Ni lah Orang Kata... Kera Di Hutan Disusukan, anak punk di Melaka Mati Kelaparan.


Shah Rukh Khan jamu Ali Rustam di Mumbai

Bintang tersohor Bollywood Datuk Shah Rukh Khan telah meraikan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Mumbai Isnin
lalu.

"Saya makan malam di rumahnya. Beliau hidang masakan India terbaik termasuk briyani and thosai.

"Boleh saya katakan, masakan Malaysia kurang 20 peratus sedap daripada masakan asli India," kata Mohd Ali kepada Bernama semasa berkunjung ke Hyderabad.

Mohd Ali dan ahli rombongan kecilnya berada kira-kira dua jam di rumah besar Shah Rukh di Banjara Hills di Mumbai.

Beliau berkata Shah Rukh turut bersetuju untuk melakukan satu atau dua penggambaran filem untuk filem terbarunya bertajuk Happy New Year di Melaka lewat tahun ini.

Filem ini diarah sendiri Shah Rukh dan isterinya Gauri Khan.

Shah Rukh Khan menerima gelaran Datuk daripada kerajaan negeri Melaka akhir tahun lalu.

Semasa di sini, Shah Rukh dan Mohd Ali juga berbincang untuk menubuhkan studio filem di Melaka bagi membangunkan bakat untuk industri filem Malaysia.

"Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan dan pengeluaran filem.

"Beliau telah memberi persetujuan, kita berharap beliau dapat memberi syarahan dan berkongsi pengetahuan dengan kita," kata Mohd Ali.

Dua filem Shah Rukh One Two Ka Four dan Don dibuat penggambaran di Melaka.

* Kenapalah tergamaknya kerajaan Punk Melaka ni kurniakan gelaran Datuk kat Shah Rukh Khan ari tu... kan lebih baik gelaran tu dikurniakan kepada Cikgu-cikgu di Malaysia yg dh banyak lahirkan orang Pandai2 hasil didikan mereka. Sayangnya, yg sorg ni je trsalah didikan smpi jd Bodoh tahap Cipan.... dpt mkn sikit kat Mumbai, dh kata 20% mkanan malaysia x sedap. Yg dulu kini dan selamanya muntah kedarah mkanan kita tu apa crita????

Selesaikan dulu kisah budak2 Punk kat Melaka tu sblum gi mkn angin kat Mumbai - Mnghabiskan duit aku jer...

0 Response to Ni lah Orang Kata... Kera Di Hutan Disusukan, anak punk di Melaka Mati Kelaparan.

Post a Comment