Apa dah jadi? Nyalakkan Anjing Mengiringi Ceramah Anwar Ibrahim Di Kulai, Johor
(Update) Sekumpulan Anjing-anjing merah yang menggonggong serpihan dacing dikesan mula menyalak sejurus ketibaan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh (DSAI) ke tapak Ceramahnya kg Air Manis, Kulai Johor. Yang peliknya...Kenapa Anjing-anjing ini menyalak sakan tanpa henti waktu itu? Adakah anjing-anjing itu sedang menagih simpati dari DSAI kerana mereka sedang kelaparan, kehausan, kepanasan atau kecelaruan identiti setelah serpihan dacing yang digonggongnya semakin berkarat dan sedang reput dimamah usia?
Booooooo!!! Booooooo!!! Booooooo!!! MAmPus LA PoLIs!!! JahANam!!! BaCol!!! dan macam-macam lagi tempikan lebih kurang 6500 orang pengunjung sejurus selepas Ketua Geng Pondan berucap. Aku yang ditugaskan untuk memantau keadaan setempat, sesekali teruja jugak dengan kebangkitan dan keberanian mereka, yang paling aku tak bole terima hakikat apabila sorang Makcik pertengahan umur yang sebelumnya amat khusyuk mendengar hujah beberapa penceramah sebelumnya, tetiba jer bangun sambil menjerit sekuat hati "Woi Bangsat, berapa sen budak UMNO bagi kau duit untuk buat kacau kat sini?"Peeeeeggggrrrrrhhhhh bergegar beb suasana kat situ. Dalam kekecohan itu, datang pulak DSAI dengan iringan jeritan dan laungan penyokongnya "Hidup Anwar.. Reformasi.. Reformasi... Reformasi...." Bayangkan la.. boleh dikatakan kesemua pengunjung yang berada ditapak ceramah menunjukan sokongan padu kepada DSAI termasuk la Orang Melayu yang hanya mampu berniaga kecil-kecilan di situ, bebudak kecik yang mungkin belum tahu apa erti sebenar Reformasi dan tak kurang hebatnya Orang Cina dan India yang asyik menjerit bagaikan nak gila "Le..for..ma..si" walaupun pelat. Inilah yang dikatakan oleh Sdr Ezam M Nor bahawa DSAI sememangnya mempunyai Aura yang tersendiri dan penyokongnya akan menjadi separuh gile bila melihat beliau didepan mata.Dasar pembangkang... DSAI terus naik ke pentas
Inilah tamparan paling hebat pernah ditunjukkan oleh DSAI, selama aku mengikuti sessi ceramah beliau, belum pernah sekali pun aku terdengar dia memaki hamun orang dengan kata-kata yang agak kesat. Semakin tinggi suara DSAI semalam, semakin jauh la bebudak UMNO yang dibayar untuk membuat huru-hara semalam meninggalkan tapak ceramah. Jika silap perhitungan mungkin juga akan terjadi huru hara dan pertempuran di antara kedua-dua pihak. Namun kebiksanaan DSAI memang tidak dapat disangkal lagi apabila beliau mengingatkan para pengunjung dan petugas di akhir ucapannya agar jangan melayan sebarang tindakan "Provokasi Bodoh" pemuda UMNO disini dan memohon agar kesemuanya beredar secara aman walaupun terpancar jelas perasaan kecewa di hati mereka.
Apa lagi yag hendak dititipkan untuk anak-anak dan cucu cicit kita suatu hari nanti, Perjuangan Adalah Perlaksanaan dan Perlaksanaan perlukan pengorbanan... mungkin inilah masanya untk anak-anak muda khususnya di Johor bangkit menentang kezaliman dan kerakusan Pemimpin mreka. Apa yang mereka dapat sebenarnya? Kepuasan.... kuasa... bakat.. maki hamun.. dan dosa akan sentiasa mendampingi hidup mereka sejak dulu kini dan selamanya. Apa pun GOOD jOB buat rakan-rakan Blogger, NGO dan AMK Negeri Johor yang sememangnya berani membuat pilihan dan keputusan sepanjang Program dijalankan.

0 Response to Apa dah jadi? Nyalakkan Anjing Mengiringi Ceramah Anwar Ibrahim Di Kulai, Johor
Post a Comment