H1N1 Satu Konspirasi, Betul ke?



Seronok juga SS membaca rencana yang di tulis oleh Hishamuddin Rais bertajuk H1N1 konspirasi kapitalis buat duit. Beliau telah memulakan rencananya dengan menggunakan contoh-contoh yang sering berlaku disekeliling kita. Walaupun ianya bukan pengalaman peribadi Hishamuddin tetapi seolah-olah dia sendiri mengalaminya.

Hishamuddin menulis, "Saya selalu mendengar cerita bagaimana di beberapa selekoh di lorong-lorong motosikal, akan ada paku-paku tajam ditaburkan. Ia bertujuan membocorkan tayar. Tidak berapa jauh dari tempat paku itu, ada pula iklan "tukar tiub".

Saya juga diberitahu oleh kawan baik saya bahawa di jalan menuruni terowong lebuh raya Karak sering ditaburkan minyak. Pernah sekali keretanya tergelincir. Tidak jauh dari terowong ini, ada lori tarik kereta menunggu.

Cerita ini contoh taktik untuk menjalankan perniagaan - cara mencari pelanggan. Dalam dunia perniagaan, rukun imannya ialah keuntungan. Semua peniaga ingin mendapat untung."

Sama ada kita dapat menerimanya, terpulanglah kepada kita. Hishamuddin tidak pula memaksa kita untuk mempercayainya tetapi dalam masa yang sama beliau beriya-iya meyakinkan kita bahawa H1N1 seperti mana virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal dan ianya adalah satu virus yang dilepaskan untuk mengurangkan penduduk dunia dan menjual ubat-ubatan.

Hishamuddin juga merujuk kepada Depleted uranium (DU) yang sedang digunakan dalam perang di Iraq dan Afghanistan di mana tujuan penggunaan DU ini cukup jelas. Menurut Hishamuddin penggunaan DU ini penduduk atau rakyat negara berkenaan akan berkurangan. Dalam masa yang sama , bagi yang hidup akan terus-menerus memerlukan ubatan – ertinya mereka akan terus membeli ubat dan mengayakan golongan kapitalis. Itulah hipotesis Hishamuddin dalam tulisan konspirasinya itu. Matlamat mengurangkan penduduk dan mengayakan golongan kapitalis akan datang serentak. Klik di sini untuk bacaan sepenuhnya.

Sewaktu zaman reformasi 1998 Hishamuddin antara watak utama reformasi jalanan setiap hari Sabtu di Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Walaupun pada peringkat awal beliau tidak terlibat secara langsung tetapi kemudian beliau mengubah fikiran dan menyertai demonstrasi jalanan. Beliau beberapa kali ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah di bawah Akta Polis kerana dituduh berhimpun secara haram. Namun itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus aktif berjuang untuk reformasi dan demokrasi di Malaysia.

Pada 9 April 2001 beliau telah ditangkap oleh sepasukan polis dari cawangan khas dipejabatnya di bawah seksyen 71 (3) Akta Keselamaatn dalam Negeri (ISA) atas tuduhan merancangan untuk menggulingkan kerajaan secara kekerasan dan keganasan.

Bagi SS, Hishamuddin sebagai penyokong reformasi dan pendokong perjuangan Anwar Ibrahim, beliau tentunya tidak terlepas untuk mengatakan pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998 daripada jawatan TPM itu juga adalah satu KONSPIRASI. Kononnya pada masa itu Anwar dikatakan sangat popular di kalangan rakyat dan ahli UMNO untuk menjadi perdana menteri. Kononnya juga Tun Mahathir sangat curiga dengan kepopularan Anwar ini apatah lagi terdengar desas desus mengatakan Anwar akan bertanding jawatan Presiden UMNO yang akan diadakan pada tahun 1999.

Ianya juga menepati kata-kata Anwar sendiri selepas beliau di pecat daripada jawatan TPM bahawa tuduhan liwatnya itu adalah satu konspirasi untuk menjatuhkannya. Berkali-kali Anwar akan mengwar-warkan bahawa beliau adalah pemimpin berjiwa rakyat, membantu golongan miskin dan luar bandar, membenteras rasuah, menentang kronisme dan nepotisme yang kesemua pendekatan beliau ini tidak disenangi oleh Tun Mahathir.

Beberapa hari sebelum Anwar ditangkap pada tahun 1998, beliau telah datang ke Batu Pahat untuk bersumpah di depan ribuan rakyat bahawa beliau tidak sesekali melakukan perbuatan terkutuk itu. Sumpahnya berbunyi begini, " Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa semua ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan saya dan berniat jahat". Rakyat kecewa kerana sepatutnya Anwar bersumpah begini, " Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa saya tidak meliwat dan sesekali saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu". Untuk pengetahuan semua sehingga kini dan mungkin selama-lamanya Anwar tidak akan mengaku apatah lagi untuk bersumpah.

Kepada Hishamuddin adakah saudara masih lagi berpegang lagi dengan teori konspirasi pemecatan Anwar pada tahun 1998 seperti mana saudara sekali lagi mengutarakan konspirasi baru kepada Virus H1N1?

0 Response to H1N1 Satu Konspirasi, Betul ke?

Post a Comment