Mesti Baca Cerita Wakil Pos ni...
Perajurit adalah pemegang saham terbesar dalam mempertahankan kedaulatan negara kita. Ketumbukan anggota tentera yang terlatih dan memiliki disiplin yang tinggi telah berjaya menangani dan menghadapi ancaman keselamatan dari luar dan juga di sempadan negara.
Pengorbanan mereka cukup besar; senantiasa siap siaga di perbatasan, meninggalkan keluarga tersayang di kampong halaman, mendepani cabaran dan risiko serangan, mengharungi ranjau dan belukar atas nama perjuangan, menyemai bakti untuk anak bangsa dan tanah air kesayangan.
Port Dickson menjadi salah satu dari markas penting dalam melahir dan melatih ramai perajurit dan pejuang negara sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi.
Saya juga tidak sunyi dari kehidupan keluarga tentera. Allahyarham ayah saya, Ali Omar atau lebih dikenali sebagai Ali Kupang ( kerana berasal dari Kedah ) berkhidmat selama 21 tahun termasuk dalam British Army dengan memakai nombor tentera 3443.
Masih segar diingatan saya nombor tenteranya ! Beliau pernah berkhidmat di Kuala Pilah dan Singapura. Allahyarham bapa saya sering menceritakan kepada anak-anaknya bagaimana pengalaman pahit beliau ketika berdepan dengan serangan komunis dalam hutan belantara. Bapa saudara saya juga adalah pegawai tentera.
Mejar Nayan Omar berkhidmat dan menetap lama di Port Dickson. Abang kandung saya, Azman Ali mendapat latihan ketenteraan di Port Dickson dan berkhidmat selama lebih satu dekad dalam perkhidmatan ketenteraan dengan berpangkat Leftenan sebelum mengambil pilihan persaraan awal.
Siapa tidak kenal Leftenan Muda Adnan yang memimpin Rejimen Askar Melayu dan telah mengadai jiwa raga demi mempertahankan tanah air dari pencerobohan tentera Jepun. Sejarah merakamkan pengorbanan besar anggota perajurit Malaysia sejak sebelum merdeka lagi dalam mendepani zaman darurat dan konfrantasi dari Indonesia.
Namun, amat malang dan sedih sekali apabila sumbangan dan pengorbanan anggota perajurit dan para pejuang tanah air sering dipandang sepi oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Pendapatan anggota tentera dan juga imbuhan untuk mereka tidak setimpal dengan perkhidmatan mereka mempertahankan kedaulatan negara ini. Kebajikan pesara tentera dan juga keluarga mereka tidak diberikan perhatian yang serius oleh Kerajaan Pusat. Apabila tamat perkhidmatan khususnya persaraan wajib, sebahagian besar pesara-pesara tentera dan keluarga mereka terpaksa melalui kehidupan yang payah dan getir; ibarat kais pagi makan pagi, kais petang belum tentu makan. Kos kehidupan yang semakin meningkat akan terus membebankan masa depan keluarga pejuang-pejuang tanah air ini. Pada umur persaraan, keadaan kesihatan juga mungkin terganggu.
Namun, anggota tentera dan keluarga mereka tidak mampu untuk mendapat perkhidmatan kesihatan yang terbaik kerana kos yang mahal.
Pak Menteri dan Sang Penguasa membuat pegumuman untuk berbelanja besar bagi meningkatkan prestasi ketenteraan melalui pembelian senjata moden dan canggih. Tapi umum sedia maklum.
Matlamat yang tersirat adalah untuk memunggah komisyen yang berjumlah ratusan juta ringgit untuk pemimpin bangsawan UMNO dan kroni serta suku sakat mereka. Masalah dan kebajikan warga perajurit masih tidak diselesaikan. Malahan keringat mereka diperah untuk kepentingan segelintar Sang Perasuah.
Pakatan Rakyat ingin menjayakan program untuk anggota tentera dan perajurit serta keluarga mereka melalui peruntukan yang besar untuk program perumahan anggota tentera, peluang pendidikan untuk anak-anak melalui biasiswa dan pinjaman pendidikan serta latihan teknikal dan sokongan selepas persaraan untuk menyediakan anggota tentera dan perajurit menceburi bidang perniagaan.
Saya juga ingin mencadangkan pembinaan sebuah hospital khas untuk warga tentera dan keluarga mereka yang bertaraf dunia dan dilengkapi dengan kemudahan dan teknologi perubatan yang moden termasuk pakar-pakar perubatan dan kemudahan terapi untuk anggota-anggota tentera yang tercedera semasa dalam perkhidmatan. Kos perubatan perlulah minima sebagai menghargai sumbangan dan pengorbanan mereka.
Pengumuman Port Dickson sebagai Bandar Tentera Darat tidak lebih dari satu lagi projek Barisan Nasional untuk memperhangatkan kempen pilihan raya di Bagan Pinang. Penggunaan undi pos adalah perbuatan diskriminasi berterusan terhadap para perajurit kita. Usaha terancang untuk memanipulasi undi pos masih berleluasa di kem-kem tentera.
Maruah perajurit kita terus tercalar ekoran kerakusan UMNO untuk berkuasa. Benarlah hujah seorang pegawai tertinggi SPR kepada saya beberapa tahun lalu apabila diajukan soalan penghapusan undi pos. Jawabnya ringkas, “Najib tidak mahu undi pos dihapuskan kerana undi pos menjamin survival kuasa UMNO” !
Berdasarkan laporan Malaysiakini disini, seorang bekas sarjan yang dikenali sebagai Abu Kassim mengakui pernah memangkah BN bagi pihak anggota-anggota tentera yang lain dalam dua pilihan raya umum yang lalu.
Kenyataan ini sudah cukup membuktikan bahawa UMNO tidak menghormati kemuliaan dan kebijaksanaan pengundi-pengundi di kalangan anggota tentera dan warga perajurit. Malahan UMNO terus memperbodohkan pengundi-pengundi di Bagan Pinang dengan menonjolkan Isa Samad sebagai calon terbaik Barisan Nasional.
Tindakan ini amat memalukan negara kita dan kewibawaan pengundi-pengundi kita khususnya pegawai-pegawai dan anggota tentera dan pengundi-pengundi muda. Parti dan pemimpin yang terpalit dengan rasuah sudah lama ditolak di negara-negara maju seperti Jepun, Korea, India, Eropah dan Amerika Syarikat.
Yang terbaru kita saksikan bagaimana parti LDP yang berkuasa selama lebih 50 tahun di Jepun telah dihumban oleh rakyat Jepun.
Saya menyeru kepada semua pengundi di Bagan Pinang khususnya pengundi-pengundi pos dan pengundi-pengundi muda dan juga ahli-ahli UMNO biasa untuk bersama-sama muafakat membawa perubahan pada 11 Oktober 2009 ini di Bagan Pinang.
Dunia sedang menyaksikan keupayaan pengundi-pengundi di Bagan Pinang untuk menjana kekuatan baru dengan menolak parti dan calon yang rasuah demi masa depan yang lebih sejahtera untuk Malaysia. Pakatan Rakyat adalah parti masa depan.
AZMIN ALI

0 Response to Mesti Baca Cerita Wakil Pos ni...
Post a Comment