Perang Fatwa antara Lilin dan Pelita Minyak


Zalimnya kita jika hanya menembak satu arah sahaja tentang isu ber"vigil-vigilan" di kalangan pemimpin pakatan rakyat sebelum ini terutama melibatkan Menteri Besar PERAK Dato Sri Nizar sewaktu memperingati kematian Mendiang Teoh baru-baru ini.

Pada hemat SS juga, Ir. Nizar berlaku curang pada Umat Islam kerana ber"vigil-vigilan" tempohari. Namun, curang pada Jemaah kurang sikit "bangsatnya" dari curang terang-terangan kepada Allah.

Hari ini, SS juga terbaca dan tertonton suatu gambar yang menyakitkan mata di blog ISA dan Mr. Kolumpo tentang perbuatan ala-ala ber"vigil-vigilan" juga, namun kali ini perkara yang membezakan peristiwa itu adalah alatan yang digunakan sewaktu menjunjung kasih istiadat tersebut dan kali ini ia dilakukan sendiri oleh bapak 1Malaysia

Nampaknya, perbuatan ini sama jahanam dengan ber"vigil-vigilan". Mufti dipohon mengeluarkan "vokal malu-malu" mereka. Jika tidak, semakin berpecahbelahlah Umat Islam di Tanah Melayu.

Usahlah redha dengan tindakan bapak 1Malaysia itu. Tentanglah hujah-hujah yang menyokong tindakan bapak 1Malaysia menyalakan pelita itu demi sebuah keadilan yang berpaksikan kepada kehendak dan tuntutan agama.

Dalam hal Aqidah, Iman dan Islam; tiada kompromi. Noktah!

Tidak kiralah ia berlaku dimana dan bila waktunya; ia tetap suatu tindakan kecurangan pada Umat Islam dan mungkin juga pada Agama Allah iaitu Islam.

Curang pada Umat Islam bermaksud melencongkan arah akidah bagi mereka yang buta dan dibutakan mata hati kerana kiblat politik yang menghancurkan.

Nauzubillah.

Nota kaki: tulisan diatas tiada berniat membakar api kemarahan antara agama. Ia cuma penunaian tanggungjawab seorang Muslim kepada saudara Muslim yang lain. Jika ia dibaca dari sudut perkauman atau seumpamanya, penulis minta maaf. Duit yang ada mahu digunakan membeli barangan keperluan bayi dan bukan membayar duit lawyer di Mahkamah.

0 Response to Perang Fatwa antara Lilin dan Pelita Minyak

Post a Comment