Kereta Antik Malaysia.... jual jangan tak jual


Aku selalu komplen pasal cukai kenderaan.Kenapa?

Sebab rakyat Malaysia majoritinya berhutang 9 tahun untuk bayar kereta dan kebanyakannya menghabiskan 30% gaji mereka untuk membayar kereta sahaja.

Kenapa aku selalu komplen pasal kereta?
Sebab nak tak nak semua akan rasa pasal ni.Kita semua akan rasa.Nak lawan pendapat aku,lawan.Tapi apa faedahnya kau backup kerajaan kalau kerajaan tak backup kau?

Dan sebagai seorang pemilik kereta,anda perlu sedar,banyak betul akta2 baru yang akan diperkenalkan nanti.Aku tak peduli pasal AP ke "abah dia nak bagi projek buat kereta kat anak dia" ke tapi,Rafidah Aziz gemok sebab banyak makan duit AP ke,yang aku selalu tertanya :

kerajaan Malaysia tak sedar ke realiti kehidupan rakyat ni?


1. Kenderaan lebih 10 tahun,insurans naik.

Dah renew insurans? Bersedia untuk terkejut besar bila nak renew insurans kalau kenderaan anda lebih 10 tahun.Nilai insurans dinaikkan atas "nasihat" syarikat-syarikat insurans.(benda ni dah start awal tahun hari tu)

2. Kenderaan lebih 15 tahun,tak boleh renew road tax selagi tak dapat pengesahan Puspakom

Ada baiknya buat benda camni.TAPI kita hutang 9 tahun bang.Kita usaha kerja gigih-gigih kemudian kalau kita ada planning nak simpan kereta tu lama-lama,rancangan tu akan jadi terbantut.Nak hantar Puspakom,nak kena bayar fees.Duit lagi.Puspakom : Syarikat Kroni

3. 2011,Import masuk alat ganti second hand tidak dibenarkan.

Jadi,selepas 2011,jika ada apa-apa kerosakan enjin pada kereta import anda,hanya ada dua pilihan.Sama ada beli dekat authorized dealer (yang markup harga gila-gila) atau jual kereta import anda,beli kereta tempatan.Bagaimana pakcik2 drebar teksi yang pakai teksi style lama tu nak maintain teksi diorang?Wallahuallam.Aku tak tau la motor kena ke tidak.Motor kalau kena jugak alamatnya aku kena jual motor aku dan beli Modenas Elegan.Hahahaha!

Dan apa nasib uncle2 kedai potong?Apa akan terjadi kepada amoi2 cun anak uncle kedai potong?

...........

Semua benda ni rakyat takkan marah kalau kita mampu beli kereta tanpa berhutang lama-lama.Cuba bayangkan kalau kita beli keli kereta dengan installment 5 tahun aje (sebab harga yang rendah) jadi kalau nak dijalankan akta 15 tahun tu kita takde la merasa kerugian yang besar.

Nak laksanakan akta jangka hayat kereta memang la bagus.Tapi mana inisiatif kerajaan nak galakkan benda tu?Orang kaya raya macam menteri mampu la tuka kereta 5 tahun sekali.Kita ni?Yang buat loan 9 tahun,mesti la ada perasaan nak pakai kereta tu selama yang mampu sebab KITA DAH BAYAR LOAN 9 TAHUN!

Takde galakan langsung yang dibuat.Adakah kerajaan menyimpan taktik penurunan cukai kenderaan untuk digunakan apabila pilihanraya menjelang tiba nanti?

Rakyat Malaysia tak kaya.Kereta bukan barang mewah,kereta satu necessity untuk yang berkeluarga.Tapi jika pengeluar kereta nasional tidak mampu mengeluarkan kereta yang sama harga dan sama kualitinya dengan pengeluar kereta lain,tidak perlulah rakyat dibebankan untuk menanggung pembangunan kereta nasional yang sangat stagnant.Kalau Korea boleh buat kereta murah untuk rakyat dia dan dijual murah ke serata dunia,kenapa kereta Malaysia mahal?Kamon la...KIA start daripada buat basikal.Proton terus buat kereta.Jangan lah nak bagi alasan usia Proton kalau ikut industri masih mentah.

Mangkuk punya kerajaan tak pernah fikir pasal rakyat.
Tau nak menguntungkan kroni dan suku sakat diorang.

Bacaan Lanjut Untuk Sesiapa Nak Mengira Nilai Sebenar Kereta Lain Berbanding Kereta Nasional : Baca,Lihat dan Kira Sendiri,Kemudian Nilaikan

0 Response to Kereta Antik Malaysia.... jual jangan tak jual

Post a Comment