Macammana OKU nak parking???


Terkejut, Pening, Hairan, Pelik dan macam-macam lagi la perasaan yang bermain di fikiran SS & the crew sewaktu melewati Hentian Sebelah Air Keruh beberapa hari yang lalu. Bukannya tak biasa dengan tempat ni, cumanya kali ni terperasan plk tanda amaran @ Papan tanda yang boleh mengundang seribu satu pertanyaan di kalangan pengunjung. Cuba lihat gambar di bawah ni, sekali pandang memang la agak biasa jer pengertiannya.

Tetapi bila di amati berulang kali timbul beberapa persoalan yang mununtut jawapan bernas dari pengunjung setempat termasuk la pengunjung di laman SS ni. Antara soalan yang SS maksudkan ialah :
  • Apa Istimewanya Papan Tanda itu?
  • Kenapa kawasan itu di khususkan untuk OKU sahaja?
  • Kalau kawasan itu dikhususkan untuk OKU sahaja, kenapa mesti di letakkan "Kon" ?
  • Apakah tujuan diletakan "kon" tersebut?
  • Kalau Ia bertujuan keselamatan mahupun keselesaan kepada OKU, kenapa mesti ada "Kon" ?
  • Berapa ramai OKU yang boleh memandu kenderaan sendri?
  • Kalau ramai pun, berapa ramai yang berenti rehat di sini?
  • Kalau OKU bawa kenderaan sendiri, macam mana dia nak parking kereta klu ada "Kon" ?
  • Perlukah OKU turun dari keretanya dan alihkan "Kon" tersebut sebelum parking keretanya?
  • Atau telah tersedia pekerja upahan yang akan menunggu kehadiran OKU di situ?
  • Bagaimana kalau anda sendiri adalah Golongan OKU yang SS maksudkan, apa perasaan dan pandangan anda?
Bukankah tindakan ini lebih menyukarkan pergerakkan OKU dalam menjalankan tugasan harian mereka. Penyediaan tempat parking OKU tanpa penyeliaan mahupun pengurusan yang cekap dan baik adalah satu pembaziran dan penghinaan kepada golongan istimewa ini. Pihak berkenaan jangan hanya pandai berhujah kononnya nasib OKU akan terbela, sedangkan perkara-perkara asas yang melibatkan prasarana sering di abaikan. Inikah yang di katakan "Rakyat di dahulukan, Pencapaian di utamakan".

Harap pihak berkenaan lebih prihatin untuk memastikan golongan OKU akan sentiasa mendapat pembelaan setanding dengan golongan lain. Walaupun gambar ini sekadar hiasan atau sembang kosong tetapi SS tetap memandang ia sebagai penghinaan kepada golongan OKU. Fikirkanlah sendiri....

0 Response to Macammana OKU nak parking???

Post a Comment