Perang Terhadap ALONG!!! Dah start ker?


Anak b'hutang, ibu d'ancam ah long - selesai ke kes ni?

Seorang ibu berusia 46 tahun diancam oleh tiga ah long setelah anak lelakinya didakwa berhutang dengan mereka sebanyak RM11,500.
Ekoran itu, mangsa yang bekerja sebagai pekerja kilang dan hanya mahu dikenali sebagai Lee, tidak lagi mahu mengaku anaknya sebagai darah dagingnya.

Mangsa berkata, anaknya itu berusia 25 tahun dan bekerja sebagai penyanyi kelab malam di bandar raya ini. Katanya, seorang daripada ah long itu datang ke rumahnya di sini pada 22 November lalu manakala dua lagi menghubunginya menerusi telefon kediamannya.

“Saya cuba menghubungi anak lelaki saya itu namun nombornya tiada lagi dalam perkhidmatan. “Tidak adil dia buat begini kepada keluarga, dia yang berhutang dan tergamak membahayakan keselamatan keluarga,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang dianjurkan Timbalan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA cawangan Johor Bahru, Michael Tay di sini. Lee berkata, ah long itu masih belum dapat mengesan anaknya dan keadaan itu membebankan ahli keluarga lain yang kini diugut ah long. “Ah long itu mengugut untuk membuat kacau jika saya tidak dapat memberitahu di mana anak saya itu berada,” katanya.

Menurut Lee, dia telah membuat laporan polis berhubung ugutan ah long itu di Balai Polis Pelangi Indah di sini. Katanya, anak lelakinya itu telah berpindah keluar dari rumahnya sejak lima bulan lalu. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Supritendan Zainal Baharom ketika dihubungi mengesahkan perkara itu dan kes itu sedang disiasat.

Datuk Bandar Johor Bahru, Dato' Naim Nasir sanggup turun ke bawah dan berjumpa Jawatankuasa Penduduk bagi menerangkan tanggungjawab bersama antara Majlis dan penduduk terutama membenteras poster & paparan ah long

Ah long sanggup menggantung paparan di hadapan rumah penduduk Bandar Baru Uda

Bukan saja poster ah long, poster-poster seperti ini yang diantaranya tidak beretika serta ditampal merata tempat tanpa kebenaran juga harus dibenteras

Ini yang kita mau. Penduduk Bandar Baru Uda melampiaskan kebencian pada poster-poster ah long

Berita seperti ini tidak asing di negara kita. Dah berpuluh kali kita mendengarnya. Mungkin sudah beratus kali jika dicampur dengan pelbagai cerita, berita benar atau mulut ke mulut dan sebagainya. Soalnya sampai bila keadaan dan kejadian seperti ini akan terus berlaku?

Mengapa pihak yang berwajib terus memejamkan mata dengan membiarkan ah long bermaharajalela? Mereka sanggup menghisap darah orang yang dalam kesusahan. Pernah berlaku seorang pemuda Melayu dihambat kerisauan apabila diburu oleh lapan ah long akibat hutangnya yang bermula dengan RM1,000 bercambah hingga mencecah RM16,000 yang tidak mampu dibayarnya.

Kedengaran cerita mengenai seorang bekas pengurus cawangan pejabat pos mini di Jabatan Perdana Menteri telah didakwa kerana pecah amanah kerana menyeleweng sejumlah wang. Di mahkamah beliau merayu agar hukuman diringankan kerana beliau menderita penyakit barah dan pengakuannya ialah beliau terpaksa menyeleweng wang dibawah jagaannya kerana terpaksa akur dengan desakan dan paksaan ah long.

Banyak lagi cerita sedih dan menyayat hati yang pernah dilaporkan hasil dari kekejaman ah long.

Kita pernah mendengar pelbagai kenyataan tentang usaha untuk membasmi ah long seperti kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada bulan Disember 2006 yang mengarahkan Jabatan Jenayah Perdagangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya menyiasat skim pinjaman wang terbabit memandangkan ia kini menjadi semakin serius dan mengancam nyawa.

Apakah ia hanya tinggal kenyataan kerana tidak ada tanda-tanda ah long makin berkurangan bahkan berleluasa seperti cendawan tumbuh di waktu pagi. Lihat saja di sekitar bandaraya Johor Bahru. Paparan iklan dari pelbagai bentuk seperti membuat kertas sebaran, kad nama, banner dan sebagainya berleluasa sehingga mengotorkan pemandangan.

Semua pihak mesti menggembling tenaga dan fokus dalam usaha membenteras gejala yang boleh merosakkan keharmonian masyarakat kita. Bukan sahaja pihak Polis, bahkan semua yang terlibat seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Kementerian Kewangan, MECD dan lain-lainnya. Kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai kuasa meluluskan lesen pinjaman wang juga harus berhati-hati dan menghadkan jumlah lesen yang dikeluarkan bahkan harus membuat pemantauan dan mengambil tindakan kepada pemunya lesen yang membuat salahguna.

Yang paling penting ialah rakyat mesti diberi penerangan dan penjelasan tentang perilaku ah long yang begitu kejam sehingga sanggup membunuh walaupun ada diantaranya ada yang mempunyai motto "ah long hanya mau tolong". Jelaskan kebencian kita kepada mereka bahkan juga kepada pelajar di semua peringkat sekolah dan pusat pengajian.

Anak-anak kecil dan pelajar sekolah lebih mudah diasuh supaya membenci ah long terutama pelbagai vendalisma yang dilakukan seperti menampal poster-poster di tempat yang tidak sepatutnya. Bukan sahaja kepada anak-anak kita bahkan sebagai rakyat yang cinta kepada negara, kita mesti berani membenteras gejala tidak bermoral ini seperti membuang segala bentuk paparan ah long.

Jangan kita harap tindakan dari pihak berkuasa tempatan kerana pasti mereka akan berkata dan beralaskan jawapan "tidak cukup kakitangan".

0 Response to Perang Terhadap ALONG!!! Dah start ker?

Post a Comment