Kg Buah Pala akan hilang dari Peta Dunia.


Jentolak telah pun masuk ke Kg Buah Pala bagi tujuan merobohkan rumah penduduk dan suasana tegang mula tercetus apabila jentera berat mula digerakkan untuk merobohkan rumah penduduk di sini, pagi ini.

Tinjauan juga mendapati anggota polis juga dikerahkan untuk mengawal keadaan.

Pemaju Kampung Buah Pala, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd dilaporkan akan tetap akan merobohkan rumah penduduk hari ini.

Pengarah Eksekutifnya, Thomas Chan, berkata sebanyak empat jentolak sudah bersiap sedia memasuki kawasan.

Pada masa ini seramai 40 angota polis bersiap sedia mengawal keadaan dan bailif mahkamah yang membawa notis mengatakan kerja meroboh boleh diteruskan.

Namun harus diingat, kehadiran Pihak Polis di beberapa Lokasi seumpama ini bukanlah bertujuan untuk melindungi Rakyat mahupun penduduk kampung, malah Polis sebenarnya telah diperkudakan oleh pihak tertentu untuk menakut-nakutkan penduduk seterusnya memberi laluan kepada Pemaju untuk meneruskan kerja-kerja perobohan.

Seramai 200 penduduk mengunakan kereta dan rantaian manusia menutup jalan masuk ke rumah mereka. Seperti yang pernah berlaku di Kampung Baru Pelentong Tengah suatu ketika dulu, Pihak Polis dan FRU telah digunakan untuk melumpuhkan rantaian manusia yang terdiri daripada Ibu-ibu, bapak-bapak, muda mudi dan kanak-kanak yang kerdil dan lemah. Sekali lagi Dunia akan menyaksikan kekejaman dan kebinatangan pihak Polis dan FRU dalam mengawal keadaan seumpama ini.

Wakil mahkamah memberi tempoh sehingga jam 12.15 tengah hari ini kepada penduduk Kampung Buah Pala untuk mengosongkan kediaman mereka sebelum operasi merobohkan rumah dijalankan.

Perobohan ini dipercayai dilakukan untuk menjatuhkan imej kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Lim Guan Eng yang kononnya dikatakan gagal untuk membantu penduduk Kampung Buah Pala. Ia adalah untuk memberikan impak negatif kepada Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya Permatang Pasir yang bakal diadakan pada 25 Ogos ini.






1 Response to Kg Buah Pala akan hilang dari Peta Dunia.

  1. KAMPUNG PLENTONG TENGAH PUN DAH HILANG DARI PETA DUNIA,lagi teruk drp Kg,Buah Pala.pampasan tiada,penempatan sementara tiada,melayu kampung hidup melata,Sesungguhnya dosa Khalid Nordin 7 keturunan melayu tak leh lupa..

Post a Comment