Hari Habitat Sedunia - 1Malaysia Mesti Tahu


Salam perjuangan

Kami dari JERIT Johor ingin mendapatkan sokongan dari pihak Saudara untuk turut serta dalam perjuangan kami. Sekiranya pihak Saudara menyokong tuntutan kami seperti yang terdapat di dalam Deklarasi dan Tuntutan sempena Hari Habitat Sedunia 2009 di bawah ini, bolehlah pihak Saudara mancatatkan nama organisasi Saudara dan membalas kembali kepada e-mel ini. Senarai penuh kumpulan dan Organisasi yang turut serta dan bersetuju dengan perjuangan ini akan kami kepilkan bersama dan dihantar kembali kepada pihak Saudarqa pada Hari Habitat yang akan disambut pada Hari Isnin, 5 Oktober 2009.

Tarikh akhir bagi mendapatkan pengesahan ialah pada Hari Sabtu 3 Oktober 2009 jam 12.00 tengah hari !!!

Setakat ini, kumpulan dan organisasi dari Johor yang telah menyatakan sokongan mereka;

1. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) Johor
2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) caw. Johor Bahru
3. Parti Sosialis Malaysia (PSM) caw. Nusajaya
4. Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas

DEKLARASI HARI HABITAT- PERUMAHAN UNTUK SEMUA

Hari Habitat Sedunia adalah Hari untuk mengingatkan kerajaan mengenai isu perumahan yang dihadapi oleh rakyat Malaysia. Tahun ini Hari Habitat Sedunia disambut pada 5 Oktober 2009. Sejak 2002 Gabungan Peneroka Bandar dan Perumahan (GPBP) di bawah naungan Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) menyambut Hari Habitat untuk mempertengahkan isu perumahan rakyat tertindas dan miskin.

Pekerja ladang, peneroka Bandar, pekerja kilang, pekerja sektor perkhidmatan, orang asal dan setiap lapisan masyarakat mempunyai hak untuk perumahan yang sempurna dan selesa.

Pembangunan negara yang pesat tidak menjamin keperluan asas rakyat. Isu perumahan adalah isu yang masih tidak dapat diselesaikan kerajaan , walaupun sudah lebih 50 tahun merdeka. Maka kami wakil masyarakat tertindas menuntut kepada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri untuk :

1. Mengubal satu polisi perumahan negara yang memastikan hak perumahan untuk semua lapisan masyarakat.

2. Skim Perumahan Sendiri Tun Abdul Razak untuk pekerja Ladang harus digubal sebagai undang-undang.

3. Kerajaan tidak harus meluluskan Pembangunan tanah oleh pemaju sehingga isu perumahan peneroka bandar kawasan terlibat tidak diselesaikan.

4. Setiap projek pembangunan setempat, mesti mempunyai peruntukkan untuk perumahan kos rendah untuk peneroka asal tanah yang dicadangkan untuk pembangunan.

5. Ordinan Darurat ( Pembersihan Setinggan) tidak harus digunakan untuk pengusiran paksa peneroka bandar dari tanah mereka dan semua notis yang dikeluarkan dibatalkan dengan serta –merta,

6. Undang-undang harus digubal untuk memastikan penyelenggaraan semua Flat Kos Rendah dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

HAK PERUMAHAN ,HAK ASASI SETIAP RAKYAT !

PASTIKAN HAK PERUMAHAN UNTUK SEMUA !

Disokong oleh

1. Pusat Pembangunan Masyarakat (CDC)
2. Jaringan Rakyat Tertindas ( JERIT)

Terima Kasih
Sidiqin Omar

Penyelaras JERIT Johor
013-7056243

0 Response to Hari Habitat Sedunia - 1Malaysia Mesti Tahu

Post a Comment