Terhinakah Muhammad SAW atau Terhinakan Umat Islam







Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam sebanyak-banyaknya buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum bicara dan  penulisan ini diteruskan, terlebih dahulu mohon kemaafan kepada ustaz-ustaz, tuan-tuan guru, alim ulamak dan cerdik pandai Islam kerana penulis bukanlah atas kepakaran ilmu tetapi semata-mata menurut pendapat dan rasa hati sendiri yang amat kurang pengetahuan agama. Sekiranya apa yang ditulis ini salah atau menyalahi syaria't, harap dapatlah diberi teguran. Sebagai seorang muslim hamba rasa bertanggungjawab sama dalam isu menghina Nabi atau yang terbaru filem menghina Nabi.

Mengikut catatan sejarah, isu menghina Nabi bukan satu isu yang baru, tetapi telah berlaku semenjak Nabi di lantik menjadi Rasul dan berhijrah ke Madinah, sehinggalah beliau wafat, bersambung-sambung sehinggalah sekarang dan tidak hairan kalau berterusan sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad S.A.W diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak atau dalam erti kata lain untuk mengajar makhluk dalam berakhlak atau kalau tidak faham juga mengajar bagaimana untuk berbuat sesuatu dalam kesemua urusan hidup dan mati.

Dalam isu menghina diri Nabi Muhammad S.A.W tidak terkecuali daripada contoh teladan yang ditunjukkan oleh baginda sendiri seperti melucutkan gelaran Rasulullah dan hanya memakai panggilan Muhammad sahaja dalam perjanjian Hudaibiah, dalam peristiwa-peristiwa orang kafir dan orang yahudi menyakiti dan menghina baginda, walaubagaimana dasyat sekalipun beliau tidak pernah menunjukan sikap kasar, ganas atau sikap pelik. Sebaliknya menyerlahkan sikap mulia beliau dengan ketenangan, kasih sayang dan kemaafan.

Dengan akhlak beliau itulah tersebarnya Islam ke seluruh pelusuk alam meliputi bumi dan langit dan yang ada antara keduanya sehingga hari kiamat. Adakah umat Islam kini mencontohi akhlak baginda dalam menangani isu menghina baginda? Pernahkah Nabi S.A.W membunuh kerana penghinaan terhadapnya? Pernahkah Nabi S.A.W mengarahkan membunuh, berperang atau menunjukkan kemarahan beramai-ramai terhadap pihak atau orang yang menghina baginda? 

Pernahkah Nabi S.A.W memijak-mijak atau membakar sesuatu simbol seumpama bendera, salib, atau apa-apa benda sekalipun atas sebab penghinaan kepada baginda? Pernahkah baginda menjatuhkan hukuman bunuh bagi sesiapa yang menghina baginda? atau penjara? atau disiksa? atau didenda sekalipun? Memang cpj ini jahil, dan memang cpj tidak pernah mendengar segala yang demikian itu terjadi dalam sejarah Nabi Muhammad sejak baginda dilahirkan sehinggalah beliau wafat.

Apa yang hamba pernah dengar ialah, hampir semua orang yang menghina beliau telah memeluk Islam kerana berasa malu dan bersalah sendiri kerana kebodohan menghina Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam. Terhadap Abu Jahal pun Nabi S.A.W tidak menunjukkan sikap benci sedangkan  dialah orang paling dasyat menghina dan menyakiti Baginda sehingga Abu Jahal dilaknat oleh Allah seperti terdapat di dalam Al-Quran, sedangkan Nabi S.A.W tetap tersimpan rasa kasihan belasnya...

Dalam sebuah selawat kepada baginda terhimpun satu frasa yang kedengarannya seolah-olah menghina beliau bila menyebut beliau sebagai 'ummiyyi'(tidak tahu membaca dan menulis?). Kepada orang biasa nampaknya seperti satu kehinaan, tetapi kepada diri  Rasulullah S.A.W, itu adalah satu kebanggaan, sebagai satu bukti yang amat terang lagi bersuluh atas kebenaran kerasulan baginda. 

Ulamak pewaris Nabi, ada atau tidak ulamak-ulamak kita mengambil akhlak Nabi untuk menangani isu menghina Nabi ini? Boleh atau tidak kita maafkan mereka? Beri jaminan keselamatan kepada mereka? Jemput/Mempersilakan mereka sebagai tetamu? Beri layanan baik, tanggung makan-minum dan hotel? Bersemuka dengan senyuman? Tanya mereka dengan lemah lembut? Mengapa anda berbuat begini?(walaupun kita sudah tahu jawapannya...) 

Terangkan kepada mereka siapakah Muhammad sebenarnya...(walaupun sebenarnya mereka sudah tahu dan kenal siapakah Muhammad seperti mereka mengenal keluarga mereka sendiri...) Yakinlah saudara-saudaraku bahawa walaupun berkumpul sekalian makhluk menghina Nabi Muhammad S.A.W, Baginda tidak akan jadi hina....Baginda tetap Rasulullah....Baginda tetap Kekasih Allah...Beliau tetap Makhluk yang paling Mulia di sisi Allah....

Yakinlah saudara-saudaraku, umat Islam tidak akan terhina sekiranya mengikut Nabi S.A.W sebaliknya Umat Islam terhina kerana mereka tidak mengikut Nabi S.A.W, mereka tidak mengambil Islam sebagai Addin....Umat Islam TIDAK terhina oleh penghinaan orang kafir, tetapi umat Islam terhina kerana penghinaan mereka terhadap agama mereka sendiri...Wallahuaqlam..



1 Response to Terhinakah Muhammad SAW atau Terhinakan Umat Islam

  1. IBU TIJA says:

    Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Post a Comment