PENGERANG DIPERKOSA - Penduduk yang kata


Map

Pengerang dahulunya adalah salah sebuah kampung di bawah Kota Tinggi. Namun setelah persempadanan semula, ia akhirnya mempunyai satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN iaitu Penawar dan Tanjung Surat.

PENAWAR

Menurut cerita penduduk asal, nama Penawar telah diberikan oleh Munsyi Abdullah. Semasa di dalam perlayarannya ke suatu tempat, kapal yang dinaikinya telah dijangkiti oleh wabak penyakit. Wabak itu akhirnya telah menjangkiti semua anak kapal yang akhirnya memaksa Munsyi Abdullah untuk menghentikan pelayaran.

Apabila kapal yang dinaiki berhenti dari belayar, beliau akhirnya sampai di suatu tempat yang penuh dengan pokok-pokok herba. Melihat kepada keadaan itu, anak-anak kapal tersebut telah mengunakan herba-herba yang ada di tempat itu untuk mengubati wabak penyakit yang terkena kepada mereka.

Akhirnya apabila semua anak kapal berjaya di sembuhkan, Musyi Abdullah mengambil keputusan untuk memberikan nama tempat tersebut sebagai Penawar kerana pokok-pokok herba yang ada.

Beberapa orang asli yang di temui di sekitar pekan Penawar turut menegaskan, kawasan hutan di Penawar adalah seperti kedai ubat kerana pokok-pokok herba di kawasan itu sangat sesuai dijadikan ubat-ubatan tradisional.

TANJUNG SURAT

Johor Lama

Kerajaan Johor Lama 400 tahun dahulu telah berpusat di perairan Teluk Sengat dan merupakan tempat bersemayam Sultan. Pada ketika itu, surat adalah merupakan salah satu kaedah yang utama untuk berhubung.

Memandangkan jalan darat belum lagi diterokai sepenuhnya oleh penduduk sekitar, mereka hanya mampu menggunakan jalan laut untuk berhubung di antara satu sama lain. Oleh yang demikian Tanjung Surat adalah merupakan satu pelabuhan yang penting untuk pedagang dan penduduk tempatan.

Ia juga merupakan tempat yang di gunakan oleh pekerja Istana untuk mengirim dan membawa warkah, watikah dan perutusan dari Sultan dan Istana. Lama kelamaan tempat itu akhirnya telah di kenali sebagai Tanjung Surat oleh penduduk kampung.

Kini segalanya yang terjadi di Parlimen Pengerang telah menyebabkan penduduk sekitar naik muak dan marah. Kerana kerakusan dan ketamakkan ditambah dengan kegilaan Merasuah pihak-pihak tertentu, maka Pemimpin dan wakil rakyat semakin asyik dibuai mimpi melakukan jenayah alam yang akhirnya melondehkan segala keindahan alam di merata tempat.

Apakah salah alam.... berdosa kah alam kepada kita? Mengapa alam di layan sebegini rupa? Alam juga adalah "Rakyat Tuhan" yang sewajarnya mendapat pembelaan oleh "Rakyat Tuhan" yang lain. Baru2 ini kita mendengar keluhan "Orang Miskin" dari glongan Nelayan tentang pencemaran air laut yang memandolkan sumber pendapatan mereka. Kenapa periuk nasi mereka ditabur pasir-pasir durjana. Walaupun pasir juga adalah "Rakyat Tuhan", namun ia tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya untuk mengganggu gugat pendapatan "Rakyat Tuhan" yang lain.

Ayuh kawan2, kita teruskan membongkar kecederaan alam hasil dari pemerkosaan pihak tertendu demi anak dan cucu cicit kita akan datang. Video dibawah ni adalah BUKTI keluhan anak watan yang cintakan keindahan, namun mungkin keindahan itu telah bersifat sementara baginya... untuk posting kali ni SS cuma komen sikit2 je sbb byk lgi keje lain yang nak dibuat... So sama2 la kita menanti keluaran akan datang eh.

Ingatlah bahawa "KITA TIDAK MEWARISI ALAM DARI IBUBAPA KITA, SEBALIKNYA KITA YANG MEMINJAMNYA DARI ANAK-ANAK KITA...."

0 Response to PENGERANG DIPERKOSA - Penduduk yang kata

Post a Comment