Benarkah Tindakan Chua menyertai PKR tidak memberi kesan terhadap Senario Politik Johor?


JOHOR BAHARU :- Tindakan Datuk Chua Jui Meng keluar dari MCA dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) didakwa tidak mendatangkan banyak kesan terhadap senario politik di Johor, kata pengerusi Barisan Nasional negeri Datuk Abdul Ghani Othman.

Bagi gabungan pembangkang, katanya, sokongan rakyat nampaknya semakin pudar sejurus selepas pilihan raya umum ke-12.

"Sokongan begitu gigih semasa pilihan raya dan kami jangka Pakatan Rakyat akan berkembang di Johor. Tetapi sebaik saja pilihan raya selesai, sokongan nampaknya semakin malap," kata beliau seperti dilaporkan oleh Bernama hari ini.

Abdul Ghani bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan Umno Johor di sini Ahad.

Dengan mengambil kira hal itu, Abdul Ghani yang juga Menteri Besar Johor berkata beliau tidak fikir tindakan bekas menteri kesihatan itu akan mencetuskan sokongan baru untuk PKR.

Chua bagaimanapun dijangka menarik sejumlah sokongan kepada PKR terutama di Bakri, di mana beliau mempunyai penyokong selepas menjadi pemimpin MCA di situ selama beberapa tahun, kata Abdul Ghani.

Beliau mengingatkan parti-parti komponen BN di negeri ini melihat perkara itu sebagai isyarat bagi mereka memulakan perubahan demi memperkukuhkan diri mereka.

Persoalannya benarkah tindakan itu tidak memberi kesan yang besar seperti yang didakwa oleh Ghani, kalau tiada kenapakah perkara ini disebut dan perlu diambil ingatan sebagai isyarat untuk berubah.

Namun demikian, penerimaan dan penilaian akar umbi dari pelbagai peringkat tentang kemasukkan chua ke dalam PKR baru-baru ini semangnya tidak memberi impak Maksima yang boleh menggerunkan pihak lawannya iaitu Umno/BN di Johor. PKR yang dilihat sebagai "Recycle Centre" ataupun "Guarantor" mahupun "Talian Hayat" kepada mana-mana ahli politik yang karier politiknya semakin ke penghujung senja. sehararusnya lebih sensetif tentang keputusan seumpama ini. Dalam hal untuk memperkukuhkan kuasa parti di hati rakyat, seharusnya PKR lebih berhati-hati memilih ahli baru demi menjaga nama baik dan kemampuan parti itu sendiri tanpa membelakangkan pandangan dan keluhan ahli yang lain.

Persoalan yang sering bermain di fikiran ahli mahupun rakyat Johor sendiri kebelakangan ini ialah apakah sebenarnya kemampuan PKR Di Negeri Johor dalam merealisasikan impian mereka untuk menumbangkan Kerajaan Totok Umno/BN yang sememangnya sudah sekian lama bertapak di sini. Sehingga ke hari ini, masih banyak kawasan DUN mahupun Parlimen di Sekitar negeri Johor yang sepi tanpa Ahli mahupun Penyokong tegar kepada PKR. Malah kegagalan Calon PKR sewaktu PRU12 dalam menberikan khidmat kemasyarakatan yang berterusan kepada rakyat setempat adalah punca utama sinar kekuatan PKR semakin pudar disini termasuklah kegagalan mereka dalam mengurus tadbir Organisasi yang sedia terbentuk selepas PRU12 yang lalu.

Hari ini, kita dapat melihat keghairahan PKR dalam mempertahankan kematian Mendiang Teoh sewaktu disoal siasat oleh SPRM, namun mereka mungkin erlupa bahawa jangka hayat Kepartian mereka (DAP, PAS dan PKR ) juga sedang disiasat oleh rakyat 1Malaysia untuk menentukan nasib dan hidup mereka di masa akan datang. Berjihat menentang kejahatan semata-mata bukanlah asas perjuangan sebenarnya tetapi buktikan kemampuan parti dalam membela nasib rakyat serta memartabatkat ekonomi rakyat adalah agenda dan dasar yang harus diutamakan oleh PKR. Keseronokkan PKR bersekongkol dengan PAS dan DAP mungkin boleh diangap tepat namun keserasian dan penyatuan belum tentu Wujud seawal usia 1 tahun lebih ini.

Sungguhpun begitu, SS yakin bahawa kekuatan pakatan Rakyat di Johor smakin menyerlah antaranya PAS sekarang ini telah memepunyai 2 wakilnya di DUN Johor untuk membawa transformasi sebaik mungkin kepada rakyat negeri Johor. Begitu juga dengan wakil rakyat DAP yang seringkali menimbulkan Kemarahan dan kontroversi di dalam DUN, Johor juga dilihat sebagai pemecah ombak keselesaan pemerintahan BN selama ini.

Teruskan usaha memperkukuhkan parti dan buktikan kemampuan PKR untuk membela nasib rakyat Johor. Tangani seberapa banyak isu-isu dan krisis dalaman parti terlebih dahulu adalah jalan terbaik untuk PKR Johor sebelum menyibukkan diri membela serta memperkatakan tentang nasib rakyat. Keutamaan harus di berikan kepada Ahli yang setia menyokong PKR sejak sekian lamanya, kemudian barulah PKR Johor wajib merentasi lautan manusia dalam kumpulan lain demi memastikan PKR akan sentiasa dekat di Hati Rakyat Negeri Johor.

" Ahli PKR didahulukan, Pencapaian Diteruskan "

0 Response to Benarkah Tindakan Chua menyertai PKR tidak memberi kesan terhadap Senario Politik Johor?

Post a Comment