Jom Kite Desak Kerajaan Malaysia untuk Tangani H1N1 dengan segera.



Salam dan semoga Tuan dan keluarga bebas dari serangan wabak zaman ini terutamanya selsema babi yang semakin tenat hari ini.

SS menarik perhatian rakan-rakan bloggers dan warga cyber untuk sama-sama membantu rakyat Malaysia, rakan-rakan, ahli keluarga, anak-anak dan diri sendiri dari terus menjadi mangsa SELSEMA BABI.

Oleh hal yang demikian, marilah kita beramai-ramai menghantar masej penting agar :-

1.Mendesak dan menasihati Kerajaan Malaysia agar lebih serius dalam menangani bahana besar ini yang telah meragut 62 orang dan berisiko dijangkiti oleh 20% rakyat Malaysia.

2. Sehingga kini masih lagi tidak diedarkan topeng perlindungan pernafasan (topeng) secara percuma terutama kepada kanak sekolah yang berisiko tinggi.

3. Jangan pula ada pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan mejual topeng ini.

4.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai umpama Burung Tiong, seolah2 tidak tahu apa yang di perkatakan, membuktikan keseriusannya.

“Kita akan terus mempergiatkan usaha menghebahkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan H1N1 di media massa seperti mengadakan sesi forum dengan orang ramai bagi meningkatkan tahap pengetahuan serta kesedaran mereka,” ujar beliau.

tapi dalam masa yang sama beliau menasihati rakyat supaya ...

“Mereka juga perlu prihatin dengan keselamatan orang lain dengan tidak menghadiri majlis-majlis terbuka dan berehat di rumah supaya virus penyakit tidak menjangkiti individu yang tidak berkenaan,” katanya.


5. Setiap hari rakyat Malaysia akan berasak2 dalam LRT, di dalam kelas2 di sekolah, di tempat-tempat beribadah, di kilang-kilang dan sebagainya, mana mungkin rakyat jelata tidak ke tempat2 terbuka.

6. Persoalan utama adalah bagaimana menangani SELSEMA BABI bukan membincangkan nama yang mana lebih indah dan sopan, samada H1N1 atau SELSEMA BABI.

7. Edarkan topeng perlindungan keselamatan secara PERCUMA, mulakan di SEKOLAH-SEKOLAH. !!! Namun penutupan sekolah buat sementara juga bukanlah langkah terbaik kerana kematian membabitkan kes Selsema Babi ini cukuo terpencil di sekolah-sekolah.


H1N1 kini tahap tenat dan masih ramai lagi pesakit yang sedang bertarung nyawa menghadapi maut akibat wabak ini.

0 Response to Jom Kite Desak Kerajaan Malaysia untuk Tangani H1N1 dengan segera.

Post a Comment