Setiausaha Politik Exco Selangor ditemui mati - SS Mengulas


Semalam SS baru jer post-kan satu berita tentang "Keganasan SPRM" sewaktu menjalankan siasatan ke atas suspek di Kluang Johor, tak berapa lama kemudian SS mendapat pangilan talipon plk dari kenalan di Selangor memakumkan seorang lagi suspek yang masih dalam siasatan pihak SPRM ditemui mati di atas bumbung bangunan SPRM Selangor.

Kesimpulannya inilah Satu lagi keajaiban yang berlaku dalam tugas oleh pihak penguatkuasaan Kerajaan Barisan Nasional dalam memperkasakan gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Dutamakan" atau sebenarnya mereka cuba berselindung dari gagasan sebenar "1Malaysia "Kematian Didahulukan, Penyiksaan Diutamakan" ? Dah jadi macam ni baru masing-masing buat-buat terkejut beruk kononnya ini satu insident sewaktu siasatan.

Dalam kesibukkan mentafsir kesahihan berita ni, ada pulak ganguan tranmisi yang SS terima dari seorang Menteri bENGIS dan sibuk mengulas tentang kejadian tersebut. Haloooo pak menteri, jangan jadi bZ body sekejap boleh tak? dah la baru lepas kena maki hamun ngan 1Malaysia pasal kenaikan Tambang Teksi dan bas awam, ni kan pulak dok sibuk mintak dimaki sekali lagi oleh 1Malaysia pasal suspek yang mati dalam siasatan SPRM. Yang tak berapa syok SS nk dengar bila pak menteri ni sewenang-wenangnya mengeluarkan arahan kepada 1Malaysia jangan buat tuduhan Di SINI. Tunggu siasatan.....

Ni la klimaksnya pemikiran Pak Menteri Malaysia yang diBeranakkan oleh BN, sejarah telah membuktikan kebenarannya pepatah melayu "Mulut Tempayan boleh ditutup, mulut orang takkan dapat ditutup". SS memandang perkara ini sebagai "Jenayah Siasatan ber-KPI" dan harus dikutuk oleh 1Malaysia. Siapa saje yang mati bukan persoalannya, tetapi Dimana dan Bagaimana kematian itu terjadi haruslah dinyatakan dengan Telus dan Adi. Selain daripada itu, kejadian yang menimpa si mati dalam tempoh 24 ~ 48 jam sebelum kematian haruslah diambil kira bagi membuktikan sebarang primafasi atau keraguan semasa siasatan. Tu pun SS nk ajar ker?

Hari ini, kira-kira 10 pagi nanti, insya Allah, ramai lagi rakyat Malaysia akan pergi ke pejabat SPRM Selangor menuntut penjelasan (sila baca "The writing was already on the wall so long ago" oleh Raja Petra Kamarudin).

Malaysian Insider (komen di sini) memetik Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata:
"So far the police do not see any suspicious circumstances in this case and will wait for the report. We will carry out the investigation properly and thoroughly".
There are people who believe you are not blind, Khalid. If they are right in what they believe, let me ask you, what do you really see, Khalid?

You said, the police do not see any suspicious circumstances. So, what do you see?

He slipped and fell from the building?

You are not only answerable to us, the rakyat. You will be answerable to Allah s.w.t. too. I really hope The Almighty will believe you!

Anybody believes SPRM investigation division director, Datuk Mohd Shukri Abdull?!!

Ada siapa-siapa yang percaya Mohd Shukri? Jangan tuduh, tengok sahaja body language dia dalam gambar di sebelah tu (kenyataan dia di sini).

SS percaya penjelasan Mohd Shukri. Betu.. betul.. betul.. kata Upin dan Ipin. Tinggal lagi, SS dan 1Malaysia nak tanya satu perkara ja. Katanya, baju Teo terkoyak. Kalau betul, kenapa baju dia terkoyak?!!

SS percaya. Dah jatuh bangunan memang la mati. Tetapi, macam mana baju dia terkoyak? Ada tersangkut kat mana-mana ka? Tersangkut lagu mana? Apa pula penjelasan polis tentang baju yang terkoyak tu?

Hakikatnya 1Malaysia boleh percaya ke pada siasatan... ingat apa yang berlaku pada kes mata lebam DSAI... siasat punya siasat lepas tu terpaksa juga tubuh suruhanjaya, itu pun dah tak boleh nak elak/cover lagi... terpaksalah IGP Rahim Noor mengaku, sempat merasa dalam penjara juga dia... itu saja ... lepas tu siasatan keatas AG dengan IGP tempohari atas laporan dari DSAI juga tidak ada apa-apa kesalahan yang mereka berdua lakukan... boleh percaya ka... ini kekebalan tahap "Gaban" yang mereka dapat mengalahkan Raksasa Gorgom zaman dulu-dulu. 1Malaysia dah tahu, kaedah penyiasatan di Malaysia lebih menjurus kearah menegakkan "Kesalahan" tanpa "Kebenaran". Malah adakalanya "Saksi akan menjadi Suspek" dan "Suspek menjadi Saksi" sepertimana yang terjadi didalam kes Pembunuhan Altanthuya semalam.

Kes Kugan juga masih lagi dalam selesai siasatan, nak tunggu berapa lama lagi? siasatan oleh SPRM terhadap YB-YB Khususnya dari Pakatan Rakyat seluruh Negara boleh dianggap antara yang paling Brutal dan ganas dari pihak lain termasuklah Ahlong yang dianggap Musuh oleh pihak kerajaan hari ini. .tak percaya hangpa tanya ahli-ahli UMNO yang bertanding pada pemilihan UMNO lepas yang telah ditahan oleh SPRM atas tuduhan rasuah politik wang, salah sorangnya Datuk Norza Zakaria, bekas ketua pemuda UMNO WP yang turut kena tahan... macam-macam cerita yang SS terbaca, sampai depa nak buat tunjuk perasaan tak puas hati pada SPRM atau nama penuhnya Suruhanjaya Pemusnah Riwayat Malaysia

Jadi apakah kematian yang berlaku pada mendiang Teo itu tak ada kaitan dengan anggota SPRM,, amat sukar bagi pihak awam untuk mempercayainya... termasuk SS sendiri. memang aku tak percaya ... Hanya Allah juga yang maha mengetahui keadaan sebenarnya.. Kalau siasatan yang dilakukan oleh Kerajaan yang ada sekarang ini, hanyalah sekadar untuk penyedap mata umum.. maka apalah ertinya DEMOKRASI kepada 1Malaysia akan datang. Malah dimana kewajarannya diwujudkan PAC, SUHAKAM malah SPRM sendiri jika KPI mereka yang dianggap cukup efisyien telah diMandolkan oleh tindakan seumpana ini.

Dalam hal ini SS bertindak dan bersuara di atas Kapasiti sebagai Rakyat malaysia yang cintakan Keamanan dan Keadilan menyeru agar 1Malaysia juga mengutuk tindakan Brutal dan Ganas pihak SPRM ini terhadap mendiang yang belum tentu didapati bersalah. Samaada kematian itu berbentuk Kematian mengejut kerana "bUNUH dIRI" dengan sengaja atau tidak... itu bukanlah puncanya. Tetapi apa yang terjadi ke atas mendiang hingga memaksa atau dipaksa mendiang untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan serta kehendaknya... haruslah disiasat secara adil dan telus oleh pihak berkuasa demi memperkasakan gagasan suram kerajaan 1Malaysia selama ini.

0 Response to Setiausaha Politik Exco Selangor ditemui mati - SS Mengulas

Post a Comment