SIDANG DUN JOHOR KE 12 - Lagi Pasal Kg Bukit Tempurung vs Kg Dato Aziz Sapian
PENJELASAN DARIPADA KERAJAAN NEGERI JOHOR
Soalan B111:
Nyatakan senarai 62 buah keluarga Kg. Pendas Laut,Gelang Patah yang mendapat penempatan semula secara sewa-beli.
Kenapa hanya 62 buah keluarga daripada 140 buah keluarga di Pendas Laut yang mendapat penempatan semula.Berapakah sewa yang perlu dibayar ole penduduk dan siapakah yang akan menguruskannay?
Kenapa sehingga sekarang tidak ada taklimat khusus diadakan antara kerajaan dan agensi terlibat bersama penduduk Kg. Pendas Laut?
Jawapan:
Penempatan semula penduduk Kampung Pendas Laut adalah program yang dilaksanakan dengan tujuan untuk memastikan unit dan persekitaran kediaman yang lebih selesa,selamat dan sihat dapat dibangunkan untuk keseluruhanpenduduk di Iskandar Malaysia.
Pada peringkat ini,seramai 62 keluarga dikenalpasti terlibat di dalam program ini berdasarkan bancian awal yang dibuat oleh Pentadbir Tanah Daerah,walau bagaimanapun kerajaan negeri telah melantik UTM menjalankan kajian profiling bagi mendapatkan maklumat yang lebih lengkap dan terperinci yang akan dijadikan asas dalam menentukan kemampuan penduduk membayar semua atau membeli tanah selain penyediaan keperlua kemudahan awam.
Taklimat awal telah diadakan kepada penduduk pada bulan Januari 2009 di Kampung Pendas Laut.Kajian profiling telah dilaksanakan pada bulan Mei 2009 dan semua ketua keluarga telah ditemuduga.
Pada masa kini pihak UTM sedang menganalisa maklumat yang telah diperolehi.Kerajaan Negeri akan mengadakan taklimat dan penerangan lanjut kepada semua penduduk selepas perincian berkaitan kadar sewa dan harga jualan ditetapkan
Ulasan ;
Terima kasih diucapkan kepada YB ADUN Maharani yang telah mengemukakan soalan berkaitan dengan isu Kg. Pendas Laut dalam sidang DUN Johor baru-baru ini. Sebagaimana yang dijangkakan kerajaan tidak bersedia menyatakan senerai 62 keluarga yang mendapat rumah dipenempatan semula. Bahkan baru-baru ini pihak PAR Zon Nusajaya diberitahu terdapat 20 nama baru sebagai tambahan kepada 62 keluarga yang asal. Siapakah nama 20 nama tambahan tersebut? Setakat ini usaha Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kg. Pendas Laut, Sdr. Azmi untuk mengetahui senarai nama tambahan tersebut tidak diberikan kerjasama oleh pihak kerajaan termasuk ketua kampung. Seolah-olah ada perkara yang hendak disembunyikan oleh mereka.
Sehingga sekarang pihak penduduk Kg. Pendas Laut tidak mengetahui apakah konsep penempatan semula samada perlu dibayar ikut harga subsidi, sewa-beli dan sebagainya. Penduduk masih berada didalam kebingungan. Pada pandagan SS, kerajaan seharusnya lebih bertanggungjawab dengan memberikan taklimat terperinci kepada penduduk kampung supaya mereka benar-benar tahu apakah sebenarnya yang akan mereka hadapi dimasa hadapan. Kerajaan juga hendaklah mendedahkan senarai 82 nama penduduk yang mendapat rumah dipenempatan semula. Perkara ini perlu dilakukan oleh kerajaan bagi memperlihatkan ketelusan dalam tindakan mereka dan benar-benar selari dengan slogan “Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan”.
0 Response to SIDANG DUN JOHOR KE 12 - Lagi Pasal Kg Bukit Tempurung vs Kg Dato Aziz Sapian
Post a Comment