkan wang RM50, selain diminta beredar dari pejabat berkenaan,” katanya kesal.

(Inilah dia contoh pemimpin 1Malaysia : Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan...Zambry Kadiaq)

Menurut Maimon, bagi menyara kehidupan sekeluarga, mereka hanya bergantung hidup dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM155 sebulan.

Katanya, dengan wang sebanyak itu, keluarga berkenaan menyara hidup seperti membayar sewa rumah RM40 sebulan, makanan dan keperluan harian lain.

“Saya merayu kepada pihak berkenaan khususnya IJN agar segera mengeluarkan surat rasmi berhubung masalah penyakit jantung yang dihadapi suami, selain menyatakan jumlah perbelanjaan sebanyak RM25,000 yang perlu dibayar bagi menanggung kos pembedahannya.

“Saya hanya mahukan keselamatan suami saya terjamin, tolonglah selamatkan suami saya,” katanya.

Bagi orang ramai yang hendak menghulurkan bantuan kepada keluarga ini boleh berbuat demikian menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 10160-29-0000010254 atas nama Mohamad Ibrahim bin Mohamad atau menghubunginya di talian 017-505 0337.


Oh Melayu....


Orang Melayu merasakan diri mereka tuan di Malaysia,itupun akibat daripada undang2 dan perlembagaan yang menjadi tempat perlindungan yang membuatkan orang Melayu rasa selamat.Padahal jika kita bukak mata luas-luas dan tengok sekeliling,kita akan nampak ada Wisma Ah Beng,Kedai Ah Meng dan Pusat Perniagaan Chow Sing Chi.

Jarang kita nampak Wisma Ahmad bin Abdul Rahman atau Bangunan Perindustrian Shamsul.Astro milik Ananda Krishnan dan Air Asia milik Tony Fernandez .Kenapa?

Adakah kerana orang Melayu merasakan sekadar berkuasa dan mengawal selia sambil makan duit cukai orang2 kaya itu sudah cukup?

Untuk mengenal pasti di mana tahap sesebuah bangsa itu,pada aku,aku selalu nilai daripada "golongan-golongan" yang tak berapa berjaya dalam hidup.Maksud aku,mereka yang tak tentu arah,yang tak habis sekolah dan jahat.Cuba tengok golongan samseng Melayu dan samseng Cina.Apa yang diorang buat?

Samseng Melayu :
1. Pau duit orang tepi jalan
2. Pecah rumah dan curik kecil-kecilan
3. Try pau duit kat Puduraya dengan alasan duit tambang tak cukup
4. Curik besi
5. Ambik upah pukul orang
6. Jual dadah kecil-kecilan

Samseng Cina :
1. Jual DVD
2. Jual pelacur
3. Jual orang
4. Join perniagaan haram
5. Pukul orang kalau perniagaan kena kacau
6. Join perniagaan halal

Aku selalu rasa benda ni adalah perbezaan paling ketara kenapa orang Melayu masih lagi berada pada takuk yang sama.Orang Melayu selalu berfikir,sikit-sikit cukuplah,jadilah banyak tu.Asal dapat sket jadilah,memadailah.Daripada golongan yang paling rendah sehinggalah ke golongan yang atas,orang Melayu majoritinya mempunyai satu matlamat yang sama,fikir untuk hari ini,esok-esok lain cerita.

Sebab itu daripada segala benda dalam kehidupan contohnya perancangan keluarga,perbelanjaan kewangan dan segalanya,orang Melayu terlalu mundur ke belakang.

Fikirkanlah,orang Cina tidak ramai yang mengimpikan dapat menghantar anak mereka masuk ke IPTA tempatan kerana mereka tahu peluang mereka tipis.Tapi ramai yang dapat menghantar anak-anak mereka ke IPTS tempatan dan juga luar negara tanpa perlu menjadi mangsa PTPTN.Ini bukan golongan yang kaya dan berkuasa,mereka yang biasa pun mampu.Member aku,bapak takde,mak kerja biasa aje tapi dapat hantar dia pergi oversea dengan duit sendiri.

Aku akan ingat ayat yang dia cakap kat aku ni sampai bila-bila,"Can save more money lah if didnt go there.I was hoping boleh enroll masuk local IPTA tapi u understand la the situation....but my mom insist I go oversea if cannot get local IPTA.She said she could afford it."

Kita?Mampukah bangsa Melayu berbuat sedemikian?Yang mampu hanyalah golongan yang "ada pangkat" dan "ada gelaran" kan?

Jadi,fikir untuk long term.Takde gunanya kita bahagia sehari dua kemudian 10 tahun kita merana.Generasi muda orang Melayu kena berubah.Mungkin orang2 tua takkan setuju dengan kita.Mungkin Mahathir takkan setuju dengan perubahan.Mungkin kerajaan takkan suka orang Melayu muda tak sealiran dengan cara pemikiran diorang.

Tapi,sampai bila orang Melayu nak macam tu?Kita masih lagi mengamalkan pemikiran zaman sebelum Merdeka."Nak selamat,masuk aje kerja Government.Senang.Terjamin masa depan."

Nasihat yang dah lapok dek hujan dan habis lekang dek panas.Atas sebab nasihat macam tu la tak ramai orang Melayu yang berani berniaga dan kita sedang merasai akibat daripada mentaliti tersebut


BTN dan rahsia disebalik Highway PLUS


Seingat aku, benda ni aku pernah cerita masa bulan April 2008, tak sangka pulak sekarang ni dah kecoh satu DUNIA pasal BTN. So nak ke tak nak, aku published ajelah buat ada-ada....

Hari ini,aku layanlah video ucapan Anwar Ibrahim pada 14 April dulu sampailah bila mana pihak polis datang menghentikan ceramah kerana ketakutan.

Banyak benda yang disampaikan malam tu. Hint2 bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru nanti,Datuk Seri Wan Azizah Ismail iaitu isteri DSAI juga diberitahu.Entah lah konfem atau tidak wllahuallam.Setuju atau tidak rakyat Malaysia menerima wanita sebagai seorang pemimpin tidak diketahui lagi.Aku pun tak tahu apa nak rasa,nak sokong pun tak nak tolak pun tak.Tengok lah dulu macam mana perkembangan.

Dalam ceramah tu,DSAI ada menyebut pasal Kursus Biro Tatanegara di mana boleh dikatakan majoriti kursus kini lebih kepada mengutuk dirinya dan Pakatan Rakyat.

Kursus BTN.Bila sebut pasal pasal BTN aku teringat balik pasal Kursus BTN yang aku dan kawan2 aku kena hadiri dulu.Ramai jugak la yang kena pergi,sekolah aku, SMTSAS Rompin, SM Sains dan satu lagi sekolah aku tak berapa ingat,

Kitorang kena pergi kursus BTN ni dekat Rembau.Cantik tempat dia dan memang seronok.Hahah,macam2 aktiviti kitorang buat.Jungle trekking,repelling,err..apa lagi entah.
Tapi semua aktiviti2 group tu ada jugak diselang selikan dengan ceramah.Apa isi ceramah tu?

Macam2 dia cerita.Kebanyakannya tentang bagusnya kerajaan.Hebatnya kerajaan Malaysia.Macam mana sepatutnya kitorang bersyukur sebab duduk dalam negara yang meningkat maju.Macam mana nak menghargai kerajaan.Ingat pasal perjuangan pemimpin Kerajaan dulu2.

Kesimpulannya,Kerajaan ROCK GILA!

Hehehe,yang paling aku ingat,ada satu penceramah ni,dia siap cakap satu benda yang pada masa tu aku percaya tapi bila dah matured sikit fikir2 balik,bangang gak la percaya:

"Kamu tahu tak mana Highway PLUS?"

"Kamu tahu tak macam mana jauhnya pandangan kerajaan ni kalau nak menghadapi ancaman kepada negara?"

"Percaya tak,bawah Highway PLUS tu ada pengkalan rahsia.Jadi kalau negara kita kena serang,highway tu boleh dibukak dan sepanjang highway tu akan jadi pusat pertahanan negara."

Kitorang masa tu baru 16 tahun,memang kagum gila ah dengar sebab tak sangka Malaysia ada sistem pertahanan yang secanggih dan serahsia itu.PERGH!!Bagus betul kerajaan.

Jadi bila hari last,kitorang pun balik la dengan semangat berkobar-kobar sebab tahu negara kita memang dibawah satu pemerintahan yang SUPER GENIUS DAN SANGAT BERKALIBER.Kesan daripada kursus tu membuatkan aku bersemangat patriotik yang melampau-lampau siap aku bole imagine kalau Malaysia kena serang masa tu aku nak pergi berperang.

Dan aku akui,kursus tu berjaya.Berjaya menanam sifat sayangkan Malaysia,sayangkan kerajaan Malaysia dan bencikan sesiapa yang melawan Kerajaan.Mengikut kata kawan aku,dia pernah pergi kursus BTN masa sekolah dan lepas tu bila dia dah masuk ke alam pekerjaan,dia kena pergi lagi.Dia bagitau aku,kursus BTN untuk staff2 Kerajaan adalah lebih hardcore.

Hardcore tahap ada sumpah2 setia.Rasa2 mcm brainwash pun ada.Baru sekali pergi.Kalau kena pergi tiap2 tahun,memang "biru gelap" otak dia.Aku sendiri rasa mcm tu.Mungkin kesan kursus BTN tu pada aku memang sangat2 mendalam sampai kan aku baru beberapa tahun lepas tersedar dan berfikir balik.

Mak aku dari dulu kaki kutuk Mahathir masa zaman reformasi tapi aku lah yang defend Mahathir masa tu.Tah lah,masa tu aku baru umur 17 tahun,duduk sekolah kerajaan sponsor jadi aku rasa kerajaan tu best.Siap bertekak gila babi.Hahaha.

Bila kenang2 balik,mudah nak brainwash orang yang hanya dengar cerita dari sebelah pihak,orang2 yang takde alternatif lain.Jadi,kepada anda yang dah sedar,bantu mereka yang memerlukan.Kalau hari-hari dok merenung Berita RTM dan TV3 takpun Bernama,baca Utusan Malaysia dan Berita Hairan,memang bekulah akal nak terdetik berfikir.

Kepada kawan2 aku yang masuk kerja kerajaan,kalau pergi kursus,lepas balik jangan lupa bukak internet,baca Harakah.Juga kepada student2 lepasan SPM yang pergi ke Pusat Latihan Khidmat Negara.

Neutralkan balik otak anda.

Sistem Pertahanan Rahsia bawah Highway PLUS?
Oi,penceramah,kalau rahsia,kenapa kau tahu dan kenapa kau bagitau kitorang?Nak suruh kitorang hepi bayar tol ke sebab lalu situ?

Bangangnya aku satu masa dulu.


Orang Kaya Indonesia Tuntut Janji dan Duit Anwar Ibrahim


i

"Lu jangan main main sama gue Nuar!
Sudah banyak uang gue di laburkan pada lu.
Berjuta wang nya gue hantar buat sokongan
lu masa pemilu.

Mana janji-janji manis mu Nuar?
mana hasil dari pelaburan Gue?
Gue sudah mula bosan sama kamu Nuar!

Gue mau uang gue dikembalikan!
Gue ngak peduli sama apa urusan kamu!
Kembalikan Uang Gue Keparat!!!"

Jangan sampai gue Ganyang sama lu!
Sudah banyak yang gue bikin Ganyang di sini
buat pertolongan lu di sana Nuar!
Sudah banyak uang gue di Ganyang
Sama keponakan mu di sini Nuar.

Jangan Sampei Gue Ganyang Sama Lu!!!

-------------------------------------------------------------------------------------------------

No 13 TERKAYA di INDONESIA.
Chairul Tanjung
Umurnya baru 46 tahun namun kekayaan nya sungguh luar biasa.
Klik Disini

Jeng..jeng..jeng...
Apa hal ni marah-marah pula
Kawan Anwar Ibrahim ni?
Pasal Duit ker brother? apa yang marah sangat?

He..he..he...

Menurut sumber dari beberapa blog tmpatan dan Untuk makluman semua, Chairul Tunjung ini adalah penyumbang Dana buat Anwar semasa Berkempen di pilihanraya yang lalu. Malah sebelum pilihanraya juga Anwar telah menerima Dana dari orang kaya Indonesia ini. Dana bukan sebarang dana, tapi ianya adalah bentuk pelaburan dalam mendapatkan habuan apabila Anwar Menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Jika semua sedar akan satu kumpulan yang secara tiba-tiba muncul dalam menentang Najib dan Malaysia baru-baru ini maka Lelaki ini lah yang telah membiayai gerakan kumpulan yang di berikan nama GANYANG MALAYSIA

Banyak dah habis duit si Chairul ni buat Anwar, tu pasal lah marah sangat dia ni pada Anwar Brahim.

Namun Anwar masih lagi gagal menjadi PM Malaysia, sebaliknya hanya mampu menjadi Ketua Pembangkang dalam Parlimen Malaysia Sahaja. 16 Sept juga telah gagal dan semakin lama semakin suram kerjaya politik Anwar ini.

Kalau ada benda baik buat Anwar pun hanyalah kerana Dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor dengan Gaji RM1 sebulan. He he he....

Sebenarnya bukan setakat Chairil ini sahaja yang menuntut hutang dari Anwar. Malah ramai lagi dari Eropah tengah, dan juga sekitar Asia yang masih lagi menuntut janji-janji Anwar. Apa janji Anwar pada mereka yang melabur berbilion-bilion ringgit ini?

He he he... kita boleh agak apa yang Anwar telah janjikan pada mereka semua!!!

Sebelum ini ada juga beberapa blogger pernah mengeluarkan satu artikel berkaitan hal Tuntutan Hutang yang pastinya membuatkan Anwar tidak senang duduk sama sekali. Kisah Benazir Bhutoo pastinya menghantui Anwar Al Juburi ini.

Anwar pastinya akan melakukan pekara yang selalu di gunakannya....Jumpa si A maka di janjilah bermacam macam keuntungan. Bila dia jumpa si B, maka sama lah juga janji janji manis nya itu. Kalau ada 100 orang maka semua sekali akan mendapat janji janji yang sama.

ada sesiapa yang boleh sahkan cerita ni... silakan menyebok!!!!

I'm Sorry Malaysian - Chin Peng


"Chin Peng minta maaf", demikianlah tajuk yang ditonjolkan pada muka depan China Press dan Nanyang Siang Pau pada hari ini. Hampir semua media cetak bahasa Cina menulis semula wawancara Star (akhbar bahasa Inggeris) bersama Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) yang disiarkan pada 22 November ini.

Wawancara yang disiarkan starmag pada Ahad lalu ini bertajukkan "Chin Peng, A prisoner of his past" di muka depannya, dan "So close and yet so far" dalam muka dalamnya; ketika diolah semula oleh media cetak bahasa Cina, masing-masing menonjolkan pengakuan Chin Peng bahawa PKM mungkin pernah membunuh mangsa yang tidak berdosa.

Menjelang ulang tahun ke-20 Perjanjian Damai antara Parti Komunis Malaya dengan kerajaan Malaysia, iaitu Perjanjian Hadyai ditandatangani, ditambah pula luahan hasrat Chin Peng untuk kembali ke tanah air kebelakangan ini, ikon PKM ini sekali lagi menjadi tumpuan media.

Pengakuan Chin Peng

"Mengakui PKM bunuh mereka yang tidak berdosa: Chin Peng meminta maaf buat kali pertama". Demikianlah tajuk muka surat depan Nanyang Siang Pau, malah mengolah semula wawancara Star dengan menonjolkan pengakuan Chin Peng bahawa PKM mungkin membunuh mangsa yang tidak berdosa ketika zaman peperangan.

Walaupun tidak bersetuju untuk "membunuh mereka yang tidak berdosa", tetapi Chin Peng menganggap PKM mungkin melakukan kesilapan dalam "keadaaan tertentu".

"Kalau kami membunuh mangsa yang tidak berdosa, saya meminta maaf. Saya juga meminta maaf kepada keluarga mangsa," demikianlah luahan Chin Peng yang dipetik oleh Nanyang Siang Pau. Setiausaha Agung PKM ini sudi bertanggungjawab terhadap semua tindakan rakan seperjuangannya, tetapi menambah bahawa "mereka sukar membezakan antara yang berdosa dengan yang tidak berdosa di medan perang".

Biarpun Chin Peng telah meminta maaf, tetapi dirinya tidak menaruh harapan agar rakyat memaafkannya. Chin Peng hanya berharap agar mereka dapat mengetepikan perbezaan antara satu sama lain. "Itulahnya peperangan. Itu (berlaku) pada ketika itu. Jikalau anda berkata kami (komunis) membunuh orang, komunis juga dibunuh oleh pasukan keselamatan."

Kebanyakan akhbar Cina menonjolkan pengakuan Chin Peng sulung kali ini sebagai sudut penulisan berita ini.

Hasrat untuk disemadikan di tanahair

China Press yang turut menyiarkan "pengakuan Chin Peng" di muka surat depannya, menonjolkan kedahagaan Chin Peng untuk kembali disemadikan di tanah air Malaysia, apabila berita ini disambung pada muka surat A4. China Press melaporkan bahawa keadaan kesihatan Chin Peng semakin merudum, malah daya ingatannya semakin lemah.

Chin Peng dipetik berkata, "Saya orang tua. Apa lagi yang boleh saya lakukan? Hingga menarik trigger pun tak larat lagi-lah sekarang." Pemohonan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia telah ditolak oleh mahkamah sebelum ini, malah Perdana Menteri Najib Abdul Razak juga mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak membenarkan Chin Peng untuk kembali ke Malaysia pada 27 May 2009.

Satu-satunya hasrat Chin Peng adalah untuk disemadikan di Malaysia, tanah di mana beliau dilahirkan dan ibu bapa beliau dikebumikan. Chin Peng berkata, "Saya ialah orang Malaysia. Satu-satunya hasrat saya ialah untuk meninggal di mana saya dilahirkan, dan dikebumikan bersama nenek moyang saya. Ini adalah hak saya dan saya berharap tiada orang menafikan hak saya ini."

Menurut Chin Peng, beliau telah memesan empat orang rakan seperjuangan yang rapat untuk menguburkan abu mayatnya secara senyap-senyap di perkuburan nenek moyangnya, sekiranya hasratnya untuk kembali ke tanah air tetap tidak tercapai ketika beliau meninggal dunia.

Kerajaan mungkir janji

Sinchew Daily pula menulis semula wawancara ini pada muka surat 07, sementara Oriental Daily pula menyiarkannya pada muka surat A10. Berita tersebut tetap ditunjangi "pengakuan Chin Peng", di samping memetik Chin Peng yang mendakwa bahawa kerajaan Malaysia telah memungkiri janji.

Chin Peng menceritakan bagaimana kerajaan berkonspirasi untuk menghalang kepulangannya ke tanah air selepas Perjanjian Hadyai. "Beberapa minggu selepas perjanjian ditandatangani, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab membawa saya pulang telah memberitahu saya untuk bertemu di satu tempat, di sempadan Malaysia-Thai. Tetapi apabila saya sampai di situ, pegawai kerajaan tersebut tidak menjelma. Mereka pula mendakwa bahawa mereka menunggu saya di tempat yang lain, namun saya tidak muncul."

Chin Peng menganggap insiden tersebut merupakan muslihat kerajaan untuk menghalang kepulangannya ke Malaysia.

Pemohonan maaf tidak diterima

Walau bagaimanapun, media cetak bahasa Cina tidak memetik kandungan wawancara Star bersama bekas Menteri Penerangan Zainuddin Maidin, bekas IGP Hanif Omar, bekas Superintendent of Special Branch Paul Kiong dan bekas L/Kpl Suparman Taib yang menolak keras kepulangan Chin Peng.

Laporan yang berjudul "Apology not accepted" ini disiarkan bersama wawancara Chin Peng, mengulangi hujah bagaimana kepulangan Chin Peng akan mencungkil dan menyinggung perasaan mangsa dan keluarga mangsa.

*Kaleidoskop adalah "digest" kandungan akhbar bahasa Cina. Akhbar yang dirujuk bertarikh 23 November 2009, berkisar pada wawancara Star bersama Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

#artikel ini dipetik dari Merdekareview


POLIS Nafi Batal Ceramah Anwar kerana Desakan Pemuda Umno


JOHOR BAHARU: Polis hari ini menafikan ia membatalkan ceramah yang dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kulai dua hari lepas adalah kerana desakan Umno.

Ketua Polis Daerah Kulaijaya Supt Zulkefly Yahya berkata pembatalan ceramah itu dilakukan kerana polis tidak meluluskan permit dan bukannya polis mengikut telunjuk Umno seperti yang didakwa oleh Anwar.

"Saya sebagai Ketua Polis Daerah tidak pernah meluluskan permit dan saya telah menasihatkan penganjur supaya tidak mengadakan ceramah namun penganjur meneruskan juga," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zulkefly berkata permit ceramah itu tidak dikeluarkan disebabkan faktor keselamatan dan ketenteraman awam selain bagi mengelak penyebaran fitnah oleh pihak tertentu yang boleh mengelirukan pendengar.

Menurut laporan akhbar hari ini, Anwar dalam blognya berkata, ceramah itu terpaksa dibatalkan kerana permit yang dikeluarkan ditarik balik berikutan bantahan daripada 30 anggota Pemuda Umno.

Katanya beliau hanya sempat menyampaikan ucapan selama empat minit sebelum semua yang hadir bersurai. BERNAMA

* Fitnah apa Zulkefly? Bunyi sudah macam Umno...


Apa dah jadi? Nyalakkan Anjing Mengiringi Ceramah Anwar Ibrahim Di Kulai, Johor


(Update) Sekumpulan Anjing-anjing merah yang menggonggong serpihan dacing dikesan mula menyalak sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh (DSAI) ke tapak Ceramahnya kg Air Manis, Kulai Johor. Yang peliknya...Kenapa Anjing-anjing ini menyalak sakan tanpa henti waktu itu? Adakah anjing-anjing itu sedang menagih simpati dari DSAI kerana mereka sedang kelaparan, kehausan, kepanasan atau kecelaruan identiti setelah serpihan dacing yang digonggongnya semakin berkarat dan sedang reput dimamah usia?

Inilah realitinya apa yang telah berlaku semalam di Kg Air Manis, Kulai Johor. Ceramah DSAI telah diganggu oleh pihak Polis Raja Di Malaysia kerana desakan dan tekanan yang dibawa oleh Pemimpin Muda dikalangan puak-puak UMNO /BN setempat. Dengan bersandarkan Fatwa sesat lagi menyesatkan yang cuba dihujahkan oleh Pihak Polis ketika berhadapan dengan pihak penganjur dan DSAI sendiri semalam, sedikitpun tidak mendatangkan kesan kepada sesiapa yang hadir sejak dari awal lagi. Malah Pihak Polis yang kononnya sentiasa berpegang kepada prinsip "Setia kepada Kerajaan Memerintah" telah menghalang beberapa Penceramah untuk berucap sejurus ketibaan DSAI semalam. Apa sudah jadi ni????? Polis mula menguasai Pentas ceramah dengan menyatakan " Tuan-tuan dan Puan-puan, program ini tak ada permit, jadi korang tak reti-reti nak berambus sblm geng aku mengambil tindakan keras terhadap korang..... Cepat berambus" (Muka dia mmg nmpk gengster, tp tak sangka lagak mcm geng pondan rupanya.... )

Booooooo!!! Booooooo!!! Booooooo!!! MAmPus LA PoLIs!!! JahANam!!! BaCol!!! dan macam-macam lagi tempikan lebih kurang 6500 orang pengunjung sejurus selepas Ketua Geng Pondan berucap. Aku yang ditugaskan untuk memantau keadaan setempat, sesekali teruja jugak dengan kebangkitan dan keberanian mereka, yang paling aku tak bole terima hakikat apabila sorang Makcik pertengahan umur yang sebelumnya amat khusyuk mendengar hujah beberapa penceramah sebelumnya, tetiba jer bangun sambil menjerit sekuat hati "Woi Bangsat, berapa sen budak UMNO bagi kau duit untuk buat kacau kat sini?"Peeeeeggggrrrrrhhhhh bergegar beb suasana kat situ. Dalam kekecohan itu, datang pulak DSAI dengan iringan jeritan dan laungan penyokongnya "Hidup Anwar.. Reformasi.. Reformasi... Reformasi...." Bayangkan la.. boleh dikatakan kesemua pengunjung yang berada ditapak ceramah menunjukan sokongan padu kepada DSAI termasuk la Orang Melayu yang hanya mampu berniaga kecil-kecilan di situ, bebudak kecik yang mungkin belum tahu apa erti sebenar Reformasi dan tak kurang hebatnya Orang Cina dan India yang asyik menjerit bagaikan nak gila "Le..for..ma..si" walaupun pelat. Inilah yang dikatakan oleh Sdr Ezam M Nor bahawa DSAI sememangnya mempunyai Aura yang tersendiri dan penyokongnya akan menjadi separuh gile bila melihat beliau didepan mata.

Rundingan damai ala poyo cuba dibangkitkan oleh ketua geng pondan bersama DSAI berkaitan situasi sebenar ketika itu. Katanya lagi "Maaf Dato' Sri, saya hanya menjalankan tugas dan ingin memaklumkan bahawa Program ini tiada permit dan saya diarahkan untuk menghentikannya serta merta" seperti yang telah dijangkakan, DSAI mula bertanyakan beberapa soalan yang agak selamba kepada ketua Geng Pondan itu hinggakan berlaku pertikaman lidah sesama mereka. DSAI kata "Bagi saya sebab, kenapa program ini tak dapat permit, adakah kerana U mendapat tekanan dari Pemuda Umno atau tekanan dari pihak atasan?, saya difahamkan, tapak ini adalah tanah persendirian dan kita telah mendapat kebenaran dari tuan tanah untuk buat program, jadi apa masalahnya? " Ketua geng Pondan cuba membidas dengan hujah lembutnya " Dato'.... ini tiada kaitan dengan tekanan pihak Pemuda Umno atau pihak atasan saya, cuma kami mendapat bantahan menyeluruh dari penduduk setempat, sebab itu permit tak diluluskan" Last skali DSAI menjawab "Ada aku kesah"....

Dasar pembangkang... DSAI terus naik ke pentas ceramah dan memberikan sedikit ucapan kepada pengunjung setia yang sentiasa menyokong beliau selama ini. Masa yang diperuntukan 10 minit telah digunakan sebaik mungkin oleh DSAI untuk membakar semangat dan menggegarkan negeri Johor. "Saya nak ingatkan kepada anak-anak muda disini, tadi saya dimaklumkan oleh Ketua geng Pondan bahawa program pada malam ini tidak mendapat permit kerana terdapat bantahan dari penduduk setempat... jadi selepas ini jika UMNO / BN membuat program, maka kita akan bahtah sekeras-kerasnya... ni apa punya manusia bangang! 52 tahun Malaysia Merdeka dengan prinsip Demokrasi... tapi nak berucap dikhalayak ramai pun susah.. Bodoh punya orang" katanya lagi " Pemuda UMNO, jgan jadi bacul, jangan bikin huru hara. Kalau berani datang sini, kita buat debat terbuka dan kita buktikan siapa "Pengkhianat Bangsa" sebenarnya.... jangan jadi anjing yang hanya tau menyalak dibelakang, tapi bila berdepan takut "

Inilah tamparan paling hebat pernah ditunjukkan oleh DSAI, selama aku mengikuti sessi ceramah beliau, belum pernah sekali pun aku terdengar dia memaki hamun orang dengan kata-kata yang agak kesat. Semakin tinggi suara DSAI semalam, semakin jauh la bebudak UMNO yang dibayar untuk membuat huru-hara semalam meninggalkan tapak ceramah. Jika silap perhitungan mungkin juga akan terjadi huru hara dan pertempuran di antara kedua-dua pihak. Namun kebiksanaan DSAI memang tidak dapat disangkal lagi apabila beliau mengingatkan para pengunjung dan petugas di akhir ucapannya agar jangan melayan sebarang tindakan "Provokasi Bodoh" pemuda UMNO disini dan memohon agar kesemuanya beredar secara aman walaupun terpancar jelas perasaan kecewa di hati mereka.

Apa lagi yag hendak dititipkan untuk anak-anak dan cucu cicit kita suatu hari nanti, Perjuangan Adalah Perlaksanaan dan Perlaksanaan perlukan pengorbanan... mungkin inilah masanya untk anak-anak muda khususnya di Johor bangkit menentang kezaliman dan kerakusan Pemimpin mreka. Apa yang mereka dapat sebenarnya? Kepuasan.... kuasa... bakat.. maki hamun.. dan dosa akan sentiasa mendampingi hidup mereka sejak dulu kini dan selamanya. Apa pun GOOD jOB buat rakan-rakan Blogger, NGO dan AMK Negeri Johor yang sememangnya berani membuat pilihan dan keputusan sepanjang Program dijalankan.

Komen DSAI pasal Ceramah di Kulai membuatkan Pemuda Umno Kulai senak Teloq


Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Polis DiRaja Malaysia masih terus diperguna UMNO-Barisan Nasional.

Menurutnya tindakan polis menarik balik permit ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi atas alasan ia mendapat bantahan 30 pemuda UMNO adalah tidak munasabah.

Beliau turut menyatakan kekecewaaannya terhadap sikap dingin Ketua Polis Daerah yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan.

“Walaupun kita minum teh tarik semeja dengan Najib ini tidak bermakna polis sudah tidak diperlukan oleh UMNO, malah akan terus menjadikan polis sebagai perkakas UMNO. Dan saya diberitahu oleh OCPD, tidak ada permit tidak boleh berucap," katanya.

“Malam tadi semasa Keadilan Kluang memaklumkan bahawa tiada halangan untuk berceramah disitu kerana kawasan merupakan kawasan persendirian. Malah ceramah masih diteruskan oleh pemimpin kawasan tersebut dari Johor, seterusnya saudara Tian Chua berceramah, tetapi sebaik tiba giliran saya, saya dihalang oleh OCPD," jelasnya.

Semalam Anwar terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan 30 Pemuda Umno.

Ekoran bantahan berkenaan Polis menarik balik permit yang telah dikeluarkan.

“Saya minta 10 minit untuk terangkan kepada orang ramai dan meleraikan mereka,dan apa yang lebih mengecewakan alasan yang diberikan ialah terdapat 30 pemuda UMNO menjerit-jerittidak sepatutnya," ujarnya.

Anwar berkata, beliau kemudiannya bertanya kepada pegawai polis tersebut adakah tindakan sama akan dilakukan kepada Umno-Barisan Nasional sekiranya terdapat bantahan dari sebilangan kecil kelompok.

Katanya bagaimanapun, pegawai berkenaan hanya mampu berdiam diri dan kemudiannya menjawab “saya tidak mahu berbincang”.



Bekas Paderi Melayu membuat Pengakuan...


Nama saya Salleh Bin Omar, nama Kristian Joseph. Saya dilahirkan di Kedah pada 5/5/1940, bapa saya seorang India Muslim dan mak saya orang Banting, Selangor. Bapa saya telah pulang ke India dan emak saya berada di Kedah,Pondok Kg Pisang. Pada 1970 saya telah pergi ke Johor Bahru untuk mencari kerja bersama-sama kawan-kawan tetapi gagal.

Saya terpaksa tidur di stesen keretapi. Saya telah bertemu dengan seorang paderi bernama Father Chong. Kami diberi layanan istimewa,tempat tinggal, makan dan minum dan tinggal selama 2 tahun. Kami diajar sembahyang dalam bahasa Inggeris. Pada satu hari iaitu dalam tahun 1974, saya telah bertemu dengan seorang paderi besar di Malaysia, dari Kuala Lumpur bernama Kamaruddin Hj Ahmad. Beliau telah membawa saya tinggal diseksyen 14, Jalan Gasing, Petaling Jaya. Kami belajar selok belok agama Kristian di Gereja Jalan Gasing dan dibina khas! untuk orang Melayu beragama Islam (ada hingga sekarang).Setelah satu tahun saya tinggal disana, saya telah dihantar ke Indonesia selama 6 bulan, belajar cara-cara untuk sembahyang orang mati, talkinkan orang dan macam-macam lagi dalam Bahasa Malaysia .

Saya belajar sekali dengan Ibu Tien Suharto yang menjadi pemimpin Agong Wanita Kristian seluruh Asia dan Bendahari Agong wanita Kristian seluruh Indonesia .. Saya pulang ke Malaysia, kemudian dilantik sebagai pendakwah dari Perlis hingga ke Johor Bahru. Oleh kerana saya aktif di gereja, saya dihantar pula ke Filipina selama 1 bulan, belajar selok belok Kristian dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia kerana terdapat orang Malaysia ,Singapura dan orang Filipina. Kemudian saya balik ke Malaysia sebagai pendakwah dibayar RM60.00 sehari, kenderaan percuma, seramai 6 orang. Selepas itu dihantar ke Singapura selama 1 bulan di Port Carzy bersama En Aziz orang Telok Intan. Beliau adalah Setiausha Agong Persatuan Melayu Kristian Singapura.. Beliau juga adalah bekas Tentera Udara Di Raja dan berhenti memegang jawatan setiausha agong Kristian Singapore .. Apabila dilantik ke gereja saya masih lagi ketua dakwah bersama 6 orang kawan.

Saya dihantar ke Baptish Church di Ipoh, dibekalkan duit RM1,400.00, bersama 2 orang kawan dan sebuah kereta untuk mengkristiankan pelajar-pelajar dan pemuda-pemuda Negeri Perak. Pada bulan Januari saya berasa tak tenteram dan telah bertemu dengan Tuan Ibrahim, Kadi daerah Ipoh dan membawa saya bertemu Mufti Negeri Perak dan En Azlan, Pengarah Jabatan Agama dan saya terus bertaubat.

Jumlah Kristian seramai 3,000 orang telah dikristiankan, terutama penduduk Negeri Perak dan Johor Bahru, Manjoi dan Rapat Setia (Perak). Cara hendak mengenali mereka Lelaki - Berseluar hitam, berbaju putih, bertali leher hitam, bawa beg James Bond (elaun satu hari RM60.00 ). Perempuan - Berbaju putih skirt hitam dan reben hitam. Di Kuala Lumpur - Daya Bumi, Kota Raya dan Sg Wang Plaza.

Cara-cara berdakwah:
Mereka akan menemubual, tanya asal terutama pencari kerja. Pendakwah akan belanja makan apa saja, mempelawa tempat tinggal(asrama 120 katil, makan disediakan) didakwah dengan kaset, cara perlahan-lahan diajak sembahyang dengan diberi satu cross selepas dibawa sembahyang akan diberi sejenis air hitam (holy water). Setelah diberi minum 1 minggu lidah menjadi hitam, tidak boleh mengucap , menutup telinga apabila mendengar azan dan hal dakwah Islam. Air itu khusus untuk orang Islam sahaja. Kewangan gereja RM12.6 juta, sumber dari Sabah, Sarawak ,Filipina dan Singapura.

Motorola adalah penyokong dakwah Kristian ini (terletak di Petaling Jaya, Pulau Pinang dan Senawang). Senawang terlibat seramai 200 orang, ketua di Senawang, Haji Hanapi Saat dan Hj Ismail orang Sungai Petani Kedah. Haji Hanapi bekas guru - akibat desakan hidup terpengaruh dengan Kristian. Sekolah yang paling teruk dilanda Kristian ialah Victoria Institution. Pengetuanya En Ismail Rahim. 20 orang telah Kristian, susah untuk diberi nasihat kerana kebanyakannya anak menteri dan datuk-datuk.

Di Ipoh Sekolah Tengku Abd Rahman (STAR)- 2 orang Sekolah teknik seorang pelajar perempuan (bersalib) telah bertaubat, bila saya tanya, katanya untuk main-main saja, akhirnya dia bertaubat.

Di Banting - Kamariah bt Sidek lepasan sekolah ditarik oleh seorang guru Cina (pendakwah Cina dibayar RM165.00 sehari). En Salleh Omar yang menawarkan cek sebanyak RM10 juta kepada Yusof Noor untuk mengadakan persidangan Kristian sedunia (sebagaimana tersebar di akhbar)1982.

Salasiah bt Sidek- Sekolah Tengku Khursiah, Seremban balik ke Nibong Tebal, accident motor, didalam tudungnya ada salib. Punca terjebak dalam Kristian:

1. Desakan hidup
2. Kurang agama

Beliau telah dapat menarik semula 300-400 orang kepada Kristian. Beliau sekarang bekerja dengan Badan Kebajikan Islam Perak. Beliau mendedahkan juga matlamat 1990 untuk menawan satu Malaysia/Brunei kepada Kristian. Paderi Besar di Malaysia ialah Kamaruddin Hj Ahmad. Pairin Ketingan adalah penaungnya dan saya sebagai timbalan paderi itu. Beliau telah dihantar ke Melaka (masjid paling banyak). Beliau pergi setiap masjid bertanya imam dan bilal untuk membuat kajian mengapa umat Islam malas ke masjid. Selepas mesyuarat 3 hari saya hantar 6 orang pendakwah, tidak sampai sebulan 400 orang telah masuk Kristian di Melaka.

Target Kristian:
Pemuda yang tidak faham agama, ada yang tidak tahu Fatihah dan dengan rock-pameran di kapal-kapal. Cara untuk masuk Kristian, mereka perlu gambar 2 keping dan duit setem $7.00 pergi ke mahkamah di Selangor, Kedah, Kuala Lumpur angkat sumpah. Nama dalam kad pengenalan tidak ditukar (sukar nak dikesan) Beliau beri penerangan kepada

1. Polis Bukit Aman,
2. Pusat Islam (untuk menyedarkan umat Islam)

Bila dibaca kitab tidak akan terpengaruh dengan Kristian ini. Seorang bekas padri Abd Rahman Yaakob (Pengarah Anti Dadah, Batu Gajah) pernah menjadi paderi selama 23 tahun. En Abd Rahman adalah pendakwah yang berdakwah di dalam bahasa Inggeris. Beliau sebagai paderi dikenakan 4 syarat

1. Tidak boleh hisap rokok
2. Tidak boleh minum arak
3. Tidak boleh makan benda-benda berdarah
4. Tidak boleh kahwin.

Holy water dibawa dari Indonesia (Ketua paderi Indonesia) bapak Bruto yang menyediakan air ini. Percetakan buku-buku Kristian di Cheras telah disiasat dan mereka ada lesen. Ketua padri Kamaruddin Hj Ahmad. Dalam pada berdakwah Kristian sebanyak 3 negeri tak boleh dimasuk Kristian iaitu,Kelantan, Kedah dan Terengganu, mereka pernah dipukul hingga patah tangan.

PENGUMUMAN - HARAP DISAMPAIKAN! KEPADA ORANG ISLAM KITA "Sebarkanlah walau satu ayat pun"

(Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya,maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."

(Surah Al-Ahzab:71) demi kebaikan kita bersama untuk suami,isteri, anak-anak, kaum keluarga,saudara- mara, sahabat-handai dan generasi akan datang yang kita sayangi. 'Agungkanlah dan laungkanlah 'Allah hu Akbar'....maha suci Allah.

ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR. ..ALLAHUAKHBAR

http://kulaan2u.blogspot.com/2009/11/kisah-benar-pengakuan-bekas-paderi.html

Lahirnya Putra Reformis di bumi bertuah 101109



Alhamdulillah....

Akhirnya aku dan isteri telah menerima Hadiah paling berharga dari Allah swt apabila dikurniakan seorang putra pada 101109 @ 1945hrs yang lalu. Biarpun baby boy lahir lahir lebih awal dari jangkaannya, namun aku dan isteri tetap bersyukur kerana keadaannya sihat walafiat.

Buat sementara waktu ni, segala kegiatan luar bersama teman-teman blogger terpaksa diberhentikan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada baby boy dan ibunya mendapat penjagaan khusus dari aku.

So.. harap2 korang faham la ye..

RM 5 Juta untuk Bala - Berani Mati


Penyiasat Persendirian, Balasubramaniam a/l Perumal tampil dalam satu klip video untuk mendedahkan bahawa dirinya telah ditawarkan RM5 juta oleh seorang peniaga bernama Deepak, agar menarik balik akuan sumpahnya yang mengaitkan Najib Abdul Razak dengan kes pembunuhan Altantuya.

Klip video ini disiarkan dalam Malaysia Today hari ini, dengan sarikata yang menyatakan bahawa Deepak ialah pengarah (director) Carpet Raya, sebuah syarikat yang dilaporkan berpendapatan RM122 juta. Syarikat tersebut dikatakan mendaftarkan alamatnya di Dataran Palma Ampang, Selangor, sementara pejabatnya beralamat di Mahkota Taman Maluri.

Malah, sari kata yang terpampang dalam klip video ini cuba mengaitkan Deepak dengan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri. Balasubramaniam mendakwa bahawa Deepak datang berjumpa dengannya, selepas dirinya mengumumkan akuan sumpah pertamanya pada 3 Julai 2008.

Menurut Balasubramaniam, Deepak mahu Balasubramaniam menarik balik akuan sumpahnya. Malah, Deepak suruh Balasubramaniam mengikutnya ke Putrajaya, namun tidak menyebut siapa yang mahu Balasubramaniam ke Putrajaya. Seterusnya, Deepak menawarkan RM 5 juta untuk Balasubramaniam supaya menarik balik akuan sumpahnya.

Balasubramaniam (gambar kanan) ialah penyiasat persendirian yang diupah oleh Abd Razak Baginda, tertuduh yang ketiga dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Balasubramaniam telah membuat akuan sumpah pada 1 Julai 2008, mendedahkannya kemudian pada 3 Julai, dengan kandungan yang menggemparkan apabila mengaitkan Timbalan PM ketika itu (PM sekarang), Najib Razak dengan Altantuya.

Walau bagaimanapun, Balasubramaniam membuat akuan bersumpahnya yang kedua pada 4 Julai 2008, secara dramatiknya menarik balik tujuh perkara dalam akuan sumpah pertama yang berhubung kait dengan Najib Razak. Apa yang lebih mengejutkan, Balasubramaniam telah hilang bersama keluarganya selepas itu.

Abdul Razak Baginda yang selama ini dilihat sebagai orang rapat Najib Razak, dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau dibebaskan setelah didapati tidak bersalah oleh mahkamah pada 31 Oktober 2008.

Najib Razak, Perdana Menteri ke-6 dipertikaikan oleh pembangkang ketika membincangkan kes pembunuhan Altantuya. Walau bagaimanapun, beliau pernah bersumpah dan mendakwa dirinya tidak mengenali Altantuya. Isterinya, Rosmah Mansor, juga berkali-kali menafikan bahawa dirinya terlibat dalam kes ini, malah menganggap tuduhan tersebut berunsur fitnah. Sumber: Merdeka Review Video