Semoga Perjuangan Pakatan Rakyat Tidak Menjadi Perjuangan Pakatan Otak Udang


Dah macam macam persoalan timbul sejak akhir-akhir ni. Dah macam macam ragam dan konflik mula menular dalam lipatan perjuangan Pakatan rakyat mutakhir ini. 1Malaysia Dah mula muak dah nak tengok gelagat bintang Filem ini. Dah meluat tahap cipan dah ni sebenarnya.

Pakatan Rakyat merupakan gabungan yang rapuh dan reput. Itu kata kelompok musuh terutamanya UMNO.

SS mungkin tak berapa setuju dengan statement itu kerana Pakatan Rakyat yang ada sememangnya tidak rapuh. Yang rapuh adalah semangat "pakatan" dan "Kesepakatan" individu tertentu dalam Pakatan Rakyat. Yang rapuh adalah "daya juang" individu tertentu dalam Pakatan Rakyat.

Elok juga jika individu individu yang "manja dan over gedik" nih disingkirkan dari bahtera Pakatan Rakyat. Tidak kiralah apapun status dan kedudukan individu itu. Baik Presiden, Timb Presiden, Penasihat Umum, Ketua Pemuda, Pesuruhjaya Negeri, Ketua Perhubungan Negeri mahupun pak turut yang sering mengia-iakan segala-galanya selama ini, eloklah disingkirkan demi survival rakyat 1Malaysia.

Ini buka zaman edan yang berteraskan Era "politik ceramah". Era ini juga bukan lagi era "politik air liur". Bahkan Era ini bukan lagi era "politik bekas menteri", malah Era ini adalah era "politik walk the talk" !!

Budaya retorik yang dulunya menjadi makanan utama UMNO telah mula menjangkiti Pakatan Rakyat terutamanya PAS dan PKR. Jika diperhalusi, budaya retorik ini tidak ada bezanya dengan amalan munafiq yang menjadi selimut perjuangan UMNO sejak sekian lama. Cakap tak serupa bikin dan bikin tak serupa cakap, lastly semuanya bikin-bikin cakap sepanjang hari.

Lihat sahaja Dewan Pemuda PAS. Sejak "menang" dalam Pilihanraya Umum Ke 12 sampai sekarang masih "diawang-awangan" mencari sesuatu yang tak pasti. Tak kurang hebatnya PKR bersama sayap dan kepak-kepaknya. Sejak tertubuhnya Pakatan Rakyat beberapa bulan yang lalu sehingga lah ke hari ini, perjuangannya bagaikan hidup segan mati tak mahu @ mati segan tapi tak mahu hidup. Segala galanya akan disapu ke bawah karpet oleh Penasihat Umum yang selalu "talk the walk" dan terlalu gemar berslogan itu ini tapi hakikatnya bagaikan "gula gula tarik " belaka.

Rakyat menolak UMNO/BN kerana rakyat sudah muak dengan pentadbiran yang berfatwakan "RM1 untuk rakyat dan RM100 untuk kroni".

Sekarang, Pakatan Rakyat juga mula dijangkiti penyakit dan sindrom yang hampir sama tapi tak serupa. Telur sebiji riuh sekampung. Bila memuji tinggi melangit tatkala berjaya mencuci najis yang ditinggalkan gerombolan UMNO/BN, tapi hakikatnya najis sendiri masih tetap meleleh-leleh di mana jua.

Sampai bila sndiwara ini akan berakhir? Sampai bila episod duka ini akan berpenghujung? Rakyat sudah mula muak dengan gelagat Dr Hassan Ali. Rakyat juga sudah muak dengan gelagat Shamsul Iskandar yang hanya layak menjadi pemantau. Rakyat sudah muak dengan gelagat Che'gu Bard yang cakap berdegar degar tetapi hanya berani bertempur dengan mikrofon.

Rakyat sudah muak dengan Hj Hadi yang tak ubah macam Pak Lah yang tidur celik. Celik tapi tak nampak. Tahu tapi buat buat-buat tak tahu. Kemampuan untuk memimpin terlalu lemah kerana dikelilingi oleh penasihat yang bersongkokkan angin dan berotakkan udang sejak akhir-akhir ini.

Jeneral "era baru" telah ramai dilahirkan di dalam Pakatan Rakyat baik dari DAP, PAS mahupun PKR. Apa kurangnya Ust Nik Zawawi? Apa kurangnya Hj Salahuddin? Apa kurangnya Dr Dzulkefli? Apa kurangnya Ir Hj Khalid Samad? Apa kurangnya Lim Guan Eng? Apa kurangnya Azmin Ali? Apa kurangnya Ir Amiruddin? Apa kurangnya Loke Siew Fook? Apa kurangnya Yusmadi?

Apa kurangnya pimpinan generasi baru ini jika dibandingkan dengan "pemimpin era 70an" dan "pemimpin jilat menjilat" dan "Pemimpin Poco poco" yang ada hari ini?

Undurlah setapak demi setapak. Nafas baru yang kencang perlu diberikan kepada Pakatan Rakyat supaya Perjuangan di dalam Pakatan Rakyat tidak menjadi perjuangan Pakatan Otak Udang suatu hari nanti.

Rakyat berjuang untuk perubahan. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Presiden PAS. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Penasihat Umum PKR. Perjuangan rakyat bukan untuk menaikkan Penasihat DAP.

Perjuangan rakyat adalah untuk menjana perubahan. Malangnya, perubahan itu kelihatan semakin sukar dicapai kerana pimpinan yang gagal untuk memandu rakyat ke arah perubahan yang didambakan sejak puluhan tahun.

Jangan sampai Pakatan Rakyat diludah oleh rakyat seluruhnya akibat daripada najis najis yang meleleh dan bersepah ini, dan janganlah jadikan perjuangan Pakatan ini ibarat "Membakar Belacan Dibawah Tangga"

Membakar Belacan Dibawah Tangga bermaksud :-
- Cuba menyembunyikan sesuatu benda yang buruk dari pengetahuan orang lain tanpa memikirkan sifat semulajadi yang ada pada benda itu sebenarnya sedia diketahui oleh orang lain tanpa perlu diberitahu oleh sesiapa pun.

0 Response to Semoga Perjuangan Pakatan Rakyat Tidak Menjadi Perjuangan Pakatan Otak Udang

Post a Comment