1Malaysia - Isu DNA kini menjadi Misteri @ Konspirasi
"Penemuan DNA" menjadikan teori terjatuh dan terjun tertolak, kerana Peguam Negara sedar masyarakat tidak mempercayai teori itu.
Peguambela dan peguamcara Tan Hock Chuan yang mewakili kerajaan sempat berkata sebelum inkues ditangguhkan semalam, laporan DNA pertama daripada spesimen yang diambil di bahagian belakang kot yang dipakai Teoh mendapati terdapat campuran DNA daripada dua individu iaitu yang menyamai spesimen darah Teoh dan seorang lelaki yang tidak diketahui.
Sementara itu, satu lagi profil DNA daripada spesimen yang diambil daripada bahagian tali pinggang Teoh yang terkoyak mendapati terdapat campuran DNA yang menyamai spesimen darah Teoh dan sekurang-kurangnya seorang lagi lelaki yang tidak diketahui.
Dengan kenyataan Tan Hock Chuan mengenai penemuan DNA di kot simati dan menyatakan pula terdapat dua orang yang enggan untuk menjalani ujian DNA, meletakkan spekulasi yang berbagai-bagai selepas inkues ditangguhkan sehingga Rabu depan.
Seorang wartawan yang juga seorang blogger ternama, Rocky Bru mendedahkan:
he two are Kajang municipal councillor Tan Boon Wah and businessman Lee Wye Wing. Their lawyer said the two have nothing to hide, that they'd wait for the Coroner's order first.Ia jelas satu percubaan untuk mengalihkan tumpuan "pembunuhan" dari pegawai penyiasat SPRM kepada ahli-ahli DAP yang menjadi rakan karib si mati.
Ia mirip taktik penyimpangan yang dilakukan oleh blog t4tbh!
Peguam Negara akan memanipulasikan Akta DNA sebagai satu kaedah baru pendakwaan. DNA adalah satu cara baru, satu senjata baru yang diperolehi oleh Peguam Negara untuk menyelamatkan pegawai-pegawai SPRM yang terlibat di dalam kes kematian ini.
Tidak perlu kehadiran tertuduh nanti di tempat kejadian. Tidak perlu buktikan apa-apa yang lain. Memadai dengan DNA!
Sama halnya dengan kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sekalipun kesemua dokumen menjelaskan tiada bukti Saiful diliwat, namun DNA boleh digunakan untuk mensabitkan Anwar dengan kes berkenaan. Satu konspirasi baru dari pejabat Peguam Negara hasil usahasama dengan Polis Diraja Malaysia dengan pihak parti pemerintah yang meluluskan dengan cepat Akta DNA.
Rakyat Malaysia, berhati-hati tentang wujudnya konspirasi jelek di dalam kes kematian Teoh Beng Hock selepas ini. Ambil DNA dua orang yang enggan bekerjasama itu dan katakan itulah DNA yang ditemui di kot Teoh. Sama seperti mengambil DNA Anwar dan akan dikatakan itulah DNA yang diambil dari dubur Saiful!
Bacalah ayat ini selalu dan yakinlah:
0 Response to 1Malaysia - Isu DNA kini menjadi Misteri @ Konspirasi
Post a Comment