72 Orang Pelajar di tahan kerana Provokasi & Gaduh di sekolah


JOHOR BAHRU 18 Ogos — Seramai 72 pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di Taman Sutera di sini, ditahan polis hari ini selepas terlibat dalam satu pergaduhan yang membabitkan dua kumpulan pelajar.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Ruslan Hassan berkata pergaduhan di sekolah itu berlaku kira-kira pukul 10 pagi tadi yang menyebabkan seorang pelajar cedera di kepala.

“Pergaduhan itu dipercayai tercetus ekoran satu kejadian salah faham semalam. Ia berpunca apabila seorang pelajar secara tidak sengaja terlanggar cermin tingkap sebuah kelas menyebabkannya terjatuh ke atas meja seorang pelajar lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Ruslan berkata timbul cabar mencabar antara kedua-dua pelajar tersebut sehingga menyebabkan guru sekolah itu terpaksa menghubungi polis yang kemudian meleraikan dua pelajar itu, dengan kedua-duanya bersalaman sambil meminta maaf.

Beliau berkata kejadian itu bagaimanapun berlanjutan hari ini apabila dua kumpulan pelajar berkumpul di kantin sekolah dengan berlaku cabar mencabar seterusnya mengakibatkan pergaduhan.

“Dalam pergaduhan itu, ada antara pelajar menggunakan batu menyebabkan salah seorang pelajar cedera,” katanya.

Ruslan berkata kesemua 72 pelajar yang terlibat itu berusia 16 dan 17 tahun dan polis membebaskan 40 orang daripadanya selepas mengambil keterangan mereka.

Kalau tak silap suatu ketika dulu, ramai dikalangan YDP PIBG pernah menyuarakan masalah seumpama ini di sessi dialog diantara penduduk Nusajaya dan Pihak Polis, namun apa yang dikesalkan masalah ini terus-terusan berlaku tanpa adanya satu mekanisme gitu yang dilakukan oleh pihak berwajib dalam usaha membendung gejala gengster dikalangan pelajar sekolah di sini.

0 Response to 72 Orang Pelajar di tahan kerana Provokasi & Gaduh di sekolah

Post a Comment