Baik punya cilok : Anwar Ibrahim Ali (tajuk 2 dalam 1)
"Kita tidak. Kita patuh pada polis. Polis suruh bersurai, kita bersurai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini. { sini }
Cit! Tokeh kedai memang macam tu. Kedai kalau tak laku, tak disuruh bungkus pun akan bungkus sendiri.
Dahulu, Ibrahim Ali ada kata nak join. SS ingatkan, manusia yang menyokong ISA di jalanan pada 1 Ogos lalu akan melaut dan membanjiri segenap ruang Kuala Lumpur. Malangnya, kawan-kawan SS kata, tak sampai 100 orang.
Kadang- kadang nak tergelak bila teringatkan telatah Ibrahim Ali. Beliau sering ingat yang aura dan pengaruh beliau cukup hebat. Beliau sebenarnya boleh dikategorikan seumpama "gila talak politik".
Pada hemat SS yang tak seberapa ni, beliau sebenarnya telah cuba sedaya-upaya untuk memikat hati Pemimpin atasan UMNO dan seterusnya menawarkan tempat untuk beliau. Kerana apa? Kerana beliau pasti tewas di PRU akan datang. Orang UMNO takkan pangkah dia apatahlagi orang Pakatan.
Ibarat tidak diterima bumi dan langit. Akan berkeliaran di awang-awangan. Eiii. Seram siot.
Nak berdemo tu biarlah berilmu wahai Ibrahim Ali Oiiiii.... Belajar biarlah dari Guru yang betul beb. Bab Demonstrasi jalanan ni, DSAI lah guru besarnya. Siapa yang mampu dan boleh mengumpul ribuan manusia pelbagai kaum dalam masa yang singkat? Networking Pakatan Rakyat pun sudah masuk kategori Gred A. Hari ini mereka menulis, esok sudah heboh satu Malaya. Yang membezakan pejuang Pakatan dengan Pejuang BN adalah:
- Pejuang Pakatan turun ke lapangan.
- Pejuang BN duduk depan PC sambil menggaru telor yang tak gatal.
gambar: cara menggaru telor?
Soalan cepu emas hari ini, bolehkah DSAI di gelar "IKON Bagi Satu Malaysia"?
0 Response to Baik punya cilok : Anwar Ibrahim Ali (tajuk 2 dalam 1)
Post a Comment