H1N1 BALA DARI ALLAH SWT


Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 40 orang termasuk 2 orang di Batu Pahat, Johor semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.

Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat dijalankan ke atas mereka. SS secara peribadi masih sangsi dengan usaha pihak kerajaan dalam menangani masalah H1N1 yang semakin hari semakin merebak ke seluruh negara. Hari ini SS dan jutaan rakyat malaysia asyik diingatkan untuk menjaga kebesihan dan berusaha untuk mencegah penyakit yang bagaikan "silent Killer in the world" setakat ini. Kerajaan harus peka dengan bentuk serangan yang berlaku akibat dari wabak H1N1 ini. Wabak yang tidak mengenali magsanya mampu melumpuhkan segala sistem immunisasi dalam badan manusia baik dari rakyat jelata hingga lah ke pihak istana.

Kerajaan di bawah pentadbiran Najib Tun razak juga gagal meyakinkan rakyat untuk tidak berhipun beramai-ramai bagi mengelakkan penularan wabak H1N1 terus berlaku apabila semakin hari semakin banyak program berbentuk perhimpunan dianjurkan oleh pihak kerajaan dan kuncu-kuncunya termasuklah perhimpunan raksasa Pemuda Umno di Batu Pahat akan datang. Perhimpunan yang bertujuan melaungkan slogan "Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu" juga dilihat sebagai "Mengundang Padah" berterusan kepada mereka. Dalam keghairahan menangani isu-isu nasional dan global hari ini, seharusnya pihak pemerintah merujuk beberapa pendekatan penting yang mampu menyelesaiannya. Khususnya dengan merujuk Kalamullah Al-Quran Nur karim. Kerana segala apa jua perkara yang berlaku didunia ini, telah tertulis dan tercatat didalamnya.

Tahniah juga SS ucapkan kepada Pimpinan PAS yang telah menganjurkan Solat Hajat perdana memohon dijauhi wabak ini di Negara Kita. Persoalannya berapa ramai Menteri Kabinet yang menyertai Solat Hajat ini bagi tujuan yang sama? Malah SS melihat sehingga ke hari ini masih ramai Menteri2 yang asyik berulang alik ke negara luar tanpa memikirkan apa yang akan dan sedang berlaku didalam negara. Biarpun Kerajaan terpaksa mengistiharkan "Darurat" di sebabkan wabak H1N1 ini sekalipun, mereka harus lakukan demi memastikan penularannya akan lumpuh.

Bayangkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan 5,500 hingga 28,000 rakyat Malaysia akan mati dalam wabak selesema itu jika 20 peratus daripada 27.7 juta penduduk negara ini dijangkiti virus A (H1N1).

Unjuran ini dengan mengambil kira andaian kadar kematian antara 0.1 hingga 0.5 peratus daripada 5.5 juta orang yang dijangkiti, kata pengarah penyakit berjangkit WHO Dr Tee Ah Sian hujung bulan lalu.

Ramai para alim Ulama dan pengamal perubatan mahupun Perunding Kesihatan dunia yakin bahawa Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia.

Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.

Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami".

Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.

Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama memohon doa kehadrat Allah swt agar bencana ini tidak akan menimpa diri kita, keluarga dan masyarakat 1Malaysia khususnya. Berdoa dan teruslah berdoa agar kita dijauhkan dari apa jua wabak mahupun bencana didunia ini.

Ulasan dan Panduan Tambahan : Banyakkanlah meminum air kelapa dan makan buah-buahan terutamanya Epal Hijau jika anda disyakki menghidap H1N1 hari ini. Buah kurma juga boleh digunakan sebagai penawar dengan hanya merendamkannya bersama air kelapa dan dibiarkan selama satu jam sebelum diminum airnya dan dimakan buah kurmanya.

Kita hanya berusaha dan ALLAH yang menentukannya.

0 Response to H1N1 BALA DARI ALLAH SWT

Post a Comment