Kisah Benar Ammar dan Suhaib - Mangsa Tahanan demo anti-isa


Seksyen 112(2)- kamu berhak berdiam diri. Jangan tandatangani borang 28A" pesan Peguam Murni Hidayah pada Suhaib sebelum meningglkan dua orang pelajar dibawah umur itu. Suhaib berusia 16 tahun dan Ammar 13 tahun.

Suhaib dan Ammar memang sentiasa bersama aku dan nashita sepanjang masa.Kedua mereka adalah dibawah tanggungjawab kami berdua.

Aku, Nashita dan Aiman Athirah dikurung dua jam di sebuah trak yang bertutup rapat dengan plastik tebal kerana tidak menyerahkan kad pengenalan kami.Ammar dan Suhaib juga turut merasai berendam peluh selama dua jam di trak yang panas itu.
Bila kami dibawa ke Pusat Tahanan Sementara Bukit Jalil, Suhaib dan Ammar di katakan akan dipindahkan kesebuah balai polis yang lain. Ketika aku menunaikan solat, jam 7.50malam di bangunan lokap wanita,mereka berdua dibawa kesebuah balai polis lain tanpa pengetahuan ku dan Nashita.Aku hanya mampu menangis kerana amat khuatir dengan layanan polis terhadap remaja. (Suaram ada senarai panjang dimana lebih 1000 orang tahanan termasuk remaja yang mati dalam lokap polis!!)

Alhamdulillah kami dapat menyampaikan pesan pada YB Zuraidah supaya memberitahu peguam bahawa dua remaja itu telah dibawa kesatu tempat yang tidak diketahui......
Bapa Ammar datang ke Bukit Jalil , namun polis tidak memberitahu dimana Ammar dan Suhaib ditempatkan. Peguam berusaha mencari dimana mereka berada. Seorang peguam muda, Valen berpengalaman menguruskan tahanan remaja lelaki dan beliau mengerahkan peguam mencari beberapa lokap yang menempatkan anak-anak lelaki bawah umur.Jam 10.30 malam, peguam mengetahui nama pusat tahanan kedua-dua mereka ditempatkan.

Jam 12.30 malam, peguam Johnson, Saha, Valen dan Murni menemui dua remaja bawah umur itu.Mereka memakai pakaian tahanan dan ketika bertemu peguam, tangan mereka bergari!!!Mereka mengadu lapar kerana tidak diberi makanan sejak menjejakkan kaki di lokap itu.Peguam membelikan nasi goreng Cina dan air milo panas.

Ammar dan Suhaib terpaksa menanggalkan baju dan semua barangan untuk disimpan polis.Ammar juga menyerahkan cermin matanya. Ammar yang rabun dipaksa mengutip getah di pintu sel yang sengaja dicampakkan oleh polis.Tangan mereka berdua digari ketika bertemu peguam dan ketika menaiki kenderaan dari lokap kanak-kanak di Petaling ke Bukit Jalil.

Kedua-dua mereka dibicarakan dihadapan Majistreet.Polis mohon supaya kedua-dua mereka direman (ditahan dilokap lagi konon untuk penyiasatan) tetapi hujjah peguam menyelamatkan kedua-duanya.Ammar dan Suhaib diwakili oleh peguam Edmund Bon dan Johnson Chong.Dalam gambar, Suhaib berbaju ungu, Ammar berbaju oren.....

Nasib mereka berdua lebih baik sedikit kerana mereka dapat ditemukan denganpeguam secepat mungkin.Bagaimana dengan nasib seorang lagi remaja bawah umur , Faizudiin? Beliau telah ditangkap polis pada hari Sabtu jam 2 pagi dan sebaik tiba dibalai, terus direman selama 4 hari!!!
Jadi, kita kenalah faham sedikit hak-hak kita ,terutamanya anak-anak bawah umur nih.....

0 Response to Kisah Benar Ammar dan Suhaib - Mangsa Tahanan demo anti-isa

Post a Comment