Kereta Antik Malaysia.... jual jangan tak jual


Aku selalu komplen pasal cukai kenderaan.Kenapa?

Sebab rakyat Malaysia majoritinya berhutang 9 tahun untuk bayar kereta dan kebanyakannya menghabiskan 30% gaji mereka untuk membayar kereta sahaja.

Kenapa aku selalu komplen pasal kereta?
Sebab nak tak nak semua akan rasa pasal ni.Kita semua akan rasa.Nak lawan pendapat aku,lawan.Tapi apa faedahnya kau backup kerajaan kalau kerajaan tak backup kau?

Dan sebagai seorang pemilik kereta,anda perlu sedar,banyak betul akta2 baru yang akan diperkenalkan nanti.Aku tak peduli pasal AP ke "abah dia nak bagi projek buat kereta kat anak dia" ke tapi,Rafidah Aziz gemok sebab banyak makan duit AP ke,yang aku selalu tertanya :

kerajaan Malaysia tak sedar ke realiti kehidupan rakyat ni?


1. Kenderaan lebih 10 tahun,insurans naik.

Dah renew insurans? Bersedia untuk terkejut besar bila nak renew insurans kalau kenderaan anda lebih 10 tahun.Nilai insurans dinaikkan atas "nasihat" syarikat-syarikat insurans.(benda ni dah start awal tahun hari tu)

2. Kenderaan lebih 15 tahun,tak boleh renew road tax selagi tak dapat pengesahan Puspakom

Ada baiknya buat benda camni.TAPI kita hutang 9 tahun bang.Kita usaha kerja gigih-gigih kemudian kalau kita ada planning nak simpan kereta tu lama-lama,rancangan tu akan jadi terbantut.Nak hantar Puspakom,nak kena bayar fees.Duit lagi.Puspakom : Syarikat Kroni

3. 2011,Import masuk alat ganti second hand tidak dibenarkan.

Jadi,selepas 2011,jika ada apa-apa kerosakan enjin pada kereta import anda,hanya ada dua pilihan.Sama ada beli dekat authorized dealer (yang markup harga gila-gila) atau jual kereta import anda,beli kereta tempatan.Bagaimana pakcik2 drebar teksi yang pakai teksi style lama tu nak maintain teksi diorang?Wallahuallam.Aku tak tau la motor kena ke tidak.Motor kalau kena jugak alamatnya aku kena jual motor aku dan beli Modenas Elegan.Hahahaha!

Dan apa nasib uncle2 kedai potong?Apa akan terjadi kepada amoi2 cun anak uncle kedai potong?

...........

Semua benda ni rakyat takkan marah kalau kita mampu beli kereta tanpa berhutang lama-lama.Cuba bayangkan kalau kita beli keli kereta dengan installment 5 tahun aje (sebab harga yang rendah) jadi kalau nak dijalankan akta 15 tahun tu kita takde la merasa kerugian yang besar.

Nak laksanakan akta jangka hayat kereta memang la bagus.Tapi mana inisiatif kerajaan nak galakkan benda tu?Orang kaya raya macam menteri mampu la tuka kereta 5 tahun sekali.Kita ni?Yang buat loan 9 tahun,mesti la ada perasaan nak pakai kereta tu selama yang mampu sebab KITA DAH BAYAR LOAN 9 TAHUN!

Takde galakan langsung yang dibuat.Adakah kerajaan menyimpan taktik penurunan cukai kenderaan untuk digunakan apabila pilihanraya menjelang tiba nanti?

Rakyat Malaysia tak kaya.Kereta bukan barang mewah,kereta satu necessity untuk yang berkeluarga.Tapi jika pengeluar kereta nasional tidak mampu mengeluarkan kereta yang sama harga dan sama kualitinya dengan pengeluar kereta lain,tidak perlulah rakyat dibebankan untuk menanggung pembangunan kereta nasional yang sangat stagnant.Kalau Korea boleh buat kereta murah untuk rakyat dia dan dijual murah ke serata dunia,kenapa kereta Malaysia mahal?Kamon la...KIA start daripada buat basikal.Proton terus buat kereta.Jangan lah nak bagi alasan usia Proton kalau ikut industri masih mentah.

Mangkuk punya kerajaan tak pernah fikir pasal rakyat.
Tau nak menguntungkan kroni dan suku sakat diorang.

Bacaan Lanjut Untuk Sesiapa Nak Mengira Nilai Sebenar Kereta Lain Berbanding Kereta Nasional : Baca,Lihat dan Kira Sendiri,Kemudian Nilaikan

Akibat Tersalah Ketuk... heheheh!!!!


ketuk telurrrr

Ciannya dia ni....

Gelagat Mak Nyah Africa di hadapan"Camera Man"









Auuuuuuuwwww!!! tak kuasa mak.... nyah

Kenali Pegawai Khas NAJIB yang BIADAP terhadap Wakil Setinggan Kempas di Pej PM


Pada 27hb Oktober 2009 pada jam 4.15pm, saya bersama Sdr. Ramli Ibrahim - Pengerusi J/K Setinggan Kempas dan Syed Othman bin Syed Mohamad - Penyelia Pusat Aduan Rakyat Permas telah berjumpa dengan Dato' Nasir Sipon Pengawai Khas Perdana Menteri. Saya bergitu terkejut sekali apabila Dato Nasir memarahi kami kerana membuat salinan memorandum kepada Dato' Seri Anwar dan YB Lim Kit Siang. Berikut adalah sedutan pertemuan.

Suhaizan Kaiat: Sehubungan itu pihak kami mendesak Y.A.B merealisasikan agenda rakyat ini dengan melunaskan tuntutan-tuntutan kami seperti di bawah :

1. Memohon Y.A.B Perdana Menteri turun ke Kempas untuk mengadakan dialog terbuka dengan seluruh setinggan Kempas tidak kira fahaman politik.
2. Menganugerahkan tanah milik kekal kepada kampung setinggan yang tersusun.
3. Memberikan sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap rumah dan menawarkan rumah sewa-beli atau gantian tanah di tempat lain.
4. Menangguhkan notis Mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru di Kg Denai Pinggiran, Kempas dan dan sekitarnya sehingga tuntutan kami dipenuhi.

Dato' Nasir : Ni yang aku marah ni. Kau nak mintak bantuan kerajaan. Tapi kau serah kepada Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang buat apa?

Suhaizan : Itu cc aja Dato'.

Dato' Nasir : Kenapa kau cc pada dia. Aku tak sedap la macam ni. Kau beri pada pembangkang. Apa yang PKR dan DAP boleh buat?. Kita orang melayu kenapa nak bagi cina untuk bela kita. Aku rasa malu tau.

Suhaizan : Kami daripada NGO Dato'. Kami berhak untuk serah kepada mana-mana pihak.

Dato' Nasir : Ini bukan cakap pasal hak. Aku boleh serah pada PM, aku juga boleh tak serah pada PM

Suhaizan : DAP dan PKR tu parti berdaftar. Apa masalahnya Dato'

Dato' Nasir : Kalau gitu kau teruskan (dengan penuh perasaan tidak puas hati)

....... selepas itu Sdr. Ramli Ibrahim selaku Pengerusi J/K Bertindak Setinggan Kempas cuba membuat rayuan secara lembut kepada Dato' Nasir. Sementara saya cuba mengawal perasaan. Sesekali cuba ketengahkan hujah-hujah mengapa Setinggan Kempas layak mendapat bantuan kerajaan. Walaupun hati rasa tidak puas hati dengan provokasi Dato' Nasir tapi saya mendiamkan diri kerana hari ini saya datang sebagai NGO yang memohon bantuan untuk warga Setinggan Kempas yang dalam kesusahan. Saya bukan datang atas tiket Pemuda PAS Pusat. Kalau ikut kata hati nak aja saya sebut pada Dato' Nasir ..." Kau ingat aku sapa? Kau ingat ini pejabat mak bapa kau?.... tapi mengenangkan setinggan Kempas saya cuba cool down.

Akhirnya...

Dato' Nasir : Lain kali kau jangan buat macam ni. Aku akan turun Kempas dengan segera.

Suhaizan : Terima kasih Dato'

Ramli Ibrahim : Saya mohon maaf Dato'. Lain kali saya tak buat lagi. Jemput Dato' datang tenpat saya.

Ulasan : Biar serendah mana pun tahap pendidikan rakyat malaysia hari ini, tetapi ianya tetap tidak akan dapat menandingi betapa rendahnya maruah dan akal fikiran Pegawai Khas Najib ini. Persoalannya siapakah yang mengkhianati Bangsa Melayu dan siapakah yang sebenarnya menggadai maruah Melayu selama ini? Orang - orang seperti ini hanya dilayak "Hanjing Kelas Atasan" yang hanya tahu melacurkan kedudukan dan kepentingan tanpa perlu menghiraukan perasaan orang lain. Inilah dia contoh "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan" yang dibanggakan oleh penganut politik jahil dibawah payungan kerajaan BN dan UMNO.

Johor pelawa Dr Asri berceramah di seluruh negeri tanpa perlu kelulusan MAIJ


JOHOR BAHARU: Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin boleh mengadakan ceramah agama pada bila-bila masa dan di mana sahaja di negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Katanya peraturan pihak berkuasa agama negeri Johor tidak memerlukan seseorang pendakwah mendapatkan sebarang surat tauliah khas untuk mengadakan ceramah agama tetapi perlu merupakan seorang penceramah agama yang diiktiraf.

Abdul Ghani berkata setiap personaliti agama dipelawa termasuk Mohd Asri untuk menganjurkan ceramah di Johor.

"Bagaimanapun jika mereka mahu menganjurkan ceramah awam yang menghimpunkan ramai orang, maka mereka memerlukan permit polis," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis tilawah khatam AlQuran yang dihoskan oleh UEM Land Bhd di sini hari ini.

Ahad lalu, Mohd Asri ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) kerana mengadakan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang, Selangor.

Abdul Ghani berkata Johor masih belum melarang mana-mana penceramah agama mengadakan ceramah di negeri itu.

Sementara itu, Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) bersama Yayasan Islam Terengganu (TIF) dan jabatan pembangunan masyarakat negeri akan melaksanakan Program Pintar Al-Quran di semua tadika Kemas di negeri itu.

Abdul Ghani berkata projek tersebut adalah bertujuan melahirkan ramai kanak-kanak yang mahir dalam tilawah AlQuran dengan lima tadika Kemas di Gelang Patah dipilih sebagai kumpulan perintis program tersebut.Program tersebut akan diadakan di tadika Kemas selama sejam setiap hari dengan modul dirangka oleh TIF

Kapal Selam KD Altantuya tak boleh menyelam??


Kapal selam Scorpene pembelian dengan rakan kongsi Najib Altantuya tidak dapat berfungi dengan sepenuhnya setelah mengalami beberapa kegagalan untuk berfungsi di dasar laut. Agak pelik kapal selam tidak boleh menyelam.

Kapal selam yang baru dibeli dan baru sampai dikhabarkan dalam perjalanan ke Sepanggar tidak boleh menyelam di beberapa tempat. Ini menyebabkan kapal selam selam tersebut diiring oleh kapal pengiring. Ini kes yang agak pelik. Kapal selam tidak pandai menyelam.

Kapal selam malang itu diberi nama KD Tunku Abdul Rahman tetapi lebih popular di kenali sebagai ‘KD Altantuya’ dikalangan Tentera Laut Diraja Malaysia. Apa dah jadi dengan kapal selam kebanggaan Najib Altantuya ini. Kapal karam pun boleh menyelam inikan kapal selam tidak boleh menyelam.

‘KD Altantuya’ dan sebuah lagi kapal selam dibeli dengan harga RM3.4 bilion dengan Perimekar meraih komisyen RM530 juta. Komisyen itu menimbulkan kontroversi kerana nilai kapal selam berkenaan jauh lebih tinggi dari kapal selam model sama yang dibeli oleh Chile dan India.

‘KD Altantuya’ mula dibina pada tahun 2000 dan sepatutnya berkeupayaan menyelam sedalam 100 hingga 200 meter ke dasar laut. Mungkinkah kapal selam itu takut lemas? Itu yang kena siasat. -wargamarhaen

Ulasan...

Dari maklumat yang diperolehi, belanja penyenggaraan sebuah Scorpene termasuk membersihkan kapalselam tersebut dari lumut dan sebagainya mencecah RM1 juta untuk satu hari.

Kirakan sahaja penyenggaraan tahunan untuk 2 buah Scorpene. (1 lagi kapalselam diberitakan akan tiba ke negara initidak berapa lama lagi).

ABC Punca Tuan Guru Nik Aziz dikejarkan ke IJN


Rupa-rupanya tiada satu pun peminpin PAS yang berkata benar mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri sidang akhbar selepas mesyuarat khas yang diadakan pada malam Rabu 28 Oktober 2009. Tiada seorang pun yang jujur mahu menyatakan hakikat. Penulis sedih. Penulis terpaksa menyatakan hakikat yang sebenar. Anda semua tahu apa yang berlaku pada malam mesyuarat khas itu ?? Mari sini penulis ceritakan. Ini sudah tidak menjadi rahsia lagi.

Ketika masing-masing menyatakan hujah, tiba-tiba Abu Bakar Chik(ABC) telah menyergah TG Nik Aziz.

"Nik Aziz dah tua dan nyanyuk, lebih baik letak jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan Pesuruhjaya PAS Kelantan".

Woiii mangkuk !!! kot iye pun nak peluk UMNO jagalah adab bahasa tu. Kau bercakap dengan Mursyidul Am PAS.

"Kalau boleh MB pun rakyat tok say(tolak) mu(TG Nik Aziz) sekarang ni...," ABC menambah.

Kurang ajar. ABC kata Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman sudah bersedia menggantikan TG Nik Aziz sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan.

"Menteri Besar...banyak lagi yang boleh keje kalau Tok Guru berhenti...,"

Pandai pulak ABC ni panggil TG Nik Aziz sebagai Tok Guru. Kira bahasa lembut dia lah ni nak mintak TG Nik Aziz berhenti. Walhal dia tengah menekan TG Nik Aziz. Dia sedang memaksa Tok Guru letak jawatan. Sabar je la den.

ABC terus sambung gesaan dia supaya Tok Guru berhenti. ABC tegaskan, Prof. Harun Din(Mastermind UG) sedia pangku jawatan Mursyidul Am PAS.

Mesyuarat khas malam itu dihadiri lebih 50 orang pemimpin PAS. Dan ABC sanggup mencerca dan menghina batang tubuh TG Nik Aziz dalam mesyuarat yang disaksikan oleh semua orang. Banyak lagi diolog yang mahu penulis coretkan di sini. Tapi tidak sampai hati. Cukuplah. Dah tiada bahasa carut yang sesuai untuk ABC ni. Ini khas untuk mu ABC. ISA SAMAD KAU !!!

Cercaan dan penghinaan ABC dalam mesyuarat khas itu menyebabkan TG Nik Aziz sebak, lemah dan mulai sesak nafas. Lantas TG Nik Aziz dikejarkan Institut Jantung Negara(IJN). Itu sebab TG Nik Aziz tidak muncul dalam Press Confrence. Ulang sekali lagi. TG Nik Aziz tidak hadir sidang akhbar selepas mesyuarat khas kerana semasa itu TG Nik Aziz sudah berada di IJN.

Hairan bagaimana TG Nik Aziz dalam keadaan sesak nafas dan tangan memegang dada keluar dari pejabat agung PAS tanpa disedari oleh semua wartawan dan lain-lain?? Mesyuarat khas itu diadakan di tingkat 5. TG Nik Aziz dengan dibantu beberapa orang turun melalui lif. Lif turun terus ke B iaitu basement atau tempat parking kereta bagi Pimpinan utama PAS. Tok Guru terus naik kereta di basement lalu dikejarkan ke IJN. Para wartawan tidak akan perasan kerana basement di Pejabat Agung PAS jalan raja laut terkebelakang dan terlindung dari pandangan mata. Sedangkan mereka iaitu para wartawan berkubu di tingkat G bangunan tersebut.

Tetapi yang lebih hairan mengapa boleh ada pimpinan PAS seperti ABC sanggup mencerca TG Nik Aziz dan memaksa TG Nik Aziz letak kesemua jawatannya samada dalam parti dan dalam kerajaan negeri. Itu namanya kurang ajar. Penulis yakin ABC ini telah diarahkan oleh Mustafa Ali dan dipersetujui oleh TG Hadi dan Harun Taib. Mula-mula mereka sindir TG Nik Aziz dengan mengeluarkan press statement supaya pemimpin jangan guna blog untuk meluahkan rasa hati. Sindiran itu hanya khas untuk TG Nik Aziz. Tetapi pemimpin PAS seperti Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS boleh guna dan memperalatkan blog dengan memanggil blogger UMNO dan blogger PAS yang pro UG. Siap boleh dedahkan rahsia besar PAS kepada blogger UMNO semata-mata nak menyelamatkan tengkuk masing-masing. Hasan Ali, Nasarudin Mat Isa dan Roslan SMS hanyalah budak suruhan puak PAS Terangganu. Roadshow Hasan Ali di seluruh negeri Selangor pun atas arahan dari Mustafa Ali konon dengan roadshow tersebut Hasan Ali dan puak PAS yang pro UG tidak bersalah dan memperlekehkan TG Nik Aziz dalam pada masa yang sama.

Nampak tak macam mana politiking pemimpin PAS Terangganu. Memang menjijikkan. Geng Terangganu ini sebenarnya sudah mabuk kuasa. Kuasa yang mereka terlepas pada Pru tahun 2004 amat menghantui mereka. Macam orang gila talak. Ini bukan tuduhan, tetapi pemimpin PAS Terangganu merompak kekayaan negeri mereka dengan serban dan jubah pada tubuh mereka. Pandai tak mereka menipu rakyat ?? Mereka tak pandai mana pun tetapi kita lah yang bodoh kerana mempercayai mereka dan menganggap mereka maksum kerana jubah dan serban mereka. Mereka senyum semasa mereka menipu kita.

Selain gilakan jawatan Menteri Pusat dalam Kerajaan Persekutuan, geng-geng Terangganu ini ego dan tidak pandai merendah diri. PAS boleh lupakan Pru-13 jika tidak membuang pemimpin dari clan Terangganu ini dengan seberapa segera.

Bagi mereka yang ragu dengan cerita penulis mengenai bagaimana ABC menghina dan mencerca TG Nik Aziz supaya letak jawatan hingga Tok Guru dikejarkan ke IJN, anda sendiri boleh bertanya terus kepada lebih 50 orang pimpinan PAS yang hadir pada mesyuarat khas pada malam itu. Sahihkan fakta ini dengan mereka. Suruh mereka bersumpah atas nama ALLAH. Suruh mereka bersumpah bohong.

Kepada ABC yang kurang ajar, Mustafa Ali yang penipu dan TG Hadi yang khianat kepada pengundi !!! Sila nafikan segala pendedahan ini jika kalian bermaruah.

Buat sekian kalinya, penulis menegaskan sebab mengapa TG Nik Aziz tidak menghadiri press confrence selepas mesyuarat khas pada malam itu kerana TG Nik Aziz dipaksa letak jawatan oleh clan PAS Terangganu lalu sakit dan dikejarkan ke IJN bagi menerima rawatan. - Ali_baganutama

Ulasan...

Saya minta Pengerusi Lembaga Disiplin, Ust Tuan Ibrahim Tuan Man jangan buat-buat terlepas pandang terhadap isu ini. Jangan hanya tahu nak membelasah kumpulan anti-UG sedangkan golongan kamu sendiri yang menyokong Ug yang mengina Mursyidul Am PAS dibiarkan.

Malah di Seminar Memperkasakan PAS hari ini sekali lagi Abu Bakar Chik melakukan penghinaan terhadap Prof Abd Aziz Bari yang dijemput PAS sebagai ahli forum apabila beliau menyatakan "Minta maaflah, hari ini saya sampai tidak boleh nak lihat muka Prof Aziz". Hebat dan tinggi sangat ker ilmu Abu Bakar Chik berbanding orang lain terutama Prof Abdul Aziz yang sehingga tak boleh pandang mukanya. Kalau begitu mengapa datang? Mengapa bangun berbahas? Beliau sepatutnya menghormati keputusan jawatankuasa Seminar yang mengundang Abdul Aziz. Abdul Aziz pada bila-bila masa boleh menyatakan "pinggan tak retak nasi tak dingin - orang tak hendak aku pun tak hingin!"

Itulah satu contoh terbaik gelagat salah seorang pemimpin PRIMITIF dari Trengganu! Abu Bakar Chik namanya


Perang Saudara Hassan Ali vs TGNA


Nik Aziz) You ‘re not God…!” -Dr.Hasan Ali

“(Nik Aziz) You ‘re not God… sekarang Tok Guru berrrrrblooooogggg. Tok Guru tidak berjumpa sendiri saya… dia dengar cakap (Prof.) Aziz Barri. Kalau Tok Guru panggil saya, berlaaarrriiii saya ke Kota Bharu,” sinis Dr. Hassan Ali.

“Kalau dia tak masuk dalam PAS, saya dah dapat 10 juta (ringgit) dengan kredibilitinya sebagai pakar motivasi dan sebagainya. Dengan saya masuk PAS, saya rugi… dah rugi boleh pula bala-bala bila orang kutuk saya dalam blog-blog. Sebenarnya tak berbaloi saya masuk PAS ini… bila terlibat dengan PAS, pintu rezeki saya ditutup…” ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sewaktu bertemu ahli-ahli PAS Anjung Tengah pada 1 November lalu.

Saya begitu tidak selesa dengan ucapan Pesuruhjaya PAS Selangor begitu menyalahkan PAS sebagai punca pintu rezekinya ditutup.

Sekiranya Dr. Hasan berasa susah di dalam PAS, lebih baik keluar dari PAS untuk mengejar kesenangan.

Dalam PAS masih ramai ahli-ahli yang ikhlas dan yakin soal rezeki itu adalah urusan Allah, bukan urusan PAS dan bukan urusan sesiapa termasuk Umno.

Firman Allah yang bermaksud, “Berjihadlah kamu dengan erti kata jihad yang sebenar-benarnya. Sesungguhnya Allah telah memilih kamu dan sama sekali Allah tidak akan menjadikan kamu sempit dalam agama kamu…”

Rasa tidak selesa membawa saya bertanya sendiri seorang kawan karib Dr. Hasan Ali dari Terengganu. Menurut kenalan itu, sepanjang Dr. Hasan roadshow di Terengganu, beliau bukan tidak dibayar.

Dr. Hasan Ali telah dibayar RM3 ribu dalam satu hari aka dua program motivasi Kerajaan PAS Terengganu.

Sebagai contoh, Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPK) mengesahkan Dr. Hasan dibayar RM2 ribu hingga RM3 ribu untuk satu-satu program motivasi (sejam). Setiap hari, lazimnya Dr. Hasan ada dua hingga empat jam program bersama kerajaan negeri.

Seorang bekas pembantu kewangan negeri Kelantan memberi tahu saya, Dr. Hasan Ali dibayar RM2 ribu oleh kerajaan negeri dalam setiap program motavasi selama sejam.

Adakah Dr. Hasan menipu ahli-ahli PAS semata-mata dendamnya kepada Tok Guru?

Hobi Pelik Azalina Othman Sejak 52 tahun yang lalu...


Saya tidak mahu memberi sebarang komen kerana gambar ini boleh mencerita seribu bahasa, gambart ini di ambil di ruang letak kereta di rumah Azalina , bukan saya yang ambil , saya menerima e mail dan menyiarkan gambar ini. Saya tahu gambar kereta ini adalah koleksi Azalina. Porche , Mercd , Smart Car, Land Rover , Alphard , banyak lagi entah parking di mana. Di Pengerang juga ada lagi dalam simpanan. Mana datang wang untuk membeli kereta ini.

Untuk anda membuat penilaian dan memikirkan. Bayangkan betapa susah atelit kita mahu berlatih kerana tidak cukup kewangan, betapa susahnya kita membayar cukai dan betapa kah hina nya wang ini adalah wang rakyat digunakan untuk kemewahan seorang menteri. Bukan kami tipu, Anda pernah tenguk nombor pendaftaran WLV 3 ketika Azalina menjadi menteri di KBS dan Pelancongan . Ini nombor kereta rasmi nya.

Ini sebahagian dari duit yang digunakan untuk beli kereta, untuk joli , hadiah kekasih dll.Fikirkanlah tidak sampai dua pengal menjadi menteri , habis duit MSN , Habis suit kem pelancongan. Nasib baik tidak disenaraikan lagi. Nanti kita dedahkan pembaziran duit rakyat lagi. Dasyat eh...... habis duit rakyat , Kira saja lah berapa semua. Belum lagi yang dia joli belum lagi kereta yang dia beli untuk janda pensyarah Uitm itu dll. Wahai penduduk Pengerang , inilah wakil parlimen kamu, kamu bersyukur kerana dapat ahli Parlimen terkaya. Mungkin kereta ini tidak menggunakan nama Azalina, tapi sendieri faham lah. Lepas ini kita siarkan gambar senarai rumah Azalina. Apakah dia wanita terkaya di Malaysia?

DIA KATA , I TIDAK ROMPAK DUIT RAKYAT , I TIDAK TIPU MELAYU, MANA DATANG DUIT INI, INI DUIT SEBAHAGIAN MELAYU INI DUIT RAKYAT . KENAPA GUNA UNTUK KEMEWAHAN DIRI ? TENTU SHEILA ON 7 TERINGAT INGAT LAGI KATA KATA INI, KENAPA DIAORANG ROMPAK DUIT RAKYAT AH??????? TANYA AZALINA KEPADA KAMI , REFER TO OTHER MINISTER.KAMI BUKAN BODOH LAH AZALINA, SUNGGUHPUN KAMI ANGGUK ...........

Kepada seluruh rakyat jelata yang berada disekitar kawasan PARLIMEN PENGERANG terutamanya pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk dan nenek-nenek yang sering mengalami kesukaran mendapatkan perkhidmatan Teksi mahupun Bas ting ting... maka bolehlah datang ke rumah wakil rakyat pilihan pakcik-pakcik, makcik-makcik, atuk-atuk dan nenek-nenek untuk meminjam kereta mewah ini.

Seorang kenalan dari PKR yang merupakan MPT menalefon dan menyarankan agar suatu siasatan menyeluruh dijalankan keatas Mantan Menteri Belia Dan Sukan yang diragui jantinanya sejak sekian lama. Ayuh rakyat Johor khususnya di Parlimen Pengerang, bersiap sedia lah kita untuk membongkar dan menyewa kereta-kereta mewan Azalina Othman ini..

Untung nasib bole pinjam buat angkat hasil Sawit kat ladang bapak aku...

Tindakan JAIS Membuktikan Benarnya Prediksi Raja Petra Kamaruddin. Kerajaan PR Selangor Hanya Akan Hidup Sampai Januari 2010


Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.

Raja Petra Kamaruddin dalam artikel terbaru beliau http://mt.m2day.org/2008/content/view/28284/84/ memberi amaran bahawa kerajaan PR Selangor akan dijatuhkan UMNO pada Januari 2010. Beliau memberikan beberapa faktor mengapa kerajaan PAkatan Rakyat mampu dijatuhkan oleh UMNO/BN. Faktor-faktor itu adalah:

a. Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.

b. Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.

c. Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman

d. Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
e. Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.

f. Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka. Kenyataan Ronnie Liu baru2 ini pun menyatakan sekurang-kurangnya 20 wakil2 rakyat PAS telah digeledah pejabat mereka dan dirampas fail-fail dari pejabat mereka oleh SPRM.

g. Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.

Penangkapan Dr Asri Contoh Betapa UMNO Masih Berkuasa di Selangor

Pengarah JAIS itu sendiri adalah bekas SU Sulit MB Selangor satu masa dahulu (mengikut salah seorang pembaca saya bernama Ahmad). Penangkapan ke atas Dr MAZA seharusnya dimaklumkan kepada Exco Agama serta MB terdahulu kerana beliau bukan sembarangan orang dalam persada dakwah di Malaysia. Pihak Polis pun kalau hendak menangkap Menteri atau orang-orang Kenaaman, mereka akan memaklumkan kepada Menteri Dalam Negeri terlebih dahulu. Ini adalah “common sense”.

JAIS berlindung di belakang peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan NEgeri yang meletakkan pentadbiran Agama Islam jauh dari kuasa Menteri Besar. Namun, Kerajaan Negeri masih menjadi pemberi wang terbesar kepada JAIS dan oleh sebab itu, kerajaan PAkatan Rakyat seharusnya jangan takut bertindak ke atas JAIS dan Pengarahnya. Yang terbaik, “SELCAT” kan sahaja Pengarah JAIS ini dan kita akan nampak bahawa beliau tidak lain hanyalah “balachi” UMNO.

Hakikatnya, benar apa yang dikatakan oleh Raja Petra Kamaruddin. Pegawai-pegawai kerajaan di Selangor sememangnya bekerja untuk UMNO dan sedang berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat sama sekali pada January 2010.
Cadangan-Cadangan Kepada Kerajaan Pakatan Rakyat
Ada beberapa cadangan dari saya:

a. Dedahkan lagi penyelewengan-penyelewengan UMNO beserta dokumen-dokumen rasmi supaya rakyat lebih mengetahui betapa jahatnya UMNO

b. Pegawai2 yang jelas didapati menjalankan kerja-kerja subversif tidak perlu diambil tindakan disiplin. Tapi, tukar mereka ke MPPJ atau MBSA dan pastikan mereka menjalankan kerja-kerja Alam Flora seperti angkat sampah atau basuh tandas. Gaji dan kelebihan mereka masih dikekalkan.

c. Sebarkan keseluruhan prosiding SELCAT dalam bentuk VCD kepada rakyat Selangor secara percuma supaya rakyat nampak sendiri betapa pegawai2 kerajaan ini bekerja untuk UMNO bukan Pakatan Rakyat

d. Wakil-wakil PR dalam kerajaan tempatan mesti lebih pro aktif. Adakan satu bengkel atau seminar tentang bagaimana hendak memastikan wakil2 PR dalam majlis2 tempatan lebih efektif dan berkesan.

e. Aduan2 rasuah dan salah guna kuasa wajib di “SELCAT” kan dengan kadar segera. Mulakan dengan Pengarah JAIS terlebih dahulu.

f. Adakan majlis solat hajat secara berkala. Jemput Tok Guru Nik Aziz mengadakan Solat Hajat khas di Stadium Shah Alam dan minta supaya perancangan Najib digagalkan oleh Allah SWT. Biar YB Menteri Besar menjadi makmum.

g. Adakan Majlis Solat Hajat di Peringkat Daerah juga dengan menjemput Tok2 Guru yang tersohor di setiap daerah tersebut.

h. Tok Guru Nik Aziz pernah cuba diperangkap oleh UMNO. Kononnya UMNO mahu menjemput Tok Guru solat hajat di Stadium Bukit Jalil bagi mengelakkan flu babi. Namun, hasilnya Tok Guru telah menolak mentah-mentah, dan bertanya pada Najib bila beliau hendak berikan royalti mintak kepada Kelate? Perkara ni saya akan dedah kemudian.

i. Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus berjalan berjumpa kembali dengan rakyat Selangor dengan mengadakan “tour” dan berhenti di setiap pekan dan bandar kecil untuk bertemu rakyat. Perlu Dato Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakyat Malaysia

j. PAS Selangor wajib dibersihkan dari anasir UMNO dan sabotaj. Ahli2 PAS Selangor wajib keluar dan membuang pemimpin-pemimpin yang pro UMNO dan pro kerajaan perpaduan.

k. GERAKKAN KESELURUHAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT. Mulakan dengan projek pembersihan Daftar Pemilih secara berkala. PERKARA INI WAJIB DILAKUKAN kerana kalau terpaksa bubar DUN, kita akan bubar DUN dan adakah PRK Negeri Selangor.

Saya mempersilakan para pembaca untuk memberikan idea-idea tuan/puan yang bernas.


Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Sepatutnya Ditumbangkan......???


*Terima kasih kepada semua yang sudi menyebarkan info-info kami ke serata alam.Kami juga terharu kerana sahabat-sahabat semua menyertakan link kami ke atas setiap artikel dan gambar dari web kami.A million thanks from us.

Mageran dan Task Force 2010

Salam satu Malaysia. Ramai orang tidak tahu bahawa agenda Task Force 2010 ini menyerupai Majlis Gerakan Negara(Mageran) iaitu ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tragedi 13 Mei berlaku akibat rusuhan antara kaum selepas hari membuang undi pada 10 Mei 1969. Pilihanraya Umum pada tahun tersebut ialah Pru ke 3 selepas Malaysia merdeka semenjak tahun 1957. Negeri Selangor selepas 10 Mei 1969 menyebabkan kerajaan Perikatan(sekarang BN) tidak mudah membentuk kerajaan. Ia hampir ditewaskan. Selangor adalah negeri terpenting dalam Malaysia. Ia adalah sebuah negeri yang mempunyai segala-galanya. Dari pelabuhan besar, Port Swettenham(Port Klang), lapangan terbang Subang(sekarang KLIA) hingga pusat bandar terbesar iaitu Kuala Lumpur. Siapa yang menguasai negeri Selangor, dia sebenarnya menguasai negara Malaysia.


Mageran dan Kuala Lumpur

Salah satu langkah Mageran untuk mengekalkan negeri Selangor tidak jatuh ke tangan pembangkang(baca orang cina) ialah menyerahkan bandar Kuala Lumpur kepada kerajaan Persekutuan Malaysia pada 1 Febuari 1974. Ini sebagai langkah untuk membendung undi orang cina di Kuala Lumpur dari menpengaruhi keputusan Pru di negeri Selangor. Plan Mageran ialah supaya Selangor kekal dalam penguasaan Perikatan(BN) buat selama-lamanya. Manakala undi cina terbesar di Kuala Lumpur dapat dikawal dan tidak menjadi ancaman kerana Kuala Lumpur kini dibawah kuasa Kerajaan Pusat(Persekutuan). Seperti tuan-tuan sedia maklum, pengundi-pengundi di Kuala Lumpur(juga di Putrajaya dan Labuan) hanya mengundi sekali sahaja iaitu mengundi bagi kawasan Parlimen. Manakala saudara-saudara seMalaysia mereka yang lain mengundi 2 kali iaitu bagi kawasan Parlimen dan DUN(Dewan Undangan Negeri).

Mageran dan Ketuanan Melayu

Sifir itu tidak menjadi pada Pru ke 12 yang lalu. Pada 8 Mac 2008, negeri Selangor ditawan oleh Pakatan Rakyat. Pak Lah terkejut. Najib tidak terkejut. Ada sumber lain mengatakan bahawa Task Force 2010 sudah bermula sebelum Pru ke 12 lagi. Untuk makluman, Mageran yang ditubuhkan selepas peristiwa 13 Mei, dikuasai oleh 3 orang. Tun Abdul Razak, Tun Ismail dan Ghazali Shafie telah membawa Mageran lebih berkuasa dari Kerajaan Pusat lalu memberi tekanan kepada Tunku Abdul Rahman. Lalu Tunku berundur dari jawatan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pemerintahan mereka bertiga melalui Mageran telah memulakan rancangan pengukuhan Agenda Melayu. Dasar Ekonomi Baru(DEB) dilancarkan. Jelas, "Peristiwa 13 Mei " dikambinghitamkan bagi membolehkan mereka bertiga yang mengawal Majlis Gerakan Negara dan memegang tampuk kuasa. Di kala itu juga, kelas aristokrat lama UMNO di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman telah ditenggelami oleh elit Melayu baru yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak. Najib Tun Razak iaitu Perdana Menteri kita sekarang telah merintis jalan yang telah dilalui oleh bapanya.

Usaha menawan Selangor dari Pakatan Rakyat

Najib menubuhkan Task Force 2010 sepertimana bapanya menubuhkan Mageran pada tahun 1969. Najib mahukan negeri Selangor sebagai usaha beliau menebus kegagalan Mageran yang diusahakan oleh bapanya. Objektif Mageran ialah walau apa pun terjadi, negeri Selangor wajib dikuasai oleh Perikatan(sekarang Barisan Nasional). Najib melalui Task Force 2010 pada waktu ini adalah melaksanakan wasiat bapanya iaitu menawan Selangor dengan apa cara sekalipun.

Rancangan Task Force 2010 adalah menawan negeri Selangor pada bulan November 2009 iaitu bulan ini. Ini melalui usaha kemasukan Adun-Adun Pakatan Rakyat yang diketuai Hasan Ali untuk bergabung dengan BN. Hasan Ali sudah menjanjikan sejumlah nama yang sedia bersama-sama beliau bagi membentuk kerajaan baru di Selangor atas nama kerajaan Barisan Nasional. Hasan Ali dan adun-adun lain tidak akan meninggalkan parti masing-masing. Mereka cuma bertindak membentuk kerajaan baru tetapi didalamnya ada 20 adun dari MCA dan UMNO. Hasan Ali dijangka menjadi Menteri Besar baru negeri Selangor. Tetapi rancangan tersebut tertangguh apabila TG Nik Aziz dapat memintas plan tersebut lalu mencadangkan EGM bagi Parti PAS. TG Nik Aziz hanya berjaya 'slow down' misi TF 2010 di Selangor tetapi agenda TF 2010 terus berjalan. Kes Teo Beng Hock, kepala lembu, arak, selcat dan lain-lain adalah agenda Task Force 2010 bagi misi khas di negeri Selangor. Terbaru isu tangkapan tanpa tauliah mengajar Dr. Asri atau lebih dikenali sebagai Maza.

Pengalihan fokus publik

Semalam, Najib mengeluarkan mesej diplomasi
bagi usaha terakhirnya mengajak pemimpin Parti PAS menerima plan agenda Task Force 2010 iaitu "Unity Government". Jika tidak plan B akan dijalankan melalui SPRM. Sebagai mengalih tumpuan dan fokus pencandu-pencandu politik, isu negeri Perak dan isu tangkapan Dr. Asri(Maza) mantan mufti Perlis dimainkan. Walhal keputusan negeri Perak telah ditentukan. UMNO/BN tidak akan melepaskan begitu sahaja negeri Perak. Bagi isu tangkapan Dr.Asri(Maza), ini adalah isu serampang dua mata. Pertama sebagai menunjukkan kecelaruan dan huru-hara dalam kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim. TS Khalid Ibrahim dilihat tidak upaya menangani agensi-agensi kerajaan negeri yang dibawah kawalannya. Najib Tun Razak dan Hasan Ali saling bahu membahu menampakkan kegagalan TS Khalid Ibrahim dan juga menjatuhkan kredibiliti beliau sebagai MB Negeri Selangor.

Hasan Ali menegaskan peraturan dan garis panduan sudah pun dikeluarkan namun masih ada individu tertentu yang ingkar mengikutinya.Perkara ini disiarkan oleh laman web kerajaan negeri Selangor, Selangorkini Sabtu, 31 Oktober, dua hari lepas.

Bagaimanapun, pentauliahan itu hanya dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan menetapkan beberapa proses tertentu sebelum seseorang itu layak berbuat demikian.

"Peraturan-peraturan itu telah pun diberitahu sebenarnya kepada masjid-masjid dan surau-surau dan selepas ini peraturan itu akan diletak dalam bentuk notis yang agak besar di dinding-dinding tempat yang boleh dilihat dengan terang di surau dan masjid dan sebagainya. Antara peraturan itu ialah setiap pemberi khutbah, pengkuliah dan sebagainya mesti ada tauliah yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)," katanya.

Itulah statement Hasan Ali bila ditanya tentang penangkapan Maza. Memang Hasan Ali tidak bercakap direct tetapi secara tersiratnya dia dah tahu dan memang mahu Maza ditangkap dan dimalukan. Jais berada dalam pengaruh dan kawalan Exco Agama Selangor iaitu satu jawatan yang disandang oleh Hasan Ali. Manakala Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri menyambutnya dengan statement ini :

"Saya tidak tahu motif penahanan Mohd. Asri yang bercakap berterus-terang dalam ceramahnya dan disokong dengan dalil serta nas-nas yang konkrit berdasarkan al-Quran dan hadis Nabi Muhammad SAW.

"Saya tidak tahu apa yang didakwa mengenai fahamannya tetapi banyak lagi penceramah yang memberi ceramah tidak pula ditahan, tetapi Mohd. Asri ditahan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pasar Tani Peringkat Kebangsaan 2009 dan pelancaran Karavan Pasar Tani di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Najib mengulas penahanan Mohd. Asri ketika berceramah di sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Kelang yang dihadiri kira-kira 100 orang malam tadi.

Perdana Menteri menegaskan, persoalan mengenai motif penahanan Mohd. Asri perlu ditanya kepada kerajaan negeri Selangor.

Maka rakyat melihat Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor sebagai tidak bermaya dalam menangani isu yang remeh seperti isu bagi tauliah kepada penceramah sedangkan orang yang ditahan adalah bekas mufti. Sepatutnya Mufti lah yang bagi tauliah kepada penceramah agama. Integriti Kerajaan Pakatan Rakyat jatuh di mata rakyat dengan sekelip mata.

Kedua sebagai mengalihkan fokus rakyat dan menjadikan Maza sebagai celebrity baru rakyat Malaysia. Tumpuan rakyat beralih kepada Maza. Sedangkan isunya adalah kecil. Fokus kepada beliau yang berlebihan menyebabkan rakyat lupa tentang plan Task Force 2010 di negeri Selangor dan juga lain-lain isu seperti rasuah, kemiskinan dan kemelaratan rakyat Malaysia yang melata di negara ini.

Maza menjadi rebutan

Maza
juga dilihat sebagai pemain import bolasepak yang akan mengharumkan nama pasukan yang bakal disertainya. Memang ada usaha-usaha khas dari pihak UMNO dan PAS bagi membawa masuk bekas mufti Perlis ini ke dalam parti masing-masing. Buat masa ini, kita lihat bagaimana usaha-usaha terakhir Task Force 2010 untuk merampas negeri Selangor bagi memenuhi wasiat Tun Razak, bapa kepada Perdana Menteri kita sekarang. Jika saudara menerima amanah wasiat dari ayahanda saudara, adakah saudara melaksanakannya dengan main-main ??

Apasal dengan Celcom Berukband ni?


Semenjak beberapa hari yang lepas, aku rasa terhina malah dihina secukup rasa oleh CELCOM kerana perkhidmatan jalur lebar yang kononnya terpantas dan tercanggih di dunia menjadi lembab selembab-lembabnya. Kelembapan CELCOM ini bagaikan Tikus Betina yang baru keluar dari Longkang Busuk lagi berair bacin .... basah kuyup dan jalan merangkak-rangkak mencari hala tuju. Apa nak jadi bengan rangkaian CELCOM ni.

Ramai juga rakan-rakan blogger aku yang mengalami detik hitam dan kepayahan serupa.

Apa yang harus aku lakukan, bil dibayar setiap bulan, tapi servis semakin hancur macam hancurnya sistem kehakiman Malaysia sejak akhir-akhir ini. Hari ini kita menyaksikan beberapa sistem perundangan dan perlembagaan negara sedang rakus dilacurkan oleh pihak-pihak tertentu yang sentiasa mengejar kemewahan dan kuasa.

Begitu jugak dengan CELCOM yang semakin menggila menguasai Wilayah alam maya tanpa batasan. Harap-harap ada lah pihak terentu yang akan memandang serius perkara ini.

Boringnya hidup tanpa Internet... Nak tgk TV takut esok lusa mati, malaikat munkar nangkir sabitkan aku dengan kesalahan Bersubahat dengan kerajaan Beruk yang sentiasa menipu rakyat....

Setiausaha PKR Bahagian Ledang Meninggal Dunia ketika minum teh bersama CJM


MUAR: Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Ledang, Jaafar Ahmad meninggal dunia ketika sedang minum teh bersama-sama dengan bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng hari ini.

Jaafar, 60, yang baru dilantik menjadi setiausaha bahagian Ledang dua mingggu lalu meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang minum bersama-sama Chua dan beberapa orang rakannya yang juga pemimpin PKR di Hotel Traders pada pukul 6.15 petang tadi.

Ketua Penerangan PKR bahagian Ledang, Nah Budin berkata, allahyarham dijadualkan menjalani satu pembedahan di Insitut Jantung Negara esok.

"Kami sedang berbual sambil minum teh apabila Jaafar tiba-tiba jatuh dan berhenti bernafas.

"Kami turut sedih atas pemergiannya secara tiba-tiba," katanya ketika ditemui pemberita di lobi hotel berkenaan pada Isnin.

Nah berkata, Chua dan beberapa pemimpin PKR yang bersama dengan Jaafar pada ketika kejadian sepatutnya menghadiri majlis makan malam anjuran parti DAP selepas itu.

Apa JAIS Buat ni? Kenapa EXCO Agama Selangor membisu?


Saya amat terkejut akan penangkapan Dr Asri, bekas Mufti Perlis atas alasan yang sangat dangkal, yakni tiada tauliah. Tujuan tauliah dibuat adalah untuk memastikan setiap mereka yang mengajar agama tidak menyeleweng dari landasan syara’. Dr Asri Zainal Abidin adalah bekas Mufti Perlis. Mana mungkin orang yang pernah dilantik Mufti seterusnya pernah duduk dalam Majlis Fatwa Kebangsaan boleh mengajar ajaran yang sesat lagi berlawanan syarak?

Bukankah JAIS di Bawah Pengawasan Exco Agama, Dr Hasan Ali?

Yang ni pun satu perkara yang sangat menghairankan. Segala peruntukan yang disalurkan kepada JAIS oleh Kerajaan Negeri akan melalui Pejabat Exco Agama Selangor, yakni Pejabat Dato Hasan Ali. Bagaimanakah JAIS yang Dr Hasan Ali mempunyai pengaruh ke atasnya, boleh melakukan perkara sebegini terkutuk ini?
Diberitakan Dr Asri ditangkap sewaktu memberi kuliah agama (bukan sedang menyanyi dalam sebuah konsert) di sebuah rumah milik seorang peniaga di UK Heights. Di dalam majlis tersebut hadzir sekali adalah ADUN PAS bagi Kawasan Hulu Kelang, YB Saari Sungip dan MP Ampang, Zuraida Kamaruddin.

“Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam apabila sekumpulan anggota JAIS memasuki sebuah banglo milik seorang ahli perniagaan di Taman Sri Ukay, Hulu Klang ketika Mohd Asri memberikan ceramah kepada lebih 300 pengikut.

Bagaimanapun suasana menjadi kecoh apabila sekumpulan lelaki yang berada di dalam banglo berkenaan cuba menghalang penguat kuasa JAIS untuk menahan Mohd Asri.

Pihak polis yang memantau operasi berkenaan hanya menjadi perantara kerana tidak mempunyai waran tangkap.

Turut sama berada dalam banglo berkenaan yang juga sedang mengikuti ceramah oleh Mohd Asri ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Klang, Saari Sungib.

Mengulas mengenai kejadian tersebut, Mohd Asri menganggap penangkapannya itu telah dirancang sejak awal.

"Saya menganggap ini adalah usaha tangkapan terpilih kerana mereka memang target saya, ini (tangkapan) yang bertujuan kerana saya percaya ditempat lain juga pasti ada perhimpunan atau majlis-majlis yang sama seperti ini.

"Tapi oleh kerana mereka tahu di sini saya berhimpun, lalu mereka membuat operasi di sini," katanya.”

Tindakan Ini Dalangnya Adalah UMNO, Saya Yakin

Bagi saya, tindakan ini dalangnya adalah UMNO. Mereka mahu menunjukkan bahawa segala Badan Agama di dalam Selangor adalah dibawah pengaruh dan kekuasaan mereka. Mereka mampu menahan sesiapa sahaja yang mereka tidak suka.

Lihatlah, sudah setahun lebih memerintah, Tok Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi masih belum diizin untuk berkhutbah di masjid Negeri Selangor sedangkan Tok Guru Nik Aziz sudah acap kali berkhutbah di Masjid Negeri Kelantan sebelum ini.
Ini petanda kelemahan PAS Selangor sendiri yang tidak dapat membersihkan JAIS dan MAIS dari pengaruh UMNO walaupun peruntukan kewangan JAIS dan MAIS datangnya dari pejabat yang dikawal oleh Dr Hasan Ali.

Inilah bahananya apabile Dr Hasan Ali lebih mementingkan kehendak mereka yang di Kayangan berbanding dengan kehendak Islam, kehendak Parti dan kehendak rakyat. Asyik2 alasan yang digunakan adalah “Kayangan” mahu seperti ini, “Kayangan” mahu seperti itu.

Kalau mahu ikut kehendak “Kayangan”, berhenti jadi exco dan pergi duduk di bawah takhta. Exco adalah milik rakyat dan bukannya milik “Kayangan”. Oleh kerana itulah, hanya “wakil rakyat” yang layak untuk duduk di kerusi Exco dan bukannya “Wakil Kayangan”.

Dia tidak sedar, “kayangan” bukan suka kat dia pun. Itu yang sampai terjadi kejadian. “Kayangan” sebenarnya meluat tengok muka dia. Itu maklumat yang saya dapat dari sumber dalaman “Kayangan” Selangor.

Penahanan Dr Asri adalah satu perkara yang amat memalukan Islam dan memalukan kerja dakwah di Selangor. Ia petanda jelas betapa lemahnya PAS Selangor menjaga serta mentadbir perjalanan pentadbiran Islam di Selangor. Haruslah segera ditukar exco yang tidak bertanggungjawab ini.

Pada hari ini, saya malu menjadi rakyat Selangor dan saya malu adanya sebuah institusi kita panggil sebagai JAIS. Ramai lagi tempat maksiat yang boleh diambil tindakan, tapi kenapa Dr Asri yang ditangkap.

Islam Agama Hujjah. Kalau Tak Setuju dgn Dr Asri, Ayuh Kita Berhujjah

Adakan perdebatan tertutup atau terbuka. Jangan tunjuk lagak kononnya anda berkuasa anda hebat. Siapa anda berbanding dengan Dr Asri. Ilmu beliau tinggi dan beliau ada pengiktirafan dari Majlis Agama Islam Perlis.

UMNO parti pembohong dan penipu. JAIS wajib dibersihkan dari pengaruh UMNO yang telah selama ini menghina serta menjatuhkan Islam. Mereka tidak layak dipanggil sebagai Islam pun atas rekod mereka yang kuat menyokong arak, judi, qazaf, fitnah dan membenci Islam.

Raja Petra - Apo Nak Di Kato???


Buat pertama kali saya berjumpa dengan Badrul Hisham Abdullah adalah pada Februari 2008. Saya berjumpa dengannya kerana jemputan daripada Ronnie Liu. Ronnie Liu akan bertanding di DUN Pandamaran yang berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang, manakala Badrul Hisham Abdullah juga bertanding di DUN Port Kelang yang bersebelahan dengan Pandamaran yang juga berada dibawah Kawasan Parlimen Port Kelang. Maka untuk memastikan Charles Santiago memenangi Kawasan Parlimen Port Kelang, kemenangan Ronnie Lie dan Badrul Hisham Abdullah adalah sangat penting.

Saya tidak risau dengan DUN Pandamaran kerana Ronnie telah berkerja kuat dan menghabiskan banyak masa untuk membina kubunya disana. Kami percaya Ronnie boleh memenangi kawasan itu tanpa sebarang masalah. Tapi Port Kelang merupakan perkara lain, adalah menjadi satu tugas yang susah untuk memenangi kawasan itu.

Pertama, siapa yang kenal Badrul Hisham Abdullah. Kedua, kawasan tersebut merupakan kubu kuat Barisan Nasional kerana penduduk Melayu dari Kampung Raja Uda telah mengundi UMNO sejak dari Merdeka lagi. Penduduk Kampung Raja Uda tidak pernah mengundi pembangkang dan Badrul Hisham Abdullah tidak mungkin akan memenangi kawasan itu melainkan penduduk kampung itu mengundinya.

Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, Ronnie telah berkempen untuknya dan meminta saya supaya berjumpa dengan penduduk Kampung Raja Uda. Untuk memastikan kememangan Badrul Hisham Abdullah, kita harus mendapat undi Melayu dari Kampung Raja Uda kata Ronnie. Undi orang Cina dan India bukan masalah besar. Sekiranya kita tidak mendapat undi dari kalangan orang Melayu kerana orang Melayu merupakan majoriti disana, walaupun kita mendapat 100% sokongan daripada orang Cina dan India, itu tidak menolong. Bahkan kita tidak mungkin memenangi 100% undi daripada orang Cina dan India.

Ronnie telah mengadakan ceramah untuk saya di Kampung Raja Uda. Mesej saya kepada pengundi Melayu di Kampung Raka Uda adalah ringkas dan tepat pada mesej. Hujan lebat pada hari itu dan kesemua pengundi Melayu basah kuyup kerana hujan. Jadi adalah lebih baik saya berceramah tepat kepada mesej supaya mereka tidak perlu bermandikan hujan.

Pembangkang tidak pernah menang undi dari Melayu di Kampung Raja Uda sejak Merdeka lagi, saya kata. Melayu selalu mengundi parti pemerintah. Ini adalah kali pertama saya meminta pengundi Melayu untuk mengundi pembangkang, saya kata. Kampung ini, Kampung Raja Uda dinamakan sempena dengan nama Datuk saya iaitu Raja Tun Uda. Saya selalu bersinggah disini semasa Hari Raya pada waktu saya masih kecil lagi kerana saudara mara saya tinggal disini walaupun banyak yang telah berhijrah keluar dari sini.

Sekiranya pengundi Melayu disini masih memilih parti pemerintah dan bukannya pembangkang, saya mahu mereka supaya menukar nama Datuk saya dari nama kampung ini. Sebut saja apa nama janji bukan Kampung Raja Uda. Sekiranya parti pemerintah menang lagi di kawasan Kampung Raja Uda maka saya bersumpah saya tidak akan pijak lagi ke tanah kampung ini.

Ketika pada hari mengundi, Badrul Hisham Abdullah telah memenangi kerusi Port Kelang, buat pertama kali dalam sejarah, Kampung Raja Uda telah memilih pembangkang. Tetapi semasa pengumuman kememangan calon, Badrul Hisham Abdullah tidak kelihatan. Mereka bergegas ke rumahnya untuk memastikan sama ada dia berada di rumahnya atau tidak. Mereka mengetuk pintunya tapi nampaknya tidak sebarang balasan dari dalam. Mereka mengetuk lagi pintu lalu Badrul Hisham Abdullah yang kelihatan baru bangun dari tidur datang ke mereka. Dia tidur. Semasa pengiraan undi dibuat dia tidur di rumahnya pula.

Badrul nampaknya masih tidak sedar diri. Kamu menang, mereka memberitahunya. Cepat menukar pakaian dan pergi ke pusat kira undi sekarang. Mereka memerlukan anda untuk diisytiharkan anda sebagai pemenang.

Badrul diam. Cepat, tukar pakaian. Kamu menang. Kamu perlu pergi ke tempat kira undi sekarang.

Saya memang? Badrul tak percaya dengan apa yang dia dengar.

Ya, kamu menang, cepat, ikut kami. Anda perlu berada di sana.

Tanda-tanda yang aneh dengan orang ini jelas terbukti pada hari pencalonan lagi dan Ronnie telah memberitahu saya dia agak risau dengan orang ini. Dia pergi ke pusat penamaan calon tanpa membawa wang jadi tidak mungkin untuknya membayar deposit. Maka mereka telah bergegas untuk mengumpulkan wang untuknya supaya dia dapat dicalonkan.

Setelah Badrul telah dilantik sebagai ADUN, dia menghilangkan diri. Daripada menghabiskan masa bersama dengan ADUN dan MP Pakatan Rakyat, dia lebih suka untuk menghabiskan masa makan malamnya dengan oranh-orang UMNO dan menjauhkan diri dari kawannya di Pakatan Rakyat.

Saya pernah memberitahu Nik Nazmi, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Besar, tentang masalah Badrul pada pertengahan 2008 lagi. Saya kata mungkin kita akan 'kehilangannya'. Dan sebenarnya kami memang kehilangannya beberapa hari selepas pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Nik Nazmi mengatakan kepada saya bahawa mereka menyedari masalah ini. Tapi tiada apapun usaha dilakukan dan sekarang masalah telah datang kembali ke PKR dan Pakatan Rakyat.

Itu adalah kisah Abdullah Badrul Hisham, calon PKR untuk kerusi DUN Port Kelang dimana pada hari penamaan calon, dia tidak membawa wang untuk membayar depositnya, dan pulang ke rumahnya dan tidur sementara pengiraan undian sedang berjalan lancar, dan yang nyaris 'menyertai' UMNO beberapa hari selepas beliau memenangi pilihanraya.

Ketika pertama kali kami bertemu dengan Badrul, isteri saya kata, oh Tuhan, PKR tidak mempunyai calon lain untuk dipilih? Secara jujur, isteri saya kata, bahkan aku tidak akan memilih dia. Bagaimana pula kita mengharapkan masyarakat setempat untuk memilih dia?

Saya rasa anda mungkin calon yang jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Badrul, aku memberitahu isteri saya.

Itu sangat menghina, jawab isteri saya. Kenapa anda membandingkan saya dengannya? Bahkan saya tidak percaya padanya walaupun untuk memotong rumput, apatah lagi meminta dia menjadi Wakil Rakyat saya.

Ya, itu adalah pendapat isteri saya. Dan Ronnie mengatakan kepada saya pada bulan March 2008 yang kita akan menghadapi sedikit masalah dengan Badrul. Kami percaya dia sudah melompat lebih daripada setahun yang lalu. Apa yang kami terkejut ialah hal ini telah mengambil masa yang begitu lama untuk terjadi. Dan apa yang paling mengejut ialah kenapa PKR tidak mengambil sebarang tindakan walaupun mengetahui semua ini?

Itu adalah kisah PKR. Dan ada banyak lagi orang-orang seperti Badrul Hisham Abdullah yang bersembunyi di PKR. Aku hanya bertanya-tanya bila akan terjadinya lagi perkara seperti kes Badrul.

PKR mula dilihat sebagai parti gurauan. Tetapi gurauan ini tidak melucukan. Kami telah berkempen dan meminta para pengundi supaya mempercayai kami untuk mengundi pembangkang. Saya juga turun ke padang secara peribadi untuk merayu para pengundi untuk mempercayai saya dan mengundi pembangkang. Adakah kita telah merosakkan kepercayaan itu? Adakah pengundi masih akan percaya pada saya lagi?

Itu yang saya hendak menyampaikan, itu adalah tragedi terbesar buat kita semua.