Politik Malaysia - Kenapa Penipuan Menjadi Keutaman ?


Soalan :

kenapakah ameno memilih untuk berada dalam keadaan defensif instead of offensive (bertahan dan tidak menyerang) dalam PRK Permatang Pasir yang diadakan sekarang? Apakah pekdahnya ameno terpaksa spin dan jawap masalah calonnya yang dilucutkan status peguamnya kerana mengebas duit Koperasi Pekebun Getah? Adakah. ini merupakan teknik perang ala Israel yang mungkin diperolehi oleh Mossad Hamidi semasa berbincang dengan menteri pertahanan negara bangsat tu di Perancis sebulan lepas? Atau adakah Muhyidin telah mendapat dua lagi tips yang tidak dicetak pada kitab ‘48 Laws of Power’ yang mencadangkan tektik ini?

Aku tadak jawapannya.

Sebab tektik ini memberi kelebihan di luar keraguan munasabah kepada Pakatan Rakyat. Bukan saja PR, malahan mereka yang mempunyai tahap kecerdasan IQ yang setara dengan buah timun juga tidak faham kenapa ameno bangga mempunyai calon yang menyonglap duit orang. Terbukti menyonglap. Dan dijatuhkan hukum. Tetapi masih tidak mengaku. Adakah ianya satu pembohongan fakta yang melampau, atau satu cubaan membodohkan 1Malaysia tanpa berfikir panjang?

Muhyidin katanya telah membuat ulangkaji tentang perihal ini dan telah bersedia. Of course la bila dia cakap ‘kita dah buat ulangkaji’, ‘kita’ tu tak termasuk dia. Dia pastinya dengaq berita yang sedap2 saja. Semalam orang kuat ameno keluarkan kenyataan mengatakan pencuri sekerap ini sebagai hero kerana menyelamatkan firmanya dan menjadi ‘korban cinta’ oleh rakan kongsi. Sedangkan yang menjatuhkan hukum telah mengeluarkan kenyataan bahawa pencuri sekerap ini bukan kambing hitam, sebab bukan rakan kongsinya yang dilaporkan oleh tuan punya duit yang menyelewengkan duit mereka, tetapi pencuri sekerap itu sendiri yang diheret dan dituduh menyonglap duit koperasi dengan sesedap rasa!

Aku nampak ameno sekarang ni dok buat spin meligat lepaih tu pening melelong sorang2!

Hahaha.

Ok, seriously, masalah ameno yang paling utama ialah mereka rasakan Melayu masih bodoh, tetapi mereka tidak mahu terima kenyataan bahawa Melayu semakin pandai. Akhirnya mereka (ameno) membodohkan diri sendiri. Dalam kes pencuri getah sekerap ni, nyata sekali ameno cuba membodohkan rakyat dengan membodohkan diri sendiri. Sekarang ini mereka terpaksa bertindak defensif dengan mengatakan bahawa walaupun rayuan Rohaizat telah ditolak, tetapi dia masih lagi merayu di Mahkamah Rayuan, dan masih diproses. Nah, instead dok becakap tentang ‘pembangunan dan janji pilihanraya’, ameno sekarang dok tengah yakinkan orang kampung dengan bekerut kening ‘dakkk makcik, dia tak akan curi duit makcik, sunggooo. Lagipun makcik bukan penoreh getah. Err.. Makcik!? Makcikk?! Tapayahla sampai tutup tingkap!’. Sekali lagi, apakah pekdahnya?

Soalan kedua : adakah pencuri getah sekerap ini pernah menafikan firmanya menyonglap duit koperasi?

Setakat ni aku tak nampak lagi statement menafikan perkara ini. Jadinya, telah terbukti firmanya menyonglap duit koperasi tanpa keraguan munasabah. Jadi, Rohaizat tidak boleh lari daripada dicop tidak peka dengan perkara2 korupsi. Dan kalau pencuri sekerap ini menang PRK nanti, apakah dia boleh menjamin kepada rakyat di tempatnya bahawa bantuan kewangan dan peruntukan untuk DUNnya tidak diselewengkan? Kalau urus syarikat yang kecik pun dia tidak sensitif dengan urusan songlap, bagaimana pulak dengan peruntukan beratus2 ribu untuk DUN nanti?

Aiyooo. Apa jenis ilmu mantikkah yang ameno gunakan ni? Terkadang kalau difikirkan, rasa macam nak punggai blekberi ni pun ada. Ameno melayan rakyat Tanah Melayu ni macam manusia yang tadak kepala hotak. Mereka buat kita macam kita ni bangang dah bodoh yang amat sangat. Pemimpin ameno membodohkan kita sampai ke satu tahap melampau. Bodoh yang sampai ke tahap hina!

Sekarang, untuk mengalih isu kebodohan memilih calon PRK, mereka halakan pula pada Nik Aziz. Ada yang menyamakannya setaraf Ayah Pin. Ada yang mintak mufti keluaq fatwa. Itu belum masuk yang panjang akal suruh isytihar PAS sebagai ajaran sesat. Semuanya dibuat kerana ameno memikirkan Melayu itu bodoh, dan Melayu hanya berkiblatkan Angkasapuri dan Utusan.

Sedangkan majoriti Melayu sekarang telah cerdik. Tuduhan boombastik yang melampau menyebabkan Melayu ingin mencari kepastian. Maka mereka buka intenet. Mereka hadir ceramah. Mereka beli Harakah. Mereka buat perbandingan. Akhirnya? Macam aku tulis di perenggan atas tadi, ameno spin diri sendiri sampai pening melugai muntah wek sorang2 tengah padang digelakkan orang keliling.

Kesian.

Pencuri getah sekerap yang dipilih, dan sekarang ini dipertahankan kredibilitinya oleh ameno, memberikan satu kesimpulan pada aku. Kuat muhong orang, dapat la jadi calon dan perwakilan. Terbukti bahawa ameno itu dipelopori oleh pembohong2. Yang bawah bohong yang atas supaya dia kelihatan bijak. Yang atas dah kena tipu dengan yang bawah juga akan berbohong pada rakyat agar dia juga kelihatan bijak dan tidak dilihat sebagai telah ditipu. Rakyat tepuk dahi dan geleng kepala melihat ameno membogelkan diri sendiri.

Tidak syak lagi bahawa pencuri getah sekerap ini semestinyalah boleh berbohong, dan pandai berbohong. Sebab dia orang Melayu.

Dan sebagai Melayu, dia semestinya berpegang teguh dengan pantun ”siakap senohong, gelama ikan duri, becakap bohong lama2 mencuri”.

Kepada pembaca blog di Permatang Pasir, fikir2kanlah dan, selamat mengundi!

0 Response to Politik Malaysia - Kenapa Penipuan Menjadi Keutaman ?

Post a Comment