Video Panasss.... mangsa siasatan diperlaku seperti binatang


Mungkinkah satu hari nanti tiada lagi istilah Demokrasi, Aman, Selamat dan Adil di Negara kita. Beberapa siri keganasan yang dilakukan pihak berwajib sewaktu menjalankan tugas seringkali menjadi bualan masyarakat di segenap pelusuk negara. Keganasan yang telah merentasi nilai-nilai kemanusiaan juga adakalanya berakhir dengan kematian yang tidak di duga.

Ada juga diantara mereka yang menjadi Trauma, Takut dan terseksa apabila diminta hadir untuk membantu siasatan pihak berwajib dalam menyelesaikan beberapa perkara penting. Tidak kurang hebatnya apabila mereka hadir menaiki Lif berhawa dingin dan pulang ke rumah melalui jendela maut. Apa yang berlaku ke atas mereka sebenarnya? Bentuk siasatan yang macamanakah pihak berwajib kendalikan ke atas mereka?

SS bukanlah orang yang arif untuk menjawab segala persoalan-persoalan yang berkaitan dengan bentuk keganasan ini, namun jika diteliti kiriman video di bawah ini mungkin dapat memberi petunjuk yang agak jelas serta membantu kita menjawab segala persoalan yang tersirat.

video

Mungkinkah Mendiang Teoh Beng Hock telah diseksa sebegini rupa sewaktu dalam siasatan SPRM sebelum ditemui mati di perkarangan bangunan tersebut???


0 Response to Video Panasss.... mangsa siasatan diperlaku seperti binatang

Post a Comment