LIWAT 2 - Saiful Mula Bersandiwara dan Menagih Simpati dari Masyarakat Dunia


Jika insan lain merintih mengharapkan belas kasihan dan simpati. Mungkin ia tidak menjadi sesuatu yang memualkan. Namun amat mengejutkan pabila mendengar anak muda "mangsa liwat" seperti Saiful Bukhari Azlan merintih memohon simpati rakyat tentang kes liwatnya dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam luahan terbaru Saiful dalam blog peribadinya kelmarin (26 Okt), anak muda itu dilihat begitu mengharapkan sesuatu daripada masyarakat agar memberi sokongan dan belas ihsan kepada dirinya. Antara lain, Saiful mengatakan beliau kini berehat panjang dari mengemaskini blognya kerana bermuhasabah diri dan mengumpul kekuatan. Kononnya sejak kebelakangan ini, beliau sering memikirkan tentang masa depan dicdunia ini selepas kes "misteri liwat"nya itu selesai. Beliau juga mengatakan, walaupun dirinya sudah dikategori sebagai ''mayat hidup'', namu hidup tetap perlu diteruskan. Beliau juga memberi nasihat kononnya berdosa jika kita “give up” untuk hidup. Beliau turut menyatakan bahawa dirinya sentiasa berdoa dan berserah sepenuhnya pada Allah, namun beliau juga perlu berusaha mencari jalannya. Selain daripada itu beliau turut menegaskan telah menerima banyak pendapat dan cadangan positif dan negatif. Kononnya ada yang menuyuruh beliau tinggal di luar negara, tukar identiti, maka kehidupan beliau akan menjadi lebih baik atau sebaliknya dan pelbagai lagi. Malah katanya ramai juga yang berpendapat rugi beliau memilih jalan sekarang ini dan beliau patut menyesalinya. Masa depannya hancur dan dirinya pula akan dihina buat selama-lamanya. "Pada hemat saya, biarlah diri ini dihina oleh jutaan manusia dan hilang segala nikmat dunia ini daripada dihina Allah swt, hidup dalam jiwa yang tidak tenang dan ditarik nikmat di akhirat akibat tidak berani menegakkan yang Hak" kata Saiful. Beliau turut bermadah kononya, "Malu bertanya, sesat jalan". Justeru, selain dari berdoa dan memohon petunjuk dariNya, beliau juga amat mengalu-alukan bimbingan dan pendapat dari semua tentang apa yang patut beliau lakukan untuk meneruskan kehidupannya selepas ini. Baca bukti rintihannya di sini

Terkadang, kami juga merasa teramatlah lucunya melihat kerenah anak muda "jambu" seperti Saiful Bukhari yang sanggup menggelarkan dirinya seperti "mayat hidup" gara-gara ingin mengharapkan simpati masyarakat terhadap kes yang beliau hadapi sekarang ini. Apakah rakyat boleh menerima apa yang disuarakan oleh Saiful ini gamaknya?. Bukankah selama ini kita sudah dimalukan dengan satu adengan "Sandiwara Liwat 2" yang cukup menggemparkan seantero dunia. Apa tidaknya, mangsa liwat telah disahkan oleh pakar-pakar dari hospital swasta dan kerajaan sebenarnya "masih suci dan teruna" lagi. Ini bermakna, Saiful tidak diliwati oleh sesiapa pun. Makanya kenapa kes ini tidak dibuang dan diteruskan oleh mahkamah. Sungguh menghairankan kita, dalam kebanyakkan kes liwat atau rogol yang berlaku di negara kita sebelum ini. Jika ada mangsa yang mengadu dan melaporkan kepada pihak polis dia telah diliwat atau dirogol, sudah pasti polis akan menghantar mangsa ke hospital yang berdekatan untuk menjalani pemeriksaan perubatan. Maka, selepas disahkan oleh pakar-pakar perubatan bahawa mangsa diliwat atau dirogol, selepas memeriksa bahagian yang berkenaan barulah pihak polis akan menerima laporan kes berkenaan dan membuat siasatan. Suspek-suspek yang terlibat akan dicari untuk disiasat oleh pihak polis berdasarkan laporan perubatan yang telah disahkan oleh pihak hospital. Maknanya mangsa sendiri akan mendedahkan siapakan suspek yang punya angkara terbabit. Barulah operasi besar-besaran akan dilakukan bagi menangkap dan menahan reman suspek berkenaan. Maknanya "laporan perubatan" adalah bukti kukuh seseorang itu telah dizalimi dalam kes jenayah seperti ini. Namun, apa yang menghairankan kita kenapa dalam kes "misteri liwat Saiful" ini, beliau pergi sendiri ke hospital terbabit untuk memeriksa duburnya (Pusrawi dan HKL) kemudian baru membuat laporan polis?. Siapakah yang memberi arahan sedemikian dikala mangsa yang sepatunya "trauma" dan gagal untuk berfikir dengan baik kerana menjadi mangsa kes seperti?. Apakah kerana kunjungan Saiful ke rumah Najib Razak sebelum itu menyebabkan beliau dapat ilham dan berkuasa melakukan segalanya?. Atau beliau ke rumah TPM ketika itu, untuk berbincang dan menghafal segala skrip yang telah disiapkan. Mungkin itulah sebabnya Saiful, biarpun telah ditendang dari meneruskan pengajiannya di IPT tempat beliau belajar, namun TPM bermurah hati berminat untuk menawarkan biasiswa kepada dirinya. Sedangkan ketika itu dia bekerja di pejabat Anwar Ibrahim. Bukankah di sini pun sudah wujud satu misteri yang amat menghairankan kita sebenarnya !

Bukankah ini sesuatu yang cukup aneh bukan?. Saiful pergi sendiri ke hospital untuk memeriksa duburnya dan selepas pihak hospital mengesahkan dia tidak diliwat kenapa dia tergamak membuat laporan polis kononnya telah diliwat oleh seorang manusia bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim?. Apakah motifnya tindakan beliau itu dan kenapa pula polis tidak mengarahkan beliau membuat pemeriksaan perubatan selepas itu?. Walhal pihak polis yang menerima laporan itu boleh mengarahkan Saiful membuktikan dia diliwat menerusi laporan perubatan yang sah. Bahkan pihak polis boleh menghantar Saiful ke hospital yang berdekatan untuk diperiksa "duburnya" sebelum mengesahkan laporan tersebut. Atau pun setidak-tidaknya, jika Saiful berkata dia mengaku diliwat kerana sudah membuat pemeriksaan perubatan sendiri sebelum itu. Kenapa pihak polis tidak mengarahkan Saiful menunjukkan laporan perubatan sebagai bukti dia diliwat ketika itu. Apakah polis Malaysia yang begitu profesional boleh menerima laporan seorang anak muda seperti Saiful, hanya berasaskan kepada laporan polis yang dibuatnya di kaunter Balai Polis berkenaan (Jln Travers) ketika itu. Bukankah sepatutnya Saiful dihantar menjalani pemeriksaan perubatan, dan sementara menunggu laporan berkenaan polis tidak sepatutnya mengganas dan menangkap suspek yang dituduh tanpa ada bukti yang sah terhadap pertuduhan. Inilah yang menimbulkan keraguan kita sebenarnya. Nampak benar ada tangan-tangan ghaib yang merangka skrip "sandiwara liwat 2" ini bagi menghukum orang yang tidak sepatutnya dipersalahkan. Ia jelas berdasarkan kepada bukti laporan perubatan oleh doktor pakar seramai empat orang yang mengesahkan dia tidak diliwat. Apabila dia tidak diliwat, makanya tiada asas dan kes yang kukuh untuk pihak polis menangkap dan menyiasat sesiapa ketika itu. Malahan, Saiful sendiri wajar disiasat kerana membuat laporan palsu dan menfitnah individu terbabit. Namun, kenapa ini semua tidak berlaku?. Kerana mereka semua termasuk pihak polis dan kini mahkamah terpaksa mengikut skrip yang telah disiapkan oleh pihak-pihak yang terbabit.

0 Response to LIWAT 2 - Saiful Mula Bersandiwara dan Menagih Simpati dari Masyarakat Dunia

Post a Comment