Ali Rostam dan Budak Punk berjaya MeREKRUT ahli baru...


MELAKA: Sekumpulan remaja punk dianggotai segelintir pelajar sekolah menengah di bandar ini yang sudah `tenggelam’ sejak hampir lapan bulan lalu, kini dikesan kembali aktif pada bulan lalu.

Kumpulan berkenaan dipercayai sedang merekrut pengikut baru di kalangan remaja berusia 14 hingga 16 tahun.

Mereka menjadikan sebuah pusat beli-belah di Bandar Hilir di sini, sebagai tempat pertemuan dan berkumpul sebelum berarak beramai-ramai menuju ke `port’ lama di sebuah kedai tinggal di Plaza Mahkota.

Di kawasan berkenaan, remaja terbabit yang bercampur lelaki dan perempuan akan meminum arak sambil menghidu gam beramai-ramai.

Tred mark mereka mudah dikenali apabila sering memakai seluar denim ketat selain berambut `spike’, memakai rantai dan gelang serta berkemaja-T gelap yang mempunyai gambar kumpulan ataupun perkataan berkaitan punk.

Kumpulan terbabit sebelum ini menghilangkan diri selepas Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengadakan operasi besar-besaran menggempur kawasan hitam atau lebih dikenali dengan panggilan "Port" sebelum ini.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata kumpulan itu menjadikan cuti hujung minggu untuk mengadakan pertemuan.

Berdasarkan risikan, sebelum ke `port’ berkenaan, remaja punk terbabit akan singgah ke sebuah kedai runcit di situ bagi membeli minuman keras.

Gejala ini dijangka akan berterusan sekiranya Ali Rostam terus membatu dari menangani masalah penjualan Arak secara bebas di Melaka. Malah keangukahan sesetengah pemimpin kerajaan menepelak pemimpin Pakatan Rakyat dalam Isu pengharaman penjualan arak secara terbuka di Selangor baru-baru ini juga mampu merosakkan akidah umat islam terutamanya golongan remaja jika tabiat itu diteruskan ATAS alasan mahupun agenda Politik.

“Kumpulan berkenaan dianggota kira-kira 20 remaja akan memilih kedai kosong terbiar sebagai tempat melepak.

“Mereka akan berbual kosong sambil membuat bising di kawasan berkenaan sehingga bosan sebelum beredar,” mencari ketenangan di tempat lain.

0 Response to Ali Rostam dan Budak Punk berjaya MeREKRUT ahli baru...

Post a Comment