Jalan Jalan Cari PASAL - Bah 1
Aduhai Pak Menteri dan wakil rakyat 1Malaysia, bagun la dari tidur mu yang penuh dengan kepura-puraan di sebalik rujah-hujah rapuh semasa berkempen dulu....
Pengguna jalanraya hari ini khususnya Rakyat Malaysia yang terdiri dari pelbagai latarbelakang dan pendirian serta fahaman politik bagaikan terpaksa berdepan dengan "Sakaratul maut" tatkala melalui jalanraya yang cukup menguji kesabaran mereka saat ini. Antara kategori Jalan yang boleh mengundang maut ini termasuklah :-
- Permukaan jalan rosak teruk
- Permukaan jalan tidak rata
- Berlumpur / berpasir
- berlubang serata alam
- Dan yang seDARJAH dengannya
Yang menghairankan tiadakah jurutera-jurutera di Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Pihak berwajib yang diamanahkan untuk menjalankan kerja-kerja pemantauan ini? Atau mereka hanya tahu meluluskan sahaja tanpa perlu melihat kualiti penurapan semula jalan tersebut.
Yang penting duit masyuuukkkkk.....
Walaupun kerja-kerja penurapan semula bukan dibuat oleh JKR atau MPJBT/U/S atau pihak berwajib yang lain, (selalunya kontraktor TNB, SAJ, Pemaju Perumahan dan sbgainya), namun PBT dan JKR perlu diberitahu dan memandang serius hal ini terutamanya dalam menjalankan kerja-kerja pemantauan sewaktu dan selepas projek dijalankan.
SS juga hairan mengapa setelah lebih 50 tahun negara merdeka, masih banyak penutup lubang (main hole) di atas jalan raya yang tidak rata, tidak seimbang dan berbahaya kepada pengguna jalan raya. Baru-baru ini saya telah ke negara jiran kita iaitu Jakarta, Indonesia. Agak sedih saya melihat para pekerja kontraktornya memperbaiki jalan atau membuat jalan mengguna tulang empat kerat (manual) tanpa dibantu mesin-mesin pembuatan canggih. Tetapi boleh dilihat hasilnya iaitu hampir tiada kelihatan bonggol kecil dan lubang di tengah jalan.
Malah permukaan jalan rayanya amat rata tidak seperti keadaannya di negara kita. Kualiti penurapannya jauh lebih baik. Mungkin kaedah ini harus dipelajari oleh JKR dan PBT kita daripada pergi melancung sambil blajar kaedah pertanian moden ke luar negara dan mesejnya JKR dan PBT perlu proaktif berbuat sesuatu tindakan sebelum ia menjadi lebih teruk. Nilai, tegur dan hukum kontraktor yang tidak menjalankan tugas dengan baik malah merosakkan permukaan jalan yang boleh membahayakan orang lain ataupun Kerajaan juga wajar menuntut ganti rugi daripada para kontraktor berkenaan selain menyenaraihitamkan mereka sekiranya perlu.
Harus diingat Kos berbillion ringgit telah dan akan dilaburkan bagi tujuan membaiki sistem dan kondisi jalanraya di seluruh negara, dan hal ini mungkin tidak akan membawa sebarang kebaikan atau faedah kepada rakyat malah merugikan wang rakyat seandainya pihak-pihak berwajib TIDAK mengambil berat dan TIDAK Bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas dan Amanah Rakyat. Baru-baru ni, SJ ada terdengar satu kenyataan dari MP dari Pulau Pinang sewaktu berhujah di Dewan Parlimen, antara kenyataan yang harus diambil perhatian oleh keseluruhan pengelola projek JKR ini ialah " Rakyat kita berhak untuk mendapatkan kemudahan Jalanraya yang Berkualiti dan selamat kerana mereka juga merupakan pelabur tegar dalam projek JKR selama ini melalui bayaran cukai tahunan" Jadi, salah ke kita untuk berjuang mempertahankan Hak kita yang dilihat semakin terlondeh dek kerana keTIDAK prihatinan wakil rakyat, Pak Menteri mahupun pihak berwajib sejak berdekad lamanya??? Hentikanlah segala penipuan dan polimik politik semasa berkempen demi memperkasakan slogan terbaru lagi terahangat dipasaran ketika ini... "One Malaysia - Rakyat Didahulukan, Pencapaian di utamakan"
Apasalahnya jika beberapa perubahan dan pindaan di buat dalam menentukan halatuju sebenar tanggungjawab pihak-pihak berwajib kepada rakyat hari ini. Ini juga merupakan salah satu cabang "Key Performance Index" yang mampu meningkatkan lagi Qualiti dan Mutu Kerja penjawat awam yang juga merupakan pengguna tegar jalanraya diseluruh negara.
Semoga Pihak Berwajib dan PBT di Seluruh Negara khususnya di Negeri Johor akan lebih peka tentang hal ini. Jalan yang comot, tidak rata dan berlubang-lubang bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya khususnya motosikal malah Ia turut menjejaskan imej PBT dan kerajaan Malaysia di mata dunia.
Tidak guna jika kita mempunyai banyak bangunan pencakar langit dan mahu menjadi bandar raya bertaraf dunia, kalau jalan raya yang merupakan hal asas tidak dapat diurus dengan baik.
apa yang dikatakan memang betul,saya dah banyak tgk jalan-jalan kat johor ni dah mcm muka muhiddin yassin lubang sana sini jalan pecah macam kat ladang bukan taman..apa nak jadi dengan pihak yang berkuasa x tahu lah makan duit sampai kembung sampai kecok penuh itu aje lah kejenya,kalu bab buang bndera parti pembangkang nombor satu!!bangang nak mampos