Himpunan Kutuk Anwar hanya merugikan Najib dan Rosmah sahaja...




MUNGKIN bagi kebanyakan orang melihat himpunan berbagai NGO yang menyatakan sokongan kepada Muhyiddin Yassin atas keberanian TPM itu menuduh Anwar Ibrahim pengkhianat bangsa adalah sesuatu yang biasa. Himpunan itu sebagai menyambung lidah bercabang Muhyiddin Yassin untuk mengutuk Anwar dan tidak lebih dari tujuan itu.

NGO yang berhimpunan itu tentulah yang sewaktu dan sealiran dengan Umno. Kalau dicheck satu persatu kepalanya pun, pengasas NGO itu akan menghuraikan dengan panjang lebar kepada kita sejarah dan konflit mereka dengan Anwar. Mereka sebenarnya sudah berbuku di hati sejak sekian lamamya dengan Anwar Ibrahim.

SS juga percaya himpunan itu tidak akan beradu setakat itu saja. Selepas ini akan ada lagi himpunan demi himpunan dari kota ke desa. Mungkin ianya lebih besar. Semuanya dilakukan untuk mengutuk Anwar Ibrahim. Kutukan itu mungkin juga sebagai senjata untuk menjatuhkan Anwar dan melemahkan Pakatan Rakyat. Harapan hasil dari itu nanti ia akan dijadikan modal untuk mengadakan pilihan raya umum.

Namun SS tidak berapa nak percaya kutukan itu akan membawa padah dan masalah kepada Anwar Ibrahim. Lelaki bernama Anwar Ibrahim yang telah tersenarai sebagai antara 100 Manusia paling berpengaruh didunia tahun lalu, tidak akan hina dan jatuh dengan kutukan sebangsat itu. Ia tidak memberi sedikit bekas pun kepada pemidato tersohor dunia ini. Sejak 10 tahun kebelakangan ini pun Anwar sudah pun hidup dengan kutukan dan penghinaan pelbagai peringkat, Sudah lali dicap dengan bermacam-macam jenis petualang dan banjingan. Alat Amerika, alat Yahudi dan sebagainya. Tetapi ternyata Anwar tetap juga gagah dan boleh ke mana-mana dengan segak dan tenang.

Rakyat masih terus menyambut dan menerimanya. Bibit-bibit kebencian yang ditanamkan Umno ke atasnya mudah kering dan layu begitu saja. Rakyat tidak mempercayainya lagi, bahkan menjadi makin simpati kepadanya. Tarikan politik yang ada padanya memukau setiap makhluk yang memandangnya termasuklah anggota Penganas Polis dan FRU yang sentiasa mengiringi ceramah beliau di seluruh dunia.

Anwar tidak perlu melawan sendiri. Dia tidak perlu berkata hodoh dan nista kepada Muhyiddin atau sesiapa saja yang mengutuknya. Tetapi rakyat akan mengambil tanggungjawab membalas segala kutukan itu. Begitu juga dengan hal Muhyiddin ini rakyat akan menjadi galang ganti untuk mengutuk Muhyiddin. Para pembelanya akan menengkis segala tohmahan dan kecaman itu.

Berbalik kepada himpunan menyokong tindakan Muhyiddin tadi, SS tidak nampak ianya merupakan satu kekuatan yang boleh menjadi modal kepada Umno dan UBN. Himpunan kutukan itu bukan jaminan menandakan rakyat sudah pulih dan bersedia mendokong UBN semula. Lagipun berapa kerat sangat yang akan dipaksa hadir, mungkin tidak sampai 1,000 orang pun.

Sebaliknya SS Merasakan sokongan itu hanyalah sokongan berbentuk peribadi kepada TPM itu. Jika diperhatikan sokongan ini hanya bermula di Johor Bharu apabila mereka mengambil keputusan untuk melaung dan mengutuk Anwar melalui kaedah pinjaman kalimah Muhyiddin "
Anwar Pengkhianat Bangsa Melayu". Makanya... himpunan itu bukannya bertujuan untuk mengutuk Anwar Ibrahim tetapi bermatlamat dan menyatakan sokongan padu kepada Muhyiddin Yassin sahaja. Itu tujuannya mereka selama ini.


Muhyiddin dan orang-orangnya sendiri tahu siapakah diri mereka untuk berdepan dengan Anwar Ibrahim si pengkhianat bangsa ini. Dan apalah sangat penyokong Muhyiddin berbanding ratusan ribu penyokong Anwar di seluruh dunia waktu ini. Apa yang SS rasakan himpunan NGO di bangunan Umno hari ni dan beberapa bahagian Umno di Johor Bahru untuk menyokong Muhyiddin Yassin hanyalah satu simbolik tanpa wajah saja. Ia bukan bertujuan untuk mengutuk Anwar tetapi ingin memberi tahu dunia bahawa Muhyiddin Yassin masih ada penyokong akar umbi selain bebudak sekolah di kawasan pedalaman malaysia.

Justeru itu, SS yakin himpunan yang membawa mesej dari NGO dan Umno yang kononnya sedia berdiri teguh dibelakang Muhyiddin Yassin hanyalah sia-sia dan membazir, kerana penyokong Anwar Ibrahim juga akan memulakan langkah lebih awal dari bosnya untuk berhadapan dengan penyokong Muhyiddin Yassin yang angkuh itu.

Maknanya Najib harus hati-hati dengan majlis-majlis himpunan itu. Himpunan seumpama itu atas nama nak kutuk Anwar tidak harus dibiarkan. Kalau Najib tidak waspada ia akan merebak dan menjad himpunan lebih besar. Lama kelamaan himpunan itu boleh bertukar arah daripada mengutuk Anwar kepada mengutuk Najib. History politik antara Najib dan Muhyiddin perlu dibaca untuk mengetahui gambaran-gambaran ini semua. Ingatlah luka dalam politik tidak akan pernah sembuh dan tetap terus berdarah biarpun hingga ke titisan darah terakhir.

Jika dilihat muhyidin (bersama 'orang2'nya) seolah2 sedang mengumpulkan kekuatannya dgn memperguna segala isu yg timbul dgn sebaiknya dan Jika diteliti komen2 di laman penyokong umno, MYKMU, memang terdapat dikalangan orang umno sendiri yg benci dan tidak gemar kepada najib yg dilihat terlalu terikut rentak pembangkang, banyak cara/tindakan najib dikatakan seolah2 mengikut cara pembangkang, mengagung2kan bangsa lain, lupa bangsa sendiri, termasuk isu terbaru replika najib yg dikatakan penyebab mereka terpaksa menjilat balik ludah mereka yg menghentam anwar suatu ketika dahulu dlm isu replika Anwar..

Ini juga berkaitan 'kemurkaan' Tun Mahathir terhadap Najib yang dikatakan terlalu bersifat liberal dan tidak banyak menguntungkan kaum sendiri (Melayu)...apa pun, kita tunggu dan lihat kesudahannya..bak kata SS tadi, Anwar sedikit pun tidak perlu risau, tatapi Najiblah yang perlu risau dan takut akan balasannya wallahua'lam..

0 Response to Himpunan Kutuk Anwar hanya merugikan Najib dan Rosmah sahaja...

Post a Comment