Apa Bezanya Kg Buah Pala dengan Kg Baru Plentong Tengah

Kg Buah Pala yang majoritinya dihuni oleh Kaum India sememangnya wajib di jual dan dirobohkan jika agenda ini merupakan suatu bentuk tuntutan Pembangunan secara paksa rela oleh Kerajaan Negeri Terdahulu yang bersekongkol dengan Kerajaan Pusat ketika itu. Ini adalah janji pembangunan yang ditabur kepada rakyat khususnya penduduk Kg Buah Pala, maka ia haruslah dilaksanakan dengan apa cara sekalipun. "Janji tetap Janji"
Walau bagaimanapun, Kewujudan Kg Buah Pala milik Kaum India ini harus dikekalkan dalam peta dunia sekiranya kerajaan Negeri Sekarang
merasakan bahawa sudah menjadi tanggungjawab mereka untuk mempertahankan hak rakyat, walaupun terpaksa mengorbankan sedikit demi sedikit duit poket kerajaan negeri. Jika ini berjaya dilakukan, maka betullah apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Namun harus diingat, idea dan kata-kata tanpa perlaksanaan sewajarnya tidak berguna wahai PM Malaysia oooiiiii.

Hari ini, sekali lagi siri penangguhan merobohkan Kg Buah Pala menjadi tajuk penting di setiap meja rundingan kedai kopi dan pejabat. Biarpun dilanda pelbagai kontroversi, namun hulubalang-hulubalang di segenap mimbar kerajaan negeri sekarang tetap berusaha mencari jalan penyelesaiannya. Tahniah SS ucapkan kepada hulubalang-hulubalang gagah perkasa ini. Setidak-tidaknya, mereka telah buktikan kepada dunia bahawa Kerajaan Negeri yang di Pimpin oleh Anak Cina, tetap bersaudara dengan Anak India dalam menyelesaikan kemelut tanah tumpah darah mereka. dan sikap KEPEDULIAN kepada rakyat haruslah dicontohi oleh semua pemimpin politik tanahair. Biarpun kebelakangan ini perkarangan Kompleks Komtar seringkali bergegar dek jeritan penduduk Kg Buah Pala yang mahukan pembelaan dan keadilan, SS percaya persaudaraan mereka akan tetap utuh sampai bila-bila JIKA tiada anak-anak orang lain dari kaum lain berteriak menentang persaudaraan mereka. Biarpun jelas sekarang ini telah lahir dengan ramainya Hero-hero dan jaguh-jaguh kampung lain datang untuk memperjudikan nasib mereka di medan perang Kg Buah Pala. Mari Kita lihat siapa yang kena....
Sekali lagi jika di teliti dengan hati yang suci dan tenang tentang Kronologi peristiwa yang berlaku di Kg Baru Plentong Tengah dan Kg Buah Pala adalah sama tapi tak serupa. Dengan berpaksikan kepada "Agenda Pembangunan" maka sekelip mata saja Kg Anak Melayu tergadai di tangan Anak Melayu sendiri. Biarpun pelbagai rayuan, bantahan, keluhan dan rintihan

Mana hilangnya kewarasan dan kuasa Kerajaan Negeri dalam mempertahankan hak rakyat mereka? Mana perginya meja rundingan yang seringkali diwar-warkan kepada rakyat selama ini? Mana jatuhnya sikap Keterbukaan dan keadilan yang sering di momok-momokkan kepada rakyat selama ini? Akhirnya penduduk Kg Baru Plentong tengan terpaksa diheret ke Kandang Pengadilan dan pulang dengan kekecewaan berbaur kekalahan. Ini jelas menunjukkan bahawa, Mahkamah juga gagal berfungsi dengan baik dan adil ke atas penduduk kg Baru Plentong Tengah yang tertindas hanya kerana menurut perintah yang dikeluarkan oleh Jutawan Keris dan kuncu-kuncunya. Walaupun terdapat beberapa kesan penipuan dan penindasan, namun nasib penduduk tetap tidak terbela. Inilah natijahnya kerana terlalu percaya dengan jutawan keris yang rakus dan bengis itu sehinggalah akhirnya mereka terpaksa merempat keluar dari Kg Adat milik anak melayu, Namun penderitaan dan kesedihan mereka belum berakhir apabila sekali lagi bencana melanda apabila setiap penduduk Kg Baru Plentong Tengah disaman pula oleh Pemaju sebanyak RM 1 Juta seorang kerana kegagalan mematuhi perintah mahkamah untuk berpindah. Mungkinkah tindakan ini akan bersambung di Kg Buah Pala suatu hari nanti?
Peristiwa yang cukup menyayat hati seperti yang berlaku di Kg Baru Plentong Tengah kurang mendapat liputan meluas dari pihak media di Negara ini. Apakah puncanya? Mungkinkah kerana adanya tekanan politik yang cuba menyembunyikan kekejaman Jutawan Keris dan Kuncu-kuncunya ketika itu atau kerana Kg Baru Plentong Tengah dibawah jagaan Anak Melayu yang kononnya berkuasa penuh keatas Tanah di seluruh dunia.....? Tapi kenapa
Jadi... Apa bezanya antara Kg Baru Plentong Tengah dengan Kg Buah Pala ni??? Jawapannya mudah saja, Kg Baru Plentong Tengah dibawah kuasa Jutawan Keris yang pentingkan kekayaan dan pembangunan dan Kg Buah Pala dikendalikan oleh Jutawan Roket yang pentingkan keadilan dan kejayaan untuk rakyatnya.
1Malaysia - Pembangunan didahulukan, Rompakan diutamakan

apalah puncanya kampung buah pala ini 'dihancurkan'??