1 Rumah 1 Pokok - Kata Pak Lah


Berbekalkan saki baki semangat cintakan alam semula jadi dan kempen tanam pokok yang pernah di lancarkan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi semenjak 2007, kini rakyat seluruh negara semakin cenderung bercucuk tanam di keliling rumah biarpun terpaksa menanam pokok di dalam pasu bunga kerana mereka tinggal di kawasan rumah Flet bertingkat-tingkat.

Kemajuan dan semangat rakyat malaysia yang cintakan kehijauan alam semula jadi ini turut mendapat reaksi dan sokongan dari warga asing. Hasilnya dua orang warga asing yang di percayai penyewa sebuah Apartment di Ampang telah menanam pokok Ganja di dalam pasu rumah mereka sejak beberapa bulan yang lalu. Warga asing yang sedang asyik memetik daun ganja sambil bernyanyi-nyanyi kecil bagaikan petani moden di Ibu kota. Nah!!! anda nampakkan kesan kempen 1 Rumah 1 Pokok tu.

Dalam serbuan pukul 4.30 petang selasa itu, polis turut merampas 11 paket kecil ganja dan dua kilogram syabu yang kesemuanya di anggarkan bernilai kira-kira RM700,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Supt Amiruddin Jamaluddin berkata ketika serbuan dilakukan, remaja Iran berumur 16 tahun dan lelaki Pakistan berumur 22 tahun itu sedang berjalan di tingkat sembilan, menghampiri sebuah pasu dan memetik daun pokok tersebut serta memasukkannya ke dalam plastik merah.

“Apabila menyedari kehadiran polis, plastik merah tersebut dibuang ke lantai, bagaimanapun, kedua-duanya berjaya ditahan dan polis menemui tiga paket kecil ganja pada badan mereka.

“Kita percaya pokok ganja itu berusia dua atau tiga bulan berdasarkan saiznya yang masih kecil,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Wow, bagusnya Iklim Malaysia sekarang ni. Belum pun reda kes "NOMINASI" oleh pihak Amerika terhadap Malaysia yang terlibat secara langsung dengan kegiatan haram berbentuk Perdagangan Manusia dan Penyeludupan Dadah, kini Apartment mewah yang di sewa juga sedang menuju ke arah yang sama. Mana perginya Taring Harimau pihak perkuasa dalam usaha melumpuhkan kegiatan seumpama ni? Kerana sibukkan Pilihanraya Kecil dan isu-isu Politik bangang sekarang ni, maka kegiatan seumpama ini wajarkah di anak tirikan????

Renung-renungkan dan selamat bekerja....

0 Response to 1 Rumah 1 Pokok - Kata Pak Lah

Post a Comment