Himpunan Aman Mansuhkan ISA - Ditembak Ketika Bersurai
Perhimpunan yang telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk GMI, NGO, Pelajar IPTA dan IPTS serta beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat menjadi kecoh apabila pihak Polis dan FRU mula mengganas dengan mengarahkan kesemua penyokong bersurai dari tapak perhimpunan. Saudara Teh Hong Ping dan rakan-rakan beliau juga telah diserang sewaktu dalam perjalanan bersurai setelah mendapat arahan dari pihak polis dan FRU. Dalam serangan tersebut Saudara Teh Hong Ping telah mengalami kecederan serius pada anggota badannya iaitu di bahu dan tangan kanannya dipercayai terkena serpihan balang gas pemedih mata yang dilepaskan oleh pihak FRU ke atas orang awam. Menurut beliau lagi ramai dikalangan orang awam juga tercedera sewaktu menyelamatkan diri dari tembakan tersebut dan beliau yang bersyukur kerana serpihan balang gas tersebut tidak mengenai anggota sensetif lain terutamanya di bahagian leher dan kepalanya, sekali lagi mengecam pihak FRU kerana tindakan melepaskan tembakan secara rambang dan mendatar terhadap orang awam. Tindakan kejam ini sememangnya boleh membahayakan nyawa sesiapa juga yang berada di situ menurutnya lagi.
Sejurus daripada insiden yang menimpa Saudara Hong Ping disini kelmarin, beliau dan beberapa rakan serta pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat telah membuat pemeriksan kesihatan dan mendapatkan rawatan di Hospital Pakar An-Nur, Bangi seterusnya membuat laporan polis di Balai Polis Bukit Jalil,
Menurut Dr Zaleha yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan tertinggi PKR ketika dihubungi di Johor Bahru semalam, bantahan serta kutukan sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak Polis dan FRU keatas orang awam terutamanya Saudara Teh Hong Ping akan diteruskan bagi memastikan rakyat tidak akan terus dizalimi sedemikian rupa. Beliau yang merupakan bekas Calon PKR di Parlimen Gelang Patah sewaktu Pilihanraya ke 12 yang lalu, menuntut agar pihak Polis dan FRU serta pemimpin tertinggi Negara agar menghentikan segala bentuk keganasan terhadap rakyat dan bersikap Professional dalam menjalankan tugas menjaga keamanan serta melindungi hak rakyat dari terus dizalimi. Beliau yang juga kesal dengan tindakan pihak Polis mahupun FRU yang seringkali memberi alasan “Saya hanya menjalankan tugas dan ini arahan pihak atasan”, menyeru agar tindakan segera diambil bagi memastikan nasib rakyat terutamanya Saudara Teh Hong Ping dan rakan-rakannya yang turut cedera sewaktu menghadiri Perhimpunan Aman Anti ISA sabtu lalu, akan lebih terbela demi memastikan Kredibiliti dan imej PDRM tidak akan terus tercemar di mata rakyat.
0 Response to Himpunan Aman Mansuhkan ISA - Ditembak Ketika Bersurai
Post a Comment