Kenapa Profesion Guru Sekolah Menengah semakin kurang Popular?




Ramai guru-guru Malaysia yang bergelar graduan siswazah kebanyakannya diserap masuk sebagai pengajar di sekolah-sekolah menengah.Tetapi jika dibandingkan dengan masalah yang bakal menimpa mereka,lebih baik jika mereka meminta untuk ditempatkan di sekolah rendah kerana keruntuhan akhlak di Malaysia semakin menjadi-jadi.



Dengan skim gaji yang sama iaitu gred DG41 memberikan gaji anda sekitar RM2700 (termasuk elaun pelbagai+gula-gula kerajaan memastikan anda terus setia) ,jika anda diberi pilihan adakah anda pilih untuk :

a. Menyelesaikan masalah seperti terkencing atau terberak dalam seluar oleh murid sekolah rendah

b. Menyelesaikan masalah pelajar berdarah,terkencing DAN terberak sewaktu bertumbuk di kawasan sekolah

Langkah persediaan yang perlu wajibkan oleh kerajaan apabil ingin melantik seorang guru mengajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut :

1. Bakal guru perlu menjalani latihan bela diri
2. Bakal guru perlu menyertai kursus bina badan
3. Bakal guru mestilah mempunyai tahap kesabaran yang tinggi
4. Bakal guru perlu menjalani latihan tempur bersenjata
5. Setiap sekolah perlu dibekalkan dengan sebuah trak FRU yang mampu menembak pelajar yang bergaduh dengan water cannon dan tear gas
6. Bakal guru besar sekolah menengah perlu menjalani latihan persediaan di mana-mana penjara untuk memastikan tahap mental dan fizikal yang memuaskan
7. Bakal guru sekolah menengah perlulah dimasukkan ke dalam skim insurans yang merangkumi insurans kecederaan dan nyawa

dan video terakhir ini menunjukkan kenapa ramai orang tak suka naik pengangkutan awam.Kenapalah awek ni tak naik LRT masa Pak Lah naik dulu?



Negara kita kekurangan guru lelaki dan wujud ketidakseimbangan antara guru lelaki dan perempuan yang amat ketara.Mungkin video-video di atas dapat memupuk minat kaum lelaki untuk menceburi profesion sebagai seorang guru.Besar peluang anda untuk melihat catfight secara live!



0 Response to Kenapa Profesion Guru Sekolah Menengah semakin kurang Popular?

Post a Comment