Selangor Baru Akan Muncul - 16 Sept


Salam,
Termenung seketika setelah menerima mesej yang dikirimkan kepada saya. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah merahmati kami rakyat Selangor ini.. Amin.
**** quote ****

16 SEPT, BANYAK PERKARA 'PELIK' DI SELANGOR
MENJELANG 16 SEPTEMBER DI BUMI SELANGOR

Mungkinkah Banyak perkara- perkara pelik berlaku di Selangor sehari dua ini.

Cuti semua pegawai dan anggota polis di Selangor ditarik balik dan dibekukan sehingga akhir bulan September.

Beberapa trak FRU dan Water Canon dari Pulapol , Jalan Semarak kelihatan memasuki Kompleks SMS PDRM di TTDI Jaya,Shah Alam.

Pekerja-pekerja JKR dan MPK dilihat sedang melakukan kerja-kerka langskap dan persiapan untuk satu majlis keramaian di Istana Alam Shah,Klang. Majlis apa yang bakal berlansung di sana , saya 'tidak pasti'.

Datuk Seri Najib mempengerusi mesyuarat BN Selangor malam tadi. Mesyuarat berlangsung hingga jam empat pagi. Tempoh masa mesyuarat yang terlalu panjang adalah sesuatu yang luar biasa bagi BN. Apa maksud semua itu, sila tunggu.

Tiba-tiba sahaja TPM datang melawat Pasar Tani di Seksyen 13 Shah Alam pagi tadi. Kehadiran mengejut TPM ke Selangor, seolah-olah ada sesuatu yang tersirat.

Kehadiran TPM disambut meriah oleh rakyat-rakyat Selangor yang berada di Pasar Tani berkenaan. Mereka berebut-rebut bersalaman dgn TPM dan ramai yang membisik," tolong Tan Sri,kami tak boleh tahan lagi dengan PKR dan DAP" "tolong Tan Sri,tolong rampas balik Selangor ni". Dan pelbagai rungutan lagi daripada RAKYAT Selangor.

Kesemua rungutan mereka, di jawab 'sabar' 'sabar' dan senyuman yang melirik manja oleh TSMY. Senyuman itu seolah-olah ada satu maksud tersirat yang tak dapat di luahkan dengan kata-kata.

Kebiasaannya kerja-kerja pertukaran kerajaan diketuai oleh TPM. Sebagai contoh di Perak. Maknanya perkara yang sama bakal berlaku di Selangor. Itu sebab TSMY turun mengejut ke Shah Alam pagi tadi.

Saya yakin juak-juak PKR yang membaca posting ini, ada yang rasa tiba-tiba nak demam, menggeletar kepala lutut malah ada yang terkencing dalam seluar. Sebelum ini pun dah pelbagai ragam, apatah lagi lagi dah dekat 16 .Sept ni. Telefon, jawabnya tak berhentilah hari ni, call sana, call sini nak cari kepastian.

Nampaknya, makin banyak lah sms ugutan yang aku terima. Tak mengapa, teruskan. Kata orang tua-tua orang yang nak mati kita kena layan kehendak mereka, takut kempunan pula nanti.

0 Response to Selangor Baru Akan Muncul - 16 Sept

Post a Comment